28 February 2013

KELOMPO TO SEREMBAN...LUNCH!


Khamis 28/2/2013!
Aku ajak kawan aku Azahan ge Seremban untuk makan tengahari. Jam 1000 pagi, kami berdua udah berada di stesen KTM Komuter Bank Negara. Beli tiket Kelompo-Seremban Rm06.10 sahaja, tanpa perlu ke mesin token seperti LRT.


Lama gak aku tak ge Seremban! Selalunya kalau ge arah Selatan memang tak lalu Seremban pasal ikut highway. Kali terakhir aku singgah di Seremban mungkin pada akhir tahun 70'an. Udah lamakan! 

Kebetulan kawan aku si Azahan ada kat Kolompo dan free pulak tu. Azahan ne aku kenal ketika sama-sama belajar asas grafik kat APS (Angkatan Pelukis SeMalaysia) di Jalan Tun Razak, Kelompo sekitar penghujung tahun 80'an! "Eh! Komuter dah sampailah", kata si Azahan. Kami naik dan komuter pong bergerak meninggalkan stesen Bank Negara.
   


Komuter terus bergerak! 
Kenang kembali! Era' penghujung 80'an pulak, aku baru balik dari Kota Kinabalu pasal restoran Sate Hut yang aku uruskan, udah tak berapa menjadi pasal kelembapan (gawat) ekonomi dunia ketika itu. Jobless! Banyak masa aku habiskan kat APS dan sekitar Jalan Masjid India, bersama kengkawan pelukis jalanan.

Satu hari, si Azahan cadangkan kami buat kerja-kerja graphic termasuk mencetak baju-T dan pos item. Kami pong daftarlah syarikat kecik dengan bayaran RM60.00 henggit atas nama Colour Design & Promotion. Pejabat masa tu tumpang pejabat adik aku Majid di Wisma Inter Consortium, Jalan Ipoh, Kelompo.


Tiba-tiba penumpang diberitahu iaitu komuter udah menghampiri stesen Seremban. Lamunan aku terhenti dan bersedia untuk turun! Sampai di stesen Seremban kul 1130 pagi, ini bermakna perjalanan kami memakan masa lebih kurang satu jam setengah. Kalau jadilah projek kereta api laju Singapura-Kelompo, mungkin  tak sampai setengah jam ge Seremban! 





Pasal awal sampai, kami berdua singgah kat kedai buku terpakai. Belek sana, selak sini-cari buku yang berkenan di hati. Hampir 45 minit gak kami kat kedai buku tu dan si Azahan beli dua buah buku dan aku pong beli sebuah buku Guide to Photography dan sebuah lagi buku kecik A Color of His Own.


Tenguk jam udah dekat kul 1230 tengahari. Cantiklah ne kan kalau ge isi perut sambil chit-chat. Pusing-pusing kat kompleks, nak cari tempat makan yang boleh duduk lama sikit. Akhirnya ambik keputusan makan kat food court. Aku ge kauter nasi ayam dan si Azahan pesan minuman abc dan cendol untuk aku.

Selesai makan
dan berehat sekejap, kami gerak ke setesen Seremban untuk beli tiket balik ke Kelompo. Masa dalam perjalanan balik hari pong hujan dan terasalah sejuk hawa dingin komuter. Apa lagi terlelaplah seketika!


Extra
: Terma dan Syarat menaiki KTM Komuter adalah Tertaluk Akta Keretapi 1991 iaitu pastikan stesen destinasi pada tiket adalah betul, simpan tiket untuk pengesahan dan yang terakhir ialah kalu tiket hilang sucaj RM30.00 akan dikenakan. Jumpa lagi Bro!


27 February 2013

MINAT ADVENTURE!


Adventure! Kalau ikut kamus lama bermaksud peristiwa atau pengalaman yang luar biasa atau pengembaraan. Maksud istilah adventurous pulak ialah mereka yang gemar kepada perkara yang luarbiasa dan berbahaya, dipenuhi dengan hal-hal luarbiasa dan bahaya.

