Assalamualaikum! Semuga kengkawan diluar sana dalam keadaan sihat hendaknya. Pagi ne, aku sambung kojer-kojer mengecat dinding rumah aku sambil layan lagu R.Azmi Dalam Kenangan nyanyian Annuar B.
Antara lagu dalam koleksi biduan silam (masa ne zaman arwah emak aku) ialah Bercerai Kasih, Terimalah Salam Ku, Hati Ku Kecewa, Si Cantik Manis, Hello Hello Sayang dan Kerana Mata. Termasuk lagu Baju Jarang, Pak Hitam, Ku Tak Tahu, Hitam Manis, Kalau Sudah Tergoda dan Nona Singapura.
Backpacker! Trip untuk buat Jungle Trekking bagi menjejaki air terjun di hutan Bernam berhampiran Tanjung Malim pada 1 April ne terpaksa dibatalkan. Ayat yang mudah "Kita hanya merancang dan yang menentukan adalah Tuhan".
Lepas ne aku plan nak ge melancung keliling Semenanjung cara backpackers. Melalui laluan Kelompo ke Seremban, Melaka dan ke Pulau Besar. Lepas tu ge Johor Bahru, Kota Tinggi, Mersing, singgah di Pekan, Kuantan dan terus ke Kemaman. Dari Kemaman ke Kuala Terangganu, Kota Bahru, Jeli, Gerik dan Baling.
Perjalanan diteruskan ke Alor Setar, Kangar dan Kaki Bukit. Lepas tu masuk Pulau Pinang dan tido semalam. Gerak ke Taiping, Ipoh, Lumut dan Pulau Pangkor. Lepas tu ke Teluk Intan, Tanjung Malim, Raub, Benta, Jerantut dan seterusnya ge Taman Negara Kuala Tahan. Semalam dua di Taman Negara dan lepas tu balik ke Kelompo. Nampak macam bagus jer kalau rancang atas kertas. Hehehe!
Nota: Kepada kengkawan dan kaki blog yang minat pasal pengembaraan 'backpacker' bolehlah terus selak entri demi entri yang akan dipaparkan nanti. Jumpa lagi!
|
No comments:
Post a Comment