31 March 2013

Sri Langkawi | Al-Aqram | Akidah



Assalamualaikum! Semoga hidup kengkawan diluar sana sentiasa ceria walaupong kengkadang menghadapi ujian yang sukar dalam kehidupan kita. Aku juga ada masanya menghadapi waktu-waktu sukar, tapi hidup mesti diteruskan!


I- Sri Langkawi! Hari ne aku ada jemputan majlis perkahwinan anak lelaki Puan Rosniza binti Salleh, yang diadakan kat Flat Sri Langkawi 1, Gombak Setia, Kelompo. (Kawasan sekitar ne dulu memang tempat aku bermain, tapi masa tu belum ada lagi flat atau rumah pangsa). Bila sampai kat sekitar flat, takde pulak Sri Langkawi 1, yang ada Sri Langkwi 2. Jumpa pulak si Zura (kawan isteri aku) dia pong tengah cari  tempat majlis kahwin tu!


Malu bertanya sesat jalan Beb! Tanyalah kat sorang brother tu. Dia bagitau, flat tu kat belakang Sekolah Rendah Gombak Setia dan kene patah balik. Memanglah kene patah balik kalau dah sesat kan! 


II- Al-Arqam!
Tiba-tiba pulak keluar berita pasal penangkapan isteri kepada Allahyarham Ashaari Muhammad (Khadijah Aam) yang ditangkap di Kota Mekah, kerana disyaki memimpin ajaran sesat di tanah suci itu.


Teringat aku pasal Al-Arqam ne, iaitu  pada pertengahan tahun 70'an, Al-Arqam udah terkenal di Kelompo serta mempunyai identitinya sendiri. Kalau ada ceramah atau perkumpulan Al-Arqam di Masjid Jamek, Kelompo - ramailah ahli-ahlinya memakai sarban dan berjubah. Masa tu Ustaz Ashaari Muhammad yang juga dipanggil Abuya di kalangan pengikutnya punya personaliti yang hebat kerana berjaya mengumpulkan ramai pengikut serta berjaya menyusun organisasi dengan baik.

Ustaz Ashaari bersama Al-Arqam pada zaman kegemilanganya telah barjaya hampir ke serta dunia. Beliau muncul sebagai perancang ekonomi dan berjaya mewujudkan usahawan di merata tempat. 

Akhirnya Al-Aqram menjadi sebuah pertubuhan dan gerakan agama di Malaysia yang dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah. Ajaran tersebut tersebar dalam masyarakat Islam dan telah difatwakan sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1994. 


III- Akidah!
Ajaran sonsang atau sesat ditafsirkan sebagai kumpulan manusia yang mempercayai amalan yang bertentangan dengan masyarakat umum. Jika di Jepun terkenal dengan penganut Soka Gakkai dan Aum Shinri Kyo. Di Korea  pulak ada Reverend Moon, serta di Amerika terkenal dengan Heaven Gate iaitu seramai 39 orang terbunuh atau membunuh diri. Mereka berbuat demikaian kerana percaya sudah tiba masanya mereka keluar dari tubuh masaing-masing untuk menyertai ekspedisi dalam sebuah kapal UFO yang akan membawa mereka ke angkasa lepas. 


Di alam Melayu pulak terdapat ajaran sesat seperti Nasrul Hak, Crypto, Taslim, Bahai, Ahmadiah Qadiani, Ayah Pin, Rasul Melayu dan Kumpulan Panji Langit. Mereka ne percaya bahawa mereka adalah utusan Allah atau nabi selepas Nabi Muhammad SAW. Ajaran tersebut timbul mungkin kerana disebabakan rasa terkongkong serta terlalu menggikut hawa nafsu jahat.



Nota Kaki
:
Aku nak tulis lebih-lebih pong tak bolehlah pasal aku pong jahil gak pasal bab agama ne. Apapong, kita udah sedia maklum bahawa Al-Quran adalah kitab terakhir yang Allah turukan kepada Nabi Muhammad SAW dan apa yang terkandung didalamnya tidak boleh di ubah. - Wallahuaklam!
  
 





No comments:

Post a Comment