15 December 2014

RINGGIT, MINYAK & SARA HIDUP!





Bulan Disember
adalah bulan cuti sekolah yang panjang dan akan berakhir pada 4 Januari 2015. Ketika cuti sekolah ini, ramai yang mengambil kesempatan mengadakan majlis perkahwinan, membawa anak-anak bercuti dan yang paling ramai pastinya membawa anak-anak mereka pulang ke kampung berjumpa atuk dan nenek serta sanak saudara yang lain.

DiKolompo! Jika musim cuti sekolah, KL macam ada festival hujung tahun gamaknya. Berduyun-duyun orang ramai terutama ibu bapa membawa anak-anak bersiar sambil membeli-belah disekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman. Anak-anak muda yang sebaya pulak akan memenuhi pusat beli-belah sekitar Bukit Bintang dengan bershopping sakan, menonton wayang, makan-minum direstoran berjenama atau mereka yang kurang berduit mungkin hanya window shopping, lepastu pekene teh tarik sambil borak-borak direstoran atau digerai mamak sahaja.

Disebalik kejatuhan nilai ringgit, suasana majlis perkahwinan tetap meriah. Malah ada ibu-bapa yang berduit membawa anak-anak mereka melancong ke-luar negara. Pusat beli-belah, pasar raya, taman tema, panggung wayang, restoran dan cafe berjenama tetap dipenuhi orang ramai. Kebanyakan mereka memang berduit dan tak kisah sangat pasal naik-turunnya  harga minyak, susutnya nilai ringgit atau kemungkinan juga akan berlaku kenaikan kos sara hidup dimasa akan datang.


I- Kejatuhan Nilai Ringgit!

Aku bukanlah pakar untuk memperkatakan tentang kejatuhan mata wang ringgit tetapi dari lapuran bisnes baru-baru ini, dinyatakan iaitu ringgit telah jatuh pada paras terendah dalam tempoh beberapa tahun berbanding dollar Amerika Syarikat. Penganalisis mengaitkan kejatuhan itu akibat tindakan pelabur-pelabur pasaran modal menjual saham mereka dan melepaskan mata wang ringgit.

Khabarnya,
pada 28 November lalu, pemegang amanah aset minyak negara, Petroliam Nasinol Bhd [Petronas] menjangka pembayaran dividen, royalti dan cukai petroleum kepada kerajaan akan menyusut kira-kira RM25 bilion untuk tahun 2015. Petronas juga mengumumkan pengurangan perbelanjaan modalnya 20 peratus pada tahun depan dan hanya akan menumpukan pelaksanaan projek-projek berimpak tinggi sahaja.

Jangkaan itu dibuat jika harga purata minyak dunia setong tahun depan ialah AS$75 [RM262]. Sehingga 12 Disember lalu, harga minyak telah merosot sehingga AS$63 [RM220] setong. Dilaporkan, setiap kejatuhan AS$1 Dolar [RM3.5] harga minyak dunia, kerajaan mungkin kehilangan kira-kira RM650 juta.

Seperti
yang dikatakan oleh Datuk Dr Wong Lai Sum [Ketua Pegawai Eksekutif Matrade] iaitu, Impak penyusutan nilai ringgit terhadap eksport tidak signifikan. Beliau juga berkata, bagi industri elektrik dan elektronik yang sumber input dan outputnya dilakukan dalam dolar Amerika Syarikat, impak adalah minimum.

Begitu juga pendapat Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat [BMMB] Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid iaitu kejatuhan ringgit tidak akan membawa kesan dan kemudaratan kepada perbankan di Malaysia dan dari segi kerugian adalah sedikit. - Nilai mata wang ringgit hari ini ditutup pada kadar RM3.494 berbanding dolar Amerika Syarikat [AS$1] dan RM2.665 bagi dolar Singapura [SGD$1].


II- Harga Minyak!

