25 April 2014

MAAMOR JANTAN | Yg Aku Kenal




Maaf!
Aku tidak dapat bercerita tentang 'Maamor Jantan Yg Aku Kenal' pasal Jumaat malam Sabtu aku tido awal. Nanti bila aku free aku taiplah Z-Z-Z-zzz!- 25/4/2014



Aku free sekarang! (29/4/14)

Pagi Khamis,
24 April 2014 aku dan Azahan sudah berada di pintu masuk Universiti Malaya sebab hendak jenguk Solo Exhibition  'Figment of Imagination' oleh Maamor Jantan. Pameran nie sudah bermula pada 1 April dan diresmikan oleh HRH Raja Dato' Seri Eleena Sultan Azlan Shah.

Kisahnya! Aku kenal Maamor Jantan sekitar tahun 1985 yang ketika itu beliau sering menjadikan kakilima Wisma Yakin sebagai mini studio bersama rakan pelukis lain seperti Salleh Dawam, Burn, Johari Alias, Azmi Salleh dan yang lain tu aku tidak ingat namanya. Selalunya hujung minggu lebih meriah dengan kehadiran sesekali, pelukis senior seperti Abang Khalil Ibrahim, Abang Sani Md Dom dan kekadang dapat dengar celoteh Sani Kopratasa sambil ngeteh di warung Mamak berhampiran Masjid India.

Masa Berlalu! Di Jalan Masid India ketika itu tidak meriah lagi apabila Pasar Seni dibuka. Ada beberapa pelukis jalanan sudah berjirah dan yang tinggal hanyalah penunggu setia Wisma Yakin iaitu si Maamor Jantan, Burn dan Johari Alias. Akhirnya jalan itu sedikit demi sedikit dikuasai oleh sipenjual obat dan si tukang urut.


Pelukis Maamor Jantan, Johari Alias dan Burn akhirnya terpaksa juga berpindah studio apabila mendapat tempat di Kompleks Budaya Kraf. Kekadang ada juga aku jenguk Maamor Jantan dan rakan pelukis lain yang berada di Komplek Budaya Kraf seperti pelukis Ahmad Shukri, Ajis Mohamad, Shima, Kamaruddin Talib, Nizar Kamal Ariffin, Samsudin Mohamad, Yusof Gajah, Hassan Ahmad dan Haris Ribut.

Ada
sekali tu, aku turut serta dalam pameran terbuka di Balai Seni Lukis Negara pada tahun 1988. Lukisan yang aku hantar hanyalah garis-garis dan sedikit calitan warna yang bertajuk 'Pembebasan Palestine II'. Masa itu memang ada sedikit perasaan bangga kerana lukisan sulong aku tergantung dan ditatap oleh ramai tetamu serta pelukis-pelukis terkenal termasuk Maamor Jantan.

Ketika
minum kopi di laman BSLN bersama pelukis lain, hanya Maamor Jantan sahaja yang berani komen pasal lukisan yang aku hantar. Maamor Jantanlah satu-satunya pelukis yang pernah ajak aku join berpameran berkumpulan bersama beliau ketika aku melawat beliau di Jalan Conlay. Aku terpaksa tolak ajakan beliau kerana kengkangan masa dan waktu kojer aku yang tidak menentu.

Pasal pelukis Maamor Jantan nie, aku ikut perkembangan beliau dari jauh. Tidak perlulah aku story pameran-pameran yang beliau sertai kerana sudah diceritakan oleh ArtMalaysia Association, Purple Houz, Malaysian Watercolour, New Straits Times, Arts. Com. My dan University of Malaya Art Gallery (UMAG)itu sendiri.

Yang
aku hendak cakap sikit ialah pasal kulit katalog yang tidak cukup menonjol dan bahan pameran sokongan seperti pondok, buaian dan pasir berguli. Memanglah! Temanya lebih kepada 'Village Imagination' tetapi meletakan pondok, buaian kayu dan pasir berguli itu macam saja-saja hendak penuhkan ruang pameran. Pondok dan buaian kayu tersebut sudah biasa aku lihat di lobby-lobby hotel tiga bintang ketika bulan Ramadan.


Masa
aku masuk dewan pameran, aku bayangkan akan menemui satu kejutan dari 'Curator' Anita Zinal and The Geng tetapi hanya yang aku nampak kemas ialah susun atur lukisan ikut pusingan jam. Curator tentu sudah arif tentang pelukis Maamor Jantan yang telah cobak menonjolkan style 'CakCibor'nya melalui peralihan dari medium cat air kepada cat minyak. Sepatutnya, lukisan cat minyak beliau di gantung pada dinding terakhir berhampiran pintu keluar.


