Bulan Zulhijjah udah hampir ke penghujung dan akan diganti dengan bulan Muharam yang jatuh pada hari Sabtu, 25 Oktober 2014. Begitulah tugas pengiliran bulan beralih bulan sehingga tanpa kita sedari, tahun 2014 [kalendar orang putih] hampir menutup tirai.
Sepanjang bulan Oktober [Zulhijjah] ini, aktiviti yang aku rancang ialah menukar body basikal, kayuh ke Empangan Batu, hadir pada perasmian ASE Gallery di Pusat Niaga Puncak Alam, undangan Majlis Perkahwinan anak lelaki Hj Ahmadiah @hj Madi yang diadakan kat Taman Koperasi UDA, Hulu Langat dan nak sambut harijadi isteri pada 19 Oct 2014 di restoran nasi mandy kat Kolompo.
Apa yang dirancang bukan semuanya menjadi kerana kehidupan kita ditentukan oleh Allah Swt. Tupasal aku tak dapat hadir pada malam perasmian ASE Gallery pada 18 Oct dan tak hadir, pada majlis perkahwinan anak Hj Madi pada 19 October kerana kita hanya boleh merancang dan yang menentukan adalah Allah Swt.
I- Aku merancang[1]. Korang diluar sana pun sedang mengatur rancangan. Ada yang merancang hari cuti bersama keluarga, ada yang mengatur perancangan melalui persatuan dan ada gak yang merancang ikut saluran NGo yang tujuannya sedikit baik dan selebihnya banyak yang tidak baik.
Aku pun tak berapa faham, kenapa banyak sangat persatuan dan pertubuhan NGo yang diluluskan pendaftarannya. Contohnya NGOs Islam seperti ACCIN, Belia Perkim, Gepima, Al-Hidayah, Islamic Information Service, ABIM, JIM, Persatuan Al-Hunafa, Persatuan Darul Fitrah Malaysia, Darus Syifa, Persatuan Ulamak Malaysia, RICOI, WAMY, Pertubuhan Jam'iyah dan banyak lagi. [aku menyebut beberapa NGo sahaja sebagai contoh].
NGo yang aku sebutkan [sebahagian sahaja] diatas tadi kelihatannya seperti membisu seribu bahasa apabila ada NGo bukan Islam menganjurkan program seperti 'Oktoberfest'[2] di pusat beli belah One Utama, Petaling Jaya. Begitu gak cubaan 'Diskusi Meja Bulat' yang mahu diadakan di Kolompo dengan penglibatan tokoh liberal melampau Indonesia iaitu Dr Ulil Absar Abdalla[3]. [cuba korang sekodeng entri bertajuk 'Ancaman Isu Murtad & IFC' pada 10 Oktober 2014].
Yang terbaru, kecoh satu Malaya apabila pic remaja [pompuan] Melayu dimuat-naik kat facebook memegang anjing dengan selamba pada program 'I want To Touch A Dog' yang kononnya bertujuan untuk membuang perasaan takut pada anjing. Isunya hanyalah memegang anjing. [Salahkah kita [orang Islam] memegang anjing?]
Seperti yang aku story pada entri 'Mengingati Mati' pada 17 Oktober 2014. Ada orang Islam yang tidak mahu melunjurkan [meluruskan] kaki ke arah kiblat ketika berbaring atau tido, malah meludah kearah kiblat pun orang itu tidak mahu kerana orang itu tidak mahu menghina Baitullah. Begitu gak isu memegang anjing, walaupong tidak salah tetapi akan menjadi satu kesalahan apabila niat serta tujuannya hanya untuk bermegah-megah [riak][4] di What'sApp dan laman facebook.
Malah, memegang anjing kerana hendak menunjuk-nunjuk itu satu kesalahan, ditambah pulak dengan kesalahan lain kerana kemiskinan ilmu [orang yang jahil] apabila membandingkan 'memegang anjing lebih baik daripada memegang lelaki bukan muhrim'. [Aku lihat pic remaja-remaja pompuan yang memegang anjing itu semuanya memakai tudung tetapi masih lagi menampakan susuk tubuh yang dikira aurat[5] wanita].
II- Kat Kolompo ne ramai remaja pompuan yang memakai tudung tetapi masih lagi mempamerkan bahagian-bahagian aurat seperti tangan, pusat dan bahagian kaki. Ada gak remaja pompuan yang memakai tudung bukan kerana hukum [menutup aurat] tetapi kerana terpengaruh dengan gaya kenkawan dan kerana terikut-ikut fasyen remaja masa kini.
Mereka-mereka ini [remaja pompuan] kebanyakannya kurang didikan agama malah udah dibrainwash[6] ketika dirumah mahu pun disekolah oleh ibu bapa dan guru-guru mereka supaya mereka berjaya [mesti] mendapat 'A' dalam pelajaran demi survival[7] kehidupan masa hadapan. [survival sangatlah konon!]
Musuh Islam melihat akan kelemahan sistem pendidikan anak-anak diperingkat awal, maka mereka pun cuba masuk carum[8] melalui program-program yang dianjurkan oleh NGo bukan Islam. Pertubuhan bukan kerajaan [NGo] ini cuba mempengaruhi remaja-remaja Islam daripada segenap arah termasuk serangan fizikal hinggalah kepada serangan ekonomi, politik, budaya, pemikiran serta serangan akidah.
Mereka [musuh Islam] akan memesongkan pemikiran remaja Islam melalui hiburan, dadah, arak, fesyen dan makanan. Malah, musuh Islam hari ini dengan sengaja buat cercaan terhadap sensitiviti Islam dengan menulis ayat-ayat suci pada pakaian, kasut, seliper, beg, jubin rumah, sejadah dah tatu badan.
Didalam bab makanan pula, umat Islam diserang secara halus dengan meletakan label palsu 'halal' pada air minuman, barang-barang dalam tin malah didalam kopitiam pun mereka sengaja meletakan bahan tidak halal sedangkan mereka telah menerima sijil halal. Begitu juga dalam hal-hal lain, musuh Islam sentiasa mencari jalan bagi melemahkan akidah agar kesatuan orang Islam menjadi porak-peranda dan berpecah belah. [pernah aku dengar pasal babi dalam tin yang diimport dari negara China ada tanda halal Bro!]
III- Hal-hal lain, mereka [musuh] akan sajikan anak-anak Islam yang lemah daya pemikirannya, yang lemah akidahnya dengan hiburan bersama arak dan dadah. Resepi ini memang menjadi. Ramai remaja, dewasa dan orang tua terbabit dalam penyalahgunaan dadah. Yang berduit akan menjadi [tokan] pengedar, yang tidak cukup duit akan menjadi penaggih sahaja. Jika tak ada duit, penagih akan cuba mendapatkan duit dengan cara merompak, mencuri dan meragut.
Aku pernah terbaca dalam akbar, beberapa orang penagih dadah di sekitar Sentul mengejar [menghambat][9]lembu untuk dapatkan najis [tahi yang segar]. Mereka mengejar lembu tersebut hingga tercirit dan kemudiannya menadah dengan pelastik. Tahi lembu yang masih panas itu akan mereka hidu. [Aku tak taulah macam mana penagih tersebut dapat idea untuk hidu taik lembu tersebut. Yang pasti mereka dapat melepaskan kecanduan mereka buat sementara. Fuhhh! Lalok abislah!] - Wallahuaklam!
No comments:
Post a Comment