Tiga bulan lepas kecoh sekejap pasal kenaikan 20 sen harga petrol RON95, RON97 dan Diesel diMalaysia. Tentunya kerajaan udah menjangka akan kejatuhan harga minyak dunia. Tupasal kerajaan naikan dulu dan lepas ne kerajaan akan menurunkan semula harga minyak. Naik turunnya harga petrol dan diesel diMalaysia tetap bergantung pada harga minyak mentah dunia. Jika harga minyak turun- Ini hanyalah permainan  pakar-pakar ekonomi kita. Sekiranya harga petrol diapongkan, mungkin kerajaan tidak terlalu banyak menanggung kerugian.  Agaknyalah!


Bila
kerajaan dan kebanyakaan negara udah menjangka akan kejatuhan harga minyak, pastinya pemain industri termasuk Petronas,  akan berhati-hati dan mengurangkan pegeluaran bagi menaikkan kembali harga komoditi itu. - Harga minyak jenis Brent dikatakan menjadi penanda aras bagi negara belah Eropah dan belah Asia. Sehingga semalam, telah merosot kepada AS$63.68 atau kira dalam RM216.51 setong!

Korang
ingat tak, sewaktu kerajaan Malaysia menaikan harga petrol dan diesel, peniaga-peniaga masatu mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barang atau mengurangkan berat pada barang yang dijual. Misalnya, kalau harga ruti canai tidak dinaikan, mereka akan mengurangkan sedikit saiz ruti. Ruti canai kalu makan sekeping tak cukup pasal kecik sangat. Begitu gak dengan kuih-muih yang dijual oleh peniaga Melayu. Harga seketul [sebiji] kuih tetap pada harga 50sen tetapi saiz kuih udah bertambah kecil. - Yang menjadi mangsa bukanlah peniaga tetapi pembeli yang selalu kene buli! 

Trend
penurunan minyak mentah dunia dijangka terus berlaku yang mungkin turun sehingga AS$40 atau RM139 setong. Ini berikutan peningkatan pengeluaran minyak dunia dan kurang permintaan di Jepun serta Eropah. Apabila harga minyak turun tentulah pengguna sedikit rasa gumbira dan dikira bonus pulak dalam usaha menggurangkan beban kos sara hidup.


III- Kos Sara Hidup.
Walaupun kerajaan memberi jaminan yang harga petrol akan diturunkan pada 1 Januari depan, aku tidak pasti pulak kalau penurunan itu dapat membantu menggurangkan kos sara hidup. Ini disebabkan harga barang akan kekal pada harga ketika kenaikan petrol dan diesel tempuh hari. - Peniaga tidak akan menurunkan harga barang jualan mereka walaupun harga petrol turun dan terus turun. Itu sudah pasti Bai!


Kos
sara hidup akan terus meningkat tahun demi tahun kerana negara kita sekarang sedang bergerak kearah negara maju menjelang 2020. Bila harga barang naik tentu kerajaan mahu mengawalnya, tetapi pengawalan memerlukan komitmen yang tinggi serta kerja kuat tanpa memikirkan kepentingan diri sendiri.

Mahu tidak mahu korang kene terima gak kenaikkan harga barang. Kehidupan tetap diteruskan seperti biasa dan terpulang kepada korang bagaimana untuk menghadapinya. Jika korang yang tinggal dibandar merasai akan beban kenaikkan kos sara hidup, bagaimana pula keluarga kita yang tinggal ditepi-tepi bandar, dikampung, atau dikawasan pendalaman.

Perit
memang peritlah, lagi-lagi banyak duit udah dihabiskan ketika musim cuti sekolah. Apapun, kenelah korang mengubah sedikit cara berbelanja korang pada Januari 2015 nanti. Bagi aku, gaya hidup kearah kesederhanan adalah pilihan terbaek. Kita cuba elakan buat pinjaman baru, lupakan makan-minum direstoran berjenama dan padamkan cita-cita untuk melancong keluar negara.

