30 July 2014

BALIK KAMPUNG



Dari
bual bicara kenkawan di Surau ketika menikmati moreh, biasanya
kenderaan dari Kolompo menuju Utara akan mula bertali-arus atau ayat lain berjurutan pada pagi Jumaat dan lebuh raya akan sesak giler ketika menghampiri Slim River hingga ke Sungkai. Ketika inilah kita akan melihat tahap disiplin pengguna lebuhraya. Adakah pengguna lebuhraya sanggup bersabar dan memandu perlahan-lahan atau memotong disebelah kiri menggunakan lorong kecemasan!

I- Kami
merancang balik kampung pada pagi Ahad dan akan datang semula ke Kolompo  pada pagi Rabu. Jam 0700 pagi, kami mula gerak melalui lebuh raya Utara menuju Tanjung Malim. Ketika dalam perjalanan, memang ada beberapa buah kenderaan yang degil, salah guna lorong kecemasan dan pulak tu menukar lorong dari kiri, tengah dan terus kekanan.

Mungkin kebanyakan pengguna lebuhraya tiga lorong tidak mengetahui bahawa lorong paling kiri adalah lorong perlahan, lorong tengah adalah lorong laju dan lorong paling kanan pula ialah lorong untuk memotong kenderaan. Sayangnya, kebanyakan pengguna lebuh raya lebih gemar menggunakan lorong tengah sebagai lorong santai yang kekadang tu menyusahkan pengguna lain.

Walaupong
kenderaan berpusu-pusu arah ke Utara tetapi aliran trafik masih terkawal dan kami tiba di tol Tanjung Malim lebih awal dari jangkaan. Lepas tu perjalanan diteruskan dan berhenti di Behrang
kerana hendak membeli ikan dan sayur untuk berbuka puasa nanti.

Fuhhh! Punyalah ramai umat di pasar Behrang. Yang paling ramai pastinya digerai menjual santan dan gerai menjual ayam halal. Biasalah, kalau hari raya takde juadah rendang ayam dan ketupat kira tak cukup syaratlah. - Kami idaklah sanggup beratur dikedua-dua gerai tersebut pasal kami udah pong beli santan lebih awal di Pasar Selayang dan kami frozenkan!

II-
Selesai menurunkan bagasi dan tumpang letak beg di bilik anak lelaki Zainal, aku pong ke belakang rumah bersama sebuah kamera jenama Olympus. Dengan panduan Program Auto, aku boleh merakam
portrait,
landscape, indoor, self portrait, sunset, cuisine, documents atau 3D Photo. - Favourite aku kalau nak rakam gambar memang kat belakang rumahlah!

Aksi
kucing dan pic buah pulasan dibawah ini, aku rakam menggunakan Magic Pop Art. Dua keping gambar ini tidak perlu lagi aku edit menggunakan photoscape kerana bagi aku gambar ini sudah cukup terang dan tidak perlu disuluh lagi!


Gambar
yang ini pulak aku guna Magic Dramatic yang latar belakangnya
seakan-akan terbakar. [Gambar dibawah ini adalah sebahagian pemandangan dibelakang rumah seperti buah pulasan yang masak ranum, buah manggis, duku, rambutan, pisang, buah sukun serta pokok koko, pokok cempedak dan ada gak pokok getah Beb!]


Nota Kaki :
Selepas ini akan menyusul entri 'First Raya' bersama pic yang kelihatan lebih meriah gitu. - Jumpa lagi dengan izin Allah!











18 July 2014

MH17, pro RUSIA & UKRAINE



"Sedang
dunia memerhatikan sahaja tentera laut Israel melepaskan bedilan meriam dari pantai Gaza dan membunuh lagi empat kanak-kanak Palestin yang sedang bermain bola dipantai - di daratan pula kereta kebal tentera Isreal menembak mati tiga penduduk, sekaligus menjadikan angka kematian serangan rejim Zionis Isreal meningkat kepada 230 orang dan 1,690 orang lagi cedera".




