12 April 2014

TRAVELOG BACKPACKER!


Jam : 0705 pagi
Lokasi : Jalan Kucing, Kelompo.

I-
Pagi Isnin, kerihuan dari bunyi enjin kenderaan di Jalan Kucing seperti biasa. Setiap lorong menuju pusat bandar sesak, bergerak perlahan dan sesekali aku lihat, motor cupcai mencelah laju bagaikan di buru hantu pelesit pagi.

Aku ketika ini berada dalam perut teksi merah putih milik rakan aku. Sambil kawan aku memandu, kami berbual tentang kelam-kabutnya manusia apabila waktu pagi Isnin bermula. Masing-masing mahu menjalani kehidupan pagi dengan urusan-urusan yang masih berbaki.

Manusia pagi, biasanya mahu cepat sampai ke tempat kerja tetapi terpaksa hantar dahulu anak-anak ke sekolah. Ada juga yang ambik cuti semata-mata mahu menjadi orang pertama di kauter JPJ, Imigresen, Pejabat Pos atau bermacam-macam urusan lagi. Masing-masing punya gaya, punya cara dan punya karakternya yang tersendiri.

Teksi
yang aku tumpangi bergerak perlahan melalui station Monorail dan terus membeluk arah ke Bus Station Jalan Pekeliling. Teksi berhenti berhampiran lorong bas ke Jerantut dan ketika itu meter teksi menunjukan tambang yang perlu aku bayar ialah RM13.80 sen. Aku hulurkan dua keping note RM10.00 kepada rakan aku sambil bagitahu, wang lebihnya 'keep the change'. Tetapi rakan aku menolak dengan baik malah memulangkan semula sekeping note
RM10.00. Ikhlas! Pendek sahaja ayatnya.

II- Aku melihat jam di screen telepon Sony Ericsson aku. Ah! Baru jam 0735 pagi, awal lagi ne bisik hati ku. Aku melangkah arah ke Pusat Penjaja sambil belakang ku memikul sebuah beg hijau epal jenama Jean-Francois Adventure. Dibahagian hadapan dada aku pula  sebuah 'day backpack' warna biru tua dari jenama dauter.

Sengaja
aku membawa dua beg. Beg besar warna hijau epal tu aku isi dengan barang keperluan asas seperti 2 helai seluar panjang, sehelai seluar pendek, empat T-Shirt, sehelai baju, tikar sembahyang, sehelai kain palekat, sleeping beg, hats, towel, treckking shoes, slippers, rain coat, sweater, hand lamp, insert, ubat, personal toiletries, map, makanan kering (kurma) dan sebotol air mineral.

Dalam 'day backpack' pula, isinya sun glasses, pocket knife, camera, sun block, mosquito wipes, anti septic cream, deep rup, panadol, hansplest, lighter, morning towel dan sebuah buku travelog backpacker.  Packbag kecik ini akan memudahkan aku mengambil  travelog book atau camera dan menyimpannya semula, selepas digunakan kelak.

Jam : 0800 pagi
Lokasi : Pusat Penjaja Jln Pekeliling

Sementara
menunggu Mahfol tiba, aku bersarapan di corner Pusat Penjaja Jalan Pekeliling. Hampir jam 0800 pagi, kelihatan si Mahfol sedang berjalan perlahan menuju tempat dimana aku sedang santai menikmati nasi lemak dan secawan teh kosong. Mahfol pula memilih sarapan, secawan milo panas dan dua biji telur setengah masak. Kata si Mahfol, dia tak boleh heavy breakfast nanti terpaksa cari tandas!

III- Usai sarapan, kami gerak ke kauter tiket Metrobus Ekspres. Beli dua tiket KL - Jerantut dengan harga RM18.00 seorang. Jadual perjalanan ialah 1000 pagi dan dijangka tiba di Jerantut jam 1300 petang. Masih ada lagi waktu menunggu kira-kira 1 jam 45 minit.

Kami
duduk dianak tangga, menggadap sungai
yang airnya mengalir lesu. Air sungai yang kotor itu mengalir membawa sekali sampah sarap semalam yang dibuang oleh makhluk yang bernama manusia.

Di hadapan tangga menuju station Monorail pula, ada dua lorry pick-up yang menjual nasi lemak berlauk, kueh muih dan air minuman. Di bahu jalan, kelihatan seorang lelaki Cina sedang 'kautem' dengan dua penumpang kereta sapu. Akhirnya dua penumpang itu bersetuju dan kereta sapu itu bergerak meninggalkan bus station Jalan Pekeliling.

