31 March 2013

Sri Langkawi | Al-Aqram | Akidah



Assalamualaikum! Semoga hidup kengkawan diluar sana sentiasa ceria walaupong kengkadang menghadapi ujian yang sukar dalam kehidupan kita. Aku juga ada masanya menghadapi waktu-waktu sukar, tapi hidup mesti diteruskan!


I- Sri Langkawi! Hari ne aku ada jemputan majlis perkahwinan anak lelaki Puan Rosniza binti Salleh, yang diadakan kat Flat Sri Langkawi 1, Gombak Setia, Kelompo. (Kawasan sekitar ne dulu memang tempat aku bermain, tapi masa tu belum ada lagi flat atau rumah pangsa). Bila sampai kat sekitar flat, takde pulak Sri Langkawi 1, yang ada Sri Langkwi 2. Jumpa pulak si Zura (kawan isteri aku) dia pong tengah cari  tempat majlis kahwin tu!


Malu bertanya sesat jalan Beb! Tanyalah kat sorang brother tu. Dia bagitau, flat tu kat belakang Sekolah Rendah Gombak Setia dan kene patah balik. Memanglah kene patah balik kalau dah sesat kan! 


II- Al-Arqam!
Tiba-tiba pulak keluar berita pasal penangkapan isteri kepada Allahyarham Ashaari Muhammad (Khadijah Aam) yang ditangkap di Kota Mekah, kerana disyaki memimpin ajaran sesat di tanah suci itu.


Teringat aku pasal Al-Arqam ne, iaitu  pada pertengahan tahun 70'an, Al-Arqam udah terkenal di Kelompo serta mempunyai identitinya sendiri. Kalau ada ceramah atau perkumpulan Al-Arqam di Masjid Jamek, Kelompo - ramailah ahli-ahlinya memakai sarban dan berjubah. Masa tu Ustaz Ashaari Muhammad yang juga dipanggil Abuya di kalangan pengikutnya punya personaliti yang hebat kerana berjaya mengumpulkan ramai pengikut serta berjaya menyusun organisasi dengan baik.

Ustaz Ashaari bersama Al-Arqam pada zaman kegemilanganya telah barjaya hampir ke serta dunia. Beliau muncul sebagai perancang ekonomi dan berjaya mewujudkan usahawan di merata tempat. 

Akhirnya Al-Aqram menjadi sebuah pertubuhan dan gerakan agama di Malaysia yang dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah. Ajaran tersebut tersebar dalam masyarakat Islam dan telah difatwakan sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1994. 


III- Akidah!
Ajaran sonsang atau sesat ditafsirkan sebagai kumpulan manusia yang mempercayai amalan yang bertentangan dengan masyarakat umum. Jika di Jepun terkenal dengan penganut Soka Gakkai dan Aum Shinri Kyo. Di Korea  pulak ada Reverend Moon, serta di Amerika terkenal dengan Heaven Gate iaitu seramai 39 orang terbunuh atau membunuh diri. Mereka berbuat demikaian kerana percaya sudah tiba masanya mereka keluar dari tubuh masaing-masing untuk menyertai ekspedisi dalam sebuah kapal UFO yang akan membawa mereka ke angkasa lepas. 


Di alam Melayu pulak terdapat ajaran sesat seperti Nasrul Hak, Crypto, Taslim, Bahai, Ahmadiah Qadiani, Ayah Pin, Rasul Melayu dan Kumpulan Panji Langit. Mereka ne percaya bahawa mereka adalah utusan Allah atau nabi selepas Nabi Muhammad SAW. Ajaran tersebut timbul mungkin kerana disebabakan rasa terkongkong serta terlalu menggikut hawa nafsu jahat.



Nota Kaki
:
Aku nak tulis lebih-lebih pong tak bolehlah pasal aku pong jahil gak pasal bab agama ne. Apapong, kita udah sedia maklum bahawa Al-Quran adalah kitab terakhir yang Allah turukan kepada Nabi Muhammad SAW dan apa yang terkandung didalamnya tidak boleh di ubah. - Wallahuaklam!
  
 





25 March 2013

KELUAR DARI KEPOMPONG!