I- Waktu Subuh,
tiba-tiba kita dan masyarakat antarbangsa dikejutkan pulak dengan tragedi pesawat MH17, milik MAS yang dipercayai ditembak jatuh dengan peluru berpandu di Ukraine hingga mengorbankan 298 penumpang termasuk kru kapal. Secara kebetulan atau tidak, perhatian dunia yang ketika ini tertumpu kepada masalah Palestin dengan Isreal hilang begitu sahaja.

Tragedi malang ini menambahkan lagi kemelut dalam syarikat penerbangan Malaysia (MAS) yang sebelum ini diberitakan mengalami kerugian berpanjangan mungkin selepas pertukaran saham dengan AirAsia dimana ada perkhidmatan laluan yang boleh menguntungkan syarikat udah dicantas. Begitu juga dengan kontrak mengangkut angkatan tentera Malaysia, waran perjalanan penjawat awam dan visa penerbangan untuk pekerja asing, semuanya diberi kepada syarikat penerbangan lain termasuk kehilangan MAS Catering dan Bangunan MAS di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur yang udah di jual. - Sumber ini aku ambik dari tulisan Rahaman Abbas dalam ruangan Forum UM, Khamis 17/07/2014. 


                     
                     MH17 & BUK



II- Pesawat MH17 itu dipercayai ditembak jatuh dengan menggunakan pelancar peluru berpandu yang dikenali sebagai BUK yang  dilancarkan oleh kumpulan pemberontak pro-Rusia di timur Ukrain. Bukti yang menunjukkan para pemisah yang pro-Rusia terlibat dalam kejadian itu sangat kuat kerana kumpulan itu pernah memberitahu dilaman Twitter pada 29 Jun lalu, mereka berjaya menawan sebuah pelancar peluru berpandu BUK.

Sistem peluru berpandu BUK yang dikenali SA-11 Gadfly dicipta oleh Kesatuan Soviet (Rusia) pada tahun 1979 bagi menembak jatuh pesawat, peluru berpandu dan pesawat pengintip kawalan jauh. Pelancar itu mempunyai empat buah peluru berpandu yang diletakan di atas trak. Pelancar itu mampu membawa peledak seberat 70 kilogram dan boleh menembak sebuah pesawat pada ketinggian sehingga 23,000 meter.

[Info : Dari berita-berita yang disiarkan di kaca Tv dan akhbar, pesawat komersial 777-222, milik MAS itu berlepas dari Amsterdam pada pukul 1215 tengah hari waktu tempatan dan dijadulkan tiba di KLIA pada pukul 0610 pagi waktu Malaysia].



                     RUSIA & UKRAINE


III- Punca
konflik Rusia dan Ukraine berbalah adalah disebabakan kerajaan pro-Barat Kiev dengan puak pemisah yang mahu menyertai Moscow. Perbalahan ini telah belarutan sejak empat bulan lalu di mana Presiden Rusia, Vladimir Putin cuba mengulangi krisis di wilayah Crimea dalam skala yang lebih besar.

Diberitakan iaitu Putin tidak kisah tentang sekatan yang bakal dilakukan oleh Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU). Yang menjadi keutamaannya ialah  mencapai hasrat untuk mengembalikan Empayar Rusia dan zaman kegemilangan Kesatuan Soviet. Menurut seorang pegawai NATO, Rusia telah meningkatkan kehadiran tenteranya di sempadan Rusia-Ukraine dengan jumlah dianggarkan lebih 12,000 orang.


                      KESIMPULAN


Tergedi
menyayat hati ini telah mempengaruhi pasaran saham dimana kejatuhan Saham Malaysia Airline System Bhd. (MAS) sebanyak 2.5 sen kepada 20 sen sesaham semasa bursa ditutup. Sebelum ini, pemegang saham terbesar MAS, Khazanah Nasional Bhd dikhabarkan merancang untuk menjalankan penyusunan semula syarikat.

Impak
dari tergedi ini juga, pastinya akan mengurangkan keyakinan penumpang terhadap penerbangan MAS dimana syarikat pesaing  akan mengambil kesempatan dan MAS kali ini adalah mangsa yang terpaksa menghadapi permainan dari pemain-pemain industri penerbangan.

