30 April 2010

SENI JALANAN

Salam hari Jumaat Bro!

30 April 2010/15 Jamadil Awal 1431...
Aku upload photos seni jalanan ini untuk peminat lukisan. Kebanyakan seni jalanan ini dilukis menggunakan semburan Aerosol, cat minyak dan mural colour. Kreativiti mereka bukan untuk dijual. Mereka hanya melepaskan rasa rindu, geram, sakit hati, cemburu dan dendam. Mereka mempunyai daya kreativiti dengan menggunakan sumber yang terhad selain kebijaksanaan mengabungkan konsep fusion kontemporari.

 
Lukisan mereka anda boleh lihat disekitar bandar-bandar besar saperti ditembok, dinding lift, dinding bangunan lama, kotak dan tiang lampu. Malah pelukis tidak puas hati pun akan
melukis dan menconteng kat dinding tandas. Pelukis jenis yang ne adalah orang-orang yang geram, sakit hati & yang suka berdendam.


Akhir sekali, sebagai penutup bulan April 2010...aku nak kongsi dengan luorang, iatu ketika aku singgah kat markas Anak Alam dulu! Aku telihat tulisan warna merah diatas cermin yang sedikit retak...

"Kalau anda melihat cermin, jangan lupa melihat wajah sendiri". - Jumpa lagi!


















27 April 2010

CUIT - ZAINI HASSAN

ORANG CINA MALAYSIA,
APA LAGI YANG ANDA MAHU?

2 TAJUK di atas penuh bermakna. Apa lagi yang orang Cina Malaysia mahukan? Kita tolak dulu sebab- musabab mereka tidak menyokong kerajaan yang ada sekarag. Kita kaji dulu apa lagi yang mereka mahu?

Ikut sejarah orang Cina berhijrah ke Tanah Melayu ini untuk mencari peluang. Mereka hidup susah di tanah besar China ratusan tahun dulu. Seperti mana orang putih berhijrah ke benua Amerika untuk mencari peluang, begitu jugalah orang Cina yang kini menghuni di negara bertuah Malaysia ini.

Teryata percaturan datuk moyang mereka dulu berbalaoi. Mereka dapat apa yang mereka mahukan. Mereka hidup mewah di bumi bertuah Malaysia ini. Malah, bukan Malaysia sahaja, Singapura bukanlah negara asal mereka. Orang Cina Singapura pun asalnya adalah dari tongkang yang sama, bersama-sama orang Cina Malaysia. Cuma bezanya, Singapura berjaya dikuasi sepuhnya., dan Malaysia tidak.


Di Malaysia, orang Cina hidup aman damai bersama-sama orang Melayu, Pribumi dan India. Berbeza dengan di Singapura, disana orang Cina yang menguasi politik dan sekaligus pemer- intahan negara itu. Di Malaysia, politik dan kerajaannya masih lagi dikuasi oleh orang Melayu. Sistem kedua-dua negara itu sama, cuma ia terbalik sahaja. orang Melayu di sini, orang Cina di sebelah tambak itu.

Bezanya orang Melayu di Singapura dan orang Cina di Malaysia amat berlainan sekali. Orang Melayu di Singapura hidup biasa-biasa sahaja. Orang Cina di Malaysia hidup lebih daripada biasa-biasa. Malah Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah memberi gambaran sekiranya semua bangunan orang Cina di Kuala Lumpur diangkat dari peta, yang tinggal hanyalah Kampung Baru. itu sahaja. Semua yang lain ialah kepunyaan orang Cina Malaysia.

Orang Cina Malaysia amat hebat. Kesemua pekan-pekan besar dan bandar- bandar di seluruh
Semenanjung, Sabah dan Serawak dikuasi mereka. Mereka juga berjaya melahirkan para profesional yang paling ramai dan berjaya. Sistem sekolah Cina mereka adalah antara yang terbaik di mana-mana sahaja di dunia ini.

Kebanyakan pelajar-pelajar di kolej-kolej swasta yang terbaik di Malaysia dipenuhi oleh pelajar-pelajar Cina. Orang Melayu hanya mampu ke kolej milik kerajaan dan yang tidak ternama.Pusat-pusat membeli-belah di kompleks-kompleks ternama di Malaysia dipunyai oleh orang Cina. Di organisasi korporat dan swasta, orang Cina yang menguasinya. Orang Melayu boleh di bilang jari dan pekerja bawahan. Malah, kini mahu mohon kerja disitu pun perlu faham cakap Mandarin, sebagai pra-syaratnya.




