07 February 2013

ACARA BEBAS!


As Salam Bro! Aku sambung story hari ketiga berada di Warisan Bernam Resort. Pagi! Aku masuk bilik mandi! Tidak seperti semalam, kali ne cuaca pagi cukup sejuk hinggakan menggigil apabila air bukit membasahi tubuh aku. 

Kalau ikut jadual asal, lepas sarapan kami akan buat aktiviti jungle walk arah ke air terjun. Sayangnya acara jungle trekking terpaksa dibatalkan lantaran ramai raider yang masih tido disebabkan keletihan kerana acara bbq malam tadi.

Acara bebas! Ada raider yang masih di buai mimpi, ada yang ge mandi sungai dan yang lainnye ambik kesempatan untuk basuh basikal. Aku dan Taufik masih lagi berminat untuk berkayuh kearah kebun getah, dusun dan trek mendaki bukit.

Kul 1145 pagi! Aku dan Taufik balik semula ke tempat penginapan. Mandi sekali lagi, lepas tu berkemas dan serahkan kunci chalet kepada En Budi. Lebih kurang jam 1215 tengahari kami keluar dari kawasan Warisan Bernam Resort untuk makan tengahari.

Kami berhenti kat salah sebuah restoran berhampiran Upsi Tanjung Malim. Masuk restoran dan masing-masing pesan minuman. Sementara menunggu pesanan dihantar, kami berbual dan ada yang bangun tenguk lauk pauk yang disediakan. Ketika kami berbual, tiba-tiba tumbang salah sorang rider yang ketika itu sedang duduk berhadapan dengan aku. Suasana sedikit kecok dan kelang-kabut. 

Ramai-lah yang membantu, termasuk tuan kedai (aku agak aja!) Kesian gak aku tenguk muka raider tu-pucat abis! Mungkin kepenatan ,lapar dan tak cukup tido. Ada gak yang  buat kesimpulan, pasal rider tu lemah semangat dan mungkin telah diganggu makluk halus! Wallahhualam!


Nota Kaki: Orang ramai sering lupa untuk memperakui peranan tidur pada waktu malam yang sempurna dan kesannya terhadap kesihatan. Penyelidikan menunjukkan bahawa kecelaruan tidur yang biasa ditemui adalah (OSA) yang berkait rapat dengan pelbagai penyakit termasuk mengalami peningkatan risiko hipertensi dan serangan jantung.   
Menurut: Ketua Pegawai Eksekutif PPUM, Profesor Datuk Amin Jalaludin.

Kebun getah
di pinggir sungai Bernam!
Ady Yusof malam tadi
sibuk dengan memanggang kambing!
Ambik kesempatan basuh
dan jemur basikal...
Keluarkan peluh!
Si Taufik pusing-pusing
sekitar chalet...
Ada rider yang ge mandi!
Tapi kat sini takleh
mandi pasal airnye cetek...
Tertido!
Malam tadi lewat tido
pasal ada acara bbq...
Kayuh pagi!
Boleh kelurkan peluh
dan dapat sedut udara bersih...

No comments:

Post a Comment