Assalamualaikum!
Entri kali ini nak story pasal tanah kebun[1] yang sebelum ini aku udah publish beberapa keping gambar Aku & Alam pada 8 Febuari 2015, Dunia Baru Aku pada 8 Febuari 2015 serta entri Aktiviti Lasak [21 March 2015]. Nampaknya entri tersebut semacam kosong sahaja kerana aku terpaksa biarkan gambar-gambar itu bercerita sendiri. Maksud aku, tak sempat nak taiplah Bai!
I- DiTanah Kebun! Bukanlah mudah nak buat keputusan untuk berjemur ditengah panas. Asalnya dari kulit cerah akan menjadi sedikit gelap dan dari jari jemari memegang berus [selalunya jari aku lebih kepada memegang tetikus dan menekan papan kekunci] bertukar pulak kepada memegang parang atau cangkul.
Pulak tu, tanah kebun ne udah lunyai[2] digondol oleh jentolak yang menggunakan tayar kereta kebal. Tentulah bahang panasnya terapung diudara, lagi-lagi kalau hujan tidak turun berminggu-minggu dan angin pulak selalu mogok Bai!
Sedar atau sebaliknya, cuaca itu udah diatur. AturanNya sangat sempurna. Hanya kita sahaja yang mempertikaikannya. Seperti fenomena Ekuinoks[3] yang baru-baru ini diperkatakan misalnya. Ujar Pegawai Sains Agensi Angkasa Negara, seluruh dunia akan mengalaminya apabila matahari melintasi garisan Khatulistiwa.
Peningkatan suhu akibat ekuinoks itu dijangka berlarutan sehingga April ini dan akan mengakibatkan panas yang luar biasa. Panas itu pulak ditambah dengan kepanasan berita seperti video hudud oleh pengacara stesen radio BFM, Aisyah Tajuddin yang mempersoalkan pelaksanaan hukum hudud[4] di Kelantan.
Kalau ikut buku, memanglah tidak digalakkan bekerja pada persekitran haba bersuhu tinggi kerana boleh terkena strok haba[5]. Jika ini berlaku akan mengakibatkan seseorang itu demam atau pengsan. Apapun, kami di tanah kebun hanya mampu bekerja seawal jam 0700 pagi sehingga jam 1030 pagi. Dari jam 1030 pagi hingga jam 0430 petang adalah waktu untuk kami berehat dan berlindung dari cuaca terik matahari. Kami hanya menyambung kerja selepas waktu Asar hinggalah ke-waktu Magrib.
II- Dunia baru aku ini tidaklah teruk sangat jika dibandingkan dengan minat aku yang suka mengembara, melihat pemandangan, bersahabat dengan alam dan melukis. Bila udah tinggal di kebun, terpaksa aku membatalkan beberapa jemputan majlis, seperti majlis perkahwinan anak kepada En Sukor [Tmn Fadason] dan juga majlis perkahwinan anak kepada En Hamzah [Hulu Langat] misalnya.
Lupakan sementara tentang melawat art gallery atau melepak dengan kenkawan direstoran Mamak sambil pekena teh tarik. Aku tentunya tidak lagi dapat kayuh basikal ramai-ramai macam dolu pasal kedua-dua basikal aku udah aku bawa kekebun. Tentunya lokasi kayuhan aku sebelum ini seperti Taman Tasik Metro, Frim Kepong dan Empangan Batu Ulu Yam hanya menjadi kenang-kenangan.
Berhijrah ke dunia baru tentulah sedikit sukar, apatah lagi jika udah lama berada dalam zon selesa dan selamat. Untuk tidak merasa bosan tinggal di kebun sambil menanti hasil tanaman dituai, pelbagai aktiviti telah dirancang. Antaranya, aktiviti berkemah dan BBQ, memandu ATV, meredah laluan bukit berbatu kerikil dengan motor-cross atau berbasikal melalui beberapa buah desa pingitan. - Jumpa Lagi!

No comments:
Post a Comment