24 January 2015

DARI KL KE RENGIT!




"Esuk aku dan Majid nak Keluang, Joho.
Balik hari. Amacam nak ikut tak?"



Itulah ayat sms yang aku terima malam tu dari Sani. Tujuan Sani  ke Keluang kerana hendak menilai job baik pulih  taman permainan kat Pekan Keluang!


I- Pukul
9.30 pagi, aku dan Sani menunggu Majid di Restoran Deen, Taman Melawati-Kolompo. Majid tiba di workshop dan minta ganti minyak hitam. Pukul 10.00 pagi lebihkurang kami keluar dari Taman Melawati menuju lebuhraya Utara-Selatan.

Kereta Hilux dipandu Sani bergerak dilebuh raya dengan lancar. Singgah kejap di perhentian Nilai. Perjalanan diteruskan menuju Bandar Keluang melalui beberapa simpang, exit Air Keroh, Jasin-Merlimau, Tangkak-Muar, Pagoh, Yong Peng-Segamat dan pada pukul 12.30 tengahari kereta membelok  masuk ke Air Hitam. [Bayar tol RM32.00]

Sani
cadangkan makan tengahari dahulu sebelum solat Jumaat. Kami berhenti disimpang Lorong Hj Sulaiman, makan nasi berlaukkan ikan baung masak assam pedas. Bila assam pedas dihidang, kami bertiga terpinga-pinga kerana warna kuah assam pedasnya berwarna gelap dan sedikit likat. Apapun, itulah rezeki kami. Kami bedallah! [Makan tengahari RM52.00].

Usai
solat Jumaat di Air Hitam, kami gerak ke Bandar Keluang. Di kiri jalan menuju ke Keluang ini, kami boleh lihat ladang-ladang pertanian seperti Program Penanaman nenas, ladang ternakan lembu [Osis Unggul Sdn Bhd], termasuk Taman Pertanian Air Hitam seperti di Lancang, Pahang.


Kereta
berhenti ditepi jalan berhadapan taman permainan di Bandar Keluang. Si Sani meninjau disekitar taman. Mencatit dan merakam gambar peralatan yang rosak seperti pelastik yang warnanya pudar, besi berkarat, tempat duduk jongkang-jongkit yang tanggal serta lantai yang rosak teruk. Selesai urusan di taman, Majid ajak singgah di bengkel kereta kerana kereta Hilux, aircondnya kejap ada kejap takada. [Ahh! Udah macam iklan biskut pulak!]


II- Filter
air cond udah siap dipasang. Majid ajak ke Kampung Punggur, Rengit  untuk mengambil benih kelapa mawar di rumah Sallehudin. Dari Keluang ke Air Hitam, lalu Parit Raja, Senggarang dan short-cut ikut Parit Botak menuju Kampung Punggur. Jauh jugak jarak perjalanan dari Parit Botak ke Kampung Punggur. Kira lengguh tangan si Sani pegang stering!

Akhirnya
kami sampai di rumah Sallehudin yang ada papan tanda nama Baiah Bt Hj Abas [17] serta bendera negeri Joho.
Ali dan Din udah menunggu kami dihalaman rumah. Kami bersalaman dan bertanya khabar. Kami dijamu dengan air kelapa muda. Kemudian Ali memberikan kami beberapa biji buah sukun, buah chiku, lemon dan memetik sedikit pucuk  tengek burung untuk diberikan kepada kami sebagai ole-ole nanti. 


III- Pukul 5.30 petang kami diajak oleh Sallehudin ke Pantai Punggur untuk minum petang. Sambil berbual sambil pekena goreng pisang panas. Mula-mula berbual tentang tanah pertanian, benih dan baja. Lepas tu Den beritahu kami, Pekan Rengit selain terkenal dengan ikan fresh yang dijual kat pasar, terkenal gak dengan barang-barang terpakai yang dijual kat sekitar Kompleks Niaga Barang Terpakai Kg Orang Asli Rengit.


Udah nak senja. Pukul 6.30 petang kami tinggalkan Sallehudin, Ali dan Pantai Punggur menuju lebuhraya melalui Batu Pahat, Yong Peng dan singgah disurau berhampiran tol untuk solat magrib. Alhamdullilah! Kami selamat tiba di Taman Melawati, Kolompo jam 9.45 malam. [Ada rezeki, lain kalilah kita jenguk barang terpakai di Pekan Rengit!]. - Jumpa Lagi!









No comments:

Post a Comment