23 March 2015

PANAS DI-TANAH KEBUN


 
Assalamualaikum!
Entri kali ini nak story pasal tanah kebun[1] yang sebelum ini aku udah publish beberapa keping gambar Aku & Alam pada 8 Febuari 2015, Dunia Baru Aku pada 8 Febuari 2015 serta entri Aktiviti Lasak [21 March 2015]. Nampaknya entri tersebut semacam kosong sahaja kerana aku terpaksa  biarkan gambar-gambar itu bercerita sendiri. Maksud aku, tak sempat nak taiplah Bai!

I- DiTanah Kebun! Bukanlah mudah nak buat keputusan untuk berjemur ditengah panas. Asalnya dari kulit cerah akan menjadi sedikit gelap dan dari jari jemari memegang berus [selalunya jari aku lebih kepada memegang tetikus dan menekan papan kekunci] bertukar pulak kepada memegang parang atau cangkul.

Pulak tu, tanah kebun ne udah lunyai[2] digondol oleh jentolak yang menggunakan tayar kereta kebal. Tentulah bahang panasnya terapung diudara, lagi-lagi kalau  hujan tidak turun berminggu-minggu dan angin pulak selalu mogok Bai!

Sedar
atau sebaliknya, cuaca itu udah diatur. AturanNya sangat sempurna. Hanya kita sahaja yang mempertikaikannya. Seperti fenomena Ekuinoks[3] yang baru-baru ini diperkatakan misalnya. Ujar Pegawai Sains Agensi Angkasa Negara, seluruh dunia akan mengalaminya apabila matahari melintasi garisan Khatulistiwa.

Peningkatan suhu akibat ekuinoks itu dijangka berlarutan sehingga April ini dan akan mengakibatkan panas yang luar biasa. Panas itu pulak ditambah dengan kepanasan berita seperti video hudud oleh pengacara stesen radio BFM, Aisyah Tajuddin yang mempersoalkan pelaksanaan hukum hudud[4] di Kelantan.


Kalau ikut buku, memanglah tidak digalakkan bekerja pada persekitran haba bersuhu tinggi kerana boleh terkena strok haba[5]. Jika ini berlaku akan mengakibatkan seseorang itu demam atau pengsan. Apapun, kami di tanah kebun hanya mampu bekerja seawal jam 0700 pagi sehingga jam 1030 pagi. Dari jam 1030 pagi hingga jam 0430 petang adalah waktu untuk kami berehat dan berlindung dari cuaca terik matahari. Kami hanya menyambung kerja selepas waktu Asar hinggalah ke-waktu Magrib.


II- Dunia
baru aku ini tidaklah teruk sangat jika dibandingkan dengan minat aku yang suka mengembara, melihat pemandangan, bersahabat dengan alam dan melukis. Bila udah tinggal di kebun, terpaksa aku membatalkan beberapa jemputan majlis, seperti majlis perkahwinan anak kepada En Sukor [Tmn Fadason] dan juga majlis perkahwinan anak kepada En Hamzah [Hulu Langat] misalnya.

Lupakan sementara tentang melawat art gallery atau melepak dengan kenkawan direstoran Mamak sambil pekena teh tarik. Aku tentunya tidak lagi dapat kayuh basikal ramai-ramai macam dolu pasal kedua-dua basikal aku udah aku bawa kekebun. Tentunya lokasi kayuhan aku sebelum ini seperti Taman Tasik Metro, Frim Kepong dan Empangan Batu Ulu Yam hanya menjadi kenang-kenangan.

Berhijrah ke dunia baru tentulah sedikit sukar, apatah lagi jika udah lama berada dalam zon selesa dan selamat. Untuk tidak merasa bosan tinggal di kebun sambil menanti hasil tanaman dituai, pelbagai aktiviti telah dirancang. Antaranya, aktiviti berkemah dan BBQ, memandu ATV, meredah laluan bukit berbatu kerikil dengan motor-cross atau berbasikal melalui beberapa buah desa pingitan. - Jumpa Lagi!


19 March 2015

BERKAYUH DI TANAH KEBUN



Assalamualaikum! 
Udah lama tidak berkayuh! Cerita terakhir aku pasal berkayuh ialah pada entri Kayuh Pagi [2 Dec 2014]. Ketika itu aku hanya berkayuh ke Tasik Metro bersama Mahfol. Di-ikuti entri bercuti backpacker arah Utara bersama Baha, Mahfol dan Saiful aka THor.

