11 March 2013

KAYUH PAGI AHAD!


Assalamualaikum!
Kali ne kita bertemu di entri 'Kayuh Pagi Ahad'. Olih kerana cuaca sekitar Kelompo dan Lembah Klang sedikit panas, kami bercadang kayuh waktu pagi ke Pacat Trail-Frim, Kepong.


Ketika aku sampai kat sekitar frim, aku dapati Otai Mahfol udah ada kat situ. Lepas tu tiba plak, THor, Amat dan Hazimi. Sementara tunggu kengkawan rider yang lain, kami layan dulu sarapan pagi. Tak lama kemudian, Ady, Herlin dan Tengku Wong pun tiba.


Selesai sarapan, kami kayuh menuju pintu masuk frim. Sempat gak aku klik suasana pagi di hadapan pintu masuk, yang kelihatan sibuk dengan  kerja-kerja naik taraf. Disebelah kiri, aku lihat pihak frim udah mendirikan tembuk bagi menghalang pemandangan kureng cantik. Di sebelah kanan pulak, mungkin nanti  ada taman mini serta kawasan letak kereta.  


Lama gak aku tak kayuh kat frim!
Kali terakhir aku masuk frim ialah pada Ahad, 06 Januari 2013 bersama Taufik, Otai Mahfol, Ady Yusof dan Tengku Wong. Itupong kayuhan kami  sekadar melalui 'Dream Trail', lepas tu pusing kat jogger track. Ahh!!! Janji berpeluh kan Bro!


Kayuhan berkumpulan ne memang menarik! Sebelum memasuki laluan 'off road' masing-masing check basikal, nak pastikan angin tayar tidak terlalu keras, botol minuman udah diisi air dan tali topi keledar di ikat dengan kemas. 


Olih kerana kumpulan kami ne suka kayuhan santai, pulak tu berkongsi pengelaman dan keseronokan berkayuh-tu pasal pakaian kami tidak seragam. Seluar pulak tu bukan jenis 'tight fitting' tapi seluar dalam tetap guna special padding untuk lebih selesa, terutama ketika kayuh dalam tempoh yang lama (Bukan rasia lagi kan!).  


Tenguklah pakaian kami!
Helmet dan sarung tangan mesti kami pakai. Seluar dan kasut pulak! Masing-masing punya style sendiri janji selesa kan Bro. Cakap pasal kasut ne, ada baiknya guna kasut tapak berbunga, pasal boleh menekan dan menarik peddal - kira mencengkam gitu!


Kayuh dan terus kayuh! Berhenti rehat kat papan tanda 'Dream Trail'. Peluh udah mula menitik dan tekak pong haaaaus. Lepas ne bersedia melalui single trek, lalu di celah-celah pokok, tunggul kayu dan batu besar.

Sekejap laluan menurun dan lepas tu kekadang mendaki pulak. Jangan nak tunjuk skill kalau tak yakin. Adalah lebih baik di syorkan tolak aja basikal tu daripada tersembab kat tunggul kayu. Huhuhu!


Aku cam bisalah! Kekadang tolak gak kalu tak yakin. Ketika aku tolak basikal di celah antara dua batu besar, paddle aku terlanggar batu, (aku sendiri pong tak sedar) paddle aku udah tanggal. Adalah sorang jogger tu baik hati, terjumpa paddle dan pulangkan kat aku. Makasih gak di ucapkan kepada Ady Yusof dan Tengku Wong pasal pasangkan balik paddle aku.  


Semua udah ok!
Kayuhan diteruskan  dan jumpa pulak si Zairul @Zack dari Selayang. Kami menyusuri laluan berbukit dan lepas tu bersiap sedia pulak untuk down hill di Pacat Trail. Masa kami menyusuri laluan kat pacat trail, sekor pacat pong tak ada pasal cuaca udah panas. 


Tolakkkk! Kayuh sikit dan tolak banyak. Cammana pong basah gak baju dan sebotol air udah habis. Kayuh diteruskan dan keluar dari kawasan frim menuju gerai mee bandung di Kg Melayu, Kepong. Kita minum dulu!




No comments:

Post a Comment