28 March 2010

SHAFA & AWIE


Salam Blogger!

Pada hari Ahad, 28 Mac 2010... aku ge jemputan majlis perkahwian putri Idris Baba yang berlansung di Dewan Serbaguna Tmn. Tasik - Ampang Hilir, Kuala Lumpur.


21 March 2010

PERITNYA HIDUP DI LOMBOK


Salam Bro!

1 . Peritnya hidup di Lombok

" Saya xbolaeh tahan lagi duduk disana. Hidup memang susah . Kerja xada. Makan pong ala kadar. Nak cari lauk ayam pong jarang sekali, hari-hari makan kangkung dan tempe."

" Dia tinggalkan saya dengan anak dirumah dan datang semula bekerja di Malaysia. Sepanjang tempoh itu, saya dijaga oleh bapa mertua yang sudah lanjut usia. Duit memang xada keraner suami jarang sekali mengirimnya." jelas Rosnah.

" Saya juger sudi terimer Suherman dengan syarat dia sanggup tinggal disini dan tidak bawa pulang lagi Rosnah serta cucu ke Indonesia."tegas bapanye.

...........................................................................................................................................................................

2 . Gadis lari ikut jejaka Lombok

Nor Asniza Arbangi 21, dilarikan jejaka Indonesia yang dipercayai berasal dari Mataram, Lombok Barat. Difahamkan, keraner terlalu mencintai jejaka Lombok yang dikenali sebagai Mustiadi, anak bongsu daripada tujuh beradik itu sanggup meninggalkan keluarganye sejak 11 November 2008.

...........................................................................................................................................................................

Kakiconteng : Inelah sebahgian berita yang aku kutip dalam akbar. Aku tenguk, aku dengar dan aku fikir ramai ibu-ibu dan bapak-bapak di Malaysia pening kepala atau ader yang sakit kepala, termasuk Biro Pengaduan Awam Pemuda UMNO.

Kepader Biro UMNO xde projek lain ke Biro UMNO nak buat amal...!
Banyak lagi orang susah, miskin tegar, anak-anak yang x mampu ge sekolah. Diorang ne lah patut dibantu..........Kenaper nak bazirkan wang rakyaat. Yang lari ke Lombok tu sebenarnye bukan dilarikan. Diaorang bercinta dan setuju hidup semati. Biarkanlah...itu cara hidup yang diorang pilih. Ibu dan bapak-bapak puler maafkanlah anak anda, dan doakanlah mereka hidup dalam keberkataan.

Menghalang mereka bernikah di-Malaysia atau di -Lombok,bermakna menggalakan persetubuhan haram atau zina. Nanti lahirlah anak-anak luar nikah yang akan jadi pemimpin mase depan negara kite. Lelaki Lombok pong manusia juger. Ugamanye pong Islam...jade ape masalah nye? Sampai sakit kepala memikirkan nye....

..........................................................................................................................................................................

20 March 2010

KAKI KATAK @ KOPITIAM...


Salam dan Selamat Pagi!

Berita pagi ne yang menarik kat muka depan Utusan ialah Krisis istana kian rumit dan Yu Gergasi. Berita kaki pulak 300,000 disekat keluar negara.

Yang lebih menarik bagi aku ialah berita Kaki katak dalam mi goreng. Mangsa bersama keluarga menikmati hidangan kat kopitiam, Bukit Tinggi-Klang. Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam, beliau terkejut mendapati terdapat kaki katak dalam mi goreng. Kata mangsa " Pengurus itu cuba pujuk saya dengan berjanji untuk menggantikan menu lain dan tidak mengenakan bayaran ke atas hidangan tersebut". Katanya lagi" Saya rasa tidak puas hati kerana pengurus tersebut gagal memberi penjelasan bagaimana kaki katak berkenaan boleh dimasukan dalam makanan yang saya pesan".
...........................................................................................................................................................................

Kakiconteng: Pendapat aku yang kurang arif ne...selaunye kalau kat dapur tukang masak akan sediakan fish stock, beef stock atau chicken stock berbentuk soup cair. Ade juger tukang masak yang buat short-cut pasal stock ne...diorang gunakan chicken cube atau tomyam soup cube.
Kat kopitiam ne mugkin( aku xpasti pasal aku xpernah kerjer kat dapur Cina) - tukang masak ne sediakan frog stock berbentuk soup dimane katak hijau dipotong dan direbus untuk dijadikan
penambah perasa.

