05 September 2012

PAIP, PUNGGUNG & MELAYU!


Salam! Pagi ne bila aku  basuh pinggan, air bertakung dalam sinki. Ini mesti pasal saluran paip kat bawah sinki udah tersumbat. Usaha pertama aku ialah gunakan pam! Pam punya pam, air tak juga surut. Aku guna cara kedua, iaitu siram dengan air panas-mungkin saluran paip tersumbat pasal minyak udah keras jadi batu.

Tuanglah air panas! Tiba-tiba tercabut pulak saluran bawah sinki (yang berbentuk U), apa lagi...banjirlah kawasan dapur aku. Lepas lap lantai, aku guna cara ketiga iaitu jolok saluran paip dengan gunakan getah paip sambil masukan air dengan kuat. Tak berjaya juga! Akhirnya aku terpaksa panggil 'plumber'.

Sementara tunggu tukang paip datang aku baca Kosmo! Berita mengenai penahanan seorang pelajar kolej yang dipercayai (aku percaya memang dia kureng sopan!) bertindak kurang sopan dengan menunjukkan punggung ke arah gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri pada malam ambang merdeka pada 30 Ogas lalu.

Pelajar tersebut, Muhammad Ammar A. Rahman 19 tahun, merupakan penuntut semester tiga, Diploma Multimedia Kreatif, Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics (KTAC), Taman Maluri-Cheras, ditahan pada pukul 1230 tengah hari sejurus tiba dari Batu Pahat, Johor bersama kedua ibu bapanya. Jika sabit kesalahan, seseorang yang didakwa di bawah seksyen itu boleh dikenekan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Orang tua-tua kata! Umbun-umbun masih hijau,  tak payahlah nak belagak. Kalau nak popular macam Namawe atau Mawi pong, carilah saluran yang sesuai.  Macam Youtube - yang udah popularkan Najwa Latif, Ainan Tasneem atau Zee Avi. 

Sebenarnya ramai kat luar sana nak popular. Merempit pong boleh jadi terkenal bila gambar udah masuk dalam akbar. Apa lagi kalau tunjuk punggung atau main punggung! Tak malu pun diaorang mengaku kat wartawan. Itu semua sebab nak popular!

Ramai anak-anak Melayu (itu pong kalu boleh di panggil Melayu) yang kurang ajar. Sikap kurang ajar ne bukan salah ibu mengandung. Juga bukan silap guru-guru di sekolah, tetapi sedikit kesilapan pada sistem pendidikan. Setiap kali menteri pendidikan bertukar, setiap kali jugak sistem pembelajaran anak-anak Melayu bertukar. Ada anak-anak Melayu yang tak tahu sembahyang tapi tahu tarian hip-hop dan tunjuk punggung.

Nota Kaki:Anak-anak Melayu, ada yang tahu warna bendera Malaysia tetapi tak tahu apa makna setiap warna kat bendera Malaysia. Merah-putih, biru dan kuning macam foto kat atas! Tugas bagitau makna warna bendera, bukan tugas guru di sekolah, tetapi tugas ibu bapa. - Selamat Hari Malaysia dari Mj!
 

No comments:

Post a Comment