Dua Bilik!
Bilik pertama yang aku masuk memang menarik dengan perabut lama, barang-barang lama dan gambar-gambar lama beliau bersama keluarga. Bilik itu dilihat, sudah menceritakan tentang perjalanan watercolur Maamor Jantan selama ini tentang CakCibor, tentang kampung tentang arkabnya pertalian keluarga beliau. Excellent!


Bilik kedua pulak seharusnya menceritakan perkembangan dan kemajuan  pelukis itu  tentang percobaan beliau beralih kepada cat minyak. Di dalam bilik itu, boleh di letakan perabot moden dan sekeping lukisan cat minyak bersaiz besar dan tayangan video. Maksud aku, bilik kedua ialah bilik diantara dua zaman!


Nak sambung sikit lagi!
Ini pasal tayangan video pulak. Memang terbaek jika seorang curator pameran itu dapat menayangkan video cerita-cerita dari rakan pelukis tentang awards, hobinya yang suka pada muzik 'Keroncong' dan pernah menjadi resident artis di Universiti of Malaya Art Gallery.

Lagi baik jika dapat ditayangkan kisah pelukis itu sendiri sedang melukis distudionya atau tayangan 'art talk' atau outdoor drawing pelukis itu sendiri. Apapong, aku tetap angkat topi pada curator Anita Zinal and The Geng kerana berjaya menjadikan 'dream comes true' Maamor Jantan. Fullstop!

-
Terima kasih kerana anda telah selesai membaca entri ini! Foto di bawah ini aku rakam ketika berada di University of Malaya Art Gallery, Kuala Lumpur.


23 April 2014

PESTA, MUZIK & DADAH!


I- Satu ketika
kita dikejutkan dengan berita enam remaja maut dan tiga kritikal apabila tindakan segelintir pengunjung mengambil dadah sintetik berlebihan pada Konsert Future Music Asia pada pertengahan bulan Mac lepas. Mereka yang maut itu mungkin bukanlah penagih dadah tegar kerana  yang datang ke konsert tersebut ada juga pelajar dari Unviersiti. Kira budak bijaklah tu!

Lepastu ada lagi berita tentang "Topless Friday Beach Party" yang akan diadakan di The Pool Jalan Ampang. Khabarnya parti separuh bogel itu dijadaul berlansung pada malam Jumaat, berdasarkan poster yang tersebar di Instagram, Facebook dan laman web. Parti tersebut juga akan mengadakan beberapa pertandingan tarian lucah dengan hadiah setong bir dan baucer mencacah tatu kepada pemenang.

Niat untuk berpesta liar segera disekat apabila Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengarahkan premis tersebut ditutup serta-merta selama tujuh hari kerana tidak membuat sebarang permohonan kepada DBKL. Jadi, kalau  The Pool buat permohonan adakah pesta tersebut diluluskan? 


Baru-baru ne pulak, sebuah banglo di Pulau Pinang kene serbu pasal buat parti pelik kerana kod pakaian bagi budak pompuan ialah seluar pendek dan T-Shirt tidak berlengan tetapi bagi pengunjung lelaki, pakaian diaorang bebas. Hanya dua orang  remaja Cina sahaja yang join parti pelik tersebut. Lebihnya semua remaja Melayu!


Parti Liar!
Sebelum ne pun udah ada serbuan dilakukan oleh pihak berkuasa iaitu pada 3 September 2012, sekumpulan 28 individu di tahan polis sewaktu leka melakukan tarian ghairah sambil berpesta dadah di tepi pantai Teluk Juara di Pulau Tioman.

Pada 23 Jun 2013 - Sepasukan anggota penguat kuasa yang melakukan serbuan hanya mampu menepuk dahi apabila mendapati 47 remaja Melayu sedang asyik melakukan aksi sumbang sambil mandi buih ketika menghadiri satu pesta liar di sebuah pub di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur.


II-
Setiap kali diadakan pesta liar pastinya ada muzik. Muzik itu pulak ada beberapa jenis seperti Hip-Hop, Rock, Techno, Trance dan Elektronik Dance Music. Pastilah remaja yang tak boleh masuk disko kerana bawah umur, turut berminat menghadiri parti liar. Yalah! Siapa yang nak ambik kisah sangat pasal umur mereka ketika berada di part liar!

