15 October 2014

BHG [2] KAYUH KE EMPANGAN BATU!



I- Cuaca Redup. Ketika ini enam raider sedang berehat dibawah pokok di tepi sungai, menanti enam raider lagi iaitu Mohd Hazimi [guide], Berudu Menjerit, Fadzil Shah, Mohd Sidqi, Hazire dan Md Izizafril. [Yang menghalang kami untuk terus berkayuh ialah pintu pagar yang menghala ke River Stone Resort udah di kunci oleh pihak pengurusan Jabatan Pengaliran & Saliran].

Kami sedang relex sambil mendengar celoteh campur sikit temberang[1] si Mahfol. Tidak lama kemudian, si Hazimi tiba diikuti raider Md Izizafril, Mohd Sidiq, Fadzil Shah, Hezire dan Berudu Menjerit. Masing-masing meletakan basikal. Hazimi yang dikira sebagai master,  mahu gak melepasi halangan semak samun dihadapan bagi sepinggan nasi lemak kat gerai yang terletak di Hutan Lipur Sungai Tua [Ulu Yam].

Seperti yang aku cerita sebelum ne dientri Kayuh! Empangan Batu [Ulu Yam], iaitu yang menghalang track basikal untuk keluar dari trails off-road ialah semak-samun pohon senduduk dan lalang setinggi kira-kira enam-tujuh kaki. Pulak tu, di tepi pagar belah kiri dipenuhi dengan pohon letup-letup[2] [selaput] yang akarnya bergerak bebas memanjat pagar. Belah kanan pulak sungai. Mau-tak mau kenelah buat lorong untuk laluan basikal!

Memang sesuai sangatlah si Hazimi ne di panggil leader. Master pulak tu dalam selok belok mencari laluan keluar dari kawasan off-road Empangan Batu. Yalah! Tak sampai pong limabelas minit, si Hazimi bersama Mohd Sidqi, Fadzil Shah dan Berudu Menjerit udah siap membuka laluan [kira macam lorong tikus gitu!] disebelah antara pagar dan sungai.

Lorong tikus udah dibuka untuk laluan basikal. Diaorang hanya menggunakan batang dan ranting kayu sebagai ganti parang untuk menebas senduduk, tangan pulak menarik akar-akar pohon letup-letup dan kaki pulak memijak lalang dan sembilu, sehingga tumbang dan hampir menjadi lunyai[3]. [Si Mahfol pulak sedang asyik berceloteh yang kekadang buat rakan-rakan ketawa!].

Kami gerak keluar dari trail off road melalui lorong tikus yang diketuai oleh Hazimi. Kayuh perlahan dicelah pagar kemudian keluar melalui jalan yang sedia ada di River Stone Resort menuju Hutan Lipur Sungai Tua [Ulu Yam]. Kegumbiraan berganda sebaik meletakan basikal disebuah gerai nasi lemak. Sebenarnya, aku bukanlah lapar tetapi dahaga sangat. Mana tidaknya, udah hampir 20 kilometer berkayuh tentulah kehilangan banyak air dalam tubuh [peluhlah Bai!] yang perlu diganti dengan segera. Dehidrasilah sangat!

Kedai sebelah tutup! So, kami lepak ajalah kat kedai paling tepi. Aku pekene se-pinggan nasi lemak dan secawan teh O. Masa yang sama, ditepi dan belakang kedai kedengaran bunyi motosikal [motorcross]. Bunyinya  makin lama makin bertambah kuat dan  telinga boleh pekak Bai. Selesai makan-minum, kami gerak balik semula arah treck off-road Empangan Batu. Sempat lagi tu tenguk bebudak main motorcross! - Fullstop!






No comments:

Post a Comment