24 June 2015

KHIANAT, PAKATAN & DUNIA ARAB



Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh!


"Perbuatan jahat yang [bertujuan] menganiayai atau mendatangkan kecelakaan pada orang lain, tipu daya, perbuatan belot atau tidak setia [kepada negara, bangsa dll]: orang yang berbuat sedemikian itu adalah orang yang sangat hina".


I- Khianat Orang Kapal!

Istilah pengkhianat atau ayat lain 'ada orang dalam' kemungkinan berlaku, apabila kapal MT Orkim Harmony dirampas lanun pada 11 Jun lalu dan lanun tersebut telah berjaya diberkas oleh pihak berkuasa Vietnam berhampiran Pulau Tho Chu.

Kapal yang membawa 6,000 tan metrik petrol [RON95] bernilai RM21 juta tersebut dilaporkan hilang pada 08.57 malam pada Khamis lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang. Diberitakan, kapal tersebut membawa 22 anak kapal terdiri 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang rakyat Myanmar.

Yang buat aku sedikit muskil ialah apabila lanun-lanun tersebut dapat meloloskan diri daripada pengawasan pihak berkuasa dimana khabarnya dalam operasi mencari dan menyelamat tersebut, aset yang terlibat ialah empat buah kapal TLDM, empat buah kapal dari Maritim Malaysia, tiga bot laju, empat pesawat dan 1,200 anggota penyelamat.

- Apapun, kita ucapkan tahniah kepada TLDM atas kejayaan dalam misi menyelamat kapal tangki tersebut tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. Kita tunggu keputusan soal siasat nanti Bai!


II- Khianat Orang Sempadan.


Cerita pasal sikap khianat segelintir anggota penguatkuasa yang ditugaskan mengawal sempadan memang udah lama diketahui.  Seperti yang diberitakan dalam Laporan Khas UM [Isnin 22 Jun 2015] dimana amalan rasuah terus berlaku dengan hanya suapan serendah RM20, pintu masuk di sempadan dapat dibolosi.


Yang menariknya, Laporan Khas tersebut memberitahu iaitu dua cara kutipan wang rasuah dilakukan oleh penguatkuasa :

1] Kutipan Tol [by change]
Setiap kutipan mencecah RM200 hingga RM1,000 sehari. [Penguatkuasa yang terserempak dengan penyeludup akan meminta wang sebelum dilepaskan. Biasanya wang diberikan kepada setiap seorang penguatkuasa yang membuat pemeriksaan].

2] Kutipan Bulanan [bersekala besar]

Boleh mencecah belasan ribu ringgit sebulan yg diberikan oleh satu kumpulan penyeludup.
Diberikan di'entry poit' sempadan atau dikutip sendiri di satu lokasi yang ditetapkan.

Setiap wang yang diambil dikumpul dalam satu 'tabung' dan akan diagih-agihkan ketika cukup bulan. Biasanya akan diselia oleh ketua pengutkuasa dan wang diberikan bergantung pada ranking pangkat.


- Wah, diaorang menternak duit kat sempadan. Teringat aku akan sebuah filem HongKong yang aku tonton minggu lepas. Kisah anggota polis rasuah. Jawatannya hanyalah sarjan tetapi gaya hidupnya mewah sangat. Cara polis HongKong masatu kutip duit dari kepala-kepala gengstar pun lebih kurang sama sahaja macam anggota kat sempadan. Mungkin pengkinat sempadan belajar dari filem HongKong kot!


III-
Khianat Orang Politik!
Hari ini politik dianggap sebagai kerjaya. Mereka tidak berminat untuk memberi khidmat  kepada rakyat jika bayarannya tidak setimpal. Pemimpin hari ini  dibayar gaji dan elaun, serta mendapat pulak kemudahan istimewa, itu pasal yang berkuasa tidak mahu melepaskan kuasanya.

Jika orang disempadan menteranak duit dalam tabung berbeza pulak ternakan orang politik. Ada sikit [bukan segelintir] pemimpin menternak duit dibank luar negara. Pemimpin seperti ini memang sukar dihidu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah [SPRM] pasal gaya hidup diaorang ne macam biasa-biasa aja - tidak menunjuk-nunjuk gitu!