Untuk mendengar muzik ketika berada di pesta atau konsert mestilah kepala high sikit, kalau tidak muzik tu tak masyuk dan tak meresap kedalam jiwa. Kononnya kalau ada benda sokongan untuk diisi kedalam tubuh, barulah muzik itu dihayati sepenuhnya.

Kalau yang berduit tu, diaorang pergi pusat hiburan dan kelab malam hanya kerana hendak mendengar muzik? Mula-mula ikut kawanlah, macam Rabu malam Khamis yang selalunya kelab malam ada buat Ladies Night.

Pertam kali ke kelab malam selalunya minum minuman air berkarbonat seperti Coke atau Pepsi. Lama kelamaan, belajar pulak minum arak. Bila sudah rasa serasi dan kepala pun ada sikit rasa khayal, akhirnya meneguk air haram tu udah macam minum Coke.

Jika arak udah rasanya macam minum Coke tentulah kepala udah tak high, lagi-lagi kalau nak dengar lagu Techno atau Trance atau nak menari tarian yang giler-giler sikit.  Orang baru (newbies) yang nak mencuba sedikit dadah, pasti akhirnya akan terjebak kedalam kumpulan najis dadah setiap kali datang ke kelab atau parti rave.

Dadah ne macam-macam jenis. Yang pernah aku dengarlah seperti ganja, pil kuda, sabu, ekstasi dan lain-lain. Selalunya pihak penganjur parti atau wakilnya akan menjual dadah dalam bentuk pil pada harga antara RM60 hingga RM100 sebiji. Biasalah, mereka akan jual dadah jenis baru di parti rave. Dadah yang terbaru kononnya memberi tenaga untuk mengiringi muzik seperti Trance.

Kebanyakan
pengunjung parti memilih dadah berbanding arak untuk berkhayal atau berada dalam ghairah kerana kesan sampingan yang lebih ringan konon! Jika hendak lebih ghairah, kenelah telan pil lebih sikit yang akhirnya lalok atau istilah ringkasnya OD (overdos!).


Skrip seterusnya, apa jadik sekiranya seseorang itu overdos dadah peransang jenis amfetamin? Minda diaorang tentulah tidak lagi dapat membuat keputusan. Jika lelaki, mungkin mindanya teransang apabila melihat pompuan-pompuan yang udah longlai dan tidak bermaya. Akhirnya lelaki tersebut mendapatkan pasangannya untuk memuaskan nafsu.

Si remaja pompuan yang gaya hidupnya lepas bebas, setakat hubungan sex sekali-sekala, tentulah tidak menjadi masalah. Lama kelamaan, kehidupan dioarang yang bergantung kepada kelab malam dan pesta liar akan hancus!  Skrip terakhir, dioarang ada yang melahirkan anak luar nikah atau juga dikenali dengan anak harimau. Taktau pulak aku kenapa di sebut anak harimau. Mungkin dari perkataan hari-hari mau!



III-
Penganjur
yang buat konsert bersawai tentulah mengetahui kewujudan tokan (penedar dadah) yang menjual pil ekstasi kepada pengunjung. Lagipun, tujuana parti atau konsert diadakan ialah untuk mengaut keuntungan. Kalau setakat jual arak tentulah untung tak banyak sedangkan sewa tapak konsert, pekerja dan bil-bil perlu dibayar.

Pulak tu, selalunya pihak penganjur udah kautem dengan tauke-tauke dadah yang terdiri dari kumpulan kongsi gelap. Masa partilah arak dan dadah akan dijual dengan mempromosikan dadah jenis baru. Kalau tidak bila lagi nak kaut untung!


Dadah jenis baru mungkin diaorang seludup dari luar negara melalui lorong-lorong tikus atau melalui jalan laut. Tetapi tidak mustahil saintis dadah Malaysia juga boleh mencipta dadah baru. Hanya satu klik sahaja di internet, mungkin yang bukan pakar pun boleh menghasilkan dadah.


Saintis yang pakar dalam bahan kimia pun kaki temberang ketika menghasilkan dadah baru,inikan pulak yang bukan pakar. Yang bukan pakar tentulah ambik jalan mudah sebab sukar untuk mendapatkan bahan mentah.

Contoh Sahaja!
Diaorang campurkan ubat nyamuk cap gajah, kaca lampu, sedikit clorox, sedikit floor cleaner, sedikit bicarbonate, sedikit racun tikus, tepung cap kunci sedikit perwarna pink. Agak-agak kalau dioarang jual kat parti liar laku tak Bro?
[Mj] - Memang laku giler! Yang jual kaya yang telan kayap, silap haribulan tak sampai 10 saat tercungap-cungap, mulut berasap dan tak sempat nak mengucap - Wallahuaklam!