Begitu juga dengan kes rejim Zionis yang ketika ini ketawa besar dan terus memperhebatkan serangan ke atas Gaza kerana tumpuan dunia hanya terarah kepada insiden MH17. Barack Obama, Ban Ki-moon (Setiausaha Agung PBB), Petro Poroshenko, Vladimir Putin, Susilo Bambang Yudhoyono, Lee Hsien Loong, Yatsenyuk, Tony Abbott serta David Cameron dan hampir kesemua pemimpin dunia memberi reaksi segera dalam kes MH17 ini, tidak seperti kes serangan Isreal di Gaza yang kebanyakan pemimpin dunia takottt untuk bersuara, Wallahukalam!


-Mj mengucapkan Salam takziah buat keluarga yang telah kehilangan insan-insan tersayang. Semoga mereka dirahmati Allah, Al-Fatihah!

15 July 2014

NAFSU & SERANGAN ISREAL DI GAZA


Bulan Ramadan!

Hari
ini adalah hari Nuzul Al-Quran bersamaan dengan 17 Ramadan dimana umat Islam seluruh dunia telah memasuki minggu ketiga berpuasa. Ketika aku berpuasa, aku cuba sedaya upaya mengurangkan aktiviti melayari internet terutama facebook. Apapong, seminggu sekali aku kene gak memeriksa wall aku takut kalau-kalau ada kenkawan yang meletakan status, photo atau video tidak senonoh.

                         NAFSU

Surau
dikejiranan aku pula ketika ini jemaahnya udah berkurangan. Tidak seperti di awal Ramadan, nampak meriah dengan kehadiran ramai jemaah termasuk kanak-kanak. Mungkin kebanyakan mereka ini mula memikirkan tentang persiapan balik kampung, tentang kuih muih, tentang susun atur perabut atau mula sibuk menggantung langsir baru.

Seperti
tazkirah 10 minit yang disampaikan oleh Ustaz ketika berada di surau baru-baru ini, iaitu  kita disaran merebut peluang kelebihan Ramadan yang mengandungi 1001 macam hikmah dan kebaikan itu. Kata Ustaz, puasa di bulan Ramadan adalah untuk melatih sifat sabar dan mujahadah dalam melawan kehendak nafsu.

[Mujahadah ertinya lebih kurang berjuang atau perjuangan gitu. Menurut istilah tasawuf, suatu perjuangan yang dilakukan secara bersunguh-sunguh dalam usaha memerangi dan menundukkan hawa nafsu, kerana ia mendorong kepada perlakuan yang bergelumang dengan kelazatan keduniaan].

Kata Ustaz lagi, Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Banyak sekali orang yang berpuasa tetapi ia tidak memperoleh apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan dahaga". Ini kerana mungkin mereka tidak mengetahui bahawa telah diberitahu oleh Rasulullah SAW lima perkara yang menghapuskan puasa iaitu mengumpat, berdusta, fitnah, sumpah palsu dan melihat sesuatu dengan hawa nafsu.

Sebagi contoh nafsu makan, godaannya memanglah kuat lagi-lagi ketika bazzar walk dari satu gerai ke satu gerai. Kalau boleh semuanya mahu dibeli dan dimakan ketika waktu berbuka. Untuk mengelakkan terjebak dari godaan nafsu makan ada baiknya kita kurangkan pergi ke bazar Ramadan kerana di bazar itu juga mungkin ada perkara yang boleh menghapuskan puasa seperti melihat wanita yang bukan muhrim dengan hawa nafsu. - Wallahuaklam!

              
              SERANGAN ISREAL DI GAZA

Nafsu
itu jugalah yang menyebabkan rejim Zionis Isreal sangat berminat untuk membunuh dan menghapuskan terus rakyat Pelestin. Kekejaman Zionis itu juga kini telah meragut 172 nyawa termasuk kanak-kanak, wanita dan orang awam dengan menggunakan kapal perang, pesawat dan artileri.

Serangan
besar-besaran oleh tentera Isreal itu bermula pada 8 Julai lalu dengan alasan bahawa tiga remaja Isreal hilang dan kemungkinan telah diculik oleh pejuang Hamas. Alasan itu dikuatkan pula dengan tuduhan kononnya anggota tentera Hamas telah melancarkan roket terlebih dahulu keatas penempatan Isreal.