Kepada kengkawan yang minat aktivit adventure, boleh melakukan secara berkumpulan seperti Rock Climbing, White-water Raffting, Cave Exploration, River Cruising, Mountain Climbing, Bird Watching, Wreck Diving, Mountain Biking atau Jungle Trekking.


Dolu,
aktiviti yang aku minat ialah trekking dan camping. Ada gak sesekali buat hitch-hike 
iaitu mengembara dengan menumpang kenderaan secara percuma. Pada pertengahan tahun 80'an aku bersama rakan pernah hitchike ke Pulau Pinang dengan bermodalkan RM 10.00 sahaja.

Kisahnya! Nak dapat tumpang kereta, kene keluar sikit dari pusat bandar. Tak lama kami berjalan dapat tumpang kereta bebudak Melayu yang nak ke Kuala Kangsar. Kul 0530 petang gak baru kami sampai kat Kuala Kangsar pasal masa kami keluar dari rumah tadi selepas makan tengahari. Dari Kuala Kangsar kami menapak sambil mengharap ada kenderaan yang sudi tumpangkan kami. 

Hari udah nak senja!
Waktu camne takde sebuah kenderaan pong yang nak tumpangkan kami. Jalan dan terus jalan dalam keadaan gelap yang hanya mengharapkan bantuan cahaya kenderaan. Akhirnya kami berdua berhenti berehat kat sebuah pondok di tepi jalan. "Entah kul berapa sekarang ne ya!", tanya kawan aku sebaik kami dapat meluruskan kaki. "Entah! aku pun tau tau". Jawab aku ringkas.

Kami cuba lelapkan mata dengan berlapikan slepping beg. Mata baru nak lelap tiba-tiba kat seberang jalan, ada beberapa orang tengah kecoh pasal dorean kene curi. Baru kami tau, kawasan yang kami singgah ne adalah kawasan perkampongan dan kawasan dusun buah-buahan. Untuk elakan daripada kene tuduh curi buah dorean, baik kami gerak.

Menapak lagi! Waktu malam camne memang sukar nak dapat tumpang kereta. Kami terus menyusuri jalan dan nampaklah papan tanda yang tertulis Padang Rengas. "Wah! Kita jalan udah sampai kat sinilah! Tapi jauh lagikan Peneng!" Soal kawan aku sambil mengambil air minuman yang dibawa dari rumah. "Memanglah jauh, harap-harap adalah kereta yang sudi tumpangkan kita malam ne", jawab aku selamba sambil dalam hati sangat mengharap pertolongan dari Allah.


Pon! pon! pooonnnnn bunyi hon lori triller. Perlahan aja lori tu lalu melepasi kami  sambil pemandunya berteriak "Naik! naik cepat. Nak ge mana ne?" tanya pemandu tersebut. "Nak ge Peneng Encik" jawab aku ringkas. Lori triller tu mula bergerak meningalkan Padang Rengas menuju  Butterworth. Sambil tu sempat gak tanya kat brother tu, "Pukul berapa sekarang?". "Baru jam 0230 pagi, mungkin kul 0530 lebihkurang kita sampai kat Butterworth", jawab pemandu triller tersebut.

Aku udah tak kisah, kul berapa sampai kat Butterworth-janji aku tak menapak malam-malam buta camne. Bila sampai kat Peneng nanti, aku nak sarapan teh tarik dengan nasi lemak ikan masin dan tengahari pulak nak makan nasi kandar. "Sedarlah sikit Bro! Bawak sepuloh ringgit, nak macam-macam". Tiba-tiba macam ada satu suara yang berbisik kat telinga aku!


Itu cerita dolu Bro! Walaupong aku hanya ada RM10.00 kat dalam poket tapi aku sampai gak kat Peneng kan! Sebenarnya (rahsia ne) kat Peneng, bila udah tengahari aku tak makan pong nasi kandar, pasal duit tak cukup. Hanya makan meggi mee, itulah kenyataannya!