IV- Metrobus Ekspres
tiba dan kami bersama penumpang lain beratur memanjat anak tangga, masuk dan duduk di kerusi menggikut nombor kerusi yang tertulis pada tiket bas. Bas itu bergerak melalui Jalan Pahang dan berhenti berhampiran pekan Setapak kerana mengambil beberapa bungkusan dari sabuah lori yang dindingnya tertulis 'Keropok Lekor'.

Bas itu membeluk ke kiri. Aku tidak lagi menulis di dalam buku log kerana aku udah terlena. Aku hanya sedar seketika bila bas yang aku tumpangi itu berhenti di bus station Mentakab. Bila bas itu mula bergerak, aku sambung semula mimpi-mimpi aku, yang terganggu sebentar tadi.


Jam : 1305 petang
Lokasi : Terminal Bus Jerantut

Alhamdulliah!
Akhirnya dengan penuh kesyukuran, kami sampai di Terminal Jerantut pada jam 1305 dengan selamat. Ketika keluar dari perut bas, seorang lelaki Melayu menegur kami. Lelaki yang murah dengan senyuman itu memberitahu bahawa jika kami memerlukan kereta untuk ke Kuala Tahan, tambangnya ialah RM70.00 sahaja.

Kami tolak tawaran lelaki tersebut dengan senyuman juga kerana 'backpacker' kami ini adalah kembara cara paling murah iaitu dengan hanya menaiki bas atau keretapi sahaja. Di Jerantut kami tidak sempat makan tenghari kerana bas ke Kuala Tahan mula hendak bergerak meninggalkan pekan Jerantut. Pun begitu, sempat gak si Mahfol berlari ke tandas restoran di seberang jalan sana.

Tambang bas Ke Taman Negara Kuala Tahan ialah RM7.00 seorang. Dari sedikit info yang diberikan oleh konduktor bus pompuan tadi, bas akan sampai di Kuala Tahan kira-kira jam 1430 petang. Di dalam bas ini, tidak ada seorang penumpang pun terlelap kerana laluannya yang bengkang bengkuk, permukaan jalan yang tidak rata dan paling menarik ialah bunyi enjin bas yang seakan-akan bunyi boat panjang yang sedang melalui Sungai Tembeling.

Bas bergerak laju ketika menuruni bukit. Angin petang merobos masuk melalui tingkap-tingkap yang terbuka. Sesekali penumpang pompuan Mat Salleh yang duduk selang satu kerusi dari tempat duduk aku, membetulkan tali bra warna hitam yang dipakainya.

Di tariknya tali bra sebelah kiri  naik ke bahu. Tidak lama kemudian tali bra sebelah kanan pula terkeluar dari bahunya. Tarik kanan, lepas tu tarik pulak yang kiri. Begitulah gelagat pompuan Mat Salleh tersebut hinggalah sampai ke Kuala Tahan. Ketika keluar dari perut bas, aku dan Mahfol tersenyum!


Jam : 1430 petang
Lokasi : Taman Negara Kuala Tahan


V- Kuala Tahan!
Berhenti sahaja bas di Kuala Tahan, aku dan Mahfol terus bergegas menuju gerai makan. Aku makan nasi putih berlaukan ikan patin, sayur labu dan beberapa biji jering sebagai ulam. Kami hanya membayar RM9.00 sahaja untuk dua pinggan nasi berlaukan ikan dan 2 gelas air sirap. Taklah mahal sangatkan!

Alhamdulillah!
Perut pun udah kenyang dan langkah kami seterusnya ialah mendapatkan sebuah bilik yang harganya boleh dikira harga patut. Maksud aku harga patut tu ialah harga di bawah RM100.00 semalam. Kami memilih untuk tinggal di Abot Guest House dengan bayaran RM90.00 semalam.

Jika korang nak datang kat sini bukan musim cuti sekolah atau public holiday, memang mudah untuk mendapatkan bilik bawah harga RM100.00 semalam. Korang juga ada pilihan lain seperti Tembeling River View Lodge atau tinggal di Dakili yang menyediakan hostel, bilik atau tapak campsite.


Info :
Sekiranya, ingin tinggal di Campsite tetapi tidak membawa kemah (tent), sleeping beg atau sleeping mat, korang boleh menyewa tent dengar harga RM15.00 semalam dan sleeping beg RM5.00 semalam. Kepada kenkawan yang ingin tinggal di Abot Guest House, bolehlah hubungi melalui talian 017-916 9616 atau 010-919 3719.














No comments:

Post a Comment