Alasan boleh direka. Kita imbas semula pada sejarah lampau Cuba (Quba) pada abad ke-19, dimana ketika itu rakyat Cuba sedang berjuang menentang penjajahan Sepanyol. Ketika Cuba hampir menang, Amerika Syarikat telah mengambil kesempatan dengan meletupkan kapalnya sendiri di pelabuhan Habana. Amerika lalu menuduh Sepanyol dan terus melancarkan serangan ke atas tentera Sepanyol. Selepas kekalahan Sepanyol, Guantanamo diserahkan kepada Amerika dan mendakwa merekalah yang membebaskan Cuba daripada penjajahan Sepenyol.

Satu lagi contoh cubaan fitnah ialah ketika konfrantasi antara Malaysia dan Indonesia. Ketika itu Tunku Abdul Rahman telah didatangi oleh seorang pegawai British di Malaya. Pegawai British tersebut menawarkan cara penyelesaian dengan meletupkan sebuah kapal British di Selat Melaka dan akan menuduh ianya angkara Indonesia. Jika rancangan itu berjaya, armada dari Austrlia dan New Zealand serta Amerika Syarikat yang berpengkalan di Filipina tentulah ada sebab untuk menyerang angkatan tentera Indonesia. Cadangan itu tidak dipersetujui oleh Tunku kerana hal konfrantasi adalah masalah rumahtangga antara abang dengan adik.


Begitu juga fitnah yang dibuat oleh Amerika ke atas Iraq yang kononnya Iraq mempunyai senjata pemusnah dan mengancam keamanan sejagat. Pembohongan yang direka oleh agensi CIA itu telah menghalalkan serangan  dilakukan ke atas negara Iraq. Begitu juga kisah al-Qaeda di Afghanistan. Cerita yang direka agensi seperti CIA atau Blackwater itu telah mendapat sokongan penuh White House.

Peristiwa Cuba yang terjadi pada abad ke 19 itu berulang lagi. Kali ini Amerika dan rakan sekutunya Isreal buat cerita karut yang kononnya peristiwa 9/11 iaitu runtuhan menara berkembar WTC adalah disebabkan rempuhan kapal terbang. Propaganda dan maklumat seluruh kejadian itu diperolehi daripada media arus perdana  milik 100% Yahudi seperti CCN, CNBC, BBC, CBS serta sumber berita seperti LA Times, USA Today, Washington Post, Associated Press dan Rauter.

Pihak BBC ada menerbitkan dokumentari berjudul 9/11 Conspiracy Theories yang disiarkan pada 18 Febuari 2007 bagi menangkis pelbagai teori liar yang dikeluarkan oleh orang ramai. Sayangnya, hanya rakyaat Amerika sahaja yang percaya akan pembohongan itu kerana minda mereka telah dibrainwash. Rakyat Amerika tidak pernah terfikir agaknya megenai sumber berita palsu itu datangnya dari pembiaya Yahudi yang mempunyai agenda mereka tersendiri.

Berbalik pada cerita serangan Isreal keatas Gaza pada bulan Ramadan ini, tentulah sudah dirancang bagi  mencapai matlamat mereka iaitu mahu mengambil alih sedikit demi sedikit negara Palestin dan menubuhkan negara Yahudi yang berdaulat serta dilindungi oleh undang-undang antarabangsa. Negara yang melindunginya tentulah kuasa-kusa besar Barat termasuk Amerika.

Hubungan erat antara Isreal dengan Amerika umpama isi dengan kuku. Ini boleh dilihat  dari pelbagai aspek dan bidang seperti pertahanan, ekonomi, pertukaran maklumat, hak kerayataan istimewa atau status diplomatik yang tidak diberi kepada lain-lain sahabat. Amerika juga memberi bantuan berbagai jenis senjata perang yang telah dihantar termasuk pesawat pejuang termoden dan peluru berpandu.

Mungkin kita tertanya-tanya kenapa PBB tidak dapat membantu dan dunia Arab pula masih berdiam diri. PBB hanyalah patung bernyawa yang digerakan oleh Amerika dan Isreal manakala dunia Arab pula sudah dikucar-kacirkan lebih awal oleh CIA dan Yahudi Zonis melalui latihan ketenteraan, bantuan senjata dan juga bantuan kewangan kepada pejuang-pejuang pro demokarasi kononnya. - Wallahuaklam!


