As Salam!
1- Apabila kita selak dinding facebook kita, tentu ada diantara rakan fb kita yang mencetak komen-komen yang jelik yang tidak baik. Pun begitu, bukan semualah. Ada juga yang memberi pesanan demi pesanan agar berhati-hati ketika menaiki teksi kerana ada pemandu teksi keturunan India yang menjadikan wanita sebagai mangsa rompak dan rogol.
Kalau kita ngadap hari-hari dinding fb, tentulah macam-macam gambar, video atau komen yang kita lihat dan kita terpaksa baca barangkali. Ada juga message yang bertujuan baik tapi menyamar gunanama PDRM. Sebagai contoh, massage dari ASP Suman Kumar, yang kononnya dari D9, Bukit Aman memberitahu iaitu nitezen kena berhati-hati kalau terjumpa budak menangis ditepi jalan dan minta dihantar balik rumah ikut alamat yang ditunjukan.
Pesanannya baik tetapi syok sendiri! PDRM lepas tu menjawab bahawa notis tersebut adalah palsu. Ujar PDRM lagi, Itu adalah tektik terbaru penjenayah yang mahu merompak atau cubaan meculik. Aku pun sedikit muskil. Apasal pulak guna nama PDRM dan menyamar nama Asp Suman Kumar. Setahu akulah, nama Suman itu hanya panggilan pada orang Nogori atau Minangkabau sahaja.
Ada juga diantara rakan fb kita yang baik hati dan segelintir sahaja yang busuk hati. Kumpulan yang sedikit inilah yang cuba merosakan fikiran friends lain dengan ayat lebih-lebih, macamlah dia sorang yang bagus. Akhirnya rakan tersebut terpaksa di buang ke dalam tong sampah.
2- Seperti berita seorang guru bernama Mohd. Lotfi Nor, 37 yang ditangkap ketika bersembunyi di kampungnya diPasir Putih, Kota Bharu-Kelantan gara-gara menghina di dinding fb. Beliau dengan sengaja menghina pasukan keselamatan sebagai 'anjing' dan menganggap kematian mereka sebagai 'mati katak' gitu!
Ada juga diantara rakan fb kita yang baik hati dan segelintir sahaja yang busuk hati. Kumpulan yang sedikit inilah yang cuba merosakan fikiran friends lain dengan ayat lebih-lebih, macamlah dia sorang yang bagus. Akhirnya rakan tersebut terpaksa di buang ke dalam tong sampah.
2- Seperti berita seorang guru bernama Mohd. Lotfi Nor, 37 yang ditangkap ketika bersembunyi di kampungnya diPasir Putih, Kota Bharu-Kelantan gara-gara menghina di dinding fb. Beliau dengan sengaja menghina pasukan keselamatan sebagai 'anjing' dan menganggap kematian mereka sebagai 'mati katak' gitu!
Lelaki bacul tersebut nampak macam pandai, tetapi gagal mengawal perasaan dan syok sendiri! Kalau hendak mengutuk, agak-agaklah. Bukan warga PDRM sahaja yang marah, aku pong naik hangin juga. Apa tidaknya! Tiap bulan lelaki itu terima gaji dari kerajaan, lepas itu bagi makan anak-bini makan. Aku pong tak tau Mamat ne dah kahwin ke belum! Kalau rasa duit kerajaan tu haram, berhentlah jadi guru. Kalau ada anak-anak yang sekolah kerajaan, tukarkan cepat. Hantarlan anak-anak kat sekolah pondok. Nanti dah dewasa haramkan anak-anak kerja dengan kerajaan.
"Kalau dia tidak waras tak kan dia pandai menulis mengeluarkan kata-kata sebegitu, pandai pula takut dan bersembunyi," kata Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.
3- Pada 11 Mac lalu, Mamat mulut longkang tersebut melalui facebook miliknya menulis "Xleh komen doh fb polis...hahahaha...kesian doggie...dah la mati katak...hahaha. kan betul polis tu anjing...hahaha berubah terus posting hari nih...hahaha dan berapa ekor anjing dah mampus".
Kalau Mamat ni kena musibah seperti kereta kena curi, atau anak-bini kena ragut, atau dan macam-macam lagi atau...tak payahlah pergi buat report kat balai polis.
Yang pandai melukis kartun pulak! Tumpang sekaki juga hendak mengutuk, siap buat lakaran kartun pasal pesawat komersal yang membawa anggota keselamatan dalam Ops Daulat di Lahad Datu. Buat lawak bodoh tu! Ada juga yang cerdik pandai mengeluarkan kenyataan berbau longkang. Mereka mengulas mengenai kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan akan mempolitikan apa saja isu yang mereka fikirnya betul 100 peratus tanpa usul periksa. Kira macam syok sendirilah!
Sebagai penutup entri Syok Sendiri @Facebook ne, aku harap kepada kengkawan yang sangat-sangat ghairah menyokong parti atau calon, baik dari kerajaan atau pembangkang, berpada-padalah. "Janganlah bertengkar dengan orang yang kurang akal, nanti ia akan menyakitkan kamu dan jangan bertengkar dengan yang penyantun nanti ia benci kepada kamu." Wallahuaklam!
No comments:
Post a Comment