20 April 2014

JANGAN TIDO DALAM BAS!


Pagi Ahad - 20 April 2014


Sarapan pagi
dengan tiga keping ruti butter raisin dari label Gardenia, secawan kopi Alicafe' dan senaskah akhbar Mingguan Malaysia. Aku menyelak akhbar, halaman demi halaman yang memaparkan pelbagai berita antaranya 'Tiga parah bas ekspres terbalik, Hudud: Pas syukur sokongan UMNO, Pertandingan tiga penjuru rebut kerusi Presiden FAM'.

Juga rencana tentang 'Sukarnya seniman hebat menongkah zamannya' oleh Ku Seman Ku Hussain, 'Kenapa Mao kagumi Stalin' oleh Abdul Rahim Noor dan juga rencana dari Dr Muhaya Mohamad tentang 'Imej diri positif atau negatif?'. Aku juga tidak pernah ketinggalan membaca Analisis Mingguan dari penulis Bisik-Bisik Awang Selamat mengenai Misteri Lama, MB berubah?, Air oh Air, Karpal & Lim serta Raja dan FAM.

Seminggu dua ne aku terbaca lebih agaknya berita tentang kemalangan di jalan raya. Kemalangan berlaku mungkin gara-gara pemandu bas memotong tanpa memberi isyarat, menukar lorong secara tiba-tiba, pemandu tu mungkin Mat Gian atau mereka itu memandu secara merbahaya.

Pada Khamis 17 April lalu ada berita menyebut iaitu pemandu lelaki bas Ekspres Transnasional yang terlibat dalam kemalangan sehingga tiga penumpangnya terkorban di Kilometer 11, Jalan Bentong, Pahang pada Ahad lalu didakwa di Makamah Majistret Bentong kerana positif mengambil dadah morfin. 


Mangsa yang maut dalam kejadian pada kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu ialah Suhaisam Che Abdullah dan pasangan suami isteri Saeed Mohamad Mohamud Abdalla (warga Somalia) dan isternya Zarifah Alias. Al- Fatehah!

Janganlah
jadikan jalan raya atau leburaya  di Malaysia sebagai litar lumba atau sengaja mahu menempah maut walaupong lebuhraya kita adalah yang terbaik di rantau Asia Tenggara. Seringkali apabila berlaku kemalangan maut, selepas disiasat didapati pemandu bas terlibat telah acap kali dikenankan saman atau seorang bekas penagih dadah!


II- Dolu!
Pernah sekali aku terpaksa balik Kelompo waktu malam dengan menggunakan bas. Masa tu kalau diberi pilihan misalnya ada tren di Stesen Gebeng tentulah aku pilih naik tren walaupong lambat sampai ke Kelompo. Pertam kali naik bas dua tingkat Ekspres Transnasional dari Gebeng ke Kelompo memang pengalaman yang tidak dapat aku lupakan.

Mana tidaknya! Mula-mula rasa seronoklah apatah lagi duduk kat tingkat atas. Tapi bila hujan mula turun dan jalan raya pulak licin, aku mula risau. Aku tak boleh tido malam tu dalam bas, takut kalau-kalau bas tu terbalik. Pulak tu! pemandunya bawa laju dan aku rasa bas yang aku tumpangi sesekali terhoyong-hayang sedikit ketika melalui selekoh.

Memang laju walaupong bawak dalam hujan lebat. Mungkin pemandunya mengejar trip dan mesti sampai kat Kelompo tepat pada jadual yang udah ditetapkan. Bas bergerak dari Gebeng dan berhenti di Kuantan. Dari Kuantan ke Gambang melalui Maran, Temerloh, Karak dan akhirnya aku selamat sampai kat Kelompo. Hanya syukur yang dapat aku lafazkan!

III- Baru-baru ini,
sekali lagi aku terpaksa naik bas dari Kuantan ke Segamat dalam kembara backpacker 'Melihat Bumi Manusia'. Kisahnya bermula apabila aku dan Mahfol terlepas bas ke Kuala Rompin yang sepaptutnya berlepas dari Sentral Kuantan pada jam 0200 petang.

Bila udah terlepas kami batalkan hasrat hati hendak ke Kuala Rompin. Tiada pilihan, kami terpaksa beli tiket baru dari Cepat Ekspres untuk ke Johor Bahru dan petugas kauter tiket
bagitau bas tersebut berakhir di stesen Segamat. Dari Segamat nanti ada bas lain menunggu kami untuk ke Larkin Sentral JB.

