31 December 2011

Budak & Sayur Pucuk Paku!


Tahun Baru-Buku Lama!

Selamat Tahun Baru kepada kengkawan dan pembaca blog. Semuga azam
tahun lepas diteruskan. Tahun 2012 ne kita harap, lebih bermakna dan mempunyai prinsip lebih baik untuk berjaya. Kalau kita dah berjaya jangan lupa pulak memberi bantuan dan pertolongan kepada orang-orang yang sangat memerlukan. Story di malam tahun baru ne aku lebih berminat berkongsi dengan pembaca blok mengenai tulisan dari Amiza Lina Nawari mengenai prinsip yang lebih baik. Aku salin sebahagian tulisan tersebut:


"Banyak orang mungkin tidak pernah hendak mengambil tahu atau memandang ringan nilai simpati, belas kasihan atau rasa kasih pada orang yang memerlukan pertolongan. Mungkin sebab kita lihat banyak kali orang yang memerlukan pertolongan itu jelas mengambil kesempatan. Tetapi ada juga orang yang memerlukan pertolongan itu mempunyai prinsip yang lebih baik, tidak meminta-minta, sebaliknya ada sesuatu yang ditukar sebagai ganti dan mereka bersungguh-sungguh memegang prinsip itu". - [Amizalina]


Budak kecil & sayur pucuk paku!
Ada satu malam, seorang budak lelaki kecil dalam lingkungan umur 8-10 tahun yang sangat
comot berniga sayur pucuk paku di hadapan sebuah pasar raya. Sayur itu diikat dengan kemas
dan disusun elok-elok di atas helaian kain di tepi kaki lima. Dengan bersamangat dia melaung :
"Bang, kakak, pakcik makcik sayur seringit-sayur seringgit". Dia comot mungkin kerana seharian bergemulang dalam semak di kawasan berpaya untuk mencari sayur pucuk paku. Sayur itu dijual seikat RM1 kalau ada 15 ikat dapatlah dia RM15 untuk malam ini.

Budak-budak baya ini biasanya duduk di rumah sambil melayan Astro Ceria, membelek-belek
barang Ben10, tidak pun iPad dan kalau yang bagus - sedang mengulangkaji buku sekolah. Tetapi budak penjual sayur ini pada malam pun masih berdiri di tepi kaki lima di hadapan pasar raya besar dengan harapan orang ramai yang sudah membeli barang-barang "segar" dalam pasar raya itu berminat juga membeli sayur segarnya!

Dipendekan cerita : Penulis telah menceritakan bahawa masih ada segelintir manusia yang baik
hati boleh melihat lebih jauh daripada itu, kerana kata penulis, orang yang segelintir itu bukan hanya tahu nilai simpati dan belas kasihan sebaliknya memahami prisip budak kecil itu. Budak kecil itu pun ada prinsip kerana susah. Kesusahan tidak membenarkan dia untuk mengambil kesempatan, dengan hanya meminta duit daripada ibu atau ayahnya yang tidak mampu memenuhi keinginannya, atau dengan jalan mudah-dengan hanya meminta-minta daripada orang lain.

Sambung penulis lagi : Sebaliknya budak itu bertekad untuk melakukan sesuatu supaya dia
dapat perolehi apa yang dihajatinya. Itulah prinsip orang yang memerlukan pertolongan yang boleh kita hormati, agar ia menjadi teladan kepada diri kita, setidak-tidaknya mungkin pada anak-anak kita. - [oleh Amiza Lina Nawari].




Penulis ialah Pegawai Eksekutif
Universiti
Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam

amizalina@salam.uitm.edu.my


22 December 2011

SECAWAN KOPI PAHIT!



Salam Jumaat kepada rakan semua!


Kopi Pahit
-
Kalau kita pesan secawan coffee dari cafe, yang
dikisar olih mesin kopi walaupun pahit kita tetap minum gak. Berbeza jika pesanan kopi dari Kopitiam yang dibancuh secara manual, kekadang pahit kadang - kadang terlalu manis. Apapun untuk menjaga adab, kita jarang sekali untuk meminta kopi tersebut ditukar baru. Macam pepatah Melayu "Ditelan Pahit Dibuang Sayang", kita minum gah kopi tersebut walaupun pahit!

Ditelan Pahit! Minum pagi sambil menatap akbar harian, kita sesekali dikejutkan dengan
berita yang dianggap pahit jugak. Macam berita Ariff Alfian Rosli yang dilaporkan hilang tetapi telah menetap di Dublin. Katanya dah lama tak berhubung dengan bapanya pasal ada sedikit sengketa lama. Hutang pengajian yang beribu ringgit tak dilunaskan, bapak si Ariff ne pulak yang mungkin kene bayar. Kalu si Ariff ne hutang dengan Along, dah lama umah kelurganye kat kampong kene simbah cat merah! Berita lain pasal warga Afrika yang masuk ke Malaysia guna pas pelajar. Diorang ne(warga Afrika) atau dikenali jugak sebagai gagak hitam bukan nak belajar kat kolej pong! Diaorang nak belajar kat kengkawan yang telah berjaya menjadi jutawan, camaner cara-cara nak menipu rakyat Malaysia. Ada lelaki Afrika yang bina banglo dan hotel mewah rm400 juta di negara asal mereka. Motto diorang mudah je "Tipu di Malaysia dan hidup mewah di Afrika"!


