|
Maaf! Aku tidak dapat bercerita tentang 'Maamor Jantan Yg Aku Kenal' pasal Jumaat malam Sabtu aku tido awal. Nanti bila aku free aku taiplah Z-Z-Z-zzz!- 25/4/2014 |
|
|
Aku free sekarang! (29/4/14) Pagi Khamis, 24 April 2014 aku dan Azahan sudah berada di pintu masuk Universiti Malaya sebab hendak jenguk Solo Exhibition 'Figment of Imagination' oleh Maamor Jantan. Pameran nie sudah bermula pada 1 April dan diresmikan oleh HRH Raja Dato' Seri Eleena Sultan Azlan Shah.
Kisahnya! Aku kenal Maamor Jantan sekitar tahun 1985 yang ketika itu beliau sering menjadikan kakilima Wisma Yakin sebagai mini studio bersama rakan pelukis lain seperti Salleh Dawam, Burn, Johari Alias, Azmi Salleh dan yang lain tu aku tidak ingat namanya. Selalunya hujung minggu lebih meriah dengan kehadiran sesekali, pelukis senior seperti Abang Khalil Ibrahim, Abang Sani Md Dom dan kekadang dapat dengar celoteh Sani Kopratasa sambil ngeteh di warung Mamak berhampiran Masjid India. |
|
|
Masa Berlalu! Di Jalan Masid India ketika itu tidak meriah lagi apabila Pasar Seni dibuka. Ada beberapa pelukis jalanan sudah berjirah dan yang tinggal hanyalah penunggu setia Wisma Yakin iaitu si Maamor Jantan, Burn dan Johari Alias. Akhirnya jalan itu sedikit demi sedikit dikuasai oleh sipenjual obat dan si tukang urut.
|
Pelukis Maamor Jantan, Johari Alias dan Burn akhirnya terpaksa juga berpindah studio apabila mendapat tempat di Kompleks Budaya Kraf. Kekadang ada juga aku jenguk Maamor Jantan dan rakan pelukis lain yang berada di Komplek Budaya Kraf seperti pelukis Ahmad Shukri, Ajis Mohamad, Shima, Kamaruddin Talib, Nizar Kamal Ariffin, Samsudin Mohamad, Yusof Gajah, Hassan Ahmad dan Haris Ribut. |
|
Ada sekali tu, aku turut serta dalam pameran terbuka di Balai Seni Lukis Negara pada tahun 1988. Lukisan yang aku hantar hanyalah garis-garis dan sedikit calitan warna yang bertajuk 'Pembebasan Palestine II'. Masa itu memang ada sedikit perasaan bangga kerana lukisan sulong aku tergantung dan ditatap oleh ramai tetamu serta pelukis-pelukis terkenal termasuk Maamor Jantan. |
|
Ketika minum kopi di laman BSLN bersama pelukis lain, hanya Maamor Jantan sahaja yang berani komen pasal lukisan yang aku hantar. Maamor Jantanlah satu-satunya pelukis yang pernah ajak aku join berpameran berkumpulan bersama beliau ketika aku melawat beliau di Jalan Conlay. Aku terpaksa tolak ajakan beliau kerana kengkangan masa dan waktu kojer aku yang tidak menentu. |
|
Pasal pelukis Maamor Jantan nie, aku ikut perkembangan beliau dari jauh. Tidak perlulah aku story pameran-pameran yang beliau sertai kerana sudah diceritakan oleh ArtMalaysia Association, Purple Houz, Malaysian Watercolour, New Straits Times, Arts. Com. My dan University of Malaya Art Gallery (UMAG)itu sendiri. |
|
Yang aku hendak cakap sikit ialah pasal kulit katalog yang tidak cukup menonjol dan bahan pameran sokongan seperti pondok, buaian dan pasir berguli. Memanglah! Temanya lebih kepada 'Village Imagination' tetapi meletakan pondok, buaian kayu dan pasir berguli itu macam saja-saja hendak penuhkan ruang pameran. Pondok dan buaian kayu tersebut sudah biasa aku lihat di lobby-lobby hotel tiga bintang ketika bulan Ramadan. |
|
Masa aku masuk dewan pameran, aku bayangkan akan menemui satu kejutan dari 'Curator' Anita Zinal and The Geng tetapi hanya yang aku nampak kemas ialah susun atur lukisan ikut pusingan jam. Curator tentu sudah arif tentang pelukis Maamor Jantan yang telah cobak menonjolkan style 'CakCibor'nya melalui peralihan dari medium cat air kepada cat minyak. Sepatutnya, lukisan cat minyak beliau di gantung pada dinding terakhir berhampiran pintu keluar. |
|
Dua Bilik! Bilik pertama yang aku masuk memang menarik dengan perabut lama, barang-barang lama dan gambar-gambar lama beliau bersama keluarga. Bilik itu dilihat, sudah menceritakan tentang perjalanan watercolur Maamor Jantan selama ini tentang CakCibor, tentang kampung tentang arkabnya pertalian keluarga beliau. Excellent!
Bilik kedua pulak seharusnya menceritakan perkembangan dan kemajuan pelukis itu tentang percobaan beliau beralih kepada cat minyak. Di dalam bilik itu, boleh di letakan perabot moden dan sekeping lukisan cat minyak bersaiz besar dan tayangan video. Maksud aku, bilik kedua ialah bilik diantara dua zaman!
|
|
Nak sambung sikit lagi! Ini pasal tayangan video pulak. Memang terbaek jika seorang curator pameran itu dapat menayangkan video cerita-cerita dari rakan pelukis tentang awards, hobinya yang suka pada muzik 'Keroncong' dan pernah menjadi resident artis di Universiti of Malaya Art Gallery.
Lagi baik jika dapat ditayangkan kisah pelukis itu sendiri sedang melukis distudionya atau tayangan 'art talk' atau outdoor drawing pelukis itu sendiri. Apapong, aku tetap angkat topi pada curator Anita Zinal and The Geng kerana berjaya menjadikan 'dream comes true' Maamor Jantan. Fullstop!
- Terima kasih kerana anda telah selesai membaca entri ini! Foto di bawah ini aku rakam ketika berada di University of Malaya Art Gallery, Kuala Lumpur. |
No comments:
Post a Comment