18 January 2011

SALAM JANUARI!


Salam kepada rakan blog semua!

Terutama kepada rakan yang sama meminati seni lukis, hiasan dalaman, membaca, melawat art gallery dan muzium.

Aku bukanlah saorang pelukis asli, kerana aku melukis bila ada masa lapang sahaja. Masa terluang- aku habiskan dengan membaca, atau pergi jenguk art galery atau muzium. Hujung minggu pula aku terpaksa kayuh basikal keliling tasik untuk menjamin kesihatan ku.



Sabenarnya aku belum puas lagi bila impian ku untuk membuka studio lukisan sendiri belum tercapai. Tahun 2011 adalah tahun bertuah bagi aku jika dapat membuka studio sendiri. Kalau impian aku tercapai, dapatlah aku melukis bebas-sebebasnye! Sekarang ne aku hanya melukis dalam bilik yang sempit! Bilik yang ditemani sabuah meja, kerusi dan sabuah basikal. Lukisan yang aku conteng tidak bernilai kerana menggunakan warna murah dan diconteng atas bahan yang murah juga saperti plastik, papan, kain, playwood dan tikar getah.

Saperti kata Patrick Rekart " Sesunguhnya, zaman tidak dapat memudarkan harapan atau kepesonaan manusia terhadap Seni Lukis. Seni lukis telah membawa bermacam-macam pencapaian unggul dan telah menjadi inspirasi kepada manusia ".


* Patrick Rekart Pengurus Serantau
Philip Morris Asia Inc.


02 January 2011

MEMORI 2010!



Salam kepada Kaki Blogger Semua!

Tirai tahun 2010 kini sudah berlabuh dan tiba pulak tahun baru 2011. Pelbagai kisah suka duka telah Kakiconteng rakamkan melalui photos dan sedikit cerita. Bermula dari Januari hingga Disember 2010, ceritapasal menyambut tahun baru di Pizza Hut, kisah Kawan Ku Pelukis, Breakfast Dulu, Ini Bintang Walk, Pelakon Norliana Sulaiman, Middle-Eastern Delicius hinggalah kisah aku ronda-ronda di Jalan Lebuh Ampang, kenangan masa remaja aku di Bilal Restoran dan lepak pekene kopi dan roti bakar di Bangi Kopitiam.



Aku juga telah merakamkan photos-pic jemputan perkahwinan yang aku hadiri, serta Jamuan Hari Raya. Tidak ketingalan aku juga telah menceritakan perjalanan ketika bercuti ke Desaru, Gerik dan Baling. Lain-lain kisah termasuklah photos Koleksi Lukisan, Images dari facebook serta photos-pic Motor Oh! Motor dan Happy Outdoor!




Kini hadirnya 2011 akan menghidangkan kisah- cerita pendek dan photo-pic y a n g lebih menarik dengan menggunakan digital camera Nikon Coolpix S300. Salam sayang buat anda semua! Selamat Tahun Baru...ceria selalu!