29 August 2012

MERDEKA, BASIKAL & SATE HUT

Lusa! Tanggal Tigapuluh Satu
Bulan Ogas 1957 - Merdeka!


Salam dari Mj kepada kengkawan dan kakiblog diluar sana! Petang semalam jam 1530 petang, aku bersama Mahfol, En Ahmad dan Pizal ge kedai basikal baru Nan Starway Bicycle Center di Kuala Selangor. 

Sampai kat sekitar shop lot Bicycle Centre, tiada kelihatan kibaran Jalur Gemilang walaupun lusa adalah sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55. Kebanyakan peniaga kat sini nampaknya buat bodoh je pasal Hari Kemerdekaan.

Masuk ke dalam kedai basikal, tak banyak basikal mtb atau fixie yang dijual kat kedai ne. Adalah sikit basikal mtb jenama Xds, dan satu-dua jenama Exitway, Kona dan TRS. Kalau dah masuk tak sah kalu tak beli. Aku, En Ahamd dan Mahfol belilah beg basikal pasal murah kalu di bandingkan kedai basikal Samy di Batu Cave. En Ahmad  beli gak pedal warna biru pun pasal terpengaruh dengan harga. Hehehe... 

Kita udah Merdeka! Udah 55 tahun lamanya. Tak banyak kedai basikal kaum Melayu berbanding kaum Cina. Kebanyakan basikal pulak tu, di import dari negara China dan Taiwan. Kita orang Melayu hanya tahu beli dan tak pandai jual, apatah lagi untuk membuatnya. Ekonomi negara China dan Taiwan berkembang kerana kita telah membantu membeli basikal rekaan mereka. Bila agaknya kaum kita nak buat basikal rekaan sendiri!

Singgah kat kedai mamak, pekene teh tarik, roti canai bersama kuah dal yang sedap! Walaupun  kita udah 55 tahun Merdeka, kita tetap bersama mamak. Hehehe! Nak ge mana pulak lepas minum? Jalan-jalan sekejap kat jeti berhampiran jembatan yang menghubungkan pekan lama Kuala Selangor dengan Pasir Penambang. Kepada Kaki Pancing! Boleh memancing kat sini dan umpan ada di jual berhampiran jeti. Foto kat bawah ne pulak ialah sebahagian remaja "Anak Merdeka" sedang menunggang fixie di sekitar Bukit Melawati. Anak Merdeka masih berbangga dengan memakai kemeja-T bendera bekas penjajah!

Kelihatan jembatan yang menghubungi pekan lama Kuala Selangor dengan pekan Pasir Penambang. Terbinanya jembatan tersebut adalah hasil dari Tanggal Tigapuluh Satu-Merdeka! 

Sambung balik story! Selepas berehat sekejap kat Bukit Melawati, kami pergi beraya ke ummah kenalan En Ahmad di Sawah Sempadan. Lepas tu gerak ke pekan Tanjung Karang! Kami berempat nak pekene sate bersaiz besar di Sate Hut. Untuk pengetahuan kengkawan di luar sana, sate bersaiz besar ne pernah dijual sekitar tahun 80'an dengan jenama Sate Ria. Sayangnya Sate Ria milik anak syarikat Mara tu tak dapat bertahan lama.

Walupun kita udah lama merdeka, tak semestinya kita bebas nak buat sesuatu perkara yang melanggar tatasusila, adat dan budaya kita. Pembangunan boleh dilaksanakan tanpa menggugat nilai-nilai tradisi.

Kita mungkin udah lupa! Sebelum kita Merdeka kebanyakan rumah kita hanya diterangi lampu minyak tanah dan dapur kayu. Sedikit sangat yang menggunakan dapur minyak kerana kemiskinan. Kita mungkin terlupa, sebelum Merdeka kebanyakan anak-anak kita tidak memakai kasut kerana kesusahan. Kita mungkin udah lupa kebanyakan jalan ketika itu hanya tanah merah yang berdebu. Menjadi lumrah kehidupan ketika itu, orang kita memakai songkok, berkain pelikat dan berbaju Melayu. Kalau yang berada pulak, memakai songkok, seluar dan berjeket hitam (gaya separuh Melayu separuh Mat Salleh gitu!).