Jam 0430 petang, kami menaiki bas yang dipandu oleh seorang pemandu gantian kerana pemandu asalnya tidak hadir bertugas. Aku dan Mahfol memilih tempat duduk dibahagian hadapan tangga belah kiri tanpa ikut nombor seat yang tertulis No 07 & 08 kerana mudah kami letekan beg diruang kaki.

Bas bergerak dan pemandu yang peramah itu memberitahu kami, bas akan memasuki bandar Muadzam Shah kerana mengambil penumpang di UNITEN. Olih kerana kami duduk seat paling depan, dapatlah aku berbual dengan pemandu tersebut dan melihat pergerakannya dengan jelas.

Pemandu itu berhenti berbual apabila mendengar deringan handpon yang minta di jawab. Sambil tangan kirinya memegang stereng, tangan kanan pemandu tersebut mencapai talipon. "Hallo! Ada apa? Oh resit, aku lupalah nak bagi. Macam mana? Ok! Ok!".

Lepas tu
tangan kiri pemandu 
itu mencapai resit dan membacanya sambil tangan kanannya memusing stereng dan kakinya sesekali menekan pedal brek. Sambil membaca resit sambil melihat kehadapan kerana disebelah kiri jalan yang sempit itu ada sebuah motosikal yang sedang bergerak perlahan.

Jalan menuju ke Muadzam Shah hanya ada dua lorong sahaja. Melalui cermin hadapan aku lihat ada beberapa buah lori dan treler bergerak perlahan. Pemandu memberi isyarat lampu kanan tanda untuk memotong. Melihat ada ruang kosong dilaluan kanan, pemandu itu segera menekan pedal minyak, memotong  lori, treler dan sebuah kereta.

Bas bergerak sedikit laju. Rasa lega agaknya pemandu itu setelah dapat memotong lori-lori, treler dan kereta yang menghalang laluanyanya. Tangan kanannya mencapai sebatang rokok dan membakarnya. Menyedut perlahan dan melepaskan asapnya keluar tingkap yang sedikit terbuka sebagai tanda puas hati.

Tiba-tiba talipon lelaki yang sedang memandu dan sedang merokok itu berbunyi lagi. Sambil tangan kirinya memegang stereng, tangan kanannya meraba-raba poket baju dan poket seluar. Rokok tetap berasap di celah-celah bibirnya. Pemandu itu meraba-raba poket seluarnya lagi, mencari talipon yang sedang berbunyi.


Tangan
kirinya memusing stereng kekiri dan kekanan, tangan kanannya memegang rokok yang sedang berasap. "Eh! Mana pulak telepon tadi". Sambil pemandu tersebut menoleh kepada kami berdua kerana mungkin pergerakannya diperhatikan.

"Beginilah kerja pemandu bas bang. Boring!
Kita nak cepat sampai tapi kereta kat depan ada yang lembab. Kekadang terpaksa hisap rokok berbatang-batang, nak segerkan mata".

Aku dan Mahfol tidak menjawab dan pemandu itu menyambung ucapannya sambil memegang stereng bas.

"Dioarang tak faham kerja kita. Cepat dan kene tepat masanya sampai di stesen kalau tidak penumpang marah.
Yalah! Semua pekerjaan ada masalahnyakan Bang?".

"Betul tu! Semua jenis kerja ada masalahnya tetapi kalau tak ada kerja lagi besar masalahnya".


Perbulan kami terhenti. Talipon berbunyi lagi tapi kali ini talipon yang berbunyi itu lebih besar dari talipon yang pertama tadi.

"Ya ada apa? Abang tengah on day way ke Segamat ne. Awak suruhlah anak awak beli lauk kat kedai. Awak makanlah dulu, malam ne lambat balik pasal nak antar penumpang kat Segamat lepas tu ke Moar".


Pemandu
itu
memasukkan telepon ke dalam poket baju sambil tangan kirinya memegang stereng. Dia menghisap sebatang lagi rokok sambil mengambil sesuatu didalam desk box. Rokok tergantung di bibir. Tangan kiri megemudi stereng sementara tangan kanannya diletakan diatas stereng sambil mengira duit.

Fuhhh! Memang expertlah Mamat ne memandu. Rokok berasap kat bibir, mata sesekali pandang depan dan sempat lagi tu kedua tangan dan jarinya mengira duit helai demi helai. Bekepok duitnya. Aku tak taulah duit dia ke duit syarikat. Apapong! Aku harap lain kali nak kira duit masa bas berhenti kat stesenlah Bro! - Wallahuaklam!





