III- Pagi Isnin. Fajar mula mengintai dicelah-celah pohun, di celah-celah dahan. Di puncak banjaran Titiwangsa, kabus telah menghilang. Pagi itu kebanyakan peneroka Felda tidak ke kebun untuk menoreh getah. Tidak juga ke ladang kelapa sawit untuk mengait buah. Diatas bukit, ada barisan kedai beratapkan zink berdindingkan papan. Beberapa orang sedang bersarapan nasi lemak di kedai Hj Burhan. Begitu juga di-gerai Wak Dol, kelihatanya ramai pelanggan termasuk remaja dan orang tua sedang pekene teh panas dan lempeng ubi.
Di Gerai Wak Dol. Seorang lelaki tua bernama Hj Khamis sedang menuang teh panas ke dalam piring. Piring itu di-angkatnya perlahan-lahan ke-arah bibir dan terus menghirupnya sambil telinganya cuba menangkap butir perbualan tiga jirannya. Fahamlah sekarang. Tiga jirannya itu sedang mengeluh tentang nasib mereka sebagai penoreh getah apabila harga getah jatuh teruk sehingga RM1.70 sekilogram.
Hj Khamis menarik nafas perlahan-lahan. Tersengih sendirian. Hj Khamis tidak mahu mencampuri atau menyanggah bual-kata jiran disebelah mejanya. Memang ada kebenarannya. Jika harga getah jatuh serendah itu, mana cukup! Habis-habis pun, peneroka yang mempunyai kebun seluas satu hektar hanya mampu memperoleh pendapatan tidak sampai RM500.00 [lima ratus henget].
Wajah Hj Khamis tenang. Kenaikkan harga bahan api, kejatuhan harga getah dan musim hujan yang mungkin berpanjangan, tidak langsung menjejaskan kehidupan harian beliau. [Hj Khamis sebenarnya udah lama tidak ke kebun untuk menoreh getah kerana dilarang oleh anak-anak beliau].
Walaupong Hj Khamis tidak menoreh tetapi setiap awal bulan, Hj Khamis akan pergi ke pekan Tanjung Malim untuk mengeluarkan sedikit duit dari mesin ATM. Duit yang dikeluarkan Hj Khamis adalah hasil pemberian anak-anak beliau seramai sembilan orang. Setiap seorang anak Hj Khamis telah berjanji untuk memasukkan wang ke akaun abang sulung sebanyak RM100.00 [seratus henget]. Tugas abang sulung pula ialah memasukkan duit RM1000.00 [seribu henget] setiap hujung bulan ke dalam akuan bapanya Hj Khamis.
Jika dicampur duit pajakan kebun getah dengan duit pajakan kebun kelapa sawit serta duit dari pemberian anak-anak, tidaklah sukar sangat beliau [Hj Khamis] bersama isteri untuk menampung kos sara hidup yang makin hari semakin tinggi. Hj Khamis hanya memerlukan duit untuk membayar bil api, bil air, top-up telepon, isi minyak kereta dan dua-tiga hari sekali keluar ke pekan Behrang sambil pekene teh panas, lepas tu beli ikan dan sayur. [Rezeki itu datang dari Allah kata Hj Khamis]. Alhamdullilah! |
No comments:
Post a Comment