16 December 2012

SEPETANG DI TANJUNG PIAI


Salam! Seperti yang aku janjikan iaitu akan post entri terbaru bertajuk Sepetang di Tanjung Piai. Berbekalkan kamera Nikon Coolpix S3000, aku klik beberapa keping foto ketika sampai di sekitar lokasi Tanjung Piai Resort. Kat bawah ne aku upload 11 keping foto ketika waktu petang, senja dan waktu pagi ketika nak check out dari tempat penginapan. 


Kisahnya! Tanda penghujung selatan tanah besar Asia udah aku singgahi. Puas mencuci mata dengan pemandangan Selat Melaka dan kehijauan hutan paya bakau dan dataran lumpurnya. Kini aku singgah pula di Piai Resort sambil menghirup udara segar dari angin laut selatan. 

Terbuai dengan angin sepoi-sepoi bahasa (angin yang bertiup lembut lagi sempoi), mata melihat jetty, nelayan dan sampan. Petang nan indah! Bunyi kocakan air laut, langit yang biru serta siulan burung terbang pulang ke sarang. Ini petanda, senja akan berlabuh dan waktu sembahyang Magrib akan tiba.

Selepas Magrib! Adik aku Majid tertidor kerana keletihan memandu. Bangun dan berwudhu untuk menunaikan fardu 'isya'. Lepas tu kami berempat (Majid, Midah dan Ijat) keluar dari resort untuk makan malam. Mulanya kami nak makan kat Pontian tapi lokasinya jauh sedikit. Tempat yang paling hampir dengan resort ialah pekan Kukup. 

Kami singgah di Restoran Haji Salleh untuk makan malam. Olih kerana kami udah sampai di pekan Kukup, Majid kata, rugi kalu tak merasa makanan laut. Kami pesan udang, sotong, ikan dan sayur. Makan malam yang menyelerakan dan harga yang berpatutan. Sekiranya kengkawan bercuti ke Tanjung Piai dan nak makan malam, aku cadangkan singgahlah makan malam di Restoran Hj Salleh. 

Nota Kaki : Tg Piai Resort ne tak jauh dari lokasi Taman Negara Tanjung Piai. Jarak antara resort dengan pekan Kukup ialah lebih kurang 10 kilometer. Pekan Kukup terkenal dengan hasil tangkapan nelayan dan ikan masin yang masih fresh dan harga yang berpatutan. Restoran Hj Salleh pula, lokasinya berhadapan dengan pejabat Imegresen Pekan Kukup. Panjang umur kita jumpa lagi Beb!
Jetty nelayan waktu petang
Papan tanda lama Tanjong Piai!
 Sepetang di Piai Resort!

Senja berlabuh!
Waktu pagi ketika nak check out!
Pemandangan waktu pagi...
Pagi nan indah di Piai Resort!

Sampan nelayan di pagi yang indah


No comments:

Post a Comment