Akhir sekali, orang paling terkaya di Malaysia yang bancianya dijalankan saban tahun oleh sabuah majalah busines di Malaysia mendapati lapan orang Cina yang berada di 10 keatas.

Berikut adalah senarai 10 orang terkaya di Malaysia.
1. Robert Kuok Hock Nien 2. Tatparanandam Ananda Krishnan 3. Tan Sri Lee Shin Cheng 4. Tan Sri Teh Hong Piow 5. Tan Sri Lim KokThay 6. Tan Sri Quek Leng Chan 7. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhry 8. Puan Sri Lee Kim Hua 9.
Tan Sri Tiong Hiew King 10. Tan Sri Vincent Tan Chee Yion. ( Sumber: Malaysia Business, Feb 2010)

Itulah hakikatnya Malaysia tanah airku yang tercinta ini. Apakah kerajaan sekarang yang sudah memerintah 52 tahun ini terlalu zalim, kejam dan kuku besi? Apa lagi yang orang Cina Malaysia mahukan? Tapi saya tahu, anda juga tahu jawapanya.



http://bit.ly/cuit-zaini

e-mail: zaini.hassan@utusan .com.my

-------------------------------------------------------------------------------------------------


Kakiconteng: Aku juga tahu apa yang orang Cina Malaysia mahukan. Kekadang aku nak salahkan orang Melayu...tapi aku pong orang Melayu. Orang Melayu xramai yang suka berniaga. Pasal bab politik orang Melayu memang suka, dah jadi macam candu dalam kehidupan orang Melayu. Xpayah kerja keras, masuk politik dan pandai putar belit ......boleh berjaya, kaya dan terkenal. Tenguklah pepecahan orang Melayu. Dulu hanya ade UMNO, lepas tu PAs dan kemudian PKR.

Aku sebenarnye xberminat nak cerite pasal politik, tapi sejak kebelakangan ne orang Melayu tambah teruk. Entah apalah rancangan besar orang Melayu. Kalu ge jalan-jalan dari Utara Semenanjung sampai ke Selatan, masih ramai orang Melayu miskin. Mereka adalah golongan nelayan yg pakai sampan, pekebun kelapa yg pokoknya tambah tinggi dan xberbuah. Pesawah pulak hanya ade sawah sekangkang kere.
Berbanding kaum Cina Malaysia, diorang ade projek besar.... BESAR PUNYER! Mari kita hayati sebentar senikata lagu Warisan dari GPMS ini.


WARISAN


"Anak kecil main api, terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah, bercampur keringat, Bumi dipijak milik orang.
Nenek moyang kaya raya,tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita, kita lenyap diarus zaman.

Indahnya bumi kita ini,warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan yang lain, peribumi merintis sendiri.
Masa depan sengguh gelap, kan hilang peristiwa semalam
Tertutup hati, terkunci mati-maruah peribadi dah hilang.

Kini kita cuma tinggal kuasa, yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti, pulih kembali harga diri.
Kini sudah tiada masa, bangunlah dengan maha perkasa
Janganlah lalai, teruskan usaha, Melayukan gagah dinusantara.


Kaki Maruah
28 April 2010





24 April 2010

KOLEKSI DARI BLOG




Salam!

Cuaca sekarang memang panas! malas nak keluar rumah.
Lebih baik aku berkurung aje kat bilik, sambil up-date blog aku.

Koleksi kali ini aku kutip dari blogger yang selalu aku singgah. Blog tersebut ialah dari Bakirvomit, SyahrulNiza Zaini, Andy Warhol Art Fan Page dan blogger Nerve + Isme. Terdapat juga photos dari studio pelukis saperti Izzadin, studio Suhaimi Tular dan studio Hamdan Shaarani, serta tukang besi Raja Shahriman dan pop art dari pelukis Andy Warhol .