Masalah kos untuk terus hidup ne bukan korang sahaja yang terkena. Ramai kenkawan yang mengeluh kerana gaji bulanan yang diterima tidak dapat menampung perbelanjaan harian. Korang terpaksa membayar ansuran rumah, kereta-motor, kos pendidikan anak-anak, stok bahan mentah, bil internet, astro, api dan air. Itu belum lagi masuk kos petrol, top-up talipon dan makan-minum ketika waktu rehat.

Anak-anak
yang sedang menuntut dikolej atau universiti pulak tak ambik pot pasal kenaikkan kos sara hidup. Setiap bulan mereka hanya mengharapkan ibu-bapa memasukkan wang kedalam akuan mereka. Mereka udah lupa atau memang tidak peduli yang ibu-bapa mereka dikampung bermandi peluh, berhujan berpanas untuk mencari duit belanja bagi menampong perbelanjaan anak-anak mereka di-universiti.

Korang yang sedang belajar dikolej atau universiti tu janganlah gunakan duit PTPTN, duit dari Tabung Zakat, duit pemberian dari ibu-bapa  untuk membeli gajet canggih atau berpeleseran dengan girlfrinds dipusat beli-belah atau lepak-lepak  kat restoran berjenama. Jika korang bukan berasal dari keluarga kaya-raya ada baiknya korang terutama pelajar lelaki berusaha sendiri cari duit, bagi menampung kos kehidupan diuniversiti.

Yalah,
bukan semua bebudak yang datang belajar tu anak orang kaya. Sebagai contoh, pernah seorang pelajar ITM Dungun [1981/82] cari duit poket dengan bermodalkan sebuah kamera sahaja. Pelajar tersebut mengambil gambar ketika Minggu Suaikenal kemudiannya menjualnya kepada rakan-rakan. Seorang lagi pelajar [budak AD] mencetak kemeja-T [wajah wanita Jepun] dengan menggunakan ilmu yang baru dipelajarinya iaitu guna saring sutera. Kemaja-T jenama Pagoda yang dijual dengan harga RM15.00 sehelai itu diminati oleh pelajar-pelajar dari jurusan lain.

Ada juga pelajar pompuan yang berusaha mencari duit poket dengan menjual tudung, menjual cup cake, dadih dan bermacam lagi. Duit itu diaorang gunakan untuk membayar yuran dan belanja makan-minum sepanjang pengajian dikolej atau universiti. Berbedza pula pelajar yang tinggal diluar kampus, dioarang cari duit poket dengan mengajar kelas sain dan matematik, jual burger atau dihujung minggu diorang tolong kenkawang berniaga dipasar malam.


Nota Lutut: Usahlah korang mengeluh atau menyalahkan kerajaan atas kenaikan kos sara hidup. Jangan pulak, kerana nak menambah pendapatan korang terjerumus ke arah yang salah seperti berjudi, menikam nombor, menjual barang terlarang atau menerima rasuah. Percayalah bahawa Allah yang memberi rezeki kepada mereka-mereka yang berusaha kearah itu. Cuba-cubalah sekodeng entri pada 4 June 2012 bertajuk Gaji Lambat Pulak! - Selamat Membaca Bai!




12 December 2014

BACKPACKER BELAH UTARA!


Bulan Disember!
 
Aku merancang untuk 'backpacker' [town to town] bersama Baha, Mahfol dan Azhar aka Thor pada 27 hingga 31 Disember 2014. Aktiviti 'backpacker' hujung tahun ini memang nampak mudah asalkan badan sihat dan ada sedikit duit poket untuk kegunaan tambang bas, keretapi, makan-minum dan tempat tinggal
di-hostel atau hotel badget.

Aktiviti mengembara cara murah [backpacker], bukanlah satu aktiviti yang ekstrem sangat tetapi korang yang meminati aktiviti backpacker mestilah bersedia dengan mental dan fizikal yang lasak kerana korang mungkin diuji dengan sedikit kejutan seperti cuaca yang tiba-tiba berubah, tiada perkhidmatan bas, kena samun, tido kat station keretapi atau korang tiba-tiba jatuh sakit.