Tidak kira siapa yang menternak duit. Ikan bilis disempadan atau ikan jerung yang berkereta besar, sama sahaja. Jika aktiviti penyeludupan barang berterusan, negara mungkin [aku agak aja!] kehilangan berjuta-juta ringgit dalam setahun. Sebabnya, cukai tidak dapat dikutip dan mungkin barang yang diseludup itu adalah barang-barang yang sangat terlarang seperti  senjata api, dadah atau orang jual orang.

Ikan jerung pulak, khianatnya tidak jelas. Diaorang ne boleh melakukan khianat kepada negara melalui pembelian harta tanah, bangunan, tender, memberi maklumat rahsia kepada negara luar, tuntutan palsu malah dalam imej kerajaan serta parti itu sendiri tercalar akibat salah laku pemimpin serta pegawai-pegawai yang korup.

- Apa ada hal. Siapa yang khianat, sumbat aja kedalam penjara Bai! Jangan pilih bulu
, tak kiralah diatu ikan bilis ker, ikan buntal ker atau ikan jerung. Jangan dolah-dalih lagi! Kalau penjara tak cukup kita bina sabuah penjara lagi tapi biarlah tidak ada ketirisan ketika membuka tender Bai!


IV- Pakatan!


Pakat, sepakat atau pakatan maknanya lebih kurang sama sahaja iaitu sependirian, setuju, keselarasan dan akhirnya menuju kepada  persepakatan. Dari perundingan dan persetujuan maka lahirlah parti Perikatan dan kemudiannya di tukar kepada Barisan Nasional. Begitu juga dengan Pakatan Rakyat di mana  parti DAP, Pas dan PKR telah bergabung, bersatu hati dan berpakat untuk sama-sama berjuang bagi tujuan menang dalam pilihan raya dan sekaligus merampas kerusi empuk di PutraJaya.

Perjuangan dan cita-cita tidak sama Bai! Parti DAP
gurunya mendiang Tuan Lee dari Singapura yang tidak memakai songkok atau sarban. PKR pulak gurunya Anwar Ibrahim yang hanya bersongkok dan PAS gurunya tentulah arwah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sentiasa berserban. Perbezaan luaran [gaya hidup] udah memperihatkan betapa peliknya pakatan ini.

Akhirnya [sebenarnya belum berakhir] pada 16 Jun lalu DAP bagitau bahawa Pakatan Rakyat udah berakhir. Ini  perpuca kerana cakap tak serupa bikin. Perbezaan fahaman politik boleh dilihat ketika mula-mula lagi Pakatan Rakyat ditubuhkan. Biasanya DAPlah yang tidak setuju sangat pasal dasar perjuangan Pas. Kalau boleh biarlah Pas tanggalkan sarban dan hanya memakai songkok sahaja agar fahaman Islam konservatif bertukar kepada Islam yang lebih liberal.

-
Tupasal agaknya, beberapa Ustaz yang naik pangkat jadi menteri terpaksa tanggal songkok pasal mahu dilihat lebih liberal gitu!


V- Dunia Arab!


Kalau kita jenguk peta, dunia Arab ne [middle east] sangat luas. Ia merangkumi Turki, Syria, Lubnan, Iraq, Kuwait, Iran, Jordan, Saudi Arabia, Qatar, U.A.E, Oman, Yamen, Tunisia, Mesir, Semenanjung Sinai dan negara Palestin yang udah hilang dari peta dunia kerana diganyang oleh Yahudi.

Udah berkurun lamanya kita dengar kita lihat akan kerakusan dan pembunuhan yang dilakukan oleh Yahudi keatas rakyat Palestin. Bermula dengan tindakan provokasi Yahudi bagi mendapatkan sebuah negara, campur tangan dalam perang dunia pertama, konspirasi Balfour, perjanjian Versailles, kegawatan melampau ekonomi Amerika dan dunia, seterusnya mengheret seluruh dunia kekancah Perang Dunia Kedua. Itulah sedikit rentetan peristiwa yang dilakukan oleh Yahudi untuk menjadi kuasa unggul di dunia.

Bila Hiroshima dan Nagasaki ditelan bom atom maka Jepun menyerah kalah diikuti Jerman dan berakhirnya Perang Dunia Kedua. Polis dunia ketika itu yang diketuai oleh Amerika bersidang dan menubuhkan sebuah badan pemerhati serta mengawal keamanan sejagat. Badan itu dikenali sebagai Pertubuhan bangsa-Bangsa Bersatu [United Nations].