Yang aku tau katak hijau ne bage orang Cine, sedap digoreng dan dibuat soup. Nak dijadikan ceriter... tukang masak ne selalunye gunakan standard resepi untuk mi goreng. Tukang masak ne xtau ugama aper yang pesan mi goreng ne. Tugas dia siapkan masakan
yang dipesan pelanggan tanpa perlu mengetahui status ugama atau bangsa pelanggan.

Jangan salahkan Pengurus, Tukang Masak atau Jakim. Ine kan kopitiam! Tak tulis pong kat pintu masuk atau dalam menu, orang Islam dibenarkan masuk dan makan disini...Hehehe! Salahkan lah diri sendiri! Saperti kata Cik Nawza Izhar dalam Forum Sabtu...


ADA OTAK GUNAKANLAH!
Kita sebagai pengguna, perlulah mempunyai daya kuasa untuk mengelakkan diri daripada makan di kopitiam yang tiada sijil halal. Apakah sudah kurang premis makanan orang Islam, hingga orang Melayu terpaksa makan makanan yang diragui statusnya? Tepuk dada, tanya selera. Kerajaan mempunyai banyak masalah rakyat yang perlu diatasi maka janganlah kita menambahkan beban mereka hanya semata-mata untuk pastikan kita makan makanan halal. Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada otak gunakanlah.

Nawza Izhar
Kuala Lumpur
20 Mac 2010


14 March 2010

FARATUN & MOHD KHAIRUL


Musim Cuti Sekolah!

Mase ne lah banyak undangan ke majlis perkahwinan. Hari Sabtu, Aku terima undangan dari Alek Amran Sutan Buyong dan Faridah Johari kerana majlis perkahwinan putri beliau Faratun Iryani di lokasi Batu 11, Sungai Serai-Hulu Langat, Selangor.

Besok pulak aku sepatutnye ge ke majlis Hari Keluarga dan kenduri arwah, tape cuti xlulus pasal aku dah ambil cuti pade 26,27,28hb Feb. 2010. Kepade ahli keluarga ku semuga majlis meriah tanpa kehadiran ku. Begitu juger dengan adek ku Majid sekeluarga xdapat hadir dan hanye salam dan rindu sahaja yang dapat diberikan..................



BAIK PUNYE CERITER!



Sabtu, 13 Mac 2010.
Cuaca kat sine panas... maner xtak panas - jam dah 1300 petang. Lepas makan diorang berkumpul kat satu sudut nak sejuk-kan badan. Tapi xsejuk jugak sebab Amat Lijas memulakan ceriter... Baik punye ceriter dan disambung pulak oleh Ude. Yang lain melopong denger ceriter. Panas-panas!

Ceriter demi ceriter, sampai kompang dipalu pong diorang xdengar! Anak-anak buah pulak sibuk klik sine -klik sane...katanye nak buat kenangan. Biler pengantin nak bersanding, baru le baik punyer ceriter tamat. Pengantin disajikan dengan seni silat gayung....



Jam 1345 petang kiteorang pong tinggalkan Ulu Langat. Aku uploaded images simpang keluar-masuk ke Ulu Langat ne sebab dari aku kecik samapi lar ne ...simpang ne xbayak berubah. Kat depan simpang ne ialah Balai Polis Batu 9. Rumah kedai yang dibena dari papan dah mula reput dan berlubang. Biler agaknyer simpang ne cantik, menarik dan tertarik dengan taman hijau dan air pancut...!

07 March 2010

KAKI KOPITIAM


Salam Pagi beserta senyuman!

Hare ne aku tertarik dengan Bisik-Bisik Mingguan oleh Awang Selamat.
Ciriter pasal Kopitaiam ne memang aku suke sebab aku Kaki Kopitiam.
Aku ambil sebahagian bisik Awang Selamat megenai Kopitiam :

" Kalau dulu Kopitiam hanya dikunjungi ramai pelanggan kaum Cina kini ia menjadi tarikan semua kaum termasuk orang muda. Kopitiam sekarang tidak lagi kelihatan seperti kedai kopi yang selekeh. Fizikal premis dan hiasan dalaman jauh lebih selesa serta kelihatan moden.

Penjenamaan semula Kopitiam teryata membawa kejayaan ketika usaha penjenamaan banyak produk dan perkhidmatan lain tidak membuahkan hasil. Tidak hairanlah mengapa ramai pengusaha berlumba-lumba menyertai perniagaan tersebut."