Nota Kaki : Kisahnya!
Pada zaman dolu, kononnya Bani Isreal itu bangsa pilihan Tuhan tetapi bagi aku Yahudi Zonis adalah makluk perosak yang gemar berdusta kerana mereka ini telah dilaknat oleh Nabi Daud a.s. dan Nabi Musa a.s. serta Nabi Isa a.s. sendiri. Laknat mereka itu adalah doa yang dikabulkan oleh Allah sehingga ribuan tahun lamanya bangsa Yahudi itu hidup merempat tanpa negara.

Yahudi Zonis ini tabiat dan tingkah laku mereka sama sahaja iaitu angkuh meninggikan darjat kaumnya yang dianggap mulia, terkenal dengan sentimen perkauman, memandang rendah pada bangsa lain, terkenal bakhil, tamak, curang dalam perniagaan dan polopor sistem riba. Fullstop!
 


 

10 July 2014

SECAWAN TEH TARIK!




Di Surau!
Sebaik sahaja selesai solat Tarawih berjemaah, kami bersalam-salaman sambil berselawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW. Ketika ini ada jemaah yang meneruskan solat sunat, ada yang keluar terus balik ke rumah dan ramai gak jemaah  yang beratur untuk menggambil makanan yang disediakan oleh pihak Surau.

Sedang
aku terkil-kial mencari sebelah lagi selipe warna oren, aku disapa oleh jiran aku si Mail.

"Hai, nak balik dah ke?"

"Yelah Bro! malam ne moreh nasi minyak dengan ayam karilah. Tadi waktu berbuka, aku dah pekene nasi. Tak boleh masuk lagilah".

"Samalah aku. Apa kata kita pekene teh tarik"
cadang si Mail sambil menunjukkan sebelah selipe aku warna oren yang terbalik.

"Cantek gak tu, Jom"
Kami gerak ke restoran Hj Sulaiman yang letaknya dibawah blok D, dimana restoran ini menjadi tumpuan penduduk disekitar kejiranan tempat aku tinggal, lagi-lagi ketika demam Piala Dunia.

"Mamak!"
Jerit si Mail sambil melambai tangan, sebaik sahaja kami mengambil tempat di kaki lima restoran. Salah seorang pekerja restoran menghampiri meja kami.
 

"Kasi, satu teh O ice satu teh tarik"

"Laa, apasal oder teh O ice. Tadi kata nak pekene teh tarik?".

"Hauslah"
Jawab Mail sambil matanya memandang sreen Tv yang menyiarkan siaran ulangan bola sepak piala dunia antara Jerman lawan Brazil. Restoran ne menyediakan tiga screen Tv LCD yang digantung dikiri restoran, kaki lima pintu masuk dan bahagian dalam restoran.

Tidak lama kemudian pekerja restoran meletakan segelas teh O ice dan secawan teh tarik diatas meja kami. Si Mail terus sahaja menyedut teh O ice sambil memulakan bicara tentang kekalahan memalukan dalam sejarah Piala Dunia dimana tuan rumah Brazil kene belasah 7-1 oleh Jerman pada perlawanan separuh akhir di Stadium Mineirao Belo Horizonte awal pagi semalam.


Alasan Brazil tentulah kerana ketiadaan pemain utamanya, Neymar yang mengalami kecederaan tulang belakang juga tanpa kapten pasukan, Thiago Silva yang menjalani penggantungan satu perlawanan. Di tambah pula dengan kegagalan mengawal tekanan yang dihadapi pasukan Brazil ekoran harapan rakyat negara tersebut untuk menjulang Piala Dunia 2014, sambung si Mail.

"Sepatutnya Malaysia tiru cara Jerman main bola, macam kata seorang wartawan iaitu Brazil memiliki Neymar, Argentina mempunyai Lionel Messi, Portugal pula ada Cristiano Ronaldo tetapi Jerman memiliki pasukan yang hebat".

"Yang tu aku setuju Bro, jangan terlalu bergantung pada populariti seseorang pemain. Sape sangka Portugal dan Brazil boleh kalah kali ne".
Balas si Mail sambil membetulkan duduknya dikerusi plastik warna kelabu.


