30 October 2014

KE GUNUNG SENYUM - TEMERLOH.



Pagi di-Lebuhraya.
Aku dan Basri dalam perjalanan menuju kebun Sani di Paya Pelantar, Karah-Pahang. Tujuan ke Karak  kerana Basri hendak meninjau dahulu kalau-kalau ada orang kampung yang hendak menjual tanah untuk didirikan rumah. Hanya si Sani sahaja orang yang boleh diharapkan membantu kerana si Sani udah lama menetap di Karak, Pahang. [Cuba korang sekodeng entri 'Bermalam Di Kebun Sani' pada 10/Sept/2014].

Kereta yang dipandu Basri membeluk masuk ke arah jalan menuju Paya Pelantar melalui Masjid al-Ehsan, ladang getah dan ladang kelapa sawait. Kami ajak Sani temankan kami bertemu seseorang [orang tengah] di kedai makan sekitar Temerloh. Sani masuk ke dalam kereta. Kereta meluncur laju meninggalkan Paya Pelantar. Alih-alih, tanpa disedari, kami udah tersalah arah apabila terpandang papan tanda yang menunjukkan arah ke Jerantut. - Terbabaslah pulak!


Patah balik. Adalah kira-kira enam kilometer udah terbabas. Tidak lama kemudian, sampai gak kami kat lokasi yang dijanjikan. Ketika kami menghampiri kedai makan, orang tengah tersebut belum tiba. Sementara menunggu, kami makan tengahari dengan memilih lauk ikan baung masak lemak tempoyak, ulam raja, sayur labu dan sedikit sambal belacan. - Ada gak ikan patin masak lemak, tapi dah jemulah!


Sedang kami menikmati makan tengahari, orang yang dijanjikan tiba. Sambil makan sambil berbual tentang tanah yang hendak dijual [untuk tapak rumah]. Katanya, buat masa ne tuan tanah masih belum dapat dihubungi lagi. Oleh kerana kami udah sampai sejauh ini, dengan senang hati beliau mengajak kami berehat di Hutan Lipur Gunung Senyum. - Kami bukan nak buat hill trekking tetapi sekadar nak melawat sahaja!


Kami udah sampai di kaki Gunung Senyum. Dari info yang tercetak di papan kenyataan iaitu kawasan ini telah dibangunkan pada 14 Julai 1989 dan diuruskan oleh Pejabat Hutan Daerah Temerloh [Jabatan Hutan Pahang]. Hutan Lipur ne terkenal dengan gua-gua seperti gua Kolam Tujuh, gua Angin, gua Terang Bulan, gua Gelam, gua Danau Impian dan gua Makam Tok Long. [Kawasan ini terletak di hutan simpan Jengka 25, Jengka, Pahang].

Kalau
korang nak buat hill trekking ke Gunung Senyum, jarak perjalanan lebih kurang 45 minit. Ketinggian Gunung Senyum dari paras laut ialah 1,594' manakala ke Gunung Jebak Puyuh pula jauhnya kira-kira 3.5 kilometer dengan ketinggian 1,180' dari paras laut. - Teringin gak nak buat hill trekking tapi belum bersedia Bai!



Petang Dah!  Kami gerak arah ke Paya Pelantar. Dalam perjalanan, kami singgah disebuah gerai menjual pisang. Di gerai ini hanya ada tiga jenis pisang iaitu pisang raja, pisang berangan dan pisang emas. Harganya tentulah lebih murah kalau dibandingan pisang yang dijual kat gerai sekitar Kolompo. - Yang bestnya, pisang ne diaorang tak bubuh carbide!
 

Sedikit info pasal buah pisang. Nama botaninya ialah Musa L. Berasal dari pisang liar spesies Musa Acuminata Colla dan Musa Balbisiana Colla. Pisang mengandungi kimia seratonin yang merangsang otot licin dalam usus dan norepinefrin yang digunakan untuk merawat penyakit jantung jenis tertentu. Ia  mengandungi karbohidrat, protein, kalsium dan vittamin B dan C. Kurang kandungan lemak, kolesterol dan garam. [Pilihlah pisang yang tangkainya masih ada sedikit warna kehijauan]. - Jumpa Lagi!



No comments:

Post a Comment