Berbalik kepada cerita minat adventure ne, banyak tempat yang boleh kita terokai. Seperti jungle walk kat Taman Negara Danum Valley dan Kinabatangan atau mendaki Gunung Tahan. Lain-lain tempat ialah Royal Belum, Ulu Bendol, Endau-Rompin, Gunung Ledang, Tasik Cini, Tasik Kenyir, Bako National Park, Mulu dan Niah National Park.  


Maksud Jungle Walk ne bagi aku ialah berjalan dalam hutan ikut trek yang udah disediakan tanpa pemandu arah. Sebagai contoh, trek laluan ke Lubok Simpon dan trek ke Bulatan Paya di Taman Negara, Kuala Tahan. Jungle Trekking pulak ialah berjalan dalam hutan melalui trek yang memerlukan pemandu arah, sebab kalau takde pemandu arah-kita boleh sesat Bro! 


Yang minat camping
 pulak, boleh berkemah kat Taman Negara dan Kenong Rimba Park di Pahang. Lain-lain tempat camping ialah Sungai Bernam di Tg. Malim, Pulau Payar di Kedah, Redang Marine Park di Terengganu, Gunung Tapis Pahang, Mersing dan Tanjung Piai di Johor.


Nota Kaki: Nak bagi ingatlah Bro! Kalau ada geng yang nak ikut camping kat utan tapi penakut ada baiknya jangan diajak. As-Salam dan jumpa lagi!



26 February 2013

BOLEH CAYA KE?


Assalamualaikum Sis! Entri "Boleh Caya Ke?" kali ne nak story pasal beberapa kejadian ragut, samun dan rompak ke atas suri rumah yang tinggal sorang diri kat rumah, pasal kematian suami dan tiada zuriat. Kisah Mek Ya, 75 yang hidup sebatang kara (sampai lane pong aku tak tau apa makna kara)di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin di Parit Buntar, Perak telah kerugian RM3,000.00 apabila wang tunai dan seutas rantai leher miliknya dirompak seorang penjenayah yang memecah masuk ke rumahnya semalam.

Kat Tasek Gelugor pulak, berita seorang suri rumah disamun dua lelaki bersenjatakan sebilah pisau Ramboo di rumahnya, Isnin lalu. Menurut Sopiah, ketika berada didapur pada kul 11 pagi, tiba-tiba muncul dua lelaki menaiki sebuah motosikal berhenti di pintu dapur rumahnya lalu seorang daripadanya berpura-pura bertanyakan tentang suaminya.

"Lelaki tersebut kemudian meminta segelas air kerana mendawa dahaga lalu saya mengambil segelas air dan memberikan kepadanya tetapi lelaki itu meminta segelas lagi untuk rakannya pula". Sambung mangsa lagi "Ketika saya pergi mengambil segelas lagi air, kedua-duanya menyerbu masuk lalu seorang daripadanya mengeluarkan pisau dan mengacu ke perut saya. Seorang lagi memaut leher saya dan meragut rantai emas dan gelang tangan saya yang dianggarkan bernilai RM20,000.00", katanya.

Di Kampung Kedai Buloh Badang, Kelantan pulak kisah si anak (Mohd Syaridan, 27 tahun) melakukan ugutan jenayah menggunakan pisau ke atas ibunya, Che Saniyah Che Soh, 56 tahun. Ikut fakta kes, sianak menyepak, menumbuk kepala ibunya dan mengugut ibunya dengan pisau serta gunting hanya kerana ibunya tidak memberi wang. 

Tiga kes diatas tadi adalah kisah benar Sis! Ini kisah bukan main-main atau cobaaaan! Kes-kes seperti ini akan terus berlaku baik di kampung maupong di bandar. Cuma bezanya kalu dibandar, penjenayah akan meragut beg tangan wanita didalam bakul motosikal atau memecah cermin tingkap sebelah pemandu ketika kereta berhenti dilampu tiga warna. Diorang ne pong buat kojer, kalau pemandunya seorang wanita bersendirian.