19 April 2014

EKSPRES RAKYAT


Lokasi: JB Sentral Jam 0745 pagi.

Aku dan Mahfol baru usai sarapan pagi di restoran mamak berhadapan Hotel Citirus Jalan Station, Johor Bahru. Sambil mengendong beg, kami gerak menuju Stesen KTM di JB Sentral. Ketika sampai di tempat menunggu, sudah ada beberapa penumpang sedang duduk menanti ketibaan tren Ekspres Rakyat yang dijadul berlepas pada jam 0835 pagi.

Kami
seperti penumpang lain, kene ada di stesen 30 minit lebih awal sebelum tren berlepas. Masa menunggu memang membosankan. Untuk tidak membazir masa, aku baca helai demi helai Kosmo! dan si Mahfol sempat lagi melelapkan mata. Ngantoknya tak habis lagi agaknya, kerana malam tadi kami tido lewat!
Malam tadi memang kami tido lewat pasal kami ronda-ronda dipasar malam sambil makan Mee Bandung Moar. Memanglah hajat kami nak rasa makanan orang Johor seperti Laksa Johor, Mee Rebus, Lontong, Soto, Otak-Otak dan Pecal tetapi bukan semua kami boleh jumpa menu macam ne di JB melainkan kene keluar jauh sikit dari pusat bandar.

Seperti
yang dicetak atas tiket tren kami, iaitu waktu berlepas jam 0835 pagi tetapi hingga sekarang iaitu jam 0840, belum ada lagi announencement tentang kelewatan tersebut. Aku perhatikan seorang pelancung lelaki Mat Salleh bagun dan pergi berjumpa petugas wanita yang sedang berdiri berhampiran pintu keluar.

Lelaki Mat Salleh itu kelihatannya seperti naik angin apabila jawapan yang diberikan oleh petugas wanita itu mungkin tidak boleh diterimanya. Jam 0848 barulah pengumuman dibuat dan tali yang menghadang pintu di buka oleh petugas. Semua penupang yang mahu menaiki tren ke Sentral Kuala Lumpur dan ke Utara di minta turun.

Aku dan Mahfol
memasuki perut tren melalui koc R4 dan harga tiket (dewasa) bagi perjalanan dari JB Sentral ke Sentral Kuala Lumpur ialah MYR 33.00 seorang. Tidak lama kemudian, tren yang kami tumpangi bergerak meninggalkan bandaraya Johor Bharu. Gedak Geduk! Gedak Geduk! Geduk! Geduk-duk-duk, duk, bunyi enjin tren bersatu apabila  bergesel dengan besi rail dan mata aku pun mula nak terlelap. Z-Z-Z-Z-zzz!


Tau-tau aja, rupanya tren udah melepasi stesen Kulai, Sedenak, Renggam dan stesen Kluang. Aku toleh si Mahfol yang juga baru terjaga dari tido sambil dia membuka plastik yang membaluti ruti krim jagung jenama Gardenia. Aku pula mengguyah dua ketul buah kurma dan baki kurma itu aku hulurkan pada Mahfol.


Di stesen Paloh
tren berhenti. Ada beberapa penumpang masuk ke dalam koc tempat kami duduk. Penumpang tersebut terdiri empat pompuan, seorang budak lelaki dan seorang budak pompuan. Budak lelaki itu duduk disebelah aku dan yang lainnya duduk di dibelakang seat aku dan dibelakang seat Mahfol.

Sebaik tren meninggalkan stesen Paloh, aku lihat budak lelaki itu dan yang lainnya mula membuka bungkusan nasi lemak masing-masing. Sambil mereka makan sambil berbual.

"Lepas ne, sampai kat Segamat nanti kita makan pulak meehoon goreng".

"Eh! Ada meehoon goreng ke, sapa yang bawak Mak Long?"
tanya satu suara dibelakang aku.

"Tadi ha, si Leha sempat masak meehoon, bukan meehoon aja, karipap pun ada dibawaknya".

"Wah! Bestlah Kak Leha ne. Macam berkelah pula kita ya!".
Selepas dailog tersebut tamat, serentak mereka ketawa. Aku dan Mahfol turut tersenyum mendengar mereka ketawa serentak. Lepas tu mereka sambung berbual dan terus berbual. Aku pulak mulalah nak lelap balik. Z-Z-Z-Z-zzz!


