09 January 2015

MENAPAK KE PEKAN KUAH! [6]


29 Disember 2014.

Isnin jam 0255 petang kami bertiga sampai di-Ferry Terminal Kuah, Langkawi dengan selamat. Sebaik kaki kami jejak bumi Langkawi, kami terus gerak ke arah Dataran Lang [Eagle Square] untuk berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan ke Pekan Kuah atau sekarang dikenali sebagai Pusat Bandar Kuah!

Di Dataran Lang[1],
ramai pelancung sedang buat sesi bergambar bagi membuktikan mereka udah sampai di pulau lagenda ini. Tugu Helang ini yang terletak bersebelahan Jeti Pelancungan Pekan Kuah adalah salah satu tempat yang 'mesti' dikunjungi, kalau korang datang ke Pulau Langkawi.

Tempat-tempat
lain yang mesti dijenguk ialah Pantai Chenang[2],
dimana korang boleh beriadah dengan aktiviti jetski, para sailing, banana boat ride atau melihat sunset. Selain Pantai Chenang, korang mesti gak pergi ke Tasik Dayang Bunting[3] dan Pulau Beras Basah dengan menggunakan 'private boat' dengan bayaran RM250.00 untuk 8 orang. Jangan lupa juga pergi merasa menaiki cable car[4] yang terletak  digunung yang kedua tertinggi diLangkawi iaitu Gunung  Mat Cincang. Yang terakhir mesti korang singgah dan beli ialah Chocolate Hj Ismail[5] yang terletak di Pusat Bandar Kuah.

Pulau Langkawi.
Banyak tempat lain yang dikira menarik seperti Buffalo Park, Galeria Perdana, Geopark, Kompleks Kraf, Kota Mahsuri, Laman Padi, Oriental Village, Telaga Tujuh, Sungai Kilim, Wildlife Park serta Underwater World. Kalau setakat dua hari satu malam mana cukup Bai!] Cut!


Setelah berehat seketika, kami meneruskan langkah demi langkah melalui Taman Lagenda Langkawi untuk ke Pusat Bandar Kuah. Ketika menapak, kami dapati ada beberapa buah hotel disepanjang jalan menuju Bandar Kuah seperti The Westin Langkawi, Seaview dan Bayview Hotel. [Macam kami ne, tidak sesuai sangatlah menginap dihotel-hotel yang ada bintang, lagipun kami ne hanyalah pengembara].

Jarak
antara jetty terminal ke Pusat Bandar Kuah lebih kurang dua kilometer.
Apapun, kami bertiga tidak meneruskan perjalanan ke Kuah kerana si-Saiful cadangkan mendapatkan bilik penginapan disekitar Dayang Business Centre.


Terdapat
banyak pilihan hotel bajet di Dayang Business Centre seperti Cosy Inn-58, Desa Abadi Homestay, Cosy Apartment, Hotel Asia, The Best Region Hotel, Seaview Apartment, Hotel Asia Langkawi dan Motel Warisan Siti. Kami memilih satu bilik untuk tiga orang di Motel Warisan Siti dengan harga RM75.00 semalam. [Bayar hanya RM25.00 seorang untuk tinggal dihotel bajet].


Nota Lutut : Ikuti story seterusnya dalam entri Dayang Business Centre [7]. Diharap jumpa lagi dengan izin Allah!











No comments:

Post a Comment