10 January 2015

DAYANG BUSINESS CENTRE [7]


29 Disember 2014


[Sambungan story backpacker ke Utara]
I- Macam
yang aku cerita sebelum ne dimana kami bertiga [aku, Baha & Saiful] cuba mendapatkan bilik harga murah disekitar Dayang Business Centre [DBC]. Mula-mual kami nampak papan tanda Cosy Inn dan singgah untuk bertanya room rate. Kemudian cuba pulak Island Time Motel dan 71 Motel, semuanya udah penuh. Akhirnya kami mendapat bilik di Motel Warisan Siti dengan kadar bayaran RM75.00 semalam.


Bilik
yang kami tumpangi mempunyai ruang yang terhad. Di-isi dengan satu katil bujang dan satu katil besar serta sebuah almari pakaian. Bilik ini dilengkapi dengan penghawa dingin, air panas dan sebuah peti tv 14" [buntut besar] yang digantung hampir mencecah siling. [Ah! Apa ada kisah, janji kita dapat meluruskan kaki, mandi, solat dan tido!]

Petang.
Hujan mula turun dengan lebatnya. Dingin mula terasa  sebaik sahaja aku selesai mandi. Jika hujan berhenti nanti kami bercadang untuk ke Pusat Bandar Kuah untuk membeli-belah. Khabarnya, chocolate Hj Ismail Group memang terkenal dan udah menjadi salah satu aktiviti 'mesti' apabila pelancung  datang ke bandar ini. Apapun, aku terpaksa pergi ke Atm dahulu kerana aku udah kehabisan wang tunai. 

Diluar
hujan masih lagi belum reda. Kami cuba juga keluar dari bilik untuk meredah hujan. Baha dan Saiful membalut badan dengan baju hujan pakai buang [emergency poncho] yang baharu sahaja dibeli kat kedai serbaneka sebentar tadi. Aku pulak memang ada membawa rain coat warna hitam jenama FILA.

Hujan
mula reda sebaik kami menghampiri jembatan berdekatan bandar Kuah. Hanya tinggal titis-titis air yang jatuh membasahi jalan tar. Kami gerak melalui rumah kedai. SiSaiful singgah dikedai menjual barang-barang kraf, aku dan Baha pula ke mesin Atm.

Lepas tu aku dan Baha singgah membeli sedikit chocolate dikedai Hj Ismail Group. Kami merayau pulak kat kawasan kemah-kemah putih yang ditegakkan dikawasan lapang. Kebanyakannya menjual pakaian, kasut, barang souvenir dan gerai makanan. Aku sambarlah sehelai kemeja-T corak batik [warna terang] dari P-Haris  Made in Thailand dengan harga RM28.00.



Senja
udah berlabuh di-Bandar Kuah. Tidak ada lagi titis-titis hujan. Aku dan Baha lepak kat gerai makan, pekene teh panas dan seketul kuih bahulu sambil call siSaiful. Usai minum, kami berdua gerak ke kedai menjual minyak wangi dimana siSaiful sedang tawar-menawar dengan tauke kedai tersebut. [Wah! Banyak gah siSaiful membeli minyak wangi, mungkin nak bagi sebotol-dua kat buah hati kot!].

II- Dayang Business Centre [DBC].
Jam 2100 malam lebihkurang gitu, kami keluar dari bilik kerana perut udah lapar. Di DBC, udah banyak kedai menutup pintu terutama kedai menjual pakaian, kedai souvenir dan kedai menjual pinggan mangkuk. Kedai yang masih beroperasi disini ialah pusat hiburan, kedai runcit, restoran mamak dan steakhouse restaurant.

Malam
ne kami cadang makan malam disebuah restoran yang kelihatan dari luar, hiasan dalamannya sangat memikat hati kami. Ketika kami masuk ke Mafioso Steakhouse Restaurant, terdapat enam orang pelanggan sedang menikmati makan malam. Sebaik restaurant crew  menghampiri kami, siSaiful memesan Seafood Pizza dan secawan Nescafe, Baha pula meminta Beef Burger dan Watermelon, aku memesan Caesar Omerta Salad bersama 100 Plus. [Makan malam RM17.00]

Sambil
menunggu makan malam dihidangkan, mata kami bergerak memerhati lukisan dinding [wall art] dari satu lukisan kepada satu lukisan yang khabarnya dilukis oleh adik kepada restaurant owned. Kebanyakan lukisan dinding disini, mengambarkan aktiviti kumpulan Mafia Itali seperti dalam pilem Hollywood gamaknya. Sesuai sangatlah dengan nama Mafioso dan menu yang disediakan disini.

Tidak lama menunggu, Caesar Salad aku pun dihidangkan. Menarik persembahanya dengan meletakan helaian lettuce segar diatas pinggan empat segi warna putih. Lettuce  ditabur sedikit serbuk parmesan cheese, diiringi hirisan bawang, cerry tomato, sliced beef bacon, sliced chicken salami, cut bread dan caesar dressing. [Saesar Salad ne, asalnya [kira original gitu!] dihidangkan oleh  restaurant owned Italian Chef bernama Caesar Cardini di Tijuana, Mexico pada sekitar tahun 1920an].

Seafood Pizza
siSaiful sampai, kemudian Beff Burger bersama kentang goreng dan fresh salad juga udah dihidangkan. Pizza yang sederhana besar itu memang cukup buat makan malam siSaiful. Kami menikmati makan malam dengan suasana tenang. SiSaiful meletakan sepotong [tigasegi] pizza kat atas pinggan aku. Sedap pizzanya! Kemudian aku mencubit sedikit daging burger siBaha. Sedap gak, sebab burgernya diaorang buat sendiri. [Maksud aku, diaorang tak guna frozen burger Bai!]

Usai makan,
kami sambung melepak kat luar [siar kaki] restoran pulak. Si-Saiful pesan nescafe, aku pesan black coffee. SiBaha hanya duduk sambil menghisap rokok. Kami layan lagu-lagu lama yang dipasang oleh  restaurant crew melalui peti suara yang terpasang disudut tiang restoran. Kami layan hingga jarum jam menghampiri pukul 2350 malam. [Belanja beli coklat RM45.00. Beli Kemeja-T RM28.00. Minum RM2.00 dan makan malam RM17.00. Jumlah RM92.00]


Nota Kaki:
Dayang Business Centre [DBC] mempunyai sebuah blok bangunan yang menempatkan hotel, jabatan kerajaan serta menyediakan stall-stall untuk peniaga bumiputra yang diselia oleh Majlis Bandaran Kuah, Langkawi. Selain itu terdapat shop lot Naza Motor, peniaga hotel bajet, kedai hiburan, kedai runcit kedai pakaian, kedai pinggan manggkuk, menjual souvenir, restoran dan cafe.

*Bintang: Mafioso Steakhouse Restaurant [Mafioso] yang terletak dalam kawasan Dayang Business Centre ini aku bagi 4 bintang berdasarkan hiasan dalaman, pakaian seragam, food presentation, rasa makanan [sedap], bahan mentah dan kebersihan. Kalau korang ge Pulau Langkawi singgahlah kat
Mafioso!









No comments:

Post a Comment