09 January 2015

KE JETTY KUALA PERLIS [5]


Pukul 0600 pagi.

Hening
. Pagi di-Alor Setar macam hari-hari biasa. Bandar Alor Setar tidaklah kelam-kabut macam warga Kolompo menjelang tahun baru. Warga Alor Setar lebih tenang dan lebih mementingkan keperluan anak-anak untuk bersekolah apabila menjelang tahun baru. Bukan semualah. Ada gak segelintir warga Alor Setar yang cuba berniaga dihujung tahun untuk mencari untung.

Didalam
bilik Hotel Koperasi. Sebaik Mahfol keluar dari bilik air, giliran aku pula untuk mandi dan berwudhu', lepastu Baha dan siSaiful kelihatannya masih lena dibuai mimpi. Bila semuanya udah siap berkemas, kami keluar dari bilik 301 menuju lobby hotel. SiSaiful singgah dikauter penyambut tetamu untuk check-out sambil menyerahkan kunci bilik.

Kami
sarapan pagi disebuah restoran di-Jalan Tunku Ibrahim. Baha dan Saiful memesan nasi lemak, aku dan Mahfol hanya menjamah dua ketul kuih, kira sarapan ringanlah! Mahfol macam biasalah tak boleh havey brakfast nanti katanya terpaksa ke-tandas. [Sarapan pagi RM2.00 sahaja].

Usai
sarapan kami gerak kearah beberapa buah teksi yang sedang menunggu ditepi jalan. Kami hampiri teksi yang berada dihadapan sekali sambil bertanya kadar bayaran untuk ke bus terminal Alor Setar. Kami setuju apabila diberitahu oleh pemandu teksi iaitu perlu bayar RM12.00 untuk empat orang.

Tidak sampai duapuloh minit, teksi yang kami tumpangi sampai di bus terminal Sahab Perdana, Alor Setar. Dari terminal ini siMahfol akan balik ke-Kelompo kerana sakit lutut dan kami bertiga pula akan meneruskan backpacker kami ke Pulau Langkawi.

Setelah menunggu selama hampir 30 minit di bus terminal Sahab Perdana, barulah sedikit lega bila bas untuk membawa kami ke Bandar Kangar tiba. Setiap seorang dikenakan tambang sebanyak RM6.30. Bas bergerak melalui beberapa buah pekan, kampung yang dikiri-kanannya adalah pemandangan sawah padi yang menghijau, pohun kelapa serta pohun mangga.

Bas terus bergerak tetapi kekadang perlahan  apabila berseliseh dengan bas dan lori. Pemandangan masih lagi sawah padi. Kelihatan ada orang memancing dan anak-anak kecil pula mandi di tali air. Itek nila bersama anak-anaknya berenang diparit besar. Semua ini adalah sebahagian pemandangan ketika bas yang aku tumpangi bersama Baha dan Saiful bergerak menuju ke Bandar Kangar.

Hampir tengahari gak kami sampai di stesen bas Kangar. Perkara pertama yang kami lakukan sebaik turun dari bas ialah bekejar ke-tandas. Lepastu mendapatkan sebuah teksi untuk ke ferry terminal diKuala Perlis. Tak banyak kerenah. Kami terima kadar tambang ke Kuala Perlis iaitu RM16.00 dan jika dibahagi tiga baru kene bayar RM5.30 seorang. [Tambang teksi RM5.30 sahaja!].

Pemandunya
seorang lelaki Melayu. Saiful duduk disebelah pemandu. Aku dan Baha pulak duduk dikerusi belakang. Teksi meluncur laju meninggalkan Bandar Kangar. SiSaiful layan pemandu teksi berbual. Banyak gak soalan-soalan yang diajukan oleh si Saiful kepada pemandu teksi terutama tentang waktu ferry berlepas dari terminal dan tentang laksa yang sedap di Kuala Perlis misalnya.

Kira lajulah Beb!
Pukul 1230 tengahari lebih kurang, teksi yang membawa kami udah tiba di ferry terminal Kuala Perlis. SiSaiful terus beratur untuk membeli tiket. Harga tiket ferry ke Pulau Langkawi ialah RM18.00. Ferry akan berlepas pada pukul 1.15 petang dan dijangka tiba di Jetty Kuah pada pukul 2.45 petang. Saiful ajak kami makan makanan segera diKfc tetapi siBaha menolak, jadi kami berdua sahaja layan ayam goreng sementara siBaha layan nasi berlauk. [Tiket ferry RM18.00 dan makan tengahari RM10.50].

Nota Kaki :
Belanja hari ini, sarapan pagi RM2.00, teksi ke bus terminal Alor Setar RM3.00. Tiket bas ke Kangar RM6.30, Teksi ke ferry terminal Kuala Perlis RM5.00 [satelah dibahagi tiga], tiket ferry ke Langkawi RM18.00, makan tengahari [kfc] RM10.50. Jumlah RM34.30.

No comments:

Post a Comment