27 July 2016

BUAH KEDONDONG + NANAS MD2



Di-Tanah Kebun!


Sudah dua minggu aku berada di tanah kebun setelah bercuti hampir 45 hari kerana mahu berpuasa penuh di Kolompo. Ketika ketiadaan aku di kebun, adek Ali dan seorang pekerja dari Lombok[1] [Fadzli namanya] telah membantu menyiram dan menanam serta menyulam semula benih-benih yang mati kerana tidak tahan dengan cuaca panas di tanah kebun. Antara benih yang malu sangat dengan terik matahari ialah manggis, jambu air, belimbing, cempedak dan durian.

Kali ini giliran adek Ali pulak bercuti. Khabarnya tahun ini, adek Ali mahu beraya diKota Kinabalu, Sabah. Jadinya, hanya aku dan siFadzil sahaja yang kena menguruskan tanah kebun. Sementara aku mengetam rumput disekeliling pondok, tugas siFadzli pula membersihkan lorong-lorong nanas
yang mula ditumbuhi rumput, lalang, senduduk dan selaput [letop-letop] yang menjalar ikut suka hati dia sahaja.

                  BUAH KEDONDONG

1-
Hampir tiga hari gak aku mengetam rumput. Selebihnya aku merumput disekeliling benih kelapa, nangka dan cempedak.
Sambil merumput aku terpandang dua pokok kedondong[2] yang tingginya hanya dua setengah kaki. Pokoknya tidaklah setinggi mana tetapi sudah berbuah dan terus berbuah tanpa menggira musim.

Walaupun aku bukan pengemar buah kedondong tetapi perasaan ingin tahu tentang khasiatnya, membuat aku melakukan carian buah kedondong di google[3]. Banyaklah cerita dan gambar-gambar yang mengisahkan tentang khasiat buah kedondong. Antaranya boleh menghapuskan kencing manis dalam masa dua [2] hari. Malah, kandungan serat pada buah kedondong juga sangat baik untuk melancarkan fungsi saluran pencernaan.

Oleh kerana buah kedondong mengandungi lemak, protein dan karbohidrat dalam jumlah yang rendah, maka ia dapat membantu bagi mereka yang sedang menjalani program diet untuk menurunkan berat badan. Lain-lain khasiat termasuklah boleh buat obat sakit perut, luka terbakar, boleh mengatasi Anemia[4], mencegah sakit jantung, menjaga kesihatan mata, menambah daya tahan tubuh, penyembuh luka serta boleh menjaga kesihatan tulang dan gigi. - [info dari Google].

Dari carian di-google aku pindah pulak ke Wikipedia[5] untuk mendapatkan info dan nama-nama lain yang disebut orang pasal buah kedondong di merata dunia. Antaranya ada menyebut buah Long-Long bagi China Singapura. Juga di panggil Makok Farang di Thailand, Amokana bagi Hokkien, Amra Kai [Tamil] dan Qua Coc di Vietnam.

Disebut orang Belanda sebagai buah Ambarella, June Plum di Bermuda & Jamica, Mangotin di Panaman, Juplon di Costa Rica, Golden Apple di Barbados, Jobo Indio di Venezuela. Buah kedondong juga dikenali sebagai Caja Manga di Brazil, Cas Manggo di Cameroon dan dikenali juga di-Trinidad and Tobago sebagai Pomma Cythree. - [Info dari Wikipedia].                 

                    NANAS MD2

2- Nak sebut Nanas ke Nenas!
Kalau ikut Kamus Dewan muka surat 855, ia disebut nanas[6] tetapi lama kelamaan [mungkin] lidah orang Melayu yang lembut itu menyebutnya nenas gitu. Tak kisahlah nak sebut ikut bahasa baku atau bahasa pasar, yang pastinya nanas MD2 sejak dua menjak ne semacam menjadi fenomena pulak.

Pasal nanas jenis MD2 ne pun, aku hanya mengetahui setahun yang lalu bilamana adek aku si Majid berminat untuk menanam nanas kerana katanya, nanas boleh dituai seawal setahun hingga setahun lebih berbanding tanaman kelapa, cempedak dan nangka yang terpaksa menunggu bertahun-tahun untuk menghasilkan buah. Jadinya, aku dan Majid pergilah melihat-lihat dari jauh ladang nanas yang diusahakan oleh Felda tidak jauh dari tanah kebun.