Bermula
Januari 2015, aku mula berkawan dengan alam di-Tanah Kebun, Lancang. Awalnya aku kena berulang-alik dari Kelompo ke Lancang. Satelah kabin [warna kuning] seluas 10' x 20' dilengkapi api dan air, aku pun menetap di Tanah Kebun. Mula-mula memanglah sedikit sukar berhadapan dengan cuaca panas yang bahangnya kekadang boleh melemahkan semangat aku untuk bersahabat dengan alam!

Satelah
menetap selama sebulan dan berkenalan dengan cuaca serta bentuk muka bumi disini, akhirnya aku mengambil keputusan untuk membawa dua basikal aku ke Tanah Kebun. Aku bercadang untuk berkayuh off-road dari kabin ke simpang tiga Kg Teris, sejauh 12 kilometer [pergi-balik] sebagai permulaan. Lepastu nak kayuh on the road arah ke Kampung Jergoh yang jarak kayuhannya lebihkurang 50 kilometer pergi balik.


Petang Ahad.
Ketika berehat didepan cabin jam 0330 petang sambil pekena teh O panas, aku memujuk si Amat [rakan kabin aku] temankan aku berkayuh. Macam-macam alasan diberikan oleh si Amat. Panaslah! Tak biasa kayuh mtb [basikal bukit], tak ada kasut yang sesuai dan termasuklah bagi alasan tak pernah kayuh basikal jauh-jauh. Setelah puas aku memujuk dan memberikan sedikit semangat, akhirnya racun aku meresap gak masuk ke-dalam sanubari  si Amat. Akhirnya si Amat antara rela dengan tidak [separuh hati] menerima cabaran untuk berkayuh ke simpang Kampung Teris. Orang mudalah katakan, pantang di cabar!

Pukul
05.00 petang di Tanah Kebun.
Sinar matahari petang suhu panasnya mungkin berada pada 35C. Aku dan Amat terpaksalah menunggu sport light dari langit yang cahayanya diharap redup, sebelum memulakan kayuhan. Kul 06.15 petang barulah tugas melindungi cahaya matahari dilakukan oleh awan-awan berwarna kelabu. Cuaca udah redup. Kami berdua pun memulakan kayuhan off-road dari kabin ke Simpang Tiga Kampung Teris.

Bermula dengan jalan berbatu, kemudian jalan tanah merah, kami terus berkayuh mendaki dan menuruni beberapa buah bukit yang sederhana tinggi, sambil di ikuti dari belakang  anjing berbulu putih. Sesekali, aku terpaksa gak menolak basikal apabila melalui bukit yang permukaannya dipenuhi batu kerikil. Si Amat juga ikut cara aku, tolak basikal apabila mendaki.
 

Sewaktu kami berkayuh, sinar matahari mula tengelam dicelah-celah bukit dan di celah-celah gunung. Ada bunyi burung gagak. Aku sempat melihat sekawan burung gagak terbang pulang kesarang. Lepastu aku toleh ke belakang pulak. Anjing berbulu putih yang mengekori kami dari kabin tadi  udah tidak kelihatan lagi, mungkin keletihan.

Kami terus kayuh. Setelah berkayuh di laluan off-road hampir 15 minit,  terukirlah sedikit senyuman pada wajah siAmat apabila kami memasukki jalan tar menuju simpang tiga Kampung Teris. Basikal si Amat meluncur laju kehadapan.

"Best gak kayuh basikal petang-petang camne yer". Jerit siAmat sambil tersenyum menampakan barisan gigi putihnya. Kakinya  laju mengayuh pedal dan kedua tangannya tidak memegang handle.

"Baru lu tau. Nanti! Dah sampai kat simpang tiga guw payung lu teh O ice limau".


Aku
cuba mengejar siAmat dari belakang. Akhirnya! Ya, akhirnya kami dengan separuh nyawa dan hampir basah dengan peluh jantan gitu, selamat sampai disebuah warung [simpang tiga] Kampung Teris. Sebaik menyandarkan basikal kat tiang, aku terus memesan dua gelas teh O ice limau. Sreeettt! Kami berdua dengan lahapnya menyedut teh O ice limau.

Letih!
Memang letih Bai. Mana tidaknya, aku udah hampir tiga bulan cuti berkayuh pasal sibuk dengan tanah kebun. SiAmat pulak pertama kali kayuh guna Mtb dan nampak gayanya ada minat. Lepas ne aku nak ajak siAmat berkayuh ke Kampung Jergoh. CuT!