"Macam skud Harimau Malaya, wartawan siap kata jaguh kampung. Mana tidaknya, nak lepas sebelah kaki kat Asia pun susah, ne kan pulak nak berangan masuk Piala Dunia. Kita sama-sama tenguk, apa yang boleh dibuat oleh jurulatih Dollah Salleh dalam kempen Piala AFF Suzuki 2014 di Singapura dan di Vietnam pada Disember nanti.
Si Mail berhujah penuh semangat. Air teh O ice yang tinggal separuh tadi udah habis disedutnya.

"Kecian aku tenguk Harimau Malaya".

"Kenapa pulak?"

"Team Harimau Malaya sebenarnya taklah segagah macam namanya. Kebanyakan pemain tidak bangga menjadi pasukan Malaysia. Diaorang lebih pentingkan semangat kenegerian, permainan pulak tidak tersusun dan sangat pentingkan diri sendiri. Pemilihan pemain skud Harimau Malaya lebih bergantung kepada cable dan keroni. Tupasal  pemain bukan Melayu kurang berminat untuk bermain bola sepak".


"Mamak! Teh tarik satu" sekali lagi si Mail menjerit. Salah seorang pekerja restoran respon sambil menjerit gak ke arah kauter pembacuh air.

"Wah! Oder lagi, macam nak duduk lama Bro".

"Awal lagi, kan baru pukul 1045. Orang kat surau pun belum habis lagi mentedarah moreh. Ni ha! Aku nak bagitau, lepas raya ne aku berhenti kojer. Surat notis aku dah hantar!"

"Dapat kerja baru ke, kat hotel mana?"
Hairan gak aku pasal tiba-tiba si Mail hendak berhenti kerja. Dulu katanya kerja sebagai Doormen itu menarik, banyak dapat tips yang diberikan oleh tetamu termasuk bapa ayam dan samseng-samseng yang mahukan petak kereta di depan hotel.

"Aku taknak kojer kat hotel lagi. Duit yang aku dapat tak berkat, macamana banyak pun tak pernah cukup, hati selalu risau tak tentu pasal. Aku kojer kat hotel tu lebih kepada bersubahat" jelas si Mail bersunguh-sunguh.

"Bersubahat? Aku tak fahamlah apa maksud Bro!"

"Salah satu contohnya, bila aku kojer malam aku banyak dapat tip, kekadang tu bapak ayam bagi aku RM 50.00 hanya untuk letak keretanya sekejap, sementara ayam-ayamnya melayan tetamu di bilik hotel. Bukan ker itu namanya subahat. Ada kes-kes lain yang aku kira bersubahat seperti penjualan arak misalnya".


"Arak! Tapi Bro tak minumkan".


"Susah nak cakap Bro, lagi-lagi kalau kojer shif malam".

"Syukurlah kalau Bro dah sedar. Masa bulan Ramadan camnelah kita banyakkan berdoa, muga-muga ditunjukan jalan yang benar. Banyakan bacaan sebagaimana yang dianjurkan Nabi SAW ketika hendak berbuka atau di waktu mana juga yang maksudnya "Naik saksi aku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, kami mohun kepadaMu akan Syurga dan kami mohun perlindunganMu dari Neraka". - Wallahuaklam!



Nota Kaki :
Ketika entri ini ditaip, Tentera Israel sedang melancarkan serangan roket bertubi-tubi ke Gaza, akibatnya 12 penduduk Palestin maut sementara 80 yang lain cedera.  - AFP/Reuters

 


06 July 2014

BAZAR, TARAWIH & MOREH





8 Ramadan 1435H!
Ini bermakna kita telah memasuki fasa minggu kedua berpuasa. Seminggu udah berlalu, macam-macam berita dari akhbar dan juga cerita-cerita dari Ustaz yang memberi tazkirah atau ceramah sebelum solat Jumaat atau dipertengahan solat Tarawih.

Cerita-cerita dari Ustaz itu misalnya seperti kita sering menerima e-mel atau pesanan ringkas (SMS) yang ayatnya seakan-akan nasihat gitu. Perkongsian nasihat yang dihantar itu kekadang tanpa kita sedari terselit beberapa hadis yang kita sendiri tidak pasti akan kesahihannya.