As Salam!
Awal tahun 1984 aku sering ke Restoran Sate Ria, Bukit Bintang untuk bertemu rakan. Satu hari, sambil minum kopi-rakan aku Johari Gaizon @Joe bagitau ada orang dari Sabah (En Iskandar) mencari pekerja untuk restoran baru yang akan beroperasi di Kota Kinabalu. Satelah Joe bagi alamat, aku terus menuju hotel tempat penginapan En Iskandar Datuk Hj Malik di sekitar Bukit Bintang.

Setelah selesai sesi temuduga yang dikira macam temubual tu, aku di terima bekerja. Aku dikehendaki sediakan passport perjalanan terhad secepat mungkin. Selepas Magrib, 27 Mar 1984, aku di hantar oleh En Iskandar ke airport Subang, sambil beliau bagitau iaitu aku terpaksa ge Kota Kinabalu @KK sorang diri pasal beliau masih ada urusan kat Kelompo. Pesan beliau lagi, nanti malam bila sampai di  airport @KK, isteri dan bapa mertua beliau ada menunggu disana.


Inilah pertama kali aku keluar dari kepompong  dan naik kapal terbang. Ketika aku jejak kaki di airport @KK, isteri Iskandar bersama bapanya sudah menunggu aku. Aku dibawa menaiki BMW menyusuri Kota Kinabalu waktu malam, sambil isteri Iskandar bagitau serba sedikit mengenai pelbagai kaum yang tinggal di bandar @KK seperti kaum Kadazan-Dusun, Bajau (Bajao), Melayu Brunei,  Cina, Bugis, Suluk, Banjar dan pendatang dari Filipina serta Indonesia.

Esuk pagi, dari Likas (rumah En Iskandar) aku dibawa oleh isteri Iskandar melawat pejabat  di Kota Kinabalu sambil berkenlan dengan En Asrin Hj Idris (rakan kongsi) dan En Azmi Hasan dari Perak. Lega rasanya bila aku dipertemukan dengan En Azmi, maklumlah aku belum pandai lagi speking ala-ala orang @KK. 

Lepas tu hari-hari aku berulang-alik dari Likas ke Kota Kinabalu (tempat kojer) dengan menaiki bas. Tugas aku masa tu ialah siapkan menu, jumlah pekerja yang diperlukan, draf cadangan manual operasi termasuk prosedur dan panduan bekerja. Sesekali boss baru aku, En Asrin bersama En Azmi ajak melawat tempat restoran yang akan di buka di Wisma Peribumi, Jalan Tengku Abdul Rahaman, Kota Kinabalu.

Sedikit demi sedikit! Aku udah dapat mengecam pelbagai kaum yang ada kat @KK. Seperti yang diberitahu oleh En Azmi iaitu En Iskandar ialah dari suku kaum Kadazan. En Asrin pulak dari kaum Bajau. Beza antara dua kaum (Kadazan dan Bajau) ne ialah kulit kaum Kadazan lebih cerah seperti kaum Cina, dan mereka ada yang beragama Islam dan Kristian. Orang Bajau pulak, aku lihat kulit mereka sedikit gelap dan mereka adalah beragama Islam.

Sudah hampir dua minggu! Aku berada di Kota Kinabalu. Ketika ne En Asrin sedang buat temuduga terbuka dan pada masa yang sama, aku bersam En Azmi bincang pasal susun atur restoran, pakaian seragam, logo dan reka bentuk menu. Bila lunch time kekadang En Azmi (pinjam kereta boss) bawa aku makan kat sekitar @KK dan kekadang makan kat gerai di Sembulan. Yang menariknya makan nasi campur kat sini pasti dapat semangkuk sup! 

Minggu ketiga! Restoran udah siap dan menunggu untuk di bersihkan. Pagi tu lebih kurang 18 orang krew udah bersedia untuk buat kojer pembersihan dan susun atur perabut. Ada pekerja dari kaum Kadazan-Dusun, Melayu Brunei, Suluk, Banjar, Indonesia dan Filipina.

Minggu terakhir! Setiap pagi antara kul 0900 hingga 1200 tenghari, aku buat 'Training Programe' mengenai panduan memberi perkhidmatan, tugas dan tangung jawab, jenis dan bahasa menu. Petangnya pulak, antara kul 0200 hingga 0400 petang - diorang ne kene ge sekitar @KK bagi pemplet kat orang ramai. Kalau kat kawasan parking, selit kat cermin depan kereta, kalu rumah kedai atau pejabat- masukan pemplet kat peti surat.