Kalau bercakap pasal bab pertanian aku memang zerro, apatah lagi kalau berhajat hendak menanam nanas jenis MD2. Jadinya, tugas untuk mendapatkan benih, cara membaja, cara menanam serta pengurusan tanah diserahkan pada anak buah aku. Kebetulan pulak rakan anak buah aku ada menjual nanas jenis MD2 lalu Majid membeli se-bakul nanas untuk mengetahui akan rahsia dan kelazatannya.

Nanas MD2 sudah berada ditangan. Melihat buahnya - kulitnya berwarna kuning keemasan dan kelopak kulitnya [matanya] lebih besar berbanding nanas-nanas lain. Aromanya semerbak dah boleh meleleh air liur. Buahnya  berbentuk selinder dan segi empat lonjung. Sesudah dikupas maka kelihatanlah isi buahnya yang berwarna kuning  dan sangat juicy. Yang paling menarik tu, lidah tidak melidas[7]  berbanding memakan  nanas jenis yang lain. Harga sebiji nanas MD2 antara rm8.00[kecil], rm10.00[sederhana] dan rm12.00 buah yang besar. - Cut!


3-
Aku masih ingat iaitu pada penghujung  July 2015, dua buah lori satu tan memasukki tanah kebun dan menurunkan lebih kurang 20,000 [duapuloh ribu]  benih-benih nanas MD2. Dari perbualan antara anak buah aku dan rakannya, aku dapat tahu harga benih nanas tersebut dibeli dengan harga rm2.00 sepucuk dan benih nanas itu dibeli dari sebuah ladang nanas di Gemas, Negeri Sembilan.

Benih nanas sudah berlongok di tanah kebun tetapi tanah belum dibajak. Anak buah aku memaklumkan iaitu prosesnya bermula dengan membajak tanah menggunakan jentera. Selepas dibajak, tanah perlu digembur. Kemudian batas perlu dibuat agar benih nanas selamat daripada ditengelami air ketika musim hujan. Setelah batas dibuat, taburkan baja 13.13 diatas batas, kemudian ditutup dengan plastik supaya rumput-rampai tidak ikut tumbuh disekeliling benih nanas. Proses seterusnya ialah menebuk lubang. Sebelum benih nanas ditanam, benih tersebut perlu di-rendam [bahagian akar] dengan racun serangga.

Fuhhh! Dari pandangan aku yang tidak punya ilmu dalam penanaman nanas, kelihatan prosesnya amat rumit dan memerlukan wang yang banyak. Tanpa bantuan jentera seperti Kubota, agak mustahil untuk menanam nanas dalam tempuh yang singkat. Masa terus berlalu. Bulan Ogas 2015, aku balik bercuti kerana mahu berpuasa bersama isteri di Kolompo. Urusan pencarian dan pembelian sebuah jentera terpakai yang bernama Kubota diserahkan kepada anak buah aku.

Selepas raya iaitu awal September 2015, kerja-kerja membajak mula dilakukan oleh dua orang anak buah aku. Itu pun setelah dapat membeli jentera Kubota terpakai di ladang berhampiran dengan harga rm23,000.00. Aku tak tahulah adakah harga jentera itu berbaloi jika hendak dibandingkan dengan menyewa Kubota atau memberi upah secara borong[8] kepada orang lain bagi kerja-kerja membajak, mengembur tanah dan membuat batas.

Kerja membajak dan mengembur menggunakan jentera Kubota bukanlah satu pekerjaan yang mudah memandangkan kedua-duanya [anak buah] tidak pernah mengendalikan jentera tersebut. Jadinya, batas yang dibuat senget-benget dan bengkang-bengkok seperti ular kena palu gamaknya. Kerja-kerja meluruskan dan meratakan batas terpaksa menggunakan tenaga manusia dan dalam sehari hanya dapat menyiapkan tiga batas.

