|
Seperti yang aku story pada entri Georgetown ke Butterworth [3] iaitu kami berempat udahpun keluar dari Pulau Pinang melalui perkhidmatan ferry dan membeli tiket bas ke Alor Setar. Pukul 10.30 pagi bas gerak meninggalkan Buterworth dan menuju terminal bas Alor Setar. Dari terminal [bandar baru] kami meneruskan perjalanan ke bandar lama Alor Setar dengan menaiki teksi warna merah dengan bayaran RM12.00. [Tambang teksi RM3.00 seorang sahaja setelah dibahagi empat] |
|
Pagi, ketika dalam perjalanan dari terminal bas ke bandar Alor Setar kami meminta pemandu teksi menghantar kami disekitar Pekan Rabu kerana dari info kawan-kawan aku yang pernah ke Alor Setar, terdapat beberapa buah hotel bajet disekitar Pekan Rabu. Pemandu teksi bagitau kami iaitu Pekan Rabu sudah pindah dan akan menurunkan kami berhampiran Hotel Regent.
Kami cuba mendapatkan hotel bajet di Jalan Langgar dan sekitarnya tetapi hampa. Kami berpecah iaitu siBaha menacri tempat penginapan berhampiran bangunan Umno di Jalan Tunku Ibrahim pada masa yang sama Si Saiful menghubungi rakannya yang tinggal di Alor Setar meminta bantuan. |
|
Si Baha memberitahu kami iaitu diJalan Tunku Ibrahim terdapat dua buah hotel bajet tetapi kami terpaksa batalkan dulu hotel di Jalan Tunku Ibrahim kerana rakan Saiful akan tiba sebentar lagi untuk membantu kami.
Rakan Saiful [rakan ketika berkayuh down hill diGunung Jerai] tiba dan menghantar kami ke hotel bajet diluar kawasan Pekan Rabu Lama. Sayangnya hotel tersebut tidak menepati citarasa siSaiful. Lepastu siSaiful meminta rakannya menghantar semula kami ke Jalan Tunku Ibrahim.
Kami memasuki lobby Hotel Koperasi dan bertanya tentang harga sebuah bilik yang boleh menempatkan empat orang. Cantik! Kami mendapat sebuah bilik dengan harga RM145.00. Bilik memang bersih dengan dilengkapi 2 buah katil besar, sistem penghawa dingin, Tv Lcd air panas dan Wifi [free Zone]. Kira puas hatilah! [Bayar bilik setiap orang hanya RM37.00 sahaja]. |
|
Untuk pengetahuan korang diluar sana, Hotel Koperasi ne nampaknya masih baru dan merupakan sebuah hotel bajet. Hotel yang terletak diJalan Tunku Ibrahim ne adalah hotel kedua milik Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah Berhad selepas Hotel Darulaman [Jitra]. Kat hotel ne terdapat 28 bilik, terdiri daripada 12 unit standard, 7 unit bilik superior, 8 unit bilik deluxe dan 1 unit bilik suite.
*Hotel Koperasi Lot 1590 Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar-Kedah. Tel : 04-734 1773 Fax : 04-734 1772 E-mail : hotelkoperasi@gmail.com Facebook : hotelkoperasi@email.com |
|
Usai meluruskan kaki diatas katil, kami bergilir-gilir mandi dan solat. Keluar dari bilik hotel, merayau sekitar pusat bandar dan singgah kat food court di-UTC Alor Setar. Aku, Mahfol dan Saiful memesan nasi ayam sementara siBaha nak merasa pulak Laksa Kedah. Sedang kami menikmati makan tengahari, tiba-tiba langit mendung dan tidak lama kemudian hujan turun dengan lebatnya. |
Hujan udah berhenti. Si Saiful balik ke tempat penginapan dan kami bertiga nak ronda-ronda di bandar Alor Setar. Aku ajak Baha dan Mahfol temankan aku ke Mico Farmasi untuk membeli Alken Medicated Talc dan Dermovate krim. Taktau kenapa pulak kulit aku tiba-tiba berasa gatal, lagi-lagi selepas terkene gigitan nyamuk ketika melepak kat warung simpang tiga di Pulau Pinang semalam. Puas gak aku menyampu dengan krim Mopiko tetapi tidaklah berkesan sangat seperti yang diiklankan kat Tv. [Belanja makan tengahari RM6.00 dan Ubat RM23.20. Jumlah: RM29.20].
|
Kami bertiga pusing-pusing sekitar Jalan Kota melalui City Plaza, masuk ke Jalan Kolam lalu dihadapan Holiday Villa dan terus ke Jalan Langgar. Nampaklah bekas tinggalan Pekan Rabu yang bangunannya belum dirobohkan lagi. Dengar khabar, Pekan Rabu udah berpindah ke Ukir Mall, tidak jauh dari sini. [Gambar kat atas ne adalah sebahagian dari tapak lama Pekan Rabu yang belum dirobohkan lagi] |
|
Ketika melepasi anak sungai berhampiran antara tapak Pekan Rabu menghala ke Jalan Raja, SiMahfol minta take five untuk berhenti rehat kerana sakit lutut. Sakit lutut siMahfol ne memang udah lama aku ketahui iaitu ketika kami backpacker arah ke Selatan tahun lepas. Masa tu sakit lututnya menjadi-jadi dan kami terpaksa batalkan perjalanan backpacker kami yang sepatutnya bermalam kat Desaru dan Tanjung Piai. |
|
Kami berjalan perlahan-lahan ikut langkah siMahful. Menyusuri rumah kedai lama, bangunan Pejabat Pos Lama dan terus melintas ke-Jalan Tunku Ibrahim dan nampaklah kedai makan Nasi Lemak Royale yang antara kedai makan paling popular di Alor Setar. Tetapi kelihatan pintu kedainya tertutup rapat, mungkin hanya beroperasi diwaktu pagi sahaja kot! [Di Alor Setar ne, selain Nasi Lemak Royle terkenal gak dengan Mee Abu, Hj Ramli Nasi Kandar, Din Laksa Teluk Kechai dan Restoran Berputar Seri Angkasa]. |
|
Kaki dah lenguh berjalan. Tekak pulak dahaga sangat. Ketika melalui bangunan UMNO kami nampak dua buah kedai yang salah satunya adalah restoran mamak. Teringin pulak nak pekena teh tarik, jadi kami pun masuklah ke-restoran mamak. Ketika kami masuk ada beberapa pelanggan yang sedang minum dikaki lima restoran dan salah seorang pekerjanya pulak sedang menyapu lantai. Ah! Potong stemlah mamak ne, masa nelah dia nak menyapu, bisik siBaha. |
|
Kami keluar dari restoran mamak dan masuk ke-sebuah lagi restoran yang sebaris dengan Maha Klinik dan Hotel Koperasi. Wah, kat restoran ne menunya lagi sempoy, menyediakan minum petang seperti goreng pisang, lempeng pisang kelapa, pengat ubi kayu serta mertabak daging. Aku tentulah nak merasa lempeng pisang buatan orang Aloq Stak Bai! [Minum petang RM3.50]
Dipendekan cerita, ketika minum petang tadi ada siMahful bagitau kami iaitu esuk pagi hendak balik keKolompo kerana lututnya terasa sakit, kira macam mengigit-gigit gitu! Punbegitu, selepas waktu Magrib siMahful beriya-iya sangat hendak ikut kami ronda-ronda kat Pekan Rabu di Ukir Mall.
Malam tu kami menapak dari tempat penginapan menuju ke Ukir Mall. Sayangnya, setibanya diUkir Mall kebanyakan peniga diPekan Rabu udah menutup pintu. Untuk menghilangkan rasa kecewa dan penat berjalan kami singgah pekene teh tarik dan cucur udang disalah sebuah restoran disekitar Ukir Mall. [Minum teh tarik RM1.20]
Lepastu kami meneruskan perjalan malam kami arah ke Jalan Penjara, Jalan Pekan Cina, menyeberang Sungai Kedah dan berhenti direstoran Haji Ramli Nasi Kandar. Kami berempat bukannya hendak makan nasi kandar tetapi makan malam kami kali ini hendak merasa nasi lemak kandar. Nasi lemaknya biasa sahaja tetapi ditambah dengan dua-tiga jenis kari [kuah] termasuk kuah warna hitam. [Makan nasi lemak RM3.80 sahaja]
Malam, waktu ketika ini dibandar Alor Setar beransur-ansur membawa ke-tengah malam. Kami bertiga udah berada didalam bilik, berehat sambil mengadap Tv yang menyiarkan berita jam 1200 malam. SiSaiful pulak masih dibawah [lobby] mungkin sedang melayan WhatsApp dari buah hatinya.
Aku masih lagi menggikuti siaran berita. SiBaha dan siMahful aku lihat udah tenggelam dalam kesejukkan malam. Berita tengah malam ketika ini lebih banyak berkisar tentang situasi banjir diKelantan yang tambah kritikal dimana hampir 82,000 orang dipindahkan. Kawasan yang teruk dilanda banjir ialah Tumpat, Kota Bharu, Pasir Mas, Kuala Krai, Gua Musang, Machang dan Tanah Merah.
Daerah lain yang dianggap paling kritikal ialah Perak Tengah, Kuala Kangsar, Hulu Perak dan Kerian. DiTerengganu pula ialah Kemaman, Dungun dan Kuala Terengganu. Termasuk juga daerah Kuantan, Jerantut, Temerloh dinegeri Pahang. Aku hanya dapat menzahirkan rasa simpati kepada mangsa-mangsa banjir atas segala keperitan dan kemusnahan harta benda. Semuga banjir besar yang berlaku kali ini dapat dijadikan iktibar!
[Jumlah perbelanjaan hari ini: RM77.00]. |
No comments:
Post a Comment