"Aku telah datang!
Bukan mahu menoda, jauh sekali menambah beban kepada wajah-wajah desa pingitan. Izinkan aku memijak pasir putih dipantai, menyapa ombak Selat Melaka. Saksi sampan dan redup mata nelayan bahawa aku telah datang. Bayu petang berhembus-sedikit dingin dan dicelah jendela mengintai gadis sunti.
Aku bersama teman, datang bukan berlandaskan adat. Hanya sekadar singgah rindu mahu menjamah tangkapan nelayan. Disini, tidak sama nilai wajah-wajah nelayan, sampan, jeti dan rumah usang. Aku telah datang, tapi aku juga akan pulang!
Selamat tinggal kepada ombak Pasir Bogak, gadis pingitan Pulau Pangkor. Ingin aku tidur lena dipantai mencari mimpi- tapi kerana kita tiada ijab bersaksi apatah lagi untuk berwali!
Selamat tinggal kepada ombak Pasir Bogak, gadis pingitan Pulau Pangkor. Ingin aku tidur lena dipantai mencari mimpi- tapi kerana kita tiada ijab bersaksi apatah lagi untuk berwali!
Keterangan gambar : Jurugambar di-pantai Pasir Bogak, iklan di Coral Beach, boat, basikal untuk disewa, kemah, basikal tua, kanak-kanak, rumah hijau, pantai dan boat nelayan adalah sebahagian image yang aku bidik ketika berkayuh keliling Pulau Pangkor. Image tersebut adalah sambungan dari Siri Pangilan Pulau!
No comments:
Post a Comment