|
As Salam! [Minggu terakhir bulan November, aku dan isteri udah merancang untuk bercuti ke Teluk Intan sempena ulang tahun perkahwinan kami. Rancangan untuk bercuti udah dibuat lebih awal dan tarikh tersebut berlaga[1] pulak dengan majlis tahlil dan doa selamat yang dibuat dirumah adek Midah. Pada tarikh yang sama juga, aku terpaksa lupakan dua jemputan majlis perkahwinan iaitu jemputan dari En Alias di Taman Fadason dan jemputan majlis perkahwinan anak arwah En Md Zain di Hulu Langat, Selangor].
I- Sabtu, pukul 0715 pagi - kami udah gerak menuju Kuala Selangor melalui lebuhraya Lattar. Masuk lorong Touch 'nGo yang pertama di Tol Kundang lepas tu Tol Puncak Alam dan yang terakhir Tol Ijok sebelum berhenti sarapan pagi di Kuala Selangor. |
|
|
Usai sarapan, kami gerak arah ke Tanjung Karang, seterusnya Sekinchan, Sungai Besar, Sabak Bernam, Hutan Melintang dan Simpang Empat. Dari Simpang Empat terus beluk ke kanan dan melalui beberapa buah kampung sebelum sampai dibandar Teluk Intan. - [Jarak antara Tanjung Karang ke Teluk Intan ialah 85 km].
|
Jam 1215 tengahari, kami udah berada di bandar Teluk Intan. Asalanya nak menginap di Hotel Lagenda, Medan Niaga Lagenda 2 tetapi pusing-punya pusing tak jumpa Hotel Lagenda. Bila kami menyusuri Jalan Sekolah maka ternampaklah bangunan Anson Hotel. Check-In dan lepas tu berehat sekejap dalam bilik sebelum keluar jalan-jalan cari makan. |
|
II- Sejarah Teluk Anson. Bandar terbesar di daerah Hilir Perak, dilingkungi dua aliran Sungai Perak dan Sungai Bidor. Asal usul nama Teluk Anson adalah sempena nama Jeneral Archibald Anson iaitu seorang Gabenor Inggeris. Pada 1hb Januari 1982, Teluk Anson ditukar kepada Teluk Intan.
Nama Teluk Intan pula diambil dari seorang janda yang bernama Mak Intan. Beliau dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik dan seorang saudagar yang berasal dari Mandaling, Sumatera Barat. Ketika itu [abad ke-19] ramai peneroka dari seberang berjirah ke Teluk Mak Intan. Mereka terdiri dari kaum Jawa, Banjar, Minangkabau, Rawa, Mandaling, Kampar dan termasuk juga kaum Cina dan kaum India. |
|
Ketika ini, titik tumpu kepada bandar Teluk Intan ialah menara condong 'Leaning Tower'. Art deco yang terletak ditengah-tengah bandar ini dikira adik kembar kepada menara Pisa di Itali. Ia dibina pada tahun 1885 oleh Leong Choon Choong setinggi 85 kaki dan mempunyai 110 anak tangga. Menara yang juga dikenali sebagai Clock Tower ini asalnya digunakan sebagai takungan air sebelum adanya tangki air Cangkat Jong. - Jam besar yang tergantung kat menara condong itu dibeli dari London pada tahun 1894 dari firma J W. Benson-Ludgathill.
Nota - Kita jumpa lagi pada entri kedua, Jalan-Jalan di Teluk Intan [Bhg 2]. Semuga korang tidak jemu-jemu sekodeng blog aku!
|
No comments:
Post a Comment