Kat bandar macam Kelompo ne lagilah diorang kreatif nak dapatkan duit. Ada yang menyamar sebagai tukang kasut dan ada gak menyamar sebagai peminta sedekah. Macam Mamat sorang nelah! Aku peratikan dia duduk kat kaki lima dengan bermodalkan cawan kertas dan kudis buta akibat penagihan dadah.

Bisalah orang Kelompo! Murah hati dan suka bersedekah. Lepas dua tiga jam minta sedekah dan dapat hasil, si Mamat ne pong bangun dan berjalan arah ke bawah jembatan. Apalagi Sis, Jadi doktorlah diorang! (Aku terpaksa ambik foto ne dari jauh, takut kalu zombi-zombi ne kejar aku). Huhuhu!



Extra: Pesanan kepada ibu dan nenek yang tinggal sendirian di kampung. Janganlah pakai rantai dan gelang emas, kerana mungkin akan menjadi mangsa ragut dan samun olih bebudak penagih dadah. Kalau ada lelaki atau perempuan yang tidak dikenali bertanya soalan standard (tanya pasal suami) atau minta secawan air kerana dahaga, usah dilayan. Segera tutup pintu dan bersedia dengan parang panjang!


23 February 2013

KALAULAH!












Kalaulah rumput tidak
dibiar panjang
tidaklah benah berani datang
tikus pun tidak membuat sarang
tidaklah rosak padi sebendang.

Kalaulah reban tidak dibiar usang
pintu dan dindingnya
tidak berlubang
tidaklah mudah dimasuki musang
tidaklah habis ayam sekandang.

Demikian halnya
kalaulah tidak kerana cuai dan alpa
tidaklah malang  datang menimpa
kalaulah tidak kerana lalai dan  lupa
tidaklah diri dirundung nestapa.

EHSAN JAMILY
Taman Desa Baru, Melaka.

JALAN-JALAN HUJUNG MINGGU


Aku baru balik dari town! Sabtu - Kul 1230 tengahari tadi, aku bersama isteri aku ge jemputan majlis perkahwinan anak rakan isteri aku (Ellina Abd. Rahaman) di Pusat Komuniti, Taman Koperasi Polis, Fasa II, Kuala Lumpur.



Jam lebih kurang 0115 petang! Udah selesai menjamu selera dengan nasi bryani dan cendol sebagai pemanis mulut, kami keluar dari dewan dan bersalaman dengan tuan ummah. Kebetulan pulak tu, berselisih dengan Kak Diah dan Aisah yang baru jer nak melangkah memasuki dewan.


Kami tinggalkan Taman Koperasi Polis dan sedang menuju pusat bandar, melalui Jalan Ipoh dan masuk ke Jalan Kucing. Petang Sabtu camne selalunya ruang petak kereta kat Kelompo (yang percuma lah!) selalu penuh. Apa tidaknya! Macam-macam aktiviti ada - salah satunye ialah pasar hujung minggu kat lorong belakang Jalan Tuanku Abdul Rahman.  

Tujuan aku ke pusat bandar ialah nak beli kain ela untuk isteri aku. Sambil tu, aku boleh tompang sekaki beli kain ela untuk buat baju kemeja lengan pendek. Kemeja lengan pendek ne aku cadang untuk dipakai pada jemputan majlis perkahwinan, majlis hi-tea,  bbq party atau ketika berehat ditepi pantai. 




Tempat yang di tuju tentulah di Jalan Tuanku Abdul Rahman atau kata orang Kelompo Jalan Tar gitu! Untuk dapatkan kain ela yang murah sikit, aku tuju gedung Kamdar. Untuk kemeja lelaki, aku pilih 2 helai kain bercorak dari jenis printed Ashley English Cotton (Touch Collection) dan 2 helai kain bercorak dari printed Lancaster Victoria Swiss Cotton.