Kata Awang lagi" Selain itu, timbul isu banyak Kopitiam tidak memiliki sijil halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Berdasarkan laman web halal Jakim, hanya dua kopitiam iaitu Pak Halim Kopitiam dan Jonker Walk Kopitiam mempunyai logo halal Jakim semetara kebanyakan Kopitiam lain mengunakan logo halal yang tidak di iktiraf. Lebih mengejutkan siasatan Jakim mendapati ada pengusaha Kopitiam mencampurkan arak dalam masakan dan ada yang menjual arak. Awang juga kurang senang dengan sebahagian Kopitiam yang hanya menggunakan Bahasa Mandarin dan Inggeris dalam menu mereka. Bahasa Kebangsaan diabaikan sama sekali sedangkan pelanggan terdiri daripada semua kaum. Ingatlah, Malaysia bukan Hong Kong atau Taiwan".


Kata-kata akhir Awang" Kalau berada diKopitiam terutama jenama yang bersifat rasis dan tiada sijil halal Jakim. Awang sekadar minum. Berada di restoran mamak pula, ia lebih daripada itu".

...........................................................................................................................................................................

Kakikopitiam : Aku setuju pendapat Awang mengenai sijil halal, arak dalam makanan dan kurengnye Bahasa Malaysia dalam menu mereke. Pasal bahasa ne sepatunye ade akta yang lebih jelas mengenai pengunaannye dalam papan iklan dan menu, atau dah jelas tetapi tidak dikuatkuasakan. Begitu juga dengan sijil halal... dah tau x de sijil halal, gantunglah perniagaan diorang buat sementara! Pasal arak ne pulak, bukan kopitiam je yang buat...restoran atau kopihaus pong ade taruk wine dalam masakan diorang. Kepade bakal pelanggan kopitiam....
aku getaulah! xusah nak test-test menu baru yang belum pasti lagi halalnye.

Bage yang ugamanye Islam kalu ade was-was dalam menu tu xusah ler pesan! Tenguklah namer menu tu! Diorang buat bukan untuk orang Islam...macam Chicken Hor Fun, Dry Curry Mee, Lum Mee! Xkan loarang nak cekik jugak...

Aku pong kalu ge Kopitiam, pesan teh, roti bakar dan telur setengah masak je. Kalu kopitiam tu ade jual tuna sandwich ke...bolehlah nak test. Kalu ge kedai mamak pulak, aku xsuka makan mee goreng pasal aku raser pewarna kuning mee tu ader racun!



Kakikopitiam : Ahad 7 Mac 2010

..........................................................................................................................................................................







05 March 2010

MAKAN TU AGAK-AGAKLAH!


Hai Kaki Makan!
Kekadang kiter xtau nak makan ape. Hari-hari makan nasi...
Pagi sarap nasi lemak, tengah hari nasi campur, malam pulak makan nasi kat gerai Tom Yam. Sepatutnye kiter ne makan nasi 2 x sehari je. Kalu dah sarap makan nasi lemak, tengah -
hari makanlah yang ringan sikit, macam makan salad, meehoon, sandwish, speghetti atau pizza. Nanti makan malam, barulah makan nasi kat gerai tomyam.

Kalu malam dah malas nak tanak nasi, eloklah selongkar stor kering, manelah tau ade stok speghetti, macaroni, spirals, penne, atau fattuccine. Masak pasta ne senang aje... ikut selere kiterlah! Nak makan pasta dengan daging , ayam, tuna, udang atau sotong terpulang pade kiter!

Bak kata Datuk Chef Wan " Makan tu biar berpada-pada, Jangan kerana selera, badan merana"Takut nanti penyakit 3 sekawan jade kawan kiter. Huhuhu!





Kakimakan : 5/Mac/2010

04 March 2010

SINGGAH @ YONG CAFE


Salam! lamer xjumpe...pasal aku dok sibuk layan Facebook.
Lamer juga aku xjumpa kawan aku Idris Baba yang tinggal xjauh dari Pandan Utama. Sekarang Idris dah buka mini cafe kat Pandan Utama yang diuruskan oleh anak kedua beliau. Kame cerite kisah lamer sambil menghirup teh.........

Sambil berbual tu Idris xlupe jemput aku ke Majlis Perkahwinan anak sulong beliau iaitu Shafa bersama Awie yang akan diadakan pada hari Ahad , 28 Mac 2010. Lokasi majlis ialah di Dewan Serbaguna Taman Tasik Ampang Hilir, Jln. keranji Ampang, Kuala Lumpur.

Saperti yang tercetak dalam kad jemputan tu" Semuga dengan kehadiran dan iringan doa restu para hadirin akan menyerikan lagi majlis kami dan diberkati Allah SWT. Insya Allah...............