Andainya kita belum Merdeka, belum tentu kita dapat  menghantar anak-anak kita ke Uitm. Andainya kita belum Merdeka belum pasti saudara-saudara kita yang miskin dapat meneroka tanah-tanah rancangan Felda. Sudah pasti tidak ada Felda, Felcra, Mara, Uda, Tabung Haji dan sebagainya. Sekiranya kita belum Merdeka, mungkin anak-anak kita tidak dapat memegang handphone, ipad, note book atau laptop. Tidak ada facebook mak! Huhuhu...

Andainya kita belum Merdeka, mungkin anak-anak kita sedang menangis kelaparan seperti yang dialami olih etnik Rohingya. Mungkin ketika itu ada negara maju yang sudi menyediakan Tabung Kemanusian Malaya. Jika belum merdeka, mungkin kaum kita menjadi seperti bangsa Palestin atau pun kaum kita menjadi pelarian atau pendatang haram tanpa izin di negara Brunei, Singapura, Thailand dan Indonesia. Huhuhu!


Selamat menyambut Hari Kemerdekaan!
                                                                                  

26 August 2012

EFEK FOTO CARA Mj


Salam Kengkawan Semua! Masih dalam mood raya dan esuk ramai kengkawan aku udah mula korje. Aku aja yang masih bercuti panjang. Ketika ini jam dinding ummah aku menunjukan jam 2340 malam. Aku kat sini sedang melayan entri "Efek Foto Cara Mj" dengan upload  15 keping foto yang sudah di edit.

 Foto yang aku edit ne kelihatan seperti lukisan pop (pop arts). Mengambil contoh foto kat bawah ne "Senyuman Si Kuzai"- Aku edit potret warna biru dan  latar belakang aku masukan warna kuning. Konsep foto ne samalah dengan pop arts. Kalau kengkawan nak buat lukisan atau nak cetak kemeja-T, caranya ialah dengan meletakan blok saring sutra keatas kenvas dan warnakan dengan warna biru. Kemudian kengkawan boleh warnakan latar-belakang warna kuning dengan blok kedua atau warnakan menggunakan berus.

Watak-watak dalam "Efek Foto Cara Mj" ialah Kuzai, Amiroul, Herlin (balik beraya kat Bandung), Rimba Bara, En Ahmad dan anak-anak buah aku. Kepada dioarang ne semua, aku minta ma'af kerana upload dan edit foto tanpa kebenaran. Hehehe...  

"Senyuman Si Kuzai"
Gaya Amiroul
Panas Beb!
Mencari Cahaya Bulan
Jangan Malas Bro!
Hitam Putih Kehidupan
Mana ada Kontroversi!
Anak anda di mana sekarang!
Lesu Yang Pilu!
Akulah Rimba Bara
Kau Ada?
Hujan Oh Hujan!


TERHEMPAS!


Apakah ada erti esok
setiap kali mentari terbaring
memadamkan garis tanda di dada bulan
yang sekian lamanya dicipta
padat dalam ilusi seorang pencari
harga diri.

Adakah harus membuat andaian
antara ragu dan cemburu
tetapi tiba-tiba menyembunyi diri
di sebalik mimpi  dan igau
pada mengumpul harapan yang terasa hilang
di celah geram.



Nota: Penyair Zaihasra yang sebaris dengan Zurinah Hassan dan Siti Zainon Ismail adalah penyair yang romantis.Telah lama kembali ke Rahmatullah (22 November 1989) dan jasadnya telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Gombak. Semoga rohnya dirahmati Allah. Al-Fatihah!