Masa bertambah suntuk. Benih nanas mesti segera ditanam kerana udah terbiar berhujan - berpanas hampir empat puluh hari. Banyaklah benih nanas yang rosak dan berbau busuk kerana ditengelami air ketika hujan lebat  pada bulan puasa tempoh hari. Lalu tenaga digembeling. Adek aku Ali, Majid, Salim dan Amat diminta bergotong-royong  menanam benih nanas. Siang harinya kerja-kerja membuat batas. Petang menanam benih dan kerja menanam disambung selepas waktu Ish'ya dengan bantuan dua buah lampu [sport light].


Alhamdullilah! Pada penghujung bulan
September selesailah kerja-kerja menanam nanas. Setelah di-conggak, di-tolak dan di-bahagi kata orang tua-tua dolu, projek bagi penanaman nanas kali pertama ini nampak sedikit rugi dan mungkin juga tidak berbaloi[9]. Ia disebabkan kerana banyak benih nanas yang rosak. Faktor lain termasuklah tidak merancang dengan teliti tentang proses serta amalan pengurusan tanah dan penghasilan tanaman.



Nota Lutut: Apapun,  ada gak sekali-sekala pegawai dari Jabatan Pertanian datang melawat dan memberi nasihat serta memantau tentang perkembangan nanas MD2. Aku sangat berharap projek penanaman nanas kali ini menjadi dan mendapat pengajaran  tentang erti berbudi kepada tanah. - Wallahuaklam!




26 July 2016

SYAWAL, KONFLIK & IKTIBAR



21 Syawal 1437

1- Bulan ini dinamakan Syawal yang bermaksud peningkatan bagi menyambung amaliah Ramadan dengan diiringi puasa sunat enam hari. Dalam kita berpuasa sunat atau sedang menjamu selera di rumah terbuka, kita di kejutkan dengan berita antaranya cubaan rampasan kuasa daripada kerajaan pimpinan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan[1] yang berlaku pada 10 Syawal 1437. Apapun, cubaan rampasan kuasa itu gagal apabila rakyat sendiri bangkit bagi mempertahankan demokrasi.

Lain-lain berita termasuklah
kontroversi filem Tamil, Kabali[2] lakonan Rajinikanth apabila isi kandungan filem itu cuba memburukkan kaum India di Malaysia. Berita tentang fenomena permainan realiti maya Pokemon Go[3] yang dilancarkan di UK pada 13 Julai lalu dan ancaman penganas Daesh[4] yang dikatakan menjadi penyebab kepada kematian orang yang tidak berdosa. 

Termasuklah juga k
isah seribu satu malam 1MDB[5], yang belum habis-habis lagi kisahnya, apabila timbul pulak cerita mengenai siasatan yang sedang dilakukan oleh Jabatan Kehakiman [DoJ] Amerika Syarikat terhadap syarikat 1Malaysia Development Berhad itu membabitkan dakwaan aktiviti pengubahan wang haram.
 


2-
Dalam banyak-banyak berita dan cerita di bulan Syawal, yang menarik perhatian aku  ialah berita tentang keputusan Mahkamah Tetap Timbang Tara [PCA] di The Hague[6] yang memutuskan iaitu China tidak mempunyai hak terhadap perairan di Laut China Selatan. Lalu, Taiwan dengan segera bertindak menghantar kapal perang ke perairan menuju ke Pulau Taiping dalam usahanya untuk mempertahankan wilayah maritim Taiwan.

Begitu juga dengan Indonesia yang akan mempertingkatkan keselamatan kepulauan Natuna di Laut China Selatan dengan menghantar kapal perang, pesawat pejuang F-16, termasuk sistem peluru berpandu darat ke udara [SaM], radar dan dron selain membina pelabuhan bahru dan memperbaiki lapangan terbang sedia ada.

Seperti yang aku udah story pada entri bertarikh 26 April 2016 'Ciptalah Perang!'[7] dimana China tidak peduli mengenai Deklarasi DoC atas isu tuntutan bertindih terhadap kepulauan Spratly. Malah, China sudah bersiap sedia untuk memulakan pembinaan kemudahan tentera yang terletak di sebuah pulau dalam kawasan yang di tuntut oleh Filipina.

Aku muskil pulak apabila mendengar berita iaitu  Filipina, negara yang beriya-iya sangat mengemukakan kes tuntutan itu di PCA tiba-tiba telah buat U-Turn dengan menggugurkan permintaan untuk menyebut keputusan tribunal antarabangsa itu selepas Kemboja yang merupakan sekutu China mengemukakan bantahan ke atas Filipina.