Aku
terjaga apabila Mahfol mencuit bahu aku. Tren berhenti lebihkurang 15 minit di stesen Gemas. Aku dan Mahfol ambik kesempatan untuk keluar dari tren dan ada gak dua tiga orang penumpang lelaki ikut keluar. Ketika inilah ada penumpang yang pergi ke tandas dan ada pula yang ambik kesempatan untuk merokok!

Prit!Prit! Prittt! Tren Ekspres Rakyat pun gerak meninggalkan stesen Gemas. Kali ini tren bergerak lebih pantas dari tadi melalui stesen Batang Melaka, Tampin, Rembau dan Seremban. Lepas tu melalui stesen Nilai, Bangi, Kajang dan akhirnya pada jam 0430 petang, tren itu memasuki kawasan stesen Sentral Kuala Lumpur.

Di Sentral Kelompo, aku dan Mahfol membeli tiket Komuter arah ke Batu Caves. Aku turun di stesen Bank Negara semetara si Mahfol meneruskan perjalanan hingga ke stesen komuter terakhir di Batu Caves - Fullstop!


Nota Kaki
:
Lepas ne nak buat Backpacker arah ke Utara pulak. Laluannya Kelompo terus ke Mata Ayer. Dari Mata ayer naik bas ke Kangar dan tido semalam di Kangar. Dari situ perjalanan diteruskan ke Alor Setar. Tido semalam dua di Alor Setar sebelum meneruskan backapker ke Pulau Pinang. Bermalam di Pulau Pinang sebelum meneruskan perjalanan melalui Pengkalan Hulu, Jeli dan Tanah Merah. Dari Tanah Merah boleh naik tren untuk terus balik ke Kelompo atau meneruskan backpacker arah Kuala Terengganu. Bermalam di Kuala Terengganu dan terus gerak ke Kemaman, Kuantan dan balik ke Kelompo!










18 April 2014

Aku, Mahfol & JB











Oh JB! KaMi SaMpAi DaH



Rabu malam Khamis - 8 April 2014
Lokasi : Bandaraya Johor Bahru @Joho!

Jam 2100 malam, Aku dan Mahfol sampai dah dibandaraya Johor Bahru. Suasana bandaraya  ketika ini sama sahaja dengan Kelompo, dimana jalan-jalan dipenuhi kenderaan dan orang ramai yang masih lagi memenuhi restoran dan gerai dikiri kanan, sepanjang Jalan Station.


I- Aku dan Mahfol
bergerak dicelah-celah orang ramai sambil memerhatikan papan tanda hotel badget diJalan Station. Kami singgah dikauter JB Hotel dan seorang nyonya bagitau, ada sebuah bilik yang mempunyai sebuah katil besar dan sebuah katil kecik dengan harga RM120.00 semalam. Bilik lain udah penuh katanya!

Kami tinggalkan JB Hotel kerana harganya diluar badget kami. Menyusuri Jalan Wong Ah Fook, kelihatan di siar kaki orang ramai mundar mandir seperti tiada tujuan. Di satu sudut pula, aku perhatikan sekumpulan pompuan India sedang berbual sambil tersenyum-senyum kepada lelaki yang melintas dihadapan mereka. Ayamlah tu agaknya!

Tidak jauh dari kumpulan pompuan India itu, ada papan tanda tertulis T-Hotel dan kami masuk untuk bertanya harga sebuah bilik di kaunter penyambut tetamu. Seorang reception lelaki  memberitahu kami, masa ne ada harga promosi iaitu sebuah bilik RM100.00 sahaja berbanding harga asal RM118.00 semalam.

Aku
bersetuju dengan harga yang ditawarkan oleh penyambut tetamu tersebut kerana harga RM100.00 masih lagi harga badget kami dalam backpaker 'Melihat Bumi Manusia'. Bayar RM120.00
termasuk deposit Rm20.00 dan terima key card bilik 116, set remote  Tv dan remote control untuk air cond.



Walaupun
bilik 116 ini tiada tingkap, tetapi kami puas hati melihat keadaan biliknya yang kemas dilengkapi peti tv, meja tulis, cermin, air panas, 2 peket kopi segera, tuala, sabun dan shampoo. Bilik air pulak memang tip-top dengan pintu lipat warna merah-hitam dan dinding serta lantai berwarna hitam-putih.

Selesai mandi,
aku meneliti key card yang tercatit sedikit hotel info:

*For your safety, please ensure your door is locked at all times.
*We recommend that all your valuable are well kept by yourself. The Hotel will not take responsibilty for any valuables or money lost from the room.