Pahit Manis!
Lain -lain berita pasal Hassan Ali tegur Pas, lepas tu Nasharuddin pulak selar
Pas. Biasalah kan! Tegur- menegur untuk kebaikan dan ada gak tegur untuk kejahatan. Yang baik kita buatlah tauladan dan yang ku-reng baik kita buatlah sebagai sempadan. Secara jujurnye aku tak berminat pong story pasal politik, tetapi dah terbaca nak gak komen. Hehehe!


Pahit Sangat!
Berita pasal pemuda Melayu kahwin lelaki? Aku pong tak pasti pemuda Melayu
tu orang Melayu. Kisah pemuda lembik ne kahwin dengan lelaki warga asing tu dah tersiar kat laman web bigayweddingproject.com. Majlis tersebut dikisahkan berlansung dalam sebuah gereja di luar negara, dan pemuda lembik tu yang berumur lebihkurang 20-an, memakai baju Melayu lengkap bersamping serta tanjak berwarna emas. Menurut keterangan yang di paparkan bersama kepingan gambar, pasangan terbabit merupakan klien pertama bagi projek pengembaraan majlis perkahwinan golongan lembik homoseksual dikendalikan laman web tersebut.


Kopi Pahit Udah Habis!
Kalau pahit sangat, kita hanya mampu minum secawan aje!
Harap jumpa lagi di entri akan datang, salam ceria dari Mj untuk pembaca semua..................!

16 December 2011

AKU TELAH DATANG!



"Aku telah datang!

Bukan mahu menoda, jauh sekali menambah beban kepada wajah-wajah desa pingitan. Izinkan aku memijak pasir putih dipantai, menyapa ombak Selat Melaka. Saksi sampan dan redup mata nelayan bahawa aku telah datang. Bayu petang berhembus-sedikit dingin dan dicelah jendela mengintai gadis sunti.

Aku bersama teman, datang bukan berlandaskan adat. Hanya sekadar singgah rindu mahu menjamah tangkapan nelayan.  Disini, tidak sama nilai wajah-wajah nelayan, sampan, jeti dan rumah usang. Aku telah datang, tapi aku juga akan pulang!

Selamat tinggal kepada ombak Pasir Bogak, gadis pingitan Pulau Pangkor. Ingin aku tidur lena dipantai mencari mimpi- tapi kerana kita tiada ijab bersaksi apatah lagi untuk berwali!
















































Keterangan gambar : Jurugambar di-pantai Pasir Bogak, iklan di Coral Beach, boat, basikal untuk disewa, kemah, basikal tua, kanak-kanak, rumah hijau, pantai dan boat nelayan adalah sebahagian image yang aku bidik ketika berkayuh keliling Pulau Pangkor. Image tersebut adalah sambungan dari Siri Pangilan Pulau!


14 December 2011

SIRI PANGILAN PULAU!


"Aku telah datang! Bukan mahu menoda, jauh sekali membawa beban kepada ombak, kepada pasir dan kepada wajah-wajah pulau. Terimalah kedatangan aku bersama teman-teman yang telah lama rindu, mahu tidur dengan mimpi-mimpi indah. Aku sangat ingin melihat mentari terbenam. Aku ingin sekali menekmati udara segar dan ingin sekali aku berkayuh keliling pulau melihat hijaunye dedaun - mendengar suara unggas-Pasti aku tidak sabar!






"Aku telah datang! Bersama teman-teman berkayuh keliling pulau. Melihat keindahan di Pasir Bogak, menyusuri laluan berbukit - udara segar bersama warna hijau. Sesekali unggas bersiul menyapa kami dibelentara puncak. Lelah bercampur baur dengan keringat anak jantan, akhirnya sampai juga aku di Teluk Nipah. Senyum simpul wajah anak-anak pingitan Teluk Nipah menyambut kedatangan kami. Kayuhan diteruskan untuk pulang mencari mimpi-mimpi rindu. Laluan malam - menuruni bukit, digigit pacat dan disergah sang anjing hitam. Lajunya pedal berpusing, fixie biru memang haru-biru!



"Aku telah datang! Sambutlah aku bersama teman-teman dengan hembusan bayu petang, burung terbang, buih-buih dipingir pantai dan asyiknye anak-anak bermain pasir. Nun di laut - mereka ketawa riang menaiki jet sky dan menjerit saperti dirasuk ketika mencuba banana boat. Ada yang berlari dan ada yang hanya terlopong duduk diatas pasir putih. Di sudut-bersidai kayah dan jeket menanti siapa yang berani bermain ombak".



Nota Kaki: Siri Panggilan Pulau ini diklik menggunakan mobile kamera Cyber-shot jenama
Sony Ericsson. Image diambik ketika bercuti di Pulan Pangkor pada 9, 10 & 11hb Dis.2011
Lokasi image dari atas kebawah : Jetty Lumut, Coral Beach, Kg Teluk Gedung, Pasir Bogak,
Jetty lama Kg Teluk Kecil, Batu Bersurat, Basikal di Teluk Dalam, Potret Europe di Lumut,
Iklan dan Shisha di Coral Beach, Kayak Pasir Bogak, Coral Beach dan Sudut di Pasir Bogak!