Jam dinding aku tanpa jarum kecik udah menunjukkan pukul 0045 pagi. Bertemankan secawan kopi 'mahkota dewa' aku belum mahu tidor lagi. Aku masih menaip entri 'Kita Cuma Ada Kuasa' ketika kita hendak menyambut 'Hari Malaysia' pada 16 September bersamaan bulan Syawal 1433.
Dalam kita merayakan Hari Malaysia, warga AS pula memperingati ulang tahun ke-11, serangan 11 September 2001 yang meragut 2,983 nyawa. Acara utama diadakan dengan membaca kesemua nama mangsa yang terkorban di Ground Zero, tapak Pusat dagangan Dunia (WTC) yang runtuh.
Bulan September jugak, aku menerima berita pembabitan George Soros keturunan Yahudi, yang telah membiayai Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Malaysiakini, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Institut Kajian Dasar (IKD) yang mempunyai kaitan rapat dengan parti itu.
Aku asalnya nak story pasal Hari Malaysia aja! Tapi bila aku nak teruskan cerita ne, aku tak boleh lari dari bab kuasa politik orang Melayu. Ramai kengkawan aku kat luar sana tu yang menjadi ahli seumur hidup Umno, Pas dan PKR. Apabila ada tiga 'slice' kek parti politik orang Melayu (tak kiralah parti kerajaan atau parti pembakang), kuasa politik orang Melayu bertambah kecil berbanding kaum lain.
Tiga keping kek ini pulak jika di potong menjadi empat atau lima slice, akan bertambah kecil dan akhirnya Melayu hilang kuasa politik. Tiga slice kek tadi pong, jika kaum bukan Melayu mahu membelinya pasti boleh dibelinya kerana mereka memiliki kuasa beli!
Dendam kesumat, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pengkal lengan dan biar putih tulang jangan putih mata. Inilah motto orang Melayu turun temurun. Dendam dan berebut kuasa sangat menyeronokan orang Melayu. Malah perebutan kuasa inilah yang menjadi duri dalam daging orang Melayu. Pada pendapat aku, ramai orang Melayu sangat berminat kepada kuasa politik kerana orang Melayu tidak pandai berniaga. Hanya dengan memegang jawatan dalam parti politik sahajalah orang Melayu yang tidak pandai berniaga tadi boleh kaya raya.
Di kesempatan ini, aku taip sekali lagi lagu 'Warisan' untuk peringatan kepada orang Melayu sahaja!
Anak kecil main api Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah, bercampur keringat
Bumi di pijak milik orang.
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Kita lenyap diarus zaman.
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri.
Masa depan sungguh gelap
Kan hilang peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang.
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kini sudah tida masa
Bangunlah dengan maha perkasa
Janganlah lalai, teruskan usaha
Melayukan gagah di Nusantara!
|
No comments:
Post a Comment