Lepas tu ge pulak kedai kain kat Jackel. Beli sehelai kain bercorak dari Italian Prints Silk Cotton by Nizam. Buat masa ne cukuplah ada 5 helai kain ela untuk dibuat kemeja lengan pendek. 

Fuyoooo! Punye ramai kaum kat sekitar Jalan Tar ne. Ada yang sedang lepak kepenatan, ada yang jual permainan kanak-kanak. Hati-hati ketika bersesak-sesak disiar kaki (kaki lima) deretan rumah kedai ne. Mungkin ada pencopet!  (Penyeluk saku lah Sis!).

Melalui hadapan Kompleks Sogo! Kat sini ada kumpulan penyayi dan pelukis jalanan. Ramai gak yang sedang lepak menikmati alunan suara dan muzik dari seniman jalanan ne. Sambil nonton tu, janganlah buat bodo aja! Huloklah sikit kat dalam tabung yang disediakan tu. Diorang pong nak hidup gak Bro! 


Kekadang orang Kelompo ne tak faham!
Kumpulan penghibur jalanan ne sebenarnya sedang cari rezeki. Itulah cara dioarang > menyanyi sambil memetik gitar. Tanpa penghibur jalanan seperti mereka ne, terasa sunyi pulak Jalan Tar. Luorang yang sedang dihiburkan tu, jangan ingat nak free jer!


Extra:  Ketika ini aku lihat aliran gaya selamba pakaian  kaum lelaki (muda atau yang tua) yang hanya memakai T-Shirt tanpa kolar ketika menghadiri jemputan majlis perkahwinan. Hormatlah kat tuan rumah yang menjemput  anda datang majlis. Ambik inisiatif sikit untuk memadankan pilihan pakaian kalau nak ge majlis seperti memakai songkok, berkemeja lengan pendek serta jean dan sneaker!  Janganlah tunjukan yang anda keliru tentang fesyen! Jumpa lagi kat entri "Konsep Pakaian Lelaki Kontemporari". As Salam!


20 February 2013

KAYUH MALAM KE CLOCK TOWER


As Salam Bro! Selepas solat Isya' aku gerak arah tempat pertemuan di belakang hotel. Lebih kurang kul 0930 malam, barulah kami mula berkayuh. Menyusuri laluan biasa iaitu kawasan perumahan mewah Bukit Tunku. Lepas tu take five kat persimpangan Jalan Bukit Tunku dan Jalan Tun Ismail yang dolunye dikenali Jalan Maxwell.


Tempat kami take five ne adalah puncak bukit yang  mengadap Jalan Kucing dan bangunan PWTC. Ketika kami sampai kat sini, udah ada kumpulan rider yang sedang berehat. Mereka adalah dari group Roda Link dan salah saorang raider tersebut (foto cover story) ialah duta basikal jenama Polygon.



Seronok gak berbual dengan diorang ne, hinggakan masa berlalu tanpa kami sedari. Lepas tu kami teruskan kayuh menuju Clock Tower melalui Bank Negara, masuk arah Dataran Merdeka dan beluk kiri arah ke Lebuh Ampang. Kat sinilah terdirinye clock tower yang dibina pada tahun 1937 sebagai art deco. Sebelum ne pong aku pernah story pasal clock tower iaitu pada entri 4 November 2012 yang bertajuk The Clock Tower!


Kayuh basikal! Bagi aku kayuh basikal waktu siang atau malam sama aja tujuannya ialah untuk kesihatan. Kayuhan malam lebih santai kerana udara lebih bersih dan kurang kenderaan, tetapi kengkawan kenelah hadkan jumlah jarah kayuhan. Berkayuh bagi tempoh yang lama secara paksaan mungkin memudaratkan kesihatan. 