 

I- Destinasi.

Kami, kali ini hendak backpacker negeri belah Utara kerana ingin menjelajah tempat-tempat menarik yang ada nilai sejarah. Antara lokasi yang ingin dikunjungi ialah Pulau Pinang, Alor Setar, Kangar, Kuala Perlis dan Pulau Langkawi. Kami cadangnya hendak menaiki perkhidmatan komuter KL - Ipoh pada 26hb jam 0800 malam.

Setibanya di Station Ipoh [KTM] kami akan berjaga atau tido-tido ayam[1] atas kerusi di-station hingga ke pagi bagi menyambung perjalanan ke Butterworth dengan bas. Dari Butterworth kami akan masuk ke Pulau Pinang melalui ferry terminal Sultan Abdul Halim dan menapak[2] arah ke Lebuh Pantai [berhampiran City Bus Station] untuk sarapan pagi sebelum mendapatkan bilik harga murah [budget hotel] sekitar Lebuh Pantai, Lebuh Culia atau sekitar Jalan Masjid Kapitan Keling.

Udah dapat bilik, rehat kejap dan lepas tu sewa basikal. Ronda-ronda dengan basikal disekitar Padang Kota Lama, Fort Cornwallis, Unesco World Heritage City [melawat museums dan colonial style buldings] dan Chinatown. Balik tempat penginapan [pulangkan basikal], mandi, solat zohur dan keluar makan tengahari.

Selepas waktu Asar, kami cadang untuk ke Batu Feringghi guna perkhidmatan bas, jalan-jalan kat-pantai sambil singgah di Sidewalk Bazaar, lepas tu pekene teh tarik. Balik ke tempat penginapan. Waktu malam pula kami cadang nak ronda-ronda sekitar Komtar, nak pekene nasi kandar 'originates from Penang'. Lagipun sekitar Komtar ada station bus dan teksi bagi memudahkan kami balik ke tempat penginapan.


II- Hari Kedua.


Setelah sarapan, kami gerak keluar dari pulau menuju Bus Terminal di Butterworth untuk ke Alor Setar. Di Alor Setar nanti kami bercadang untuk menginap di budget hotel sekitar Jalan Langgar [bus station] berhampiran Pekan Rabu. Waktu petangnya nanti bolehlah kami melawat Art Gallery, State Museum, Balai Besar, Rumah Tok Su, Tun Dr Mahathir Birth Place, Alor Setar Tower dan semestinya ronda-ronda, makan-minum di sekitar Bazzar Pekan Rabu.

Malamnya pulak, mungkin kami jalan-jalan disekitar Clock Tower, Plaza Putra, Masjid Zahir [diJalan Kg Perak], Grand Jubli diantara perimpangan Jalan Putera dan Jalan Sekerat. Esuk pagi, kami akan meneruskan perjalanan menggunakan perkhidmatan bas dari Alor Setar ke Kangar. Di-Kangar nanti, kami akan mendapatkan bilik disekitar Jalan Tun Abdul Razak, berhampiran Kangar Bus Station.


III- Di Kangar.


Setelah berehat seketika, kami cadangnya hendak pergi menjelajah Gua Kelam yang terletak di bandar Kaki Bukit. Info dari Malaysia Truly Asia,  Gua Kelam ini adalah gua paling panjang di Semenanjung Malaysia. Waktu dibuka kepada orang ramai ialah pada jam 0900 pagi hingga 0600 petang. Bayaran untuk masuk ke dalam gua hanyalah RM1.00 untuk dewasa dan 50 sen untuk kanak-kanak.

Malam
harinya pulak, kami cadang hanya ronda-ronda disekitar pusat bandar dan balik ke tempat pengginapan. Disaran untuk tido awal kerana, pagi besuk kami akan gerak  ke Jety Kuala Perlis untuk meneruskan backpacker ke Pulau Langkawi.