Kakikumpul+Artworks
Ahad- 24hb April 2010

23 April 2010

KAJI PENDIDIKAN MORAL


Salam Hari Sabtu!
24 April 2010 - FORUM SABTU

" KAJI PENDIDIKAN MORAL "
Setiap hari, jenayah ragut sehingga menyebabkan kematian, rogol,buang bayi dan berita-berita yang menyayat hati berlaku. Adakahpendidikan moral yang diamalkan benar-benar berkesan untuk mendidik dan menyedarkan masyarakat? Bukankah lebih baik jika subjek Pendidikan Moral diserapkan dengan perkara yang berkaitan dengan undang-undang negara. Misalnya, jika seseorang didapati bersalah membuang bayi, maka hukumannya termaktub dalam Kanun Keseksaan yang memperuntukan huhuman penjara maksimun 20 tahun. Dengan adanya "nilai" sebab dan akibat yang dipelajari semasa alam persekolahan, seseorang mugkin akan berfikir dua kali sebelum melakukan jenayah.

YUNG SIEW FONG

Kajang-S e l a n g o r.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

KAKICONTENG :

Aku teratarik dengan tulisan Yung Siew Fong mengenai moral masyarakat 1Malaysia hari ne. Apa yang diluahkan oleh beliau ade kebenarannya. Hari-hari ade saje cerite dari mulut ke mulut atau berita didada akbar, pasal ragut, samun, rogol, dan bunuh. Kes buang bayi, hisap dadah, curi kereta, curi motosikal dah jadi perkara biasa pulak kat Malaysia.


Dulu masa zaman hitam-putih (zaman P.Ramlee), Ade jenayah tapi taklah teruk macam sekarang ne. Kalu kesalahan kecik-kecik tu macam curi ayam, curi getah sekerap, curi jeans kat penyidai dan curi kasut kat mesjid. Sekarang ne jenayah kecik dah jadi besar pasal Malaysia nak maju setanding negara barat. Diorang xcuri jeans atau getah sekerap lagi, diorang curi barang yang boleh jual dengan cepat. Tentulah handphone, laptop, smart tag, jam tangan berjenama, kamera, dan emas.

Kalu jenayah budak hingusan pulak, diaorang curi motor kapcai, curi minyak kat motor, curi bettry, curi cermin sisi, pecak kereta pasal nak ambil smart tag atau cd player. Budak-budak ne bukan ade lesen motor, malah motosikal pun xde. Jalan mudah curi. Hasil dari barang curi ne diorang nak beli pakaian ikut trend, tenguk wayang, ge karoke, ge cc, makan kat foodcort, belanje awek dan beli rokok.


Nak mintak duit kat emak-bapak, kalu tengah bulan mane kan dapat, sedangkan kawan-kawan ajak keluar. Mula-mula minta duit bagilah alasan nak beli buku tu- buku ne! Tape xbeli lah ...Budak ne kata tipu sunat.Macam pepatah Melayu "Ikan senohong gelamer ikan duri, lamer-lamer bohong aku pong jade pencuri".

Biler anak kantoi kes curi, kes pecah kereta, kes rogol kawan dalam kelas, dan bermacam-macam lagi kes, emak-bapak xpercaya! Selamer ne anak saya baik! Saya didik anak saya (xtau lah didik yg macam maner), petang suruh ge kelas mengaji Quran. Takcaya! Takcaya anak saya jahat. Kalu anak pompuan pulak kantoi isap rokok, kes buli atau kene rogol- samer je penjaga mesti xcaya... Hehehe! Agak-agak pasal aper diaorang xcaya anak mereka kantoi?

Mudah je...nenek aku pong boleh jawap.
Kalu nak ge comment cari lah Man Japri kakiconteng kat Fbook aku.

14 April 2010

IMAGES DARI FACEBOOK


Salam Bro!

21hb April 2010...Aku masih disini tengah uploaded images dari facebook yang aku rasa ader art dan yg. aku minat untuk tatapan kaorang semua. Aku xingat siapa punye photos yg aku kutip dari fbook diorang. Yang aku tau salah satu ialah photo A. Shukri@ Lenon sedang conteng-conteng kat studio . Lain-lain dari Atilia, Bro Terangbulan, Noura Tykchs, Bintauk , Manjapri & xingat dah...hehehe!

"Biarlah Photos Bicara Sendiri "
Selamat cucimata dan terapi minda!