Pagi Minggu! Selesai solat subuh, aku merehatkan diri di hadapan televisyen sambil mengikuti 'Buliten Pagi' hal kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 hampir 24 jam lalu menjadi misteri kerana masih gagal menemui bangkai atau serpihan pesawat, walaupun telah menggunakan teknologi pengesan yang dikira paling canggih.
Ikut pada laporan pemberita, pesawat Boeing 777-200 (MH370) itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, terputus hubungan dengan Menara Kawalan Trafik Udara Subang pada 02.40 pagi. Penerbangan tersebut dijangka tiba di Beijing, China pada pukul 06.30 pagi itu membawa 227 penumpang dari 14 negara termasuk 38 rakyat Malaysia dan 12 anak kapal.
II- Lima minit sebelum pukul 0800 pagi, kereta jenama Kia yang di pandu Majid tiba di kawasan kediaman aku. Pagi ini aku akan temankan Majid untuk menjemput adek Ali, Kak Timah dan suami yang akan tinggal dua malam di rumah adek Misah. Lepas tu, kami akan jemput Mak Mertua aku pulak, yang tinggal di Felda Gedangsa, untuk dibawa tinggal di Kelompo. Tujuan mereka hendak dibawa ke Kelompo ialah bagi memudahkan urusan perjalanan ke KLIA pada hari Selasa nanti. Mereka akan bertolak ke Jeddah dan terus ke Madinah, kerana hendak mengerjakan Umrah dan Ziarah.
Kereta Kia utiliti sports (SUV) berwarna putih yang dipandu Majid meluncur laju melalui lebuhraya Latar menuju Kuala Selangor. Aku yang duduk di sebelah pemandu terus berbual mengenai Exco DAP Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin berhubung status berbaur hasutan terhadap PDRM yang dimuat naik pada laman sosial Facebook dan Twitter miliknya.
Dr Afif, cuba mempersendakan PDRM apabila menaip statusnya yang berbunyi "Penjenayah bunuh polis itu tidak menghairankan, tetapi bila polis yang sepatutnya menegakkan undang-undang membunuh tahanan, itu masalah'. Status Dr Afif itu telah mengundang reaksi Datuk Seri Mohd Bakri Zinin yang menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak berperikemanusian, selain mengguris hati waris Koperal Raja Aizam.
Begitu juga dengan tweet Zedzaidi yang dimuat naik pada pukul 11.46 pagi, 8 Mac 2014, berbunyi 'Biar betik? Kapal terbang MAS yg besar gedabak tu boleh hilang? MAS Rugi, nasi lemak telanjang, asam pedas ikan takde skrg kapal hilang!
Sekejap sahaja kereta yang aku tumpangi udah melepasi jambatan Kuala Selangor. "Ada jugak yang suka buat spekulasi pasal kehilangan pesawat Boeing 777-200 di media sosial." Sambil Majid melihat cermin sisi dan memecut kereta ke arah Tanjung Karang.
"Betul! Masing-masing sibuk nak jadi pemberita. Cuba memuat naik maklumat dalam media sosial, kononnya mereka tahu itu-ini, padahal laporan yang dibuat adalah palsu. Belum lagi berita dari radio dan televisyen keluar, pemberita dari media sosial terlebih dahulu buat laporan. Kira macam lebih sudu dari kuahlah!".
Perbualan kami terhenti apabila kereta mula membeluk masuk ke kawasan perumahan adek Ali di Sekincan. Kami berdua melangkah masuk ke dalam rumah dan kelihatan, udah terhidang diatas meja sarapan pagi. Sambil bersarapan kami berbual lagi tentang kejadian misteri MH370 serta pelbagai teori yang kekadang tak masuk akal langsung. Aku sempat menyelak akhbar Utusan Malaysia mengenai kemungkinan penyebab tragedi MH370. antaranya:
Berlaku hakisan dan kelemahan pada stuktur badan pesawat yang dibuat dari aluminium dan dua enjin Roll-Royce Trent 800. Bagaimanpun berdasarkan rekod keselamatan pesawat jenis sama, kemungkinannya adalah sangat kecil.
Juruterbang memandu secara manual dan tidak menyedari pesawat telah keluar daripada laluan sebenar dan menjunam kelaut. Rekod pemantauan radar tidak menunjukkan ia berlaku.
Rampasan oleh penganas. Setakat ini pesawat tidak mendarat di mana-mana lapangan terbang dan tiada sebarang tebusan dituntut. Terdapat kemungkinan, rampasan adalah ala tragedi 9/11 apabila pesawat dirampas dan dibiarkan terhempas ke dalam laut.
Ditembak jatuh oleh pihak tentera seperti kejadian pesawat Penerbangan Korea yang ditembak jatuh oleh jet pejuang Rusia pada 1983.
|
No comments:
Post a Comment