04 March 2013

SULTAN SULU, CENDOL BAKAR DAN BASIKAL


Assalamualaikum!
1- Cuaca seminggu dua ne terasa sedikit panas. Bukan aku mengeluh, hanya sekadar nak bagitau kat kengkawan. Waktu tengahari kalu nak keluar makan gunalah payung atau sun block protection serta cermin mata hitam.

Bahang panas ne akan bertambah panas lagi setiap kali aku menatap akhbar atau dengar berita melalui tv pasal pencerobohan pengganas Sultan Sulu di Lahad Datu. Sehingga hari ini, enam lagi anggota polis dibunuh, menjadikan jumlah terkorban meningkat kepada lapan orang. Salah seorang anggota polis dipenggal kepala selepas dijadikan tebusan.


Berita tentang kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi (LTd) 2013, Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25), Liga Sepanyol, Liga Juara-juara dan Liga Super Malaysia yang tak cukup super tu pong tengelam dek kisah konfrontasi yang dilancarkan oleh tentera Sultan Sulu (Sultan Jamalul Kiram III) yang telah menyeludup masuk ke Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu sejak sebulan lalu - Titek!


2- Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari! Adalah hujan rintik-rintik sekejap ketika aku bersama Tengku Wong dalam perjalanan arah ke Cendol Bakar (antara Ijok ke Assam Java), Kuala Selangor. Cuaca panas camne memang bestlah-kan pekene cendol, rojak dan tapai (bukan tupai ya Bro!) tapai pulut hitam.


Masa kami sampai kat depan cendol bakar, keli orang ramai sedang menjamu selera. Ada gak yang sedang beratur dilaluan drive thru ala-ala  Mac'D gitu. Aku kena beratur gak! Pesan dua manggkuk cendol pulut durian yang harganya hanya RM3.60 se-mangkuk.


Ketika sedang beratur nelah aku sempat baca story pendek yang ditampal kat dinding, kisah kejayaan anak muda (pompuanlah tauke nye!) buat gimik pasal cendul bakar. Yang sebenarnya bukan cendol tu dibakarHanya gula kabung atau gula Melaka aja yang dibakar. Kebetulan pulak, datuknya nama Abu Bakar, tu pasal tauke tu guna jenama "Cendol Bakar".  


Sambil pekene cendol, pesan pulak rojak bakar. Eh! Bukan rojak bakar, Rojak King (adik kepada Buger King) yang harganya se-pinggan kertas RM4.00 sahaja. Ada gak aku ternampak stall tepi longkang yang menjual KFC iaitu 'Kelantan Fried Chicken', tapi tutup pulak stall tu.


Selain menjual cendol, ada gak stall menjual nasi ayam, laksa dan bakso. Kat atas meja pulak ada tapai pulut hitam dan roti jala. Aku dan Tengku Wong cubalah satu bungkus sorang tapai ne. Emmmmm! Edap Bro tapainya....

Cuaca panas camne, memang ramailah kaum singgah nak pekene cendol bakar. Kami udah selesai makan dessert [tapai pulut], dan kenelah bangun, bagi peluang orang lain pulak! Masa aku nak bayar tapai, aku tanyalah sorang budak lelaki kat mana nak bayar dan berapa harga sebungkus tapai. "Bayar kat kauter dan satu harganya 50 sen", kata budak lelaki tu.

Tiba kat kauter bayaran, crew pompuan tu pulak kata 60 sen sebungkus. Pulak dah! Sorang kata 50 sen dan sorang lagi cakap 60 sen. Ah! Tak kisahlah berapa sen pong-janji lepas makan wajib bayar. Ingat ya kengkawan, lepas makan bukan mesti bayar tapi 'wajib' bayar.


3- Lepas pekene Cendol Bakar, kami gerak menuju kedai Nan Basikal kat Kuala Selangor. Punyalah berselerak kat dalam kedai Nan ne, macam istilah yang digunapakai orang Indonesia 'berantakan' kalu tak silap akulah!


Tapi, aku taklah ambik sudut gambar yang berantakan tu! Aku lebih suka upload foto-foto yang sudut-nye menarik, bersih dan tersusun. Tiga foto ne aja yang dapat aku paparkan kat sini. Lain-lain sudut tu tak payahlah kan! kan! kan!


Foto kat bawah ne ialah si Nan  tuan punya kedai basikal ne. Salam sayang dan jumpa lagi di entri akan datang!


No comments:

Post a Comment