Salam kepada kakiblog! Kali ne teringin pulak nak taip story pasal Duta AS ke Libya, Christopher Stevens bersama tiga kakitangannya yang mati diserang sekumpulan lelaki bersenjata ketika mereka bergegas meninggalkan bangunan konsulat di bandaraya Benghazi lewat kemarin.
Kumpulan bersenjata tersebut yang dipercayai mempunyai kaitan dengan rangkaian Al-Qaeda, menyalahkan AS berhubung filem yang dihasilkan oleh penulis dan pengarah, Sam Bacile kerana menghasilkan filem yang menghina Nabi Muhammad S.A.W dan mencetuskan kemarahan umat Islam.
Nota: Serangan tersebut dilakukan olih kumpulan Ansar Al-Sharia, kumpulan tersebut dipercayai memiliki hubungan dengan Al-Qaeda. Dua keping foto ne pula hanyalah hiasan - Agensi
|
No comments:
Post a Comment