Hari pertama restoran di buka! Tentulah meriah Beb pasal ketika itu satu-satunya restoran sate dan nasi lemak yang ada kat Kota Kinabalu. Pada masa yang sama, aku diperkenalkan pada seorang lagi rakan kongsi iatu En Mansoor dari keturunan Melayu Brunei.

Aku story mengenai kaum-kaum yang ada di Kota Kinabalu waktu tu, pasal inilah pertama kali aku dapat mengenali mereka dari dekat. Sebelum ne aku hanya mengenali kaum kat Semenanjung saja. Selain dari kaum yang aku sebutkan diatas tadi ada gak kaum dari Timur-Timur dan India Muslim yang berniaga restoran tapi tak ramailah. Trittttt! Titit! tit! Alamak Beb, alarm yang aku set kul 0100 pagi udah berbunyi. Bagi tanda suruh aku berhenti menaip dan lain kali kalu 'mode' aku ok, aku sambung ler story ne!


Extra : Di Sabah, pendatang dari Sulu (Tausug, Bajau, Kalibungan, Yakan atau Kagayan) dipanggil "Orang Filipin" oleh penduduk tempatan Sabah. Apakah benar setiap yang bertutur Bahasa Suluk itu datang dari Filipina? Tentulah silap sebab mereka datang dari Sulu. Mereka tidak senang dipanggil "Orang Filipin" kerana sebahagian dari mereka memusuhi tentera Kerajaan Filipina. - Sumber dari Asreemoro!  





 


24 March 2013

DIRGAHAYU MALAYSIAKU


Gah
tabah
wiraku
musuh digempur
di medan tempur
gugurmu di perbatasan
demi ibu pertiwi
demi tanah air
tercinta.

Perkasa
wiraku
memburu
musuh durjana
perkasa
wiraku menegakkan
panji-panji kedaulatan
di medan juang
di medan perang.

Gugur pahlawanku
demi daulat bangsa
- nasionalisme
gugur perwiraku
demi daulat nusa
- patriotisme
dirgahayu, Malaysiaku!

CHAI LOON GUAN
Ipoh, Perak

23 March 2013

MAJLIS DI GOMBAK SETIA


Assalamualaikum
dan salam sejahtera kepada kengkawan semua yang selalu mengintai blok MJ-KakiConteng, terutama dari Mountain View, California dan  dari Bandar Seri Begawan,  Brunei Darussalam. Kali ne aku bersama isteri hadir pada Majlis Walimatul Urus yang diadakan di Rumah Pangsa Sri Kedah, Gombak Setia-Kelompo.


Tidak seperti semalam! Kali ne kene ge awal pasal kebiasaannya kawasan parking disekitar perumahan rumah pangsa penuh sesak bila ada majlis kenduri-kendara macam ne. Lebih kurang kul 1215 tenghari kami udah sampai dan terus berjumpa tuan rumah iaitu En Zulkiply Bin Samsudin dan Puan Habibah bt. Md Zain.


Acara pertama mestilah makan Beb! Selesai makan dan pekene secawan teh tarik, aku klik beberapa keping gambar menggunakan kamera Nikon Coolpix. Di bawah ne aku upload beberapa foto yang boleh kita share bersama.




Doa Kami!
"Ya Allah Ya Tuhan kami, satukanlah hati kedua mempelai ini Hafeez Shahrel dengan Wan Zurainieyatiena seperti Engkau satukan Nabi Adam dan Hawa dan seperti Engkau satukan Nabi Yusof dan Siti Zulaika dan seperti Engkau satukan Nabi Muhammad S.A.W dan Siti Khadijah. Ya Allah! Berkatilah majlis yang diadakan ini, jadikanlah pasangan ini yang berbahagia dan berkekalan hingga keakhir hayat dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang sempurna, beriman dan beramal soleh. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Amin Ya Rabbal Alamin!" 

En Zulkiply Bin Samsudin 
Puan Habibah Bt. Md Zain
Selesai makan, tetamu pong pulang.
Tak tunggu ler pengantin makan beradat ya!
Dj ne walaupong masih muda remaja tapi
selalu pasang lagu lama Pop Yeh Yeh!


