Salam Kengkawan semua! Baru hari ne aku dapat kebenaran dari Picasa untuk upload foto. Entri kali ne adalah story aku bersama Majid, Midah dan Ijat ketika singgah melawat penghujung selatan tanah besar Asia. Terletak di Taman Negara Tanjung Piai, Pontian-Johor. Keluasan keseluruhan ialah 926 hektar, dan jumlah itu dibahagi kepada 526 hektar hutan bakau serta 400 hektar lagi dataran lumpur.
Kawasan ini menjadi tempat kediaman pelbagai jenis spesies unggas dan hidupan paya bakau yang lain seperti ketam nipah, kepah, ikan tembakul dan kera. Diwartakan sebagai Taman Negara Tanjung Piai pada 26 Febuari 2004. Koridor paya bakau yang menyambungkan Pulau Kukup dan tanah lembah Sungai Pulai. Untuk info kengkawan semua, Taman Negara ini juga adalah hutan simpan ke 1,289 dalam senarai Ramsar.
Nota Kaki : Kalau kengkawan berminat untuk datang ke sini, aktiviti yang diorang selalu lakukan ialah perkemahan, photography, memancing, bird watching dan melihat kunang-kunang. Bayaran masuk Rm 5.00 (dewasa) dan Rm 3.00 (pelajar). Jumpa lagi di entri Sepetang di Tanjung Piai.
|
No comments:
Post a Comment