Begitu juga dengan a
maran yang disuarakan oleh Timbalan Menteri Luar China, Liu Zhenmin mengenai tribunal antarabangsa yang menolak tuntutan itu berkata 'Jangan jadikan konflik di Laut China Selatan sebagai permulaan yang akan mencetuskan peperangan'. Nada sama turut dilontarkan oleh Duta China ke Amerika Syarikat, Cui Tiankai yang mempersoalakan kesan buruk yang bakal timbul akibat keputusan PCA itu.

Mungkin ada kebenarannya, apabila China masih lagi berkeras dan mendakwa mempunyai hak ke atas Laut China Selatan kerana Beijing sebagai negara peneroka, menamakan serta yang mengeksploitasi[8] wilayah itu selain menuntut hampir keseluruhan kawasan berkenaan dengan berpandukan peta yang dilakar pada 1940-an.


3-
Berbalik kepada berita cubaan rampasan kuasa yang berlaku di Turki, dimana sepatutnya kita mengambil iktibar[9] akan kejadian tersebut agar tidak berlaku di Malaysia. Malangnya, ada gak kumpulan yang masih tidak puas hati lalu terdapat ura-ura mengenai gerakan himpunan Bersih 5.0 dalam tempoh terdekat, bertujuan menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Filem Kabali pulak, yang menimbulkan kontroversi di mana [kononnya] masih terdapat babak-babak sensitif walaupun udah disunting oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia [LPF]. Sepatutnya filem yang ada aksi-aksi ganas, pengunana ayat-ayat yang boleh mencetuskan ketegangan tidak perlulah ditayangkan di Malaysia, kerana memang kurang sesuai untuk ditonton oleh masyarakat kita.

Seharusnya filem yang mahu ditayangkan di negara kita perlu mengambil kira akan kesan jangka panjang terhadap masyarakat terutama anak-anak muda, kerana dari filem itu jugalah mereka meniru bulat-bulat dan bukan mengambil pengajaran. Andainya filem-filem yang ditayangkan sering mempaparkan adegan-adegan seperti tembak-menembak, parang-memarang, menari di disko, minum arak, penyeludupan dadah, aksi merempit atau adengan ranjang, pasti sebahagian masyarakat akan menjadi tidak siuman.

Bila udah tidak siuman maka lahirlah sifat ganas yang menimbulkan perasaan benci terhadap ibu-bapa, guru, jiran atau pemimpin, lalu golongan yang sewel itu tidak segan silu lagi untuk meragut, merompak, menetak dan mungkin juga sanggup membunuh.
Dari sekecil-kecil ancaman seperti jenayah jalanan, kita dihidangkan pulak dengan ancaman yang lebih besar, bilamana ada anak-anak muda kita terpengaruh dengan ideologi Daesh.

Pada sidang khas [Sidang Khas Ancaman Daesh] baru-baru ini, beberapa ahli panel ada membentangkan cara memerangi kumpulan pengganas Daesh yang udah bertapak di Malaysia. Seperti yang ditegaskan oleh salah seorang ahli penal iaitu Setiausaha MKN[10], Hamzah Ishak, usaha memerangi Daesh hanya akan berjaya jika mendapat kerjasama orang awam tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Ujar Dr Nasharudin Mat Isa [GMMF][11] pulak, walaupun serangan balas telah diadakan oleh beberapa pihak dalam bentuk seminar, syarahan dan khutbah, langkah itu masih tidak memadai kerana penyampaian yang tidak kreatif, menarik dan bersifat semasa. - Fullstop!



Nota Lutut:
Yalah, bukan mudah untuk memerangi ancaman Daesh. Fahaman dan ideologi mereka sudah berakar-umbi sejak kumpulan pelampau bertapak  di Malaysia seperti al-Maunah, al-Qaeda, Jemaah Islamiah [JI], Kumpulan MilitaMalaysia [KMM] dan ditambah pulak dengan kemunculan militan Abu Sayyaf[12] yang mempunyai hubungan dengan al-Qaeda.

Jika hendak memerangi ancaman Daesh, kita mesti anggap Daesh itu musuh nombor satu negara. Daesh itu pembelot, penderhaka dan pengganas. Gunakan saluran penerangan iklan di panggung wayang, radio, televisen, media sosial, akhbar serta majalah. Malah kita harus tanamkan perasaan  benci dan jijik kepada masyarakat, melalui pemasangan poster dan banner disetiap inci desa, kampung dan bandar. - Wallahuaklam!





Keterangan:

[1]Recep Tayyip Erdogan: Presiden Turki ini pernah ditentang oleh rakyat tiga tahun lalu ketika Erdogan menjadi Perdana Menteri.

[2]Kabali: Sebuah filem Indian Tamil yg diarah oleh Pa Ranjith. Music Compsed oleh Santhosh Narayanan. Kisah Ketua Gangster [Rajinikanth] cuba menlindungi kelurga dan perniagaannya dari musuhnya.

[3]Pokemon Go: Permainan reality-maya [free-location based] ini dilancarakn ke-seluruh dunia pada 6 July 2016. Dibangunkan oleh Syarikat Niatic Inc atas platforms Android Devices dan dalam Genres Multi player online game.
 

[4]Daesh: Kumpulan ini dolu dikenali sebagai ISIS [Islamic State of Iraq and Levant].

[5]1MDB: Sebuah syarikat [Development Co] milik Kerajaan Malaysia bermula pada 2008. CEonya ialah Arul Kanda dan foundernya tentulah Kerajaan Malaysia.

[6]The Hague: Sebuah bandar dibarat Belanda {Netharland]. Disini terletaknya Parlimen Belanda dan Mahkamah Tetap Timbang Tara [PCA].

[7]Ciptalah Perang!: Entri bertarikh 26 April 2016 yang merapu tentang konspirasi MH17, perebutan pulau terumbu di Laut China Selatan. Korea Utara yg bermegah dengan ujian peluru berpandu menyebabkan konfrontasi dengan Korea Selatan. Suasana tambah panas apabila campur tangan Amerika [AS] dan Britain.

[8]Eksploitasi: Mempergunakan sesuatu [orang dll] untuk kepentingan atau keuntungan diri sendiri.

[9]Iktibar: Ibarat, contoh teladan atau mengambil pengajaran.

[10]MKN: Majlis Keselamatan Negara. [11]GMMF: Yayasan Gerakan Kesederhanan Global. [12]Abu Sayyaf: Kumpulan yg dikenali sebagai Jama'at Abu Sayyap adalah militan Islam yg berpengkalan sekitar Pulau Jolo dan Pulau Basilan terletak dlm kawasan Southwestern of The Philippnes.




 

25 July 2016

MASIH DALAM MOOD RAYA



20 Syawal 1437

Kita masih lagi dalam mood[1] raya. Mana tidaknya, sehingga 20 Syawal kita masih lagi kunjung-mengunjung rumah terbuka terutama citizen yang tinggal di pinggir-pingir bandar. Walaupun istilahnya 'rumah terbuka' tetapi kita hanya boleh datang jika ada jemputan dari rakan atau jiran-jiran kita.

Setiap tahun mood raya kita mungkin berubah-rubah atau dalam suasana yang berbeza gitu. Misalnya, tahun lepas aku beraya di tanah kebun dengan suhu paginya sangat sejuk, berkabus dan hanya ditemani kicauan burung dan sesekali salakan anjing liar. Tahun ne pulak aku beraya di rumah Mak Mertua di Felda Gedangsa. Tentulah suasananya sedikit riuh apabila sanak-saudara, ipar-duai dan anak-anak buah [belah isteri] berkumpul dalam sebuah rumah.

Di pagi Syawal, usai sarapan kami solat aidifitri lepastu balik rumah untuk bermaaf-maafan sambil memberikan sedikit duit raya kepada anak-anak yang masih bersekolah. Acara seterusnya ialah ziarah Kak Long Timah yang tinggal di Parit 10, Sungai Panjang Selangor. Dila, Ayin dan Nurin ikut sama beraya kat rumah Kak Long Timah. Yang lainnya mempunyai aturcara yang tersendiri.

Raya ke-dua, kami balik ke Kelompo bawa sekali Mak Mertua. Begitu juga adek ipar [si Zainal] balik beraya di Perak. Ana-Leman sekeluarga balik ke PJ dan Amir-Ayu sekeluarga balik ke Alor Gajah, Melaka. Jadinya, tahun ini  rumah dikampung [di-Felda Gedangsa] kosong dan pintunya dikunci rapat. Cadangnya esuk, raya ke-tiga kami hendak masuk kebun dengan membawa sekali emak mertua.