Check - out time: 1200 noon
Check - in time : 1500hours

Please return your key card to the reception upon departure. RM35.00 will be charge for each missing key card.


II- Perut dah lapar!
Kami keluar dari bilik hotel menyusuri Jalan Wong Ah Fook menuju pasar malam dimana terdapatnya gerai-gerai menjual pakaian, kasut bundle dan gerai makanan. Aku dan Mahfol singgah digerai menjual nasi lemak berlauk. Sambil menikmati makan malam penggunjung pasar dihiburkan dengan lagu-lagu pop yeh yeh!

Malam semakin larut!
Aku dan Mahfol tinggalkan keriuhan pasar malam menuju T-Hotel melalui Jalan Station, beluk kiri masuk lorong sempit. Lorong  itu dipenuhi dengan gerai-gerai menjual sup tulang, soto, mee bandung, otak-otak dan lain-lain lagi. Sayangnya lorong yang sempit itu tidak cukup bersih dari pandangan mata aku. 

(T-Hotel, No 94 Jalan Wong Ah Fook, Johor Bahru. Di sinilah aku dan Mahfol akan bermimpi malam ini). Mimpi-mimpi indah - Z-z-Z-zzzzz!

III- Ringtone
rooster alarm
handpon aku
berbunyi tepat jam 0630 pagi. Aku bingkas bangun menuju bilik air, mandi dan lepas tu aku menunaikan solat subuh. Selesai solat, aku lihat si Mahfol masih lagi berselimut tebal mungkin kerana tidak tahan sejuk. Memang sejuk malam tadi, sampai aku terjaga beberapa kali! Sejuk-sejuk yang amat sangat!


Waktu pagi di JB!
Keriuhan mula terasa sebaik kami melangkah keluar dari T-Hotel. Melintas jalan yang kelihatan masih basah, untuk ke Plaza Seni di mana terdapat dua buah Restoran India Muslim. Kami memilih untuk sarapan di restoran mamak di sebelah kanan. Mahfol bersarapan dengan milo panas dan dua biji telur setengah masak. Aku pula meminta secawan teh panas dan ruti canai. Patutlah sejuk, malam tadi hujan!

Usai sarapan,
kami mahu melihat-lihat di sekitar berhampiran kedai India menjual bunga. Lepas tu kami menyusuri Jalan Trus yang disebelah kirinya adalah Galleria Kotaraya. Tidak jauh dari situ kelihatan The Putri Pacific dan di kanannya pula ada lorong gatal tangan yang menuju ke perhentian bas diJalan Woong Ah Fook.

Tidak
jauh dari lorong itu, ada seorang lelaki India sedang tido tanpa selimut. Nampaknya lelaki India itu masih lagi bermimpi walaupun matahari pagi sudah muncul dan orang ramai pula mula sibuk bergerak ke hulu ke hilir, mengejar masa untuk ke tempat kerja masing-masing. Lena tanpa mimpi indah!

Kami dah letih berjalan. Mahfol pula minta take five. Aku ajak Mahfol berehat di dalam JB City Square pasal dalam mall ada kerusi dan ada aircond. Sambil tu bolehlah perhatikan gelagat orang ramai disitu!

Jam tangan Mahfol menunjukkan angka hampir 1115 pagi. Orang ramai mula memasuki City Square dari pelbagai arah dan paling ramai tentulah dari pintu masuk JB Sentral (Stesen KTM) di mana pintu keluar masuknya bersambung dengan JB City Square
.

Aku dan Mahfol
berehat berhampiran outlet Mc Donald's. Mahfol beritahu aku, lututnya mula terasa sakit semula dan mungkin tidak dapat meneruskan backpacker arah ke Desaru dan Tanjung Piai. (Jika kami hendak meneruskan juga perjalanan ke Desaru, kami kene check out dari bilik hotel hari ini jam 1200 tengahari).
    

Keputusan telah diambil iaitu tidak jadi ke Desaru dan Tanjung Piai, takut lutut si Mahfol nanti menjadi parah. Kami buat keputusan untuk bermalam sehari lagi di Johor Bahru kerana duit badget ke Desaru boleh digunakan untuk membayar sewa bilik.



Setelah habis berbincang, kami keluar dari JB City Square menuju T-Hotel. Singgah di kauter reception, bayar RM100.00 untuk tido semalam lagi. Masuk bilik untuk berehat. Sementara menunggu waktu Zuhur, si Mahfol membaca Kosmo! Aku pulak capai log book, menulis serba sedikit tentang aku, dia dan dunia! - Wallahuaklam!