10 October 2014

ANCAMAN ISU MURTAD & IFC


I- Isu Melayu Murtad dan Suruhanjaya Antara Agama [IFC] telah tersebar secara meluas menerusi media sosial yang mengundang keresahan masyarakat kerana ia boleh mengancam kedudukan agama Islam. Malah sejak dua menjak kebelakangan ini, mereka telah berani mempromosikan gerakan murtad kat laman facebook atau dalam laman blog.

Suruhanjaya Antara Agama [IFC] adalah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya yang mempunyai kuasa undang-undang serta boleh mengubah ajaran setengah agama kerana desakan penganut agama lain. IFC ne kalau diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan [ROS] fungsinya antara lain ialah akan menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan dengan agama. - [Kira macam SUHAKAM gitu!]


Penubuhan IFC ne dicadangkan oleh Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh [MCCBCHS] melalui memo kepada Majlis Peguam pada 21 Ogas 2001. Masa tu kalau tak silap aku, Presidennya ialah V. Harcharan Singh. Orang kuat dibelakang penubuhan IFT ialah Majlis Peguam terutamanya Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia.
 

Selepas satu perayaan 'Fistival of Rights' diadakan dengan tema 'Kebebasan Beragama' pada 8 Disember 2001, IFC cuba menganjurkan forum dan bengkel pada 17 Mac 2003 tetapi bengkel tersebut gagal apabila kesemua NGO Islam iaitu ABIM, ACCIN, JUST dan Sister In Islam menarik diri. Bagaimanapong, Sister In Islam kemudian menyertai semula dan menyokong penubuhan suruhanjaya tersebut. - [Senangnya! Macam masuk-keluar parti politik pulak Sister In Islam ne!]



II- Pada Januari 2005, persidangan cadangan penubuhan IFC telah di anjurkan oleh suatu badan Yayasan Kristian [Konrad Adeneuer Foundation] yang terletak di Jerman. Matlamat IFC ialah untuk menuntut dan meminda beberapa asas Islam antaranya :
 

i- Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
 

ii- Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
 

iii- Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka [murtad] dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
 

iv- Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam [murtad] sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

v- Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepaptutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam. 

vi- Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk Masjid.

Banyak lagi tuntutan mereka melalui deraf undang-undang penubuhan IFC. Malah, IFC cuba mencampuri hal ehwal agama Islam secara terang-terangan. Mereka [IFC] tidak patut mempersoalkan agama Islam atau menuntut itu dan ini bagi kepentingan mereka. - [Campurtangan IFC dalam hal ehwal agama Islam memang tak patut, tapi itu cerita dolu Bro!]



III- Tiba-tiba keluar balik cerita pasal murtad dan IFC. Kali ne diaorang nak buat 'Diskusi Meja Bulat' dengan tema Tantangan Fundamentalisme Agama Abad Ini yang akan diadakan pada 18 Oktober ini, turut melibatkan tokoh liberal melampau Indonesia, Dr. Ulil Abshar Abdalla. - [Fahaman yang dibawa Dr Ulil telah difatwakan kafir oleh Majlis Ulama Indonesia pada 29 Julai 2005].

Yang buat aku muskil ialah apapasal Global Movement of Moderates [GMM] yang di ketuai oleh Datuk Saifudin Abdullah [Pengerusi GMM] boleh terbabit sama dengan Islamic Renaissance Front [IRF], sedangkan Dr Ulil  adalah penganut fahaman liberalisme, pluralisme dan sekularime di Indonesia. - [Memang aku geram, pasal penglibatan GMM ne. Padahal, GMM mendapat bantuan dana bernilai jutaan ringgit dari kerajaan Malaysia]. 

Apapong,  aku menghargai atas keputusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan [Jawi] tidak membenarkan 'Diskusi Meja Bulat' diadakan. Pengarahnya, Paimuzi Yahya berkata, larangan tersebut berdasarkan rekod jabatan iaitu Dr Ulil adalah pengasas Jaringan Islam Liberal Indonesia [JIL] dan tidak mempunyai sebarang tauliah untuk menyebarkan ajaran Islam di Wilayah Persekutuan. - Wallahuaklam!
 


Nota Lutut : Sebarang pertanyaan atau maklumat mengenai larangan tersebut, boleh layari laman web Jawi di www.jawi.gov.my atau menghubungi Paimuzi di 03-227 49333 sambungan 2101 atau hantarkan persoalan di paimuzi.yahya@jawi.gov.my.

No comments:

Post a Comment