03 October 2014

SERANG HENDAP ULU LEGONG!



I- Dalam minggu nie suasana nampak sedikit kecoh, terutama dalam media sosial apabila subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter. Pengurangan subsidi tersebut menjadikan harga baharu RON95 meningkat kepada RM2.30 sen seliter manakala diesel RM2.20 seliter.

Walaupong
ada segelintir yang bising dengan kenaikan harga minyak tetapi tidak pulak aku lihat  kenderaan berkurangan di jalan-jalan raya. Malah, kenderaan mula bersesak-sesak di lebuhraya kerana nak balik kampung bagi menyambut Hari Raya Qurban yang jatuh pada 10 Zulhijjah bersamaan hari Ahad, 5 Oktober 2014.

Janganlah kerana disebabkan minyak naik 20 sen kita bertekak dengan anak-isteri ketika memandu. Betullah, nak balik kampung pasal nak sambut Hari Raya Qurban, tetapi janganlah dikorbankan sekali anak-isteri sehinggakan jalanraya dan lebuhraya, kita jadikan pusara berdarah. Kebanyakan kemalangan maut yang kita dengar adalah berpunca kerana sifat tidak sabar. Cuba memotong, memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan kenderaan lain.

 

II- Bila bercakap pasal korban nie pastinya aku masih lagi terbayang-bayang akan kejadian yang berlaku dalam Serang Hendap Ulu Legong yang dilakukan oleh pengganas komunis yang mengakibatkan 10 orang perajurit dari Batalion  Ke-22 RAMD terkorban dan mayat mereka dizalimi sekejam-kejamnya.

Sejarah hitam Tentera Darat itu ditulis oleh Leftenan Kolonel Mohd Radzi Abd Hamid dalam novel perang 'Serang Hendap Ulu Legong'. Seperti yang ditulis oleh pengarang dalam bab Epilog, iaiitu kisah tersebut dikutip daripada longokan manuskrip temu bual dengan angota kumpulan penyelamat, dua anggota yang cedera parah, penduduk Kampung Ulu Legong, Puan Siti Khatijah, Komard Mutusamy dan rujukan diari Chin Ping yang ditemui di bawah pangkin beliau di Kem Gajah.

Kisahnya! Kejadian serang hendap itu berlaku pada Oktober 1981 apabila trak Volvo Motar 2 tan yang membawa lapan orang anggota fitik, keluar dari Markas Taktikal menuju ke Kampung Lalang. Tujuan anggota tersebut ke Kampung Lalang ialah kerana hendak mengecat rumah Tauke Wong yang musnah terbakar pada bulan lepas.



Penulis menceritakan. Sebaik sahaja melintasi jambatan, trak Volvo Motar 2 tan telah dibedil oleh sekumpulan komunis dengan menggunakan sebiji peluru roket pemusnah kereta kebal yang menembusi ruang injin. Lapan anggota tentera berbalas tembak dengan 43 orang komunis yang diketui oleh Chin Peng.

Dalam masa berbalas tembak, sempat gak salah seorang parajurit membuat panggilan kecemasan, meminta bantuan segera dari Markas Taktikal, malangnya Markas juga diserang secara mengejut oleh pihak pengganas. Empat anggota terbunuh di Markas Taktikal iaitu Lans Kopral Rosli bin Harun ketua di pos pengawal di puncak bukit. Kopral Saad bin Baki [Ketua Tukang Masak]. Dua lagi mayat ialah anggota rintis serang iaitu Prebet Iskandar bin Ismail dan Prebet Yusuf bin Khairuddin.

Diceritakan juga oleh penulis tentang enam anggota yang terbunuh ketika serang hendap dilokasi berhampiran jembatan. Mereka terbunuh dalam keadaan yang amat menyayat hati. Tidak sampai dek pemikiran manusia bahawa ia adalah perbuatan manusia.

Anggota pertama iaitu Prebet Md Merdeka [pemandu trak] Volvo Mortar 2 tan, mayatnya dibogelkan dan diikat pada pengelap cermin trak. Telinganya dipotong dan dijadikan kalung rantai dengan menggunakan tali akar pohon letup-letup. Kemaluannya dipotong dimasukkan ke dalam mulut seperti orang sedang menghisap cerut. Kejam!


Mayat kedua ialah Lans Kopral Hashim [ketua kumpulan]. Badannya bersarang dengan hampir dua puluh lima [25] butir peluru. Ketika diangkat, badannya boleh dilipat dua seakan-akan tidak ada pinggang. Kepalanya hancur disebelah kiri akibat tembakan  bertubi-tubi. Otaknya berterabur di atas jalan. Kedua-dua matanya dicungkil dan hilang entah ke mana. Juga dibogelkan dan diletakkan terlentang di atas jalan. Kemaluan juga dikerat dan dua telur kemaluan diletakkan di atas mata kiri dan kanannya. Zalim!

Mayat
yang ketiga iaitu Prebet Jamil TK terpesok di dalam parit yang penuh dengan semak pokok senduduk. Terlungkup. Seluarnya dilondehkan. Buntut disula dengan ranting-ranting pohon senduduk. Kedua-dua belah daging punggung hancur dek tembakan bertubi-tubi. Darah masih menitis perlahan-lahan ke tanah ketika jenazahnya diturunkan. Binatang!




Nota Lutut - Takat itu sahaja yang dapat aku salin daripada novel perang Serang Hendap Ulu Legong [DBP 2013]. Selebihnya kenkawan belilah novel perang tersebut untuk mengetahui cerita selanjutnya. Lagipong, novel fiksyen sejarah ini tertakluk pada ayat-ayat yang berbunyi "Hak Cipta Terpelihara". - Wallahuaklam!


3 comments:

  1. Assalamu'alaikum saudara kakiconteng.
    Buku hasil penulisan Lt Kol Radzi Abd Hamid adalah kisah benar, BUKAN fiksyen sejarah! Jadilah blogger berhemah, pastikan mutu penulisan ditahap yg tinggi dan gunakan sumber2 yg betul. Wassalam.

    ReplyDelete
  2. Kalau x tau jgan cakap dok diam2 bnyak kau punya fiksyen...

    ReplyDelete
  3. Kalau x tau jgan cakap dok diam2 bnyak kau punya fiksyen...

    ReplyDelete