07 March 2010

KAKI KOPITIAM


Salam Pagi beserta senyuman!

Hare ne aku tertarik dengan Bisik-Bisik Mingguan oleh Awang Selamat.
Ciriter pasal Kopitaiam ne memang aku suke sebab aku Kaki Kopitiam.
Aku ambil sebahagian bisik Awang Selamat megenai Kopitiam :

" Kalau dulu Kopitiam hanya dikunjungi ramai pelanggan kaum Cina kini ia menjadi tarikan semua kaum termasuk orang muda. Kopitiam sekarang tidak lagi kelihatan seperti kedai kopi yang selekeh. Fizikal premis dan hiasan dalaman jauh lebih selesa serta kelihatan moden.

Penjenamaan semula Kopitiam teryata membawa kejayaan ketika usaha penjenamaan banyak produk dan perkhidmatan lain tidak membuahkan hasil. Tidak hairanlah mengapa ramai pengusaha berlumba-lumba menyertai perniagaan tersebut."

Kata Awang lagi" Selain itu, timbul isu banyak Kopitiam tidak memiliki sijil halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Berdasarkan laman web halal Jakim, hanya dua kopitiam iaitu Pak Halim Kopitiam dan Jonker Walk Kopitiam mempunyai logo halal Jakim semetara kebanyakan Kopitiam lain mengunakan logo halal yang tidak di iktiraf. Lebih mengejutkan siasatan Jakim mendapati ada pengusaha Kopitiam mencampurkan arak dalam masakan dan ada yang menjual arak. Awang juga kurang senang dengan sebahagian Kopitiam yang hanya menggunakan Bahasa Mandarin dan Inggeris dalam menu mereka. Bahasa Kebangsaan diabaikan sama sekali sedangkan pelanggan terdiri daripada semua kaum. Ingatlah, Malaysia bukan Hong Kong atau Taiwan".


Kata-kata akhir Awang" Kalau berada diKopitiam terutama jenama yang bersifat rasis dan tiada sijil halal Jakim. Awang sekadar minum. Berada di restoran mamak pula, ia lebih daripada itu".

...........................................................................................................................................................................

Kakikopitiam : Aku setuju pendapat Awang mengenai sijil halal, arak dalam makanan dan kurengnye Bahasa Malaysia dalam menu mereke. Pasal bahasa ne sepatunye ade akta yang lebih jelas mengenai pengunaannye dalam papan iklan dan menu, atau dah jelas tetapi tidak dikuatkuasakan. Begitu juga dengan sijil halal... dah tau x de sijil halal, gantunglah perniagaan diorang buat sementara! Pasal arak ne pulak, bukan kopitiam je yang buat...restoran atau kopihaus pong ade taruk wine dalam masakan diorang. Kepade bakal pelanggan kopitiam....
aku getaulah! xusah nak test-test menu baru yang belum pasti lagi halalnye.

Bage yang ugamanye Islam kalu ade was-was dalam menu tu xusah ler pesan! Tenguklah namer menu tu! Diorang buat bukan untuk orang Islam...macam Chicken Hor Fun, Dry Curry Mee, Lum Mee! Xkan loarang nak cekik jugak...

Aku pong kalu ge Kopitiam, pesan teh, roti bakar dan telur setengah masak je. Kalu kopitiam tu ade jual tuna sandwich ke...bolehlah nak test. Kalu ge kedai mamak pulak, aku xsuka makan mee goreng pasal aku raser pewarna kuning mee tu ader racun!



Kakikopitiam : Ahad 7 Mac 2010

..........................................................................................................................................................................







No comments:

Post a Comment