Sebelum memulakan aktiviti berkayuh, ada gak kengkawan yang tak cukup sihat, menelan pil atau meminum air untuk tambahkan tenaga. Ada baiknya (sebelum telan atau minum air tambah tenaga) kengkawan terlebih dahulu mendapat nasihat dari doktor. Manalah tau, mungkin kengkawan alah dengan ubat berasaskan sulfer atau ubat demam yang dibeli dari farmasi.  



Sekiranya kengkawan tidak cukup sihat untuk berkayuh atau melakukan senaman tekanan tinggi, lebih baik kengkawan berjalan sebagai senaman untuk menjaga kesihatan. Menurut kajian yang diterbitkan oleh Jurnal PLOS ONE, senaman tekanan rendah (berjalan bagi tempoh yang lama) meningkatkan sensitiviti insulin dan paras darah ke tahap yang lebih baik berbanding melakukan sesuatu latihan berat dalam tempoh sejam.

Mj: Salam sayang dan jumpa lagi!

Dataran Merdeka waktu malam!

Possing dari Mahfol!
The Clock Tower!


18 February 2013

SENI (II)










Seni itu udara nyaman
dihirup zaman berzaman
disimpan kejap jadi pedoman.

Seni itu titis-titis air
sentiasa mengalir
menyubur hati si penyair.

Seni itu sekepal tanah
di situ benih cinta bercambah
bertumbuh pohon sejarah.

Seni itu nyalaan api
marak dalam nurani
perjuangan penyair berani.

Hafiz Latiff
ASWARA

16 February 2013

MINUM PETANG!


Assalamualaikum Bro! Minggu lepas ketika aku ngeteh dengan Tengku Wong, aku diberitahu pasal ada sedikit baki wang "Kayuh dan BBQ di Bernam Resort" trip awal bulan lepas. Tengku Wong cadangkan buat pertemuan semua rider dan ajak minum petang di Manhattan Fish Market, Wangsa Walk.

Events! Dua hari sebelum pertemuan minum petang tu, aku ada post jemputan kat fb diorang. Yang dijemput untuk join minum petang ialah Otai Mahfol, Ady Yusof, Taufik, Herlin, Azhar THor, Hazimi, Ali Vidic, Hisham, Fazzul Ali dan termasuk rider yang tak jadi join kayuh pada saat-saat akhir iaitu Azahan, Uan, Yusman Afiq, Lea Adam dan rakannya sekali.  


Kul 0515 petang! Ketika aku sampai kat Manhattan Fish Market bersama Tengku Wong dan Herlin, tak nampak batang hidung sorang pong rider kat situ. Apapong kami bertiga pesan dulu minuman dan sedikit starters (makanan pembuka selera)! 


Tak lama lepas tu aku terima call dari Majid beritahu dia ada gak kat sekitar Wangsa Walk bersama rakan untuk minum petang. Azahan dan Taher juga udah sampai tapi minum dulu kat tempat lain.


Lea Adam
bersama anak dan rakannyer datang gak join untuk minum petang. Sementara tunggu kengkawan rider lain datang, kami chit-chat sambil memesan "main course" yang boleh dimakan bersama, kira kongsi makanlah gitu!


Jam udah hampir 0630 petang waktu kat Wangsa Walk. Otai Mahfol sms getau tak dapat datang pasal hantar anak ke UPM Serdang. Begitu gak dengan Ady, Fazzul, Hisham, THor, Hazimi dan yang lainya - masing-masing ada urusan yang tak dapat dielakan. 


Acara minum petang diteruskan bersama Tengku Wong, Herlin, Azahan, Taher, Lea Adam bersama rakannya. Sambil makan kene layan gak si budak kecik tu! Bawak budak tu jalan-jalan, sukalah dia. Hehehe... 


"Gendang kendut tali kecapi, kenyang perut sukalah hati". Alhamdulliah! Timer kacih kepada rakan-rakan yang udah payung untuk minum petang. Sebelum keluar> ada soalan pulak dari The Manhattan Fish Market "Why are sardines the silliest fish in the sea?".