24 August 2012

PIZZA+SPAGHETTI & DECO


Singgah makan tengahari di Pizza Hut , Tanjung Malim. Pesan tuna pizza, prawn olio spaghetti, soup of the day, french fries, ice lemon tea dan dua cawan kopi. Sambil menunggu pesanan dihantar, aku klik beberapa keping foto untuk tatapan kengkawan semua.

(Bawah)Imej potret Mak Metua aku ne udah diedit. Memang ada yang tak suka tenguk gambar yang sudah diedit, kata diorang tak asli. Tetapi itulah kesukaan aku. Aku puas setelah melihat hasil gambar ne dengan ekspresinya (raut wajah Mak Metua aku!).

(Bawah)Deco kat tingkat satu kelihatan menarik dan tertarik dengan beberapa keping lukisan atas kanves yang penuh warna-warni bagi menceritakan keriangan ketika makan di Pizza Hut. Sesuai dengan motto Eat-Laugh-Share!


Tanjung Malim ialah sebuah pekan seni kerana terdapatnya banyak lukisan tergantung kat dalam pasar basah. Kalau kengkawan tak percaya, masuklah kedalam pasar basah, pasti kengkawan nampak lukisan yang tergantung kat situ. Aku ingat, inilah satu-satunya pasar basah kat Malaysia yang terdapat banyak lukisan. Masa dulu ketika penuntut masih di UPSI Tanjung Malim, banyak arca di tempatkan di sepanjang sungai.Tapi sekarang arca tu udah tak nampak, lagi pun kebanyakan penuntut udah berpindah kat UPSI Bandar Proton. 

Nota Kaki: Semua foto ne aku rakam menggunakan telepun berkamera jenama Sony Ericsson Walkman!


23 August 2012

BERMULA DI SINI


"Bermula Di Sini" adalah foto hasil kerja Ammar ketika berada di kota suci Mekah. Sembilan keping foto (kecuali foto buaian) dirakam menggunakan kamera Nikon Coolpix yang pertama kali digunakan olih Ammar. Hasilnya boleh dibanggakan kerana foto-foto tersebut jelas merakam subjek kanak-kanak bersama penjaganya.  

Mesej: Amalan membiasakan kanak-kanak menunaikan solat bersama di masjid, pastinya dapat menyemai jiwa kanak-kanak tersebut agar memahami pengertian solat dan mampu menjadi insan yang beriman. Memanglah kanak-kanak kalau tidak dikawal olih penjaganya ketika di masjid akan berlari dan gelak ketawa bersama rakan sebaya yang boleh menggangu jemaah lain ketika solat-tetapi itu bukan alasanya!




21 August 2012

SIRI - RAYA BALIK KAMPUNG


Siri - Raya Balik Kampung adalah buah tangan aku untuk peminat "fotografi" (itu pun kalau boleh dipanggil fotografi) yang aku rakam menggunakan kamera handphone jenama Sony Ericsson Walkman. Kebanyakan gambar yang aku rakam adalah ketika berhari raya di kampung. Subjek dirakam ialah persekitaran belakang rumah seperti buah belimbing, bekas pemanggang, pokok kektus, buah betik, buaian, dart, putik buah pulasan, kuching, getah beku, potret anak buah, bunga okid, jantung pisang, buah limau dan lain-lain subjek yang aku minat. Pencahayaan yang natural dan sedikit suntingan telah memberikan kesan kepada 19 keping gambar yang aku rakam.

Jangan tanya aku pasal mesej! Kerana setiap gambar yang aku rakam dilihat dari perspektif berbeza. Aku gemarkan hasil gambar yang menyerupai (walaupun tidak sama) seperti lukisan. Selepas ini pula akan menyusul  foto-foto hasil rakaman Ammar ketika berada di tanah suci dengan tajuk "Bermula Di Sini". Sekian dan Salam Sayang dari Mj!