Pertubuhan PBB diisytiharkan secara resmi pada 24 Oktober 1945 selepas piagamnya disahkan oleh lima anggota tetap Majlis Keselamatan iaitu Amerika, United Kingdom, Soviet Union, China dan Perancis. Ibu pejabat PBB dibina di bandar raya New York pada tahun 1949. Bangunan PBB terletak di pinggir East River, diatas tanah yang dibeli dengan harga US$8.5 juta. Bangunan ini didirikan secara percuma oleh John D. Rockefeller, seorang dermawan Yahudi. Reka bentuk bangunan direka oleh Oscar Niemeyar, juga seorang Yahudi.

Aku cerita sikit pasal Palestine, PBB dan Yahudi kerana ada kait-mengait dengan peristiwa dimana dunia Arab seakan berpeluk tubuh, sedangankan udah terang lagi bersuluh Yahudi itu mempergunakan PBB melakukan konspirasi yang membawa kepada kemusnahan dalam pelbagai hal terutama pada Palestin dan dunia Arab itu sendiri, demi survival bangsa mereka.

Dunia Arab hari ini tidak bersatu. Ini dapat dilihat dengan jelas beberapa negara udah tersungkur dalam kebangkitan rakyat yang di api-apikan oleh Barat dengan istilah demokrasi konon! Negara seperti Mesir, Syria, Tunisia, Iraq, Libya dan yang terbaru negara Yemen udah hilang sengat.

Kelemahan kepimpinan dalaman dan pertikaian antara fahaman Syiah dan Sunnah telah membuka pintu sempadan untuk Barat menjajah dunia Arab dengan melontarkan suara-suara lunak kononnya udah tiba masanya rakyat menuntut demokrasi. Masa tulah segelintir orang Arab kianat, berpakat dengan Amerika untuk menghuru-harakan negera mereka dengan tujuk perasaan dan akhirnya sebuah demi sebuah kerajaan Arab tumbang.

Dalangnya disebalik kebangkitan rakyat, rusuhan dan tunjuk perasaan itu tentulah Amerika. Secara sulit Amerika  membantu menghulurkan senjata untuk menggulingkan kerajaan. Malah, tidak keterlaluan jika Amerika dikatakan terbabit dalam pengganas Islamic State [IS] dimana Amerika sendiri menyalurkan bantuan peralatan tentera sebanyak 30,000 tan kepada pelampau Syria yang kemudiannya senjata tersebut dihantar kepada pengganas IS.

Walaupun dunia mengetahui dalang disebalik kekecohan dunia Arab tetapi PBB tidak mampu menghalangnya kerana Amerika adalah dikira ketua dalam PBB malah mempunyai kuasa pembatal [kuasa veto] yang boleh membatalkan sebarang ketetapan yang dipersetujui dalam sesuatu sidang atau bila difikirkan perlu.

- Kuasa veto ne saja direka oleh Yahudi dalam perancangannya untuk terus kekal bertapak di Palestin. Sejak tahun 1948, Amerika menggunakan kuasa veto ke atas ketetapan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan sebanyak 43 kali.


Nota Kaki
: Dolu, aku muskil, hairan bin ajaib kenapa negara-negara Arab yang kaya raya itu tidak membantu negara Islam seperti negara Palestin yang sering dibuli oleh kaum Yahudi. Kesian Palestin! Tanahnya sedikit demi sedikit diambil oleh orang Yahudi bertujuan untuk mendirikan sebuah kerajaan yang sah yang dinamakan Isreal.

Barulah aku tahu sikit bahawa negara-negara Arab ini hanya mementingkan periuk nasi mereka sendiri sahaja. Malah, mereka [negara Arab] disibukkan pulak dengan kebangkitan rakyat, tunjuk perasaan jalanan, rusuhan, peperangan sesama sendiri yang kononnya menuntut demokrasi. Adakah selama ini negara-negara Arab itu tidak mengamalkan sistem demokrasi?
[Banyak yang aku tahu, rupanya lebih banyak
yang aku tidak tahu!]. - Wallahuaklam!







 


























16 June 2015

PAGI di KOTA METROPOLITAN


Pagi di KL.
Pagi semakin cerah. Waktu baru sahaja melangkah ke tujuh setengah pagi. Aku bersama isteri melintas Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk ke klinik yang terletak di tingkat satu, Wisma Mohd. Ebrahim. Sementara menunggu pintu klinik di buka, isteri aku cadangkan bersarapan di bawah flat Selangor Mansion.

Ketika hendak  masuk ke salah sebuah kedai makan di-flat Selangor Mansion, aku perhatian udah ramai orang sedang bersarapan. Kebanyakan lelaki. Ada yang berkumpulan ada juga yang berseorangan. Berbual sambil bersarapan itu perkara biasa. Yang merimaskan isteri aku ialah melihat kepulan asap rokok terapung diudara seakan-akan kabus gamaknya.

Ahh! Potong stemlah. Kami menukar haluan dan gerak kearah Restoran Yassin yang terletak berhadapan dengan Maybank dan CIMBbank. Kamilah pelanggan pertama yang berada di restoaran ini. Aku memesan secawan teh O dan mineral water serta dua keping ruti canai. Tidak lama, pesanan kami udah dihidangkan di atas meja.

Sambil makan ruti canai cicah kari, aku melihat nota temujanji yang aku udah taip sebelum ne di handpon aku. Cadangnya pagi ne mahu berjumpa doktur, lepastu mahu melawat pameran 'Lagi-Lagi GilaGila' di Galeri Petronas Suria KLCC. Selesai nanti nak temankan si Azahan ke Berjaya TimeSquare. Kalau sempat, tengahari pulak nak berjumpa rakan lama [Mazlan Muhamad] yang bekerja diUDA, Pertama Kompleks.


Usai urusan dengan doktur, isteri aku masuk semula ke pejabat dan aku gerak ke arah bus stop berhampiran untuk bertemu si Azahan dihadapan menara berkembar KLCC. Si Azahan pulak khabarnya tidak memandu kereta pagi ne bukan kerana masalah parking atau harga minyak naik tetapi katanya, kereta  udah disumbat kat workshop gitu!

II- KLCC. Aku udah terpacak dihadapan menara berkembar KLCC. Aku sebenarnya yang tiba lebih awal. Temujanji aku dengan si Azahan ialah pada pukul 1000 pagi. Aku memerhatikan beberapa buah teksi yang berhenti menurunkan penumpang. Seorang pengawal keselamatan berdiri di tengah jalan masuk ke shopping mall. Sesekali pengawal itu meniupkan wisel. Kereta berhenti dan sekumpulan kanak-kanak sekolah bersama guru-guru  melintas dan masuk ke dalam shopping mall.

Aku masih lagi menanti. Berdiri menghadap Jalan Ampang. Teringat aku pasal tapak menara berkembar sekarang ini ialah bekas padang lumba kuda. Ikut sejarahnya, menara berkembar KLCC ini mula dibina pada 1991 dan siap pada 1997. Direka oleh akitek kelahiran Argentina bernama Cesar Pelli. Selain menara berkembar dan shopping mall, terdapat juga sebuah masjid [As Syakirin], KL Convention Centre dan KLCC Park.

Cahaya
matahari mula muncul perlahan-lahan dan cuba mencuri masuk ke dalam  bangunan melalui dinding-dinding kaca. Kini, mata aku tertumpu pada sebuah bas RapidKL yang baru berhenti. Orang ramai turun. Si Azahan juga ada di celah-celah orang ramai tersebut. Kami bersalaman dan bertanya khabar. Lepas tu kami melangkah perlahan ke arah Wisma Central yang terletak disebelah sayap kiri KLCC. Belum sarapan lagi kata si Azahan!

Ketika kami melangkah keluar dari Wisma Central, jam di tangan aku jarumnya menunjukkan pukul 1020 pagi. Kami gerak ke Galeri Petronas yang terletak di leval 3 untuk jenguk sekejap pameran majalah humor 'Lagi-Lagi GilaGila'. Majalah tersebut pertama kali berada di pasaran pada 1 April 1978.


Seperti yang tercatet pada Pengenalan iaitu objektif pameran adalah untuk memberikan sebuah aras penghayatan baru terhadap terma humor. Apakah yang ada disebaliknya sifat-sifat pendidikan, sindiran, pedoman, teguran, nostalgia dan hiburan yang dimajukan oleh GILA-GILA?



III- Aku dan Azