20 Syawal 1437
Kita masih lagi dalam mood[1] raya. Mana tidaknya, sehingga 20 Syawal kita masih lagi kunjung-mengunjung rumah terbuka terutama citizen yang tinggal di pinggir-pingir bandar. Walaupun istilahnya 'rumah terbuka' tetapi kita hanya boleh datang jika ada jemputan dari rakan atau jiran-jiran kita.
Setiap tahun mood raya kita mungkin berubah-rubah atau dalam suasana yang berbeza gitu. Misalnya, tahun lepas aku beraya di tanah kebun dengan suhu paginya sangat sejuk, berkabus dan hanya ditemani kicauan burung dan sesekali salakan anjing liar. Tahun ne pulak aku beraya di rumah Mak Mertua di Felda Gedangsa. Tentulah suasananya sedikit riuh apabila sanak-saudara, ipar-duai dan anak-anak buah [belah isteri] berkumpul dalam sebuah rumah.
Di pagi Syawal, usai sarapan kami solat aidifitri lepastu balik rumah untuk bermaaf-maafan sambil memberikan sedikit duit raya kepada anak-anak yang masih bersekolah. Acara seterusnya ialah ziarah Kak Long Timah yang tinggal di Parit 10, Sungai Panjang Selangor. Dila, Ayin dan Nurin ikut sama beraya kat rumah Kak Long Timah. Yang lainnya mempunyai aturcara yang tersendiri.
Raya ke-dua, kami balik ke Kelompo bawa sekali Mak Mertua. Begitu juga adek ipar [si Zainal] balik beraya di Perak. Ana-Leman sekeluarga balik ke PJ dan Amir-Ayu sekeluarga balik ke Alor Gajah, Melaka. Jadinya, tahun ini rumah dikampung [di-Felda Gedangsa] kosong dan pintunya dikunci rapat. Cadangnya esuk, raya ke-tiga kami hendak masuk kebun dengan membawa sekali emak mertua.
Dua minggu aku tinggal di kebun. Dalam masa dua minggu itulah, aku ada terima beberapa jemputan majlis perkahwinan dan rumah terbuka melalui pesanan ringkas. Antaranya majlis perkahwinan anak En Zainol Baharudin [Uda Staff] dan majlis perkahwinan anak buah En Basri Yacob [kawan sekolah] yang diadakan pada hari Sabtu, 23 July 2016. Pada hari yang sama juga anak buah aku si Lela buat rumah terbuka di Tasik Biru Kundang.
Seterusnya pada hari Ahad pula [24 July 2016] adek Midah pula buat rumah terbuka di Sungai Buloh. Sehingga 19 Syawal, aku masih lagi belum berpeluang untuk berpuasa sunat enam Syawal. Sayangnya jika aku tidak mengambil kesempatan untuk puasa sunat dibulan Syawal kerana Nabi SAW bersabda maksudnya:
"Barang siapa puasa Ramadan, kemudian ia di-ikuti enam hari dari Syawal, maka [pahalanya] itu seperti setahun".
Aku pernah mendengar Ustaz berkata iaitu puasa sebulan Ramadan itu dipandang sebagai puasa tiga ratus [300] hari, kerana tiap-tiap amalan itu ganjarannya sepuluh kali ganda. Puasa enam Syawal itu itu pula dipandang sebagai puasa enam puluh hari. Maka jumlahnya tigaratus enam puluh hari bersamaan dengan setahun.
2- Syawal tinggal 10 hari sahaja lagi dan lepastu kita akan melangkah ke bulan Zulkaedah dan seterusnya bulan Zulhijjah, dimana kita akan beraya sekali lagi [hari raya haji] pada 10 Zulhijjah bersamaan 12 September 2016. Walaupun begitu, mood raya aidifitri masih ada. Di kejiranan aku, bila tiba hujung minggu, anak-anak sekolah mula mengetuk pintu rumah jiran tetangga untuk beraya katanya, sambil mengharap dapat mengumpul sedikit duit raya.
Jiran-jiran pula mungkin sedang berura-ura hendak membuat rumah terbuka, kerana Syawal sudah hampir melabuhkan tirai dan hujung minggu adalah hari yang sesuai untuk majlis beramah mesra. Tetamu akan dijemput seminggu lebih awal melalui perkhidmatan pesanan ringkas, whatsApp, facebook atau messenger gitu. Yang menariknya, walaupun udah 25 Syawal masih ada lagi hidangan seperti lemang dan rendang. Terdapat juga menu seperti nasi minyak, pulut kuning, laksa, lontong, pecal, meehoon goreng, ruti jala dan bubur kacang durian.
Tentunya kita tidak mampu menahan nafsu sewaktu memenuhi undangan majlis rumah terbuka. Siapalah agaknya yang boleh melihat sahaja pelbagai juadah yang terhidang di atas meja tanpa menjamahnya. Apapun, kita disaran untuk mengurangkan pengambilan makanan manis. Cuba elakkan untuk menghirup minuman bergas kerana ia mengandungi gula terlalu tinggi. Makanlah pada kuantiti yang sedikit pada setiap rumah terbuka supaya kita tidak terlebih makan. Lagipun, tentunya kita tidak mahu pula bersesak-sesak di klinik selepas tirai Syawal dilabuhkan. - Wallahuaklam!
Nota Lutut: Ya, selepas tirai Syawal dilabuhkan nanti, adakah kita akan kembali kepada kehidupan biasa-biasa kita sebelum Ramadan. Kehidupan yang sentiasa dalam keadaan risau bilamana impian untuk mengurangkan berat badan gagal dicapai. Adakah kita akan menjadi kurus kering kerana memikirkan akan kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang semakin meningkat. Adakah kita biarkan surau dan masjid sepi seperti dolu, sedangkan kita terus-menerus memeriahkan suasana direstoran mamak. Mungkin kita udah terbiasa dengan kehidupan biasa-biasa sahaja!

No comments:
Post a Comment