Jika di laman sosial facebook pulak, kita berkongsi ayat-ayat yang macam nampak hebat tetapi sebenarnya daif, yang tersebar dikalangan masyarakat kita. Contohnya seperti ayat yang ditulis dan dikongsi seperti ini : 
   

"Ensiklopedia terbaik adalah al-Quran. Senaman terbaik adalah sembahyang dan diet  terbaik adalah puasa". - Kata Ustaz yang mengulas pasal ayat daif tersebut iaitu jangan sesekali samakan al-Quran dengan Ensiklopedia, begitu juga tentang solat dan puasa!
                
               

                  [I]  Bazar


Seingat
akulah, ketika kecil dolu tak ada istilah Bazar Ramadan kerana tradisi orang kampung dolu-dolu iaitu jiran-jiran akan menghantar juadah pintu ke pintu. Kita akan bertukar-tukar juadah yang dimasak sendiri tanpa perlu membeli diluar. Kalau nak merasa bubur lambuk pulak, ambik sahaja kat Masjid. Tradisi dan nilai-nilai perkongsian juadah orang dolu mungkin kerana ketika itu  orang Melayu berada pada zaman kemiskinan tegar!

Hari ini!
Orang Melayu tidak miskin lagi, tupasal lokasi atau destinasi tumpuan yang dikunjungi oleh umat Islam terutama orang Melayu adalah Bazar Ramadan. Setiap daerah atau kampung pasti ada bazar dengan pelbagai juadah berbuka yang disediakan oleh peniaga-peniaga.

Orang ramai yang pergi membeli juadah berbuka di bazar Ramadan itu mungkin kerana  tradisi orang berduit iaitu kalau nak berbuka puasa mesti diatas meja makan penuh dengan pelbagai makanan. Jika makanan dan minuman yang dibeli itu tidak habis, orang berduit itu akan membuangnya ke dalam tong sampah. - Kira membazirlah tu!

Bazar Ramadan
memang meriah, seakan-akan pesta makanan pulak. Disebalik kemeriahan tersebut, ada peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab dengan menjual juadah berbuka yang tidak bersih  dan tidak selamat untuk dimakan. Kekadang tu ada makanan yang dibeli udah basi ketika hendak dipanaskan. - Yalah! Mana tak basi Beb, kalau juadah tu udah dijual seawal jam 0200 petang!


Makanan
tidak bersih dan tidak selamat yang dijual di bazar Ramadan, bukanlah aku yang reka ceritanya. Kisah 36 orang keracunan makanan selepas berbuka puasa kerana memakan roti John yang dibeli dari sebuah gerai di bazar Ramadan, Taman Sri Muda di Shah Alam, Selangor, telah disiarkan oleh akhbar Mingguan Malaysia, muka 18 [Dalam Negeri] Ahad 6 Julai 2014.

Daripada
jumlah pesakit tersebut, sebanyak 24 orang dimasukkan ke wad, manakala 12 orang sebagai pesakit luar. Ikut kata Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, keputusan awal ke atas lima spesimen klinikal didapati positif bakteria Salmonella spp.  Kata Dr lagi, ada yang mengalami sakit perut, cirit-birit dan muntah. Ada gak yang kejang otot, bermuka pucat selepas makan roti John tersebut. - Fuhhh! Memang powerlah ruti John kat bazar Ramadan Taman Sri Muda, Shah Alam tu, siap boleh kejangkan otot manusia. Udah macam kene penyakit gaout pulak. Huhuhu!



                
[II]  Tarawih


Dah
puas ke hulu ke hilir di bazar Ramadan dengan menjinjing juadah penuh dikiri kanan, maka bila sampai kat rumah baru terasa penat. Selepas berbuka, perut pong udah kenyang dan nafas pong naik semput, ditambah pulak dengan keletihan ketika buat bazar walk tadi. - Apa ceter solat sunat Tarawih, agak-agak mampu tak untuk ditunaikan Beb!

