13 March 2013

PERISTIWA KALABAKAN
















Tragedi Berdarah! Kejadian yang dikenali sebagai Peristiwa Kalabakan itu berlaku pada 29 Disember 1963 tidak jauh dari tebing Sungai Kalabakan kira-kira 48 kilometer dari sempadan Kalimantan, Indonesia.

Peristiwa berdarah itu berlaku ketika konfrontasi, selepas pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Konfrontasi itu dicetuskan Indonesia yang tidak berpuas hati apabila Sabah dan Serawak memilih menyertai Persekutuan Malaysia pada ketika itu.

Peristiwa Kalabakan menjadi titik hitam dalam lipatan sejarah Regimen Askar Melayu (RAMD) menyebabkan seorang pegawai dan tujuh anggota Platun 1 Kompeni A3 RAMD terkorban, manakala 18 orang anggota lagi cedera.


Dalam peristiwa itu, satu platun dari Kompeni C, Batalion Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja diketuai Mejar Zainal Abidin Yaacob di Pos Sementara TDM di Kalabakan, Tawau-diserang  hendap Tentera Nasinol Indonesia (TNI). Pasukan musuh ini mengambil kesempatan ketika semua anggota dipercayai berada di madrasah pos untuk menunaikan solat Isyak.


Walaupun dalam keadaan tidak bersedia, perajurit negara tidak sesekali menyerah kalah, malahan sedaya upaya menentang bilangan musuh yang difahamkan berlipat kali ganda. Keberanian mereka terserlah apabila memberi tentangan sengit sehingga memaksa pasukan TNI berundur selepas anggotanya ramai mati.


Namun, serangan TNi selama dua jam itu mengorbankan Zainal Abidin dan tujuh anggota platun termasuk 18 lain mengalami kecederaan. 

Strategi Pencerobohan! Strategi Indonesia dalam Peristiwa di Kalabakan hampir menyamai Pencerobohan Sabah oleh pengganas Sulu. Dalam peristiwa Kalabakan itu, Indonesia memberi alasan terdapat 10,000 rakyatnya yang bekerja di Kalabakan ketika itu. Difahamkan, TNi beranggapan seluruh rakyat Indonesia yang berada didaerah itu menyebelahi mereka dalam pertempuran itu, namun tiada yang membantu. Ini kerana tujuan asal rakyat Indonesia itu hanya bekerja, bukanya melancarkan serangan terhadap tempat mereka mencari rezeki.

Selain Kalabakan, TNI turut menyerang Pulau Sebatik. Serangan TNi ke atas Kalabakan ini adalah konfrontasi Indonesia dengan melancarkan kempen 'Gayang Malaysia' kerana Presiden Sukarno tidak puas hati dengan keputusan penduduk Sabah dan Serawak memilih menyertai Persekutuan Malaysia.

Konfrontasi Empat Tahun! Konfrontasi berlanjutan hampir empat tahun dan terhenti apabila Sukarno digulingkan dan diganti oleh Suharto. Pada 28 Mei 1966, satu rundingan antara Malaysia dan Indonesia diadakan di Bangkok, Thailand dan kerajaan kedua-dua negara mengisytiharkan perdamaian selepas Presiden Suharto menghantar Naib Presidenya, Tun Adam Malik sebagai wakil untuk berunding dengan Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj.

Akhirnya, perjanjian damai antara kedua-dua negara ditandatangani pada 11 Ogos 1967 dan Indonesia secara resminya mengakhiri konfrontasi terhadap Malaysia. Bagi mengenang pahlawan yang gugur ketika mempertahankan kedaulatan negara, kerajaan menubuhkan tugu peringatan khas untuk tatapan generasi akan datang supaya cintakan negara dan keamanan.

Prtikan dari : BH 10 Mac 2013   


2 comments:

  1. terima kasih di atas info ini.bolehlah saya membantu budak-budak buat tugasan.

    ReplyDelete
  2. As Salam Cikgu! Selalunya saya lambat membalas komen kerana jarang-jarang membuka entri yang udah lama saya publish! Apapun terima kasih kerana sudi membaca.

    ReplyDelete