|
Musim Hujan!
Korang tentu dah faham, negeri belah Asia Tenggara kalau masuk jer bulan Oktober pasti korang kata musim hujan dah tiba. Selalunya hujan lebat akan turun, bermula bulan Oktober hingga bulan Disember. Dalam tempoh tersebut, kawasan hutan hujan khatulistiwa [belah utara] adalah kawasan yang menerima kadar hujan paling lebat. |
|
Belah Utara. Dari laporan berita yang aku baca, aras air Sungai Golok ketika ini udah melepasi paras amaran iaitu 8.61 meter. Akibat dari limpahan sungai tersebut, beberapa buah kampung udah dinaiki air seperti Kampung Lanchang, Bukit Lata, Putat Tujuh, Jeram Perdah, Bongor dan Jejawi.
Begitu gak kisahnya kat sekitar Kolompo. Pantang hujan berterusan sampai tiga-empat jam, pasti ada jalan-jalan kat Kolompo yang di-tengelami air. Musim hujan macam ne, kalau korang nak buat riadah masuk hutan, lebih baik buat persediaan awal. Tak kiralah korang buat jungle trekking, hill trekking atau berkayuh off-road. - Jangan ambik mudah! |
|
Manalah tau, malang tak berbau. Tengah korang happy kayuh off-road tiba-tiba hujan lebat. Pasti kelam-kabut pasal tak bawak baju hujan. Pulak tu ada pokok balak tumbang dan trek tu korang tak boleh nak lalu walaupun korang cuba angkat basikal. Nak-tak -nak terpaksa mencari perlindungan kat bawah pokok, sementara menanti hujan teduh.
Ditakdirkan hujan tidak berhenti. Kebanyakan kawasan rendah termasuk denai udah digenangi air. Cuaca dalam hutan mulai gelap dan badan udah basah kuyup, sejuknya kekadang boleh buat gigi dan lutut berlaga. Masa tulah teringat nak buat call minta bantuan, tetapi line tak ada. Tambah haru-birulah bila badan sejuk perut pulak keroncong[1]. Nak makan apa kat dalam hutan? - Bukan ada gerai teh tarik Bai!
Hujan itu akhirnya berhenti tetapi waktu udah membawa ke senja. Bila senja, gelap pulak tu, bukan korang sahaja yang lapar tetapi mahkluk lain juga lapar. Masa tulah ular, kala jengking, lipan, tikus, pacat, kutu babi, nyamuk hitam dan agas keluar mencari makan. Yang paling cepat menghidu bau manusia ialah nyamuk dan pacat. Nyamuk menghisap darah melalui jarum yang tajam manakala pacat pula menghisap darah melalui penyedut seperti vacuum[2]. - Boleh dapat demam selesma Bai!
|
|
|
Tu pasal, kalau nak masuk hutan jangan ambil mudah. Pastikan bawa 'Backpack' yang mengandungi baju hujan, telepon, hand lamp, ligghter, dan kamera. Bawa gak medication [seperti deep rup, anti septic cream, mopiko, hansaplast] serta tool set [allen key], sebotol air minuman dan makanan kering seperti kurma atau chocolate. - Zip Cadbury pun boleh!]
|
Ada beberapa lokasi untuk aktiviti junggle & hill trekking serta aktiviti berbasikal yang nampak mudah, santai tetapi boleh korang terperangkap kerana sekarang musim hujan. Antaranya [hill trekking] ialah Bukit Tabur atau dikenali dengan Bukit Hangus yang terletak disekitar Taman Melawati, tidak jauh dari Klang Gate dan Bukit Broga yang terletak di Semenyih.
Untuk aktiviti santai [junggle trekking], korang boleh berjalan sejauh 5 kilometer di Taman Ekstrem Gua Damai di Batu Caves. Begitu gak kalau nak berbasikal [off-road] seperti di Frim, Bukit Kiara, Kemensah atau di Empangan Batu kat Ulu Yam. - Lokasi yang aku sebutkan tadi memang nampak mudah dan santai, tetapi jika tidak membuat persediaan mugkin korang kecundang dan bermalam dalam hutan dengan ditemani agas, nyamuk dan pacat! - Wallahuaklam! |
|
"Pesanan dari FRIM! Meminta orang ramai supaya tidak menjalankan aktiviti riadah di kawasan FRIM di Kepong atau hutan lain sekiranya hujan. FRIM juga bercadang untuk menutup beberapa denai di dalam kampus FRIM termasuk 'Denai Rover' pada tahun hadapan bagi melaksanakan pemeriksaan dan pemantauan keadaan pokok-pokok di sepanjang denai itu. Beberapa kejadian pokok tumbang di dalam kampus FRIM baru-baru ini telah menimbulkan kebimbangan pihak pengurusan". |
No comments:
Post a Comment