Lepas minum, aku bersama kengkawan jalan-jalan kejap sekitar Kompleks Wangsa Walk! Nota: Kepada kengkawan yang selalu sekoding blog aku, maaflah kalau ada yang tekasar bahasa dan tersilap kata. Jumpa lagi!


14 February 2013

HOBI & GATAL TANGAN!

Gatal Tangan!

As Salam! Gatal tangan ker atau tangan gatal, aku pong ada sikit keliru. Tapi yang pasti aku nak gak melukis. Kat entri ne aku paparkan 12 hasil conteng-conteng (bukan lukisan pong!) menggunakan tetikus.

Bermula dari atas ke bawah dengan tajuk Gatal Tangan, Mangsa, Penantian, Malunyer, Passwords Bro, Mau tapi malu, Apa tenguk-tenguk, Silap ne, Malam di Tg Malim, Aku adalah rama-rama, Mimpi yang sedih sekali dan Sakit Mata!   
Mangsa!


Hobi menconteng ne bermula ketika aku berada di tahun dua, kat Sekolah Rendah Bukit Belimbing, Kuala Selangor. Masa tu salah satu mata pelajaran yang menarik minat aku ialah "Perkhabaran". Setiap pagi buku tersebut kene lukis dibahagian atas dan dibawahnya pulak ada storynyer, kira macam wartawan lah!

Selalunye aku lukis gambar bebudak main layang-layang atau bebudak sedang memancing. Lepas tu warnakan dan kat bawahnya pulak kene buat story macam ne "Hari ini hari Khamis, cuaca hari ini panas. Petang semalam saya ikut ayah saya pergi memnacing ikan di sungai".
Penantian...


Minat atau gatal tangan aku, berterusan  ketika berada di sekolah menengah. Buku teks yang menjadi mangsa aku ialah buku Tawarikh Tanah Melayu 1400 - 1959. (Istilah tawarikh tu udah diganti dengan Sejarah). Wajah ilustrasi seperti Sir Andrew Clarke, J.W.Birch, Sir Hugh Low dan Sir Frank Swettenham aku conteng dengan letakan cermin mata, misai melintang dan janggut panjang. Kekadang bila udah siap menconteng, aku sendiri geli hati tenguk wajah-wajah mereka!

Malunyer!


Lama kelamaan, minat aku menconteng udah beralih kepada hobi melukis. Selain melukis, ketika itu kebanyakan bebudak sekolah minat mengumpul stem, duit silling, main layang-layang, guli, masak-masak dan kumpul komik.

Itu dolu, Sekarang ne bebudak lebih suka melayari Internet, bermain permainan komputer, berbual maya atau chat di facebook. Kebanyakan bebudak ne abiskan masa lapang di rumah atau di siber cafe. Yang lebih dewasa suka kepada aktiviti luar seperti melancung, rock climbing, bermain pintball, perkemahan, mendaki gunung atau meredah hutan (jungle walk). 
Passwords Bro!


Yang ada lebihan tunai pulak, kumpul beg tangan berjenama, kasut, buku, lukisan dan barangan antik. Ada gak yang punya koleksi basikal mahal, motosikal berkusa besar dan kereta mewah yang mencecah harga jutaan ringgit. Tak kira jantina, tua atau muda masing-masing punya koleksi peribadi dan hobi  sebagai cara mengurangkan stres. 

Setiap kengkawan yang mahu kekal waras perlukan aktiviti kegemaran, asalkan kengkawan bijak berbelanja. Hobi bukan sahaja satu petunjuk tahap ekonomi individu, tetapi boleh gak dijadikan satu kerjaya dan sumber pendapatan lumayan. Contohnya (sekadar menyebut beberapa hobi) seperti hobi melukis, memasak, menjahit, ambik gambar atau memiliki laman blog sendiri. Sekian dan jumpa lagi di entri akan datang!
  
Mau tapi malu...
Apa tenguk-tenguk!
Silap ne!
Aku adalah rama-rama!
Mimpi yang sedih sekali!
Sakit mata!