Dua minggu aku tinggal di kebun. Dalam masa dua minggu itulah, aku ada terima beberapa jemputan majlis perkahwinan dan rumah terbuka  melalui pesanan ringkas. Antaranya majlis perkahwinan anak En Zainol Baharudin [Uda Staff] dan majlis perkahwinan anak buah En Basri Yacob [kawan sekolah] yang diadakan pada hari Sabtu, 23 July 2016. Pada hari yang sama juga anak buah aku si Lela buat rumah terbuka di Tasik Biru Kundang.

Seterusnya pada hari Ahad pula [24 July 2016] adek Midah pula buat rumah terbuka di Sungai Buloh. Sehingga 19 Syawal, aku masih lagi belum berpeluang untuk berpuasa sunat enam Syawal. Sayangnya jika aku tidak mengambil kesempatan untuk puasa sunat dibulan Syawal kerana Nabi SAW bersabda maksudnya:

"Barang siapa puasa Ramadan, kemudian ia di-ikuti enam hari dari Syawal, maka [pahalanya] itu seperti setahun".


Aku pernah mendengar Ustaz berkata iaitu puasa sebulan Ramadan itu dipandang sebagai puasa tiga ratus [300] hari, kerana tiap-tiap amalan itu ganjarannya sepuluh kali ganda. Puasa enam Syawal itu itu pula dipandang sebagai puasa enam puluh hari. Maka jumlahnya tigaratus enam puluh hari bersamaan dengan setahun.


2-
Syawal tinggal 10 hari sahaja lagi dan lepastu kita akan melangkah ke bulan Zulkaedah dan seterusnya bulan Zulhijjah, dimana kita akan beraya sekali lagi [hari raya haji] pada 10 Zulhijjah bersamaan 12 September 2016.  Walaupun begitu, mood raya aidifitri masih ada. Di kejiranan aku, bila tiba hujung minggu, anak-anak sekolah mula mengetuk pintu rumah jiran tetangga untuk beraya katanya, sambil mengharap dapat mengumpul sedikit duit raya.

Jiran-jiran pula mungkin sedang berura-ura hendak membuat rumah terbuka, kerana Syawal sudah hampir melabuhkan tirai dan hujung minggu adalah hari yang sesuai untuk majlis beramah mesra. Tetamu akan dijemput seminggu lebih awal melalui perkhidmatan pesanan ringkas, whatsApp, facebook atau messenger gitu. Yang menariknya, walaupun udah 25 Syawal masih ada lagi hidangan seperti lemang dan rendang. Terdapat juga menu seperti nasi minyak, pulut kuning, laksa, lontong, pecal, meehoon goreng, ruti jala dan bubur kacang durian.

Tentunya kita tidak mampu menahan nafsu sewaktu memenuhi undangan majlis rumah terbuka. Siapalah agaknya yang boleh melihat sahaja pelbagai juadah yang terhidang di atas meja tanpa menjamahnya. Apapun, kita disaran untuk mengurangkan pengambilan makanan manis. Cuba elakkan untuk menghirup minuman bergas kerana ia mengandungi gula terlalu tinggi. Makanlah pada kuantiti yang sedikit pada setiap rumah terbuka supaya kita tidak terlebih makan. Lagipun, tentunya kita tidak mahu pula bersesak-sesak  di klinik selepas tirai Syawal dilabuhkan. - Wallahuaklam!



Nota Lutut:
Ya, selepas tirai Syawal dilabuhkan nanti, adakah kita akan kembali kepada kehidupan biasa-biasa kita sebelum Ramadan. Kehidupan yang sentiasa dalam keadaan risau  bilamana impian untuk mengurangkan berat badan gagal dicapai. Adakah kita akan menjadi kurus kering kerana memikirkan akan kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang semakin meningkat. Adakah kita biarkan surau dan masjid sepi seperti dolu, sedangkan kita terus-menerus memeriahkan suasana direstoran mamak. Mungkin kita udah terbiasa dengan kehidupan biasa-biasa sahaja!