Seperti yang tercatit dalam buku Kelebihan Amalan susunan Haji Johari Haji Alias iaitu solat sunat Tarawih adalah ibadat yang paling besar pahalanya selain pahala puasa Ramadan. Terdapat berbagai fadhilat dan faedah termasuk diampunai dosa-dosa dirinya serta kedua ibu bapanya. Diberi pahala seumpama pahala tawaf  para malaikat di Baitul Ma'mur, bersih dari dosa seperti baru dilahirkan, dibinakan mahligai di syurga, dinaikkan kedudukannya seribu darjat diakhirat dan berbaga-bagai lagi.       


Hukum solat Tarawih pulak ialah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat dituntut bagi orang-orang Islam lelaki dan perempuan. Mereka yang mengerjakan ibadat puasa tetapi tidak mengerjakan solat sunat Tarawih pada malamnya, seolah-olah menjadi tawar dan hambar sepertinya berjaya tetapi tidak cemerlang. Sesungguhnya sangatlah rugi bagi mereka yang berpuasa Ramadan tetapi tidak melengkapkannya dengan solat sunat Tarawih!



                 
                 
[III] Moreh!

Ini
pulak cerita pasal Moreh. Ketika zaman remaja aku, di Masjid Lama Batu 6 Gombak inilah tempat aku dengan beberapa rakan sebagai pekerja sukarela sepenuh masa, untuk menyediakan moreh. Setiap malam kami berlima akan membahagikan tugas iaitu memasak air panas menggunakan  kayu getah. - Masa tu pihak Masjid mungkin belum mampu lagi guna dapur gas. Budget tak ada!
 

Kawan yang lain pulak ada yang ditugaskan membacuh air teh O dan kopi O'kaw, membentang kain putih di beranda Masjid, ada yang menyusun kuih-muih, buah kurma gred tiga dan biskut crakers ke dalam piring.  Jauh sekalilah kat Masjid ini [ketika zaman aku] ada moreh seperti nasi ayam, nasi bryani, mee kari atau sate. - Zaman miskinlah katakan!

Apabila
Imam telah mula untuk solat sunat witir, maka kami berlima pong menyusun dulang-dulang yang telah di isi dengan juadah moreh dan air panas disepanjang beranda Masjid. Selesai jemaah menikmati moreh, kami berlima pulak sibuk mengemas dan membasuh pinggan mangkuk. Jika ada baki kuih, kami akan agih-agihkan untuk dibawa pulang sebagai upah gitu. - Tetapi jika tak ada balance kuih, kurma gred tiga jadi mangsalah. Kurma pong kurmalah, janji ada buah tangan!

Tradisi
moreh selepas solat tarawih telah diteruskan hingga kehari ini. Bezanya, hari ini jamauan makan selepas solat tarawih di Masid dan surau-surau memang mewah dan banyak. Sesuai sangat kalau nak tiru cogan kata Astro, macam-macam ada! Ada jemaah yang membawa juadah kerana niat hendak bersedekah, ada pulak persatuan yang hendak menaja moreh sate atau nasi bryani. - Bayangkan, ada orang bakar sate kat tepi Surau masa moreh. Aroma sate tersebut pulak dihidu oleh kanak-kanak yang sedang bermain. Apalagi, kecoh dan haru birulah kawasan Surau tersebut macam pesta Beb!



Pembaziran!
Baik di rumah ketika berbuka puasa dan di Masjid atau Surau ketika makan malam selepas solat Tarawih, sama sahaja iaitu pasti ada makanan dan minuman yang tidak dijamah, dibuang ke dalam tong sampah. Inilah sebahagian pembaziran yang dilakukan oleh Umat Islam ketika di bulan Ramadan. Tanyalah pekerja-pekerja hotel yang menawarkan pakej buffet Ramadan. Berapa banyak makanan yang tidak habis dibuang, itu tidak termasuk sisa-sisa makanan yang ditinggalkan pelanggan didalam pinggan.

Mentang-mentanglah buffet, penuh juadah kat atas meja tetapi bila udah minum segelas air dan makan sepingan nasi, perut pong kenyang Beb.
- Bukan senang hendak melawan pembaziran dan menahan nafsu makan minum,  walaupong setiap kali tiba Ramadan, azam untuk berubah dan tidak mahu membazir ditanam dalam jiwa kita. Semuga Ramadan kita kali ini lebih baik dari tahun lepas. - Wallahuaklam!