Genarasi pelapis!
Didikan yang baik akan menghasikan

genarasi cemerlang seiring dengan usaha 

membentuk insan pintar, rohani, emosi dan jasmani.
Dua genarasi!
Patah tumbuh hilang berganti.
Ayam Golek!
Salah satu menu yang dihidangkan
pada majlis resepsi pasangan
Hafeez dengan Wan Zurainieyatiena.

Ayam Golek sedia untuk dipotong!
Foto dibawah ne ialah ahli keluarga pengantin. Sorry! Kami balik awal, tupasal takde pic pengantin!





JEMPUTAN DARI JAAFAR YUSOH @APAI


As Salam kengkawan! Jemputan Majlis Perkahwinan anak perempuan En Jaafar Bin Yusoh @Apai di kediaman beliau, Taman Koperasi UDA, Hulu Langat. Nak ulang balik ayat diatas! Anak perempuan beliau iaitu Hafizah bt. Jaafar dengan pasangannya Azlan bin Siron. Bukan @Apai yang kahwin ya Bro! Hehehe...  


Aku bersama isteri sampai kat pintu masuk Taman Koperasi UDA lebih kurang kul 0210 petang. Kalau ikut 'Aturcara Majlis' belum terlewat lagi pasal jamuan makan dari 1130 pagi hingga 0500 petang. Orang pertama yang aku jumpa ialah En Zainal Badri yang sedang mengawal trafik dilaluan masuk ke rumah @Apai. Lama gak aku tak jumpa En Zainal ne! 


Orang kedua yang aku temui ialah tuan rumah (En Jaafar @Apai) bersama isteri beliau, sedang menyambut ketibaan tetamu di pintu masuk. Kali terakhir aku ketemu si @Apai pada majlis kahwin anak En Zaianl @Nol di Taman Seri Gombak pada 24 Januari 2013.


Gadis 'door give'! Kalau ge majlis kahwin pasti ada gadis manis, (selalunya anak tuan rumah) yang sedang pegang bakul berisi cup cake, gula-gula, buah-buahan, chocolate slice, biscuits, muffins dan bermacam lagi. Door give ne adalah cendrahati dari tuan rumah untuk tetamu kerana sudi menyerikan majlis tersebut. 


Berbeza pulak dengan door give kat kampung! Ada bunga telur, pulut kuning dan bungkusan nasi dan lauk pauk sebagai hadiah ketika tetamu nak balik. Itu dulu! Entah-entak sekarang ne diorang kat kampung pong udah bagi cup cake, muffins dan scones sebagai door give. Kira canggih ler tu kan! 


Lepas makan, aku klik beberapa keping foto untuk koleksi album fb aku. Foto kat atas ne ialah Puan Rokiah @Kak Kiah bersama anak beliau. Kalau nak tenguk @Kak Kiah masa muda, macam anak dia tulah. Betul tak Kak Kiah! 


Pic ne pulak aku klik ketika En Sofian nak balik dah dan Raja Shuran baru tiba dari Shah Alam. Gambar kenangan ne Bro! Bukan senang nak berpossing bersama macam ne kan! kan!  


Ha! Ne apa pulak ceritanya, terambil leher ayam ke? Tak apa Bro! Leher pong leher lah janji ujungnya ada bunyi ayam. Hehehe...

Pic ne pulak!
Aku agaklah En Rahim Bakar ne tekejut bila aku klik kat dia. Nampak tak  si Rahim ne bersilat! Yang pakai tudung tu pulak ialah Siti Kadijah, isteri En Rahim.


Foto ne pulak aku klik ketika diorang ne udah nak balik. Aku udah kenal lama Puan Rodiah Hj Ramalan @Kak Diah ne. Yang pakai topi bessball tu pulak ialah geng Kakikayuh!


Wajah pasangan pengantin ne (Hafizah bersama Azlan) aku rakam ketika mempelai ne selesai makan beradat. Aku rakam guna kamera Nikoon Coolpix S3000 dan pic dibawah sekali ialah pemandangan berhampiran simpang keluar dari Hulu Langat. 



Nota Kaki : "Pengalaman adalah guru dalam hidup kita. Kerana dari pengalaman, kita dapat banyak pelajaran untuk kita meneruskan kehidupan. Makin banyak pelajaran tambah tinggi kesedaran jiwa kita, sehingga kita matang dan makin pandai membawa diri serta bijaksana dalam menghadapi masalah dalam hidup bermasyarakat." Jumpa lagi!