PANTON LABU, Aceh - Beberapa penuduk di sini terkejut besar apabila menemui cebisan pembalut mercun diperbuat daripada kertas yang tertulis ayat-ayat suci al-Quran. Penemuan yang turut dilaporkan berlaku di Matang Kuli dan Nibong itu, sekali gus mendatangkan kemarahan penduduk yang menyifatkan perbuatan menggunakan kertas yang mengandungi ayat kitab suci tersebut sebagai satu penghinaan terhadap umat Islam.
Kes itu dilaporkan berlaku di Panton Labu apabila seorang peniaga, Nurdin, 34, menemui kertas mercun yang dipenuhi tulisan Arab pada minggu lalu ketika sedang berniaga di kedainya. "Saya terjumpa cebisan mercun di depan kedai saya dan setelah diteliti, saya dapati tulisan Arab tersebut merupakan ayat al-Quran. Saya menemui beberapa cebisan lain dan bertindak melaporkan perkara ini kepada Majlis Permesyuaratan Ulama (MPU) Tanah Jambo Aye untuk tindakan lanjut," katanya.
Ketua MPU, Tgk Ramli Sham berkata, cebisan yang ditemui olih Nurdin itu disahkan merupakan helaian daripada al-Quran. "Perbuatan ini merupakan satu penghinaan terhadap umat Islam dan disengajakan. Mereka yang bertanggungjawab dalam hal ini perlu ditangkap dengan segera," katanya. - Agensi
Semenanjung Tanah Melayu, Kuala Lumpur - Macam-macam hal berlaku yang boleh mencemarkan bulan Ramadan. Gerai-gerai Mamak dijadikan 'port' segelintir umat Islam makan tanpa malu depan umum pada bulan puasa. Ada yang beli bungkus seawal pukul 11 pagi di Jalan Dua off Jalan Chan Sow Lin. Kalau sesekali pergi ke bazar Ramadan Jalan Kucing, ada pemilik gerai menjual pelbagai jenis mercun dan bunga api dengan selamba. Hairan aku, sepatutnya pemilik gerai tersebut menjual makanan! Boleh pulak dia jual mercun, padahal mercun secara resminya diharamkan sejak tahun 1991. Sebagai ibu-bapa atau penjaga, janganlah ikutkan kehendak anak dengan membeli sedikit mercun dan bunga api. Jika ibu-ibu dan bapak-bapak udah mengajar anak kecil bermain bunga api, nanti bila mereka besar pulak - mintak belikan mercun.
Tidak ada langsung kaitan mercun dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Begitu juga kaitan duit dalam sampul atau dikenali sebagai 'angpow'. Bila bulan Ramadan aja, lagi-lagi dekat nak raya, sibuklah sebahagian orang kita nak bermain mercun. Lepas tu sibuk pulak tukar duit seringgit atau lima ringgit sambil minta sampul kat bank. Bila kegilaan main mercun dan bagi angpow dilakukan olih orang kita setiap sambutan Hari Raya, ia udah jadi budaya. Sedangkan budaya ini di bawa olih kaum Cina yang tinggal di Semenanjung ketika meraikan Tahun Baru Cina.
Orang kita memang suka tiru budaya orang lain. Kalau budaya tu membawa kepada kebaikan takpe, ne beli mercun dan bunga api sebab nak puaskan hati anak-anak. Yang pelik dan lucu tu, orang dewasa pun nak main mercun. Sepatunya orang kita tak perlu beli mercun walaupun banyak lebihan duit pasal kerajaan bagi bonus. Yang buat kilang mercun ne orang Cina di negeri China. Yang mengedar mercun pun orang Cina. Kalau orang kita pakat-pakat tak beli mercun, tentu para pengedar mercun akan berkurangan ketika perayaan menyambut Hari Raya. Biarlah orang Cina buat mercun untuk kegunaan bangsa Cina sahaja. Lagi pun setahu aku, diaorang bakar mercun pada Tahun Baru Cina untuk menghalau hantu setan! Orang kita pulak sibuk nak bakar mercun pasal apa? Orang kita bakar mercun samalah dengan bakar duit. Kira membazir lahtu! Orang Cina nak halau hantu setan, orang kita pulak yang jadi rakan setan.
Berbalik semula pada tajuk entri "Mercun DiBalut Ayat Al-Quran". Ramai musuh musuh Islam diluar sana cemburu kepada umat Islam. Mereka (musuh-musuh Islam) cuba meracuni fikiran umat Islam dengan berbagai-bagai cara. Ada yang menghantar ramai pelacur. Ada pula yang hantar pelbagai jenis rokok, arak dan dadah. Ada pulak buka kedai-kedai judi, walaupun tujuan asalnya kedai judi berlesen tersebut untuk mereka sahaja tetapi umat Islam terjebak gak! Ada yang jual kasut dengan kulit babi, ada yang buat selipar tapaknya ada kalimah Allah. Ada penyayi buat tatoo kat badan juga dengan ayat-ayat suci. Begitu juga pada mereka yang benci dengan Islam akan melukis kartun sahabat Rasullulah s.a.w. dengan pelbagai wajah binatang. Jadi tak hairanlah aku kalau musuh-musuh Islam membalut mercun dengan ayat-ayat suci ai-Quran, pasal pembelinya umut Islam.
Teman! Apa kata kita sama-sama renungkan sekejap cerita pendek dalam ruangan "angguk geleng" dari majallah Solusi yang bertajuk "Jalan ke Syurga". Kisahnya begini:
Seorang paderi Kristian tiba di sebuah kampung yang agak terpencil. Dia bertemu dengan seorang kanak-kanak yang berkopiah, lalu bertanya: "Wahai anak, boleh kamu tunjukkan kepada saya jalan ke rumah ketua kampung? Saya baru sahaja tiba disini, maka saya kurang arif dengan kawasan ini." "Boleh tuan, jawab si anak. "Tuan ikut lorong ini, kemudian jalan lurus. Apabila tuan nampak serumpun pokok buluh, belok ke kanan. Apabila tiba di tepi sungai, tuan seberang sungai itu. Jalan terus lagi dan tuan akan nampak rumah yang ada telaga di sebelah kiri, itulah rumah ketua kampung." "Terima kasih banyak-banyak anak kecil. Sebagai membalas budi kamu, inginkah saya tunjukan kepadamu jalan ke syurga?" tanya si paderi. (Jelaslah si paderi itu ada misi menyampaikan ajaran agama Kristian kepada kanak-kanak tersebut yang sudah pastinya beragama Islam). "Benarkah tuan boleh menunjukkan saya jalan ke syurga?" tanya kanak-kanak itu kembali. "Ya. Memang itulah tugas saya saban waktu setiap hari."
"Bagaimana tuan mahu tunjukan saya jalan ke syurga kalau tuan sendiri mahu ke rumah ketua kampung pun terpaksa bertanya kepada saya".
Pengajaran: Hanya mereka yang berada di jalan yang benar sahaja mampu memimbing orang lain ke jalan yang benar. - Solusi
|
No comments:
Post a Comment