29 September 2012

SPEGHETTI RENDANG


Hari Minggu! Pagi sarapan kat food court Carrefour (bunyinya Kayfo). Balik ummah kemas bilik bacaan dan check basikal, pasal pagi Isnin kengkawan ajak kayuh kat Empangan Batu. Selalunya hari minggu malas nak masak. Kalau boleh makan aja apa yang ada kat dalam chiller (maksudnya lebihan lauk semalam).

Bukak chiller! Adalah sedikit baki rendang daging frozen. Bolehlah aku masak Speghetti Rendang. Taklah susah sangat nak masaknya. Mula-mula aku panaskan air! Bila air udah mendidih masukan separuh speghetti (untuk 4x orang makan) dan sedikit butter. Sementara menunggu speghetti masak, aku sediakan bahan-bahan sampingan iaitu chop bawang merah dan bawang putih, juga potong separuh  green bell paper (lada bangla).

Bila speghetti udah masak, angkat dan toskan! Panaskan kuali dan bubuh sedikit minyak jagung untuk menumis. Tumis bawang merah, bawang putih dan tiga helai daun bay (daun salam). Lepas tu masukkan rendang daging dan sedikit oregano. Bila rendang frozen tadi udah masak, masukan speghetti bersama lada bangla. Gaul speghetti bersama rendang dan akhir sekali bubuh serbuk perasa dan sedikit garam. Hasilnya - Emmmm... Edap Beb!

ROVER TRACK!


Salam! Petang Jumaat aku kayuh bersama rakan ke Frim. Kali ne kami cadang berkayuh ikut laluan jogger. Bermula dari post kawalan frim, kami kayuh menuju masjid disebelah kanan. Laluan ne yang di kenali Rover Track adalah laluan pejalan kaki dan kaki jogging. 

Track ne bermula selepas masjid. Ramai dah jogger yang keluar masuk melalui track ne. Semasa kami berkayuh mendaki bukit, kami berselisih dengan pejalan kaki warga emas yang terdiri dari lelaki dan wanita yang kebanyakan dari kaum Cina. Sukar sekali untuk menemui pejalan kaki atau jogger (warga emas) dari kaum Melayu.



Waktu petang camne, ramai kaum Melayu sedang layan drama Korea kat tv terutamanya kaum wanita, kaum lelakinya  pulak suka sangat lepak kat kedai kopi sambil berbual kosong. Yang bestnya tu, setiap simpang jalan atau lorong pasti ada warung kopi. Itu adalah pemandangan biasa di Malaysia.


Kepada kengkawan yang baru mahu melakukan aktiviti berjalan kaki atau jogging di Rover Track ne, dinasihatkan datang bersama rakan. Laluan ne bermula dengan pendakian bukit sehingga luorang jumpa anak sungai. Lepas tu patah balik dan keluar dari track menuju masjid. Sekiranya luorang tidak membawa air minuman, bolehlah singgah kat kantin  frim yang berhampiran.


Kepada raider tegar offroad, disinilah laluan mereka keluar setelah melalui Dream Trail yang dipenuhi dengan akar, berbatu, lecak dan laluan curam. Mungkin juga ada halangan seperti binatang berbisa! Untuk mereka yang suka melalui track ne, mereka selalunya udah bersedia dengan teknik kayuhan, penggunaan gear, serta mental dan juga stamina.

Sebenarnya  Beb! Banyak laluan atau track untuk jogger atau peminat mtb. Sekiranya luorang tak minat nak berjogging kat kawasan hutan macam Rover Track, luorang boleh jogging kat jalan tar bermula dari pintu pos kawalan hingga ke kawasan anak sungai.


Rumah papan ne mungkin di bina pada tahun 60'an. Ketika luorang berjogging dan terlihat ummah ne di sebelah kiri, ini adalah tanda penamat track rover. Selamat berjogging!


25 September 2012

POP FOTO!





Selamat Pagi! Aku masih lagi disini, depan komputer. Upload foto yang udah diedit ikut cara aku. Olih kerana minat sangat dengan pelukis Pop Art Andy Warhol, aku pun terikut-ikut gaya beliau. Bezanya memanglah jauh, Andy melukis gunakan kanvas dan aku gunakan foto dan tetikus untuk melukis.








24 September 2012

OFF ROAD LAGI



Jom off road! Kengkawan ajak  petang minggu  kayuh ke frim.  Kayuhan petang ne disertai 12 orang iaitu Mahfol, En Mat, Amiroul, Saiful@Thor, Fazzul, Kuzai, Hazami, Atan, Zaidi, Muhd. Farik, Ady dan aku sekalilah!

Tempat menunggu! Jam 1600 petang kengkawan udah terpacak kat pondok menunggu. Ada gak kengkawan yang lewat sampai. Bila semua udah tiba, kayuhan pun bermula melalui Jalan Symington dan terus masuk ke lorong menuju off road.


 Macam yang aku story minggu lepas dalam entri"Tongkat Ali Trail". Jalan yang kami lalui ialah jalan tanah merah dan sedikit berbatu. Yang canteknya, kawasan ne baru je lepas hujan! Jalan becak dan pastinya licin. Inilah yang digemari olih peminat giler off road.  


Ada dua tiga rider yang memang bersemangat kalu bab kayuh off road ne. Pagi tadi diorang kayuh kat Kota Damansara, petang ne pulak ikut sama kayuh kat Frim. Diorang kata, kalu tak kayuh rasa tangan dan kaki mula gatallah! Hehehe...


Selesai melalui trek becak, berlumpur dan licin akhirnya sampailah kat laluan yang akan mencabar skil, basikal dan tenaga lelaki sejati. Trek ne sebenarnya nampak senang, jalan yang dipenuhi dengan batu kerikil. Takde air bertakung dan tak de lumpur!

Laluan mendaki bukit! Pasti kengkawan yang ikut laluan ne akan nampak kat sebelah kiri tercacak Field 48. Laluan ne penuh dengan batu kerikil dan bukitnya tinggi Beb! Hanya separuh aja kengkawan yang dapat melepasi laluan ne tanpa menolak basikal. Yang selebihnya terpaksa tolak, termasuklah aku Beb!


Kami tengah take five! Udah separuh nyawa nak tamatkan pendakian bukit. Kali ne masa untuk turun bukit pulak! Kebanyakan rider macam aku ne memang suka part turun bukit. Hanya perlu ada asas tunggangan iaitu gunakan gear rendah dan duduk kebelakang sedikit. Pastikan brek berfungsi dengan baik. Ketika menuruni bukit, gunakan brek kanan sahaja. Brek sedikit dan lepaskan semula. Begitulah seterusnya! 


Selalunya ketika berkayuh, aku rider yang akhir sekali pasal aku suka ambik gambar. Ketika menuruni bukit kali ne mungkin ada rider yang tergolek atau jatuh mencium tanah. Bukan niat aku nak tenguk kengkawan jatuh, tetapi dari pandangan aku laluan ne licin dan becak pasal baru lepas hujan.

Alhamdulliah! Semua rider selamat ketika menuruni bukit. Ada gak rider turun dengan laju tanpa gunakan brek! Tentulah diorang ne udah yakin pasal selalu buat latihan off road. Betul tak Beb!

Selesai udah kayuhan petang di Frim! Rasa puas kerana dapat menamatkan kayuhan walaupun sedikit keletihan.Lepas keluar dari trek offroad, kami kayuh arah tempat cuci basikal. Ketika aku nak sangkut basikal, tiba-tiba betis kanan aku kejang. Punyalah sakit! Nasib baik si Kuzai dan Hazami tolong aku...Makasih!

Hampir jam 1900 petang kami keluar dari Frim. Sebahagian dari rider balik terus dan group kami singgah kat gerai depan Frim pekene teh.  Ok friends! Hari pun udah bertambah gelap, masing-masing kayuh balik umah. Jumpa lagi!

21 September 2012

KOLEKSI MASTIKA DAN KUCING!


Salam! Petang tadi selepas bayar bil lektrik dan bil Celcom Broadband, aku singgah kejap kat kedai buku. Tujuan nak cari buku-buku lama macam Warna Tinta atau  Langit Petang @12 Tahun Kemudian hasil tulisan Johan Jaaffar. Pusing punya pusing tak juga dapat apa yang dihajati. Untuk puaskan hati, aku belilah buku Laksamana Cheng Ho karangan Imran Yusuf dan buku Berfikir gaya Trump dari Nazri Kadir.

Sekarang ne udah masuk bulan Zulkaedah 1433. Bulan ne lebih dikenali dengan Musim Haji. Untuk entri kali ne, aku ingin berkongsi cerita dari Mekah. Kisah Kucing ne aku ambik dari Koleksi Terbaik Mastika. Kisah ini diceritakan oleh Hajjah Jaimah Hussain.

Ibadah tawaf sudah kami laksanakan. Bersama beberapa orang rakan, kami tunaikan pula solat di depan Kaabah. selesai memberi salam, Ina tiba-tiba mencuit peha saya. "Kak Mah! Ada nampak tak anak kucing kat sini tadi?" dia bertanya sambil matanya melengas kiri kanan.

"Anak kucing? Mana ada! Kakak tak nampak pun. Kau ni mimpi ke Ina?" kata saya lagi sambil memandang wajah seorang lagi rakan, Khadijah. "Entah. Saya pun tak nampak anak kucing," sampuk Khadijah acuh tak acuh. Khadijah kemudian meneruskan wiridnya."Betul Kak Mah. Masa saya tengah solat tadi, saya nampak anak kucing panjat kain telekong ni. Tersentak saya masa tu. Eee...geli betul saya tenguk rupanya...buruk sangat. Tahi matanya berselepet. Hingus meleleh macam kene selesema. Bulunya pula kotor macam baru jatuh longkang. Badan pula berkurap sana sini..." kata Ina sungguh-sungguh.

"Mana ada anak kucing kat sini, Ina. Kalau ada, mesti kami semua nampak. Dahlah tu...khayalan kau ja. Baca Quran tu," kata saya. Bagaimanapun saya nampak Ina tak tentu arah, macam kucing hilang anak! Selepas itu Ina bingkas bangun. Dia jalan perlahan-lahan sambil menoleh kiri kanan mencari sesuatu. Kami meneruskan wirid dan ada yang membaca Quran. Kira-kira  15 minit kemudian Ina termengah-mengah mendapatkan kami.

"Kak Mah, puas saya cari, tapi tak jumpa. Mana agaknya anak kucing tu pergi, kak?" katanya sayu sambil memandang wajah saya.  "Masa solat sunat tadi kucing tu tarik-tarik kain telekung saya ni. Lepas tu dipanjatnya saya dan bila selesai solat saya nampak ia pusing-pusing keliling saya. Takkan Kak Mah tak nampak?" kata Ina bersungguh-sungguh.

Saya enggan melayannya, tapi dia tak habis-habis bercerita. Rakan-rakan lain memang tak percaya. Mana ada kucing di dalam Masjidilharam. Tempat ini betul-betul dijaga dan kebersihan paling diutamakan.  Kalau dibiarkan kucing berkeliaran, akan tercemarlah tempat suci ini. 

Esoknya, selepas kami melakukan ibadah sai dan bertahalul, saya lihat Ina lebih banyak bermenung. Sepatah ditanya, sepatah dijawab, tidak seperti selalu dialah yang paling kecoh di antara kami. Dia kerap merenung jauh seolah-olah memikirkan sesuatu. Selalu saja dia cuba menjauhkan diri daripada kumpulan kami. Saya rasa mungkin dia tersinggung kerana ceritanya tidak kami endahkan. Lantas saya ajak Jah dan yang lain memujuk Ina. Lagipun dia bukan baru kami kenali.

Ina rakan kami sejak berpuluh tahun lalu. Kami tahu benar perangainya, seorang yang ceria dan suka bergurau. Tapi kali ini dia nampak lain. Dia macam dilanda masalah besar! Kesempatan untuk bertanya sampai juga pada suatu hari selepas kami menunaikan solat Subuh. Saya hampiri Ina dan perlahan-lahan saya tepuk bahunya. "Kenapa ni Ina? Kakak tenguk Ina banyak bermenung aja, tak ceria macam selalu," kata saya sambil melihat wajahnya dalam-dalam.

Ina melepaskan keluhan. "Entahlah Kak. Mungkin ini semua balasan yang saya terima atas perbuatan saya selama ini," katanya sambil memeluk erat tubuh saya. Perlakuannya itu membuatkan saya terkejut. "Apa halnya Ina?" saya bertanya selepas melihat wajahnya sebak. Dia seperti mahu menangis. "Tadi kucing tu datang lagi kak, selepas kita bertahalul. Saya terperanjat tenguk anak kucing tu. Entah dari mana datangnya terus menuju saja beg saya". 


Saya termenung seketika memikirkan kaitan anak kucing itu dengan Ina. "Apa kaitan anak kucing tu dengan Ina? Cuba cerita dengan akak," saya bertanya lagi. "Kak...sejak dulu saya memang tak sukakan kucing. Akak taulah kucing ni kadang-kadang berak kencing bersepah. Kalau yang betinanya asyik beranak. Kak taulah sekali beranak lebih enam ekor. Rimas saya dibuatnya. Yang jantan pula kalau biang, ke hulu ke hilir mengiau. Bergaduh sana, bergaduh sini. Kalau yang manja pula, asyik melendih-lendih kat kaki, benci sungguh. Saya benci sangat tenguk kucing kak!

Dipendekan cerita :Hajjah Jaimah nasihatakan Ina ambik wuduk, lakukan solat sunat taubat. Bertaubatlah dengan sebenar-benarnya dan balik nanti, ubah sikap. Ina terus ke telaga zam-zam mengambil wuduk dan lantas menunaikan solat sunat taubat. 

Sejak pulang dari Mekah saya langsung tak betemu Ina kerana dia berpindah ke Johor Bahru. Bagaimanapun baru-baru ini ketika berada di negeri paling selatan itu, saya menghubunginya, lantas dipelawa ke rumah. Alangkah terperanjatnya saya apabila  melihat Ina memelihara 16 ekor kucing di rumahnya! Saya mengucap syukur ke hadrat Allah kerana memberi petunjuk kepada Ina. - Diceritakan oleh Hajjah jaimah Hussain