 

IV- Hari KeEmpat.
Fuhh!
Lama dah aku tak masuk ke-Pulau Langkawi. Kali terakhir aku berkemah dipantai Tanjung Rhu pada tahun 1978. Masa tu aku berkemah bersama Dunia aka Danny, Mat Takok [arwah], Jimmy Maybank, Ghani dan anak buah siDanny [lupa udah namanya]. Taktau macam mana agaknya wajah pekan Kuah yang dolunya aku bersama Mohd Alam dan Hariri Zanzali pernah gak berkemah di belakang masjid pekan Kuah kerana terdesak.

Kat Langkawi
nanti pun kami cadang nak tido kat hotel badget sekitar pekan Kuah. Jika bilik dihotel budget penuh disebabkan cuti sekolah, mungkin kami menumpang tido disurau atau masjid sekitar Kuah. Lepastu terpaksalah kami memikul beg ke-hulu ke-hilir dan rancangnya hendak naik cable car kat Gunung Machincang atau sekadar jalan-jalan di sekitar pekan Kuah sahaja. Esuknya, kami gerak keluar dari pulau terus naik bas ke Butterworth. Dari Butterworth, cadangnya balik ke Kolompo guna khidmat KTM. - Wallahuaklam!



Nota Lutut:
Ini hanyalah rancangan atas kertas backpacker kami. Sebelum ini udah diceritakan kisah pengembaraan [secara solo] pelukis Jailani Abu Hassan [Jai] yang pernah merempuh segala cabaran dari London melalui beberapa buah negara termasuk Belgium, Yugoslavia, Austria, Greece, Turki, Iran, Pakistan dan seterusnya singgah diBangkok, sebelum tiba di Kolompo tiga hari lagi nak sambut Aidilfitri. Korang yang berminat dengan story backpacker, bolehlah sekodeng entri bertajuk 'Backpacker [Jailani Abu Hassan]' bertarikh 24 November 2014. - Selamat Membaca!

10 December 2014

NOSTALGIA ZAMAN REMAJA!



Nostalgia!
Kerinduan atau merasa rindu akan sesuatu yang pernah dialami masa yang lalu, kenang-kenangan disertai keinginan terhadap sesuatu yang sudah berlalu. - [Kamus Dewan ms 866]. 

Minggu
lepas, aku diajak oleh Baha [mewakili tuan rumah] ke majlis perkahwinan anak Lan Apik yang rumahnya tidak jauh dari rumah si Baha. Jam 1145 pagi lebihkurang, aku udah sampai di rumah Baha yang terletak di Gombak Setia. Lepas itu, menyusul pulak Majid dan Ajak Jinjang. Kami lepak dianjung rumah sambil berbual kisah silam.

Aku
tidak ingat lagi wajah Lan Apik. Lagi pun siLan Apik ne junior aku, pulak tu udah berpuloh tahun aku tidak berjumpa rakan-rakan si Baha kerana mereka ini udah berpindah dan berkeluarga, ada juga yang udah pergi meninggalkan kami buat selama- lamanya.

Si Baha
membawa
beberapa buah album lama. Gambar-gambar yang terdapat didalam album tersebut diambil sekitar pertengahan tahun 70'an. Ketika melihat gambar-gambar lama, aku teringat akan kenangan ketika meniti zaman remaja. Setiap malam, kebiasaannya selepas waktu Magrib, aku bersama rakan-rakan akan melepak kat tembuk jalan masuk ke rumah si Baha.

Rumah si Baha ne [belah kiri] dikira coner lot dan pintu rumahnya mengadap Jalan Gombak. Sebaris dengan rumah Arif @Fauzi Tan Sri Ahmad Razali dan rumah Dato' Sharif Ahmad. Dipersimpangan Jalan Intan menuju ke Gombak Setia pula, ada sebuah stall burger kepunyaan Ajak Manan dan Ajak Jinjang. - Setiap malam, ramailah kutu melepak kat stall burger Ajak. Bukan nak beli burger pun!

Dolu, kawasan tempat tinggal aku adalah kawasan perumahan bercampur. Di sebelah kiri [kalau dari Kolompo] adalah kampung Melayu yang kebanyakan rumah-rumahnya dibina dari papan dan zink. Disebelah kanannya pula, kawasan perumahan Gombak Setia. Rumah batu atau yang besar sikit dipanggil banglo itu dindingnya dibina dari batu bata dan atapnya dari genting.

Waktu malam,
kalau melepak kat tembuk sambil berbual kosong adalah pemandangan biasa ketika era 70'an. Ini kerana ketika itu tidak ada internet dan kebanyakan rumah dikejiranan aku tidak memiliki tv. Jika ada sebuah rumah yang memiliki tv, pasti rumah jiran tersebut menjadi panggung wayang percuma terutama ketika siaran filem Melayu kelasik. - Bila tamat cerita Melayu,  kedengaranlah tuan rumah merungut pasal lantai rumah dipenuhi dengan kulit kuaci dan kulit kacang goreng. Huhuhu!


Burger Corner
inilah salah satu lokasi perjumpaan [waktu malam] dengan rakan-rakan. Rakan siBaha yang selalu berlongok kat stall burger antaranya Inam Hj Dahlan, Lan Yusof dan Tamam. Kawan sebaya aku pulak yang sering melepak kat tembuk  antaranya Zakaria Yusof, CheSu, Arifin Rahmad, Karim dan Joe Frezzer. - Dolu! Walaupun kami muka tembuk, tetapi jarang sekali kedengaran kejadian yang tidak diingini seperti ragut, buang bayi dan pergaduhan. 

Aktiviti riadah!
Bila hujung minggu, kami akan berkumpul dipadang bomba [sekarang SMKGS] untuk bermain bola dan kekadang berkumpul dihadapan rumah hitam [Black House] bermain takraw. Masa nelah kami bertemu rakan sebaya atau junior dari Kampung Likuk [Rupas], Kg Cangkat, Gombak Setia dan dari Taman Kamariah.


Zaman remaja udah lama berlalu meninggalkan seribu kenangan. Ramai kenkawan udah berhijrah ke tempat lain setelah berkahwin. Ada juga kenkawan lama yang  berhijrah ke-alam baqa. [Keterangan pic diatas: Dari kiri kekanan ialah Lan Apik, Ajak Cino, Tamam dua beradik dan yang belakang tu aku dah lupa nama-nama diaorang!].



Nota Lutut: Nama-nama gelaran [nick name] bebudak Paja BatuEnam Gombak dan sekitarnya yang pernah aku dengar seperti Mat Bronko*, Yahya Goragora*, Epin Pok, Lan TekCuk, Ali Cetak, Kelibik, Taher Gilo*, Hamdan Bomoh*, Ajak Jinjang, Mail Lompong, Ami Tempe, Lan Apik, Ajak Cino, Din Tena*, Mat Candu*, Aris Bangkai, Man Bulan, Mentol*, Hamid Malaysia*, Mat Belon, Malik Melako, Suli Pacek, Suman Cegin, Amat Nenen, Lan Sanjoi, Joe Frazzer, Ateh, Amat Taik, Zainol Lanun dan Epin Se'pek. - Wallahuaklam!

*[SM] - Sudah Meninggal.










04 December 2014

JALAN-JALAN di TELUK INTAN [bhg. 2]



Aku
sambung story dari entri 'Menara Condong di Teluk Intan' yang aku udah post sebelum ini iaitu kami menginap di Anson Hotel, Jalan Sekolah. Kami berehat sekejap dalam bilik dan lepastu keluar jalan-jalan cari makan. Sabelum datang bercuti, aku dapat sedikit info pasal Leaning Tower dan tempat-tempat makan yang menarik di Bandar Teluk Intan. Khabarnya, mee rebu Mastan Ghany adalah yang terbaek di Teluk Intan!


I- Salepas
kami panjat dan klik! klik! sekejap di Menara Condong Teluk Intan [Leaning Tower], kami pun merayau-rayau disekitar rumah kedai dan ternampaklah kedai Mastan Ghany. Ketika kami memasukki kedai tersebut, udah ramai pelanggan [mungkin pelancung] sedang menikmati rojak, mee rebus dan abc. - Apa lagi, kami pun tidak mahu ketinggalan untuk mencuba rojak dan mee rebus Mastan Ghany!

Teluk Intan
ne, selain mee rebus dan rojak Mastan, terkenal juga dengan restoran lambai[1]
nasi kandar, udang galah kat jeti, kopi digerai Mara dan cendol di food court [berhadapan Menara Condong]. Malah, pemanis mulut seperti abc dan cendol mudah didapati disini. - Hanya dengan sedikit ilmu risikan, kita boleh tau dimana gerai yang menjual cendol paling sedap Bai!


Alhamdulillah! Mee Rebus dan rojak sudah dicuba. Ketika ini, jam ditangan jarumnya menunjukkan hampir pukul 0130 tengahari, kami pun gerak balik ke tempat penginapan di Jalan Sekolah. Mandi dan solat. Lepas waktu Asar nanti, kami bercadang untuk jalan-jalan kat jeti [dataran udang galah] dan minum petang. - Diaorang katalah, kalau nak rasa 'Air Bandung Tarik' - kene rajinlah merayau-rayau sekitar gerai dan food court!


II-
Jam 0430 petang, kami turun ke lobby hotel. Untuk kepastian, aku bertanya pada salah seorang hotel staff tentang lokasi sebenar jeti dan Dataran Udang Galah. Kami berdua pun menapak
[2] ikut celah-celah rumah kedai dan dicelah-celah gerai pasar malam yang baru hendak mula beroperasi. Kami melintas jalan. Disebelah kanan jalan menuju jeti, kelihatan replika dua ekor udang galah. - Jeti yang kami singgah ne pulak ialah Jeti Persatuan Pengail-Pengail Melayu, Hilir Perak!

Teringin
gak nak makan udang galah kat jeti tadi tetapi aku alah[3] dengan makanan laut. Lagipun, ketika kami lalu dihadapan gerai-gerai pasar malam tadi ada kelihatan beraneka juadah dijual. Seperti sate, soto, pecal, kebab, burger, nasi lemak bungkus, pesembur, wajik[4], lemang, tapai dan kuih-muih. - Fuhhh! Melelih air liur Bai, tetapi kami tak beli sebab nak minum petang kat food court!

Food Court
ne lokasinya betul-betul dihadapan menara condong. Kami gerak dari satu gerai [stall] ke satu gerai hingga sampai ke-penghujung. Akhirnya, kami memilih untuk minum petang digerai paling hampir dengan menara condong. Minum petang kami ialah cendol, air asam boy, 10 sate ayam dan 5 sate perut. - Sebelum ne, tak pernah kami minum petang sambil pekene sate, tetapi di sini kami ikut rentak orang Teluk Intan Bai!

Salesai
udah minum petang. Kami gerak tinggalkan foodcourt dan Dataran Menara Condong. Menyusuri laluan disekitar padang bola berhampiran Sentral Intan [sebuah pusat perniagaan komersial] dan kami mula melangkah sedikit laju kerana melihat langit mulai mendung, tandanya hari hendak hujan. - Masa nelah aku teringat dailog "Hari nak hujan - angkat kain dijemuran".


Sebaik sahaja kami memasuki bilik penginapan, hujan pun turun. Sejuk. Mulalah teringat teh tarik mamak tetapi yang hairannya, sejak tengahari tadi ketika kami merayau-rayau sekitar Teluk Intan, tak nampak pulak gerai atau Restoran Mamak! - Mungkin orang Teluk Intan, tak berminat dengan teh tarik dan ruti canai mamak kot!


Nota Lutut : Tak pekene teh tarik mamak pun tak kisahlah janji lepas ne aku sambung bahagian tiga [3] dengan tajuk 'Malam di Teluk Intan'. - Wallahuaklam!






02 December 2014

KAYUH PAGI!











MENARA CONDONG di TELUK INTAN


As Salam!

[Minggu terakhir bulan November, aku dan isteri udah merancang untuk bercuti ke Teluk Intan sempena ulang tahun perkahwinan kami. Rancangan untuk bercuti udah dibuat lebih awal dan tarikh tersebut berlaga[1] pulak dengan majlis tahlil dan doa selamat yang dibuat dirumah adek Midah. Pada tarikh yang sama juga, aku  terpaksa lupakan dua jemputan majlis perkahwinan iaitu jemputan dari En Alias di Taman Fadason dan jemputan majlis perkahwinan anak arwah En Md Zain di Hulu Langat, Selangor].
 

I- Sabtu, pukul 0715 pagi - kami udah gerak menuju Kuala Selangor melalui lebuhraya Lattar. Masuk lorong Touch 'nGo yang pertama di Tol Kundang lepas tu Tol Puncak Alam dan yang terakhir Tol Ijok sebelum berhenti sarapan pagi di Kuala Selangor. 
Usai sarapan, kami gerak arah ke Tanjung Karang, seterusnya Sekinchan, Sungai Besar, Sabak Bernam, Hutan Melintang dan Simpang Empat. Dari Simpang Empat terus beluk ke kanan dan melalui beberapa buah kampung sebelum sampai dibandar Teluk Intan. - [Jarak antara Tanjung Karang ke Teluk Intan ialah 85 km].


Jam 1215 tengahari,
kami udah berada di bandar Teluk Intan. Asalanya nak menginap di Hotel Lagenda, Medan Niaga Lagenda 2 tetapi pusing-punya pusing tak jumpa Hotel Lagenda. Bila kami menyusuri Jalan Sekolah maka ternampaklah bangunan  Anson Hotel. Check-In dan lepas tu berehat sekejap dalam bilik sebelum keluar jalan-jalan cari makan.


II- Sejarah Teluk Anson. Bandar terbesar di daerah Hilir Perak, dilingkungi dua aliran Sungai Perak dan Sungai Bidor. Asal usul nama Teluk Anson adalah sempena nama Jeneral Archibald Anson iaitu seorang Gabenor Inggeris. Pada 1hb Januari 1982, Teluk Anson ditukar kepada Teluk Intan. 

Nama Teluk Intan pula diambil dari seorang janda yang bernama Mak Intan. Beliau dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik dan seorang saudagar yang berasal dari Mandaling, Sumatera Barat. Ketika itu [abad ke-19]
ramai peneroka dari seberang berjirah ke Teluk Mak Intan. Mereka terdiri dari kaum Jawa, Banjar, Minangkabau, Rawa, Mandaling, Kampar dan termasuk juga kaum Cina dan  kaum India.

Ketika ini,
titik tumpu kepada bandar Teluk Intan ialah menara condong 'Leaning Tower'
Art deco yang terletak ditengah-tengah bandar ini dikira adik kembar kepada menara Pisa di Itali. Ia dibina pada tahun 1885 oleh Leong Choon Choong setinggi 85 kaki dan mempunyai 110 anak tangga. Menara yang juga dikenali sebagai Clock Tower ini asalnya digunakan sebagai takungan air sebelum adanya tangki air Cangkat Jong. - Jam besar yang tergantung kat menara condong itu dibeli dari London pada tahun 1894 dari firma J W. Benson-Ludgathill.


Nota - Kita jumpa lagi pada entri kedua, Jalan-Jalan di Teluk Intan [Bhg 2]. Semuga korang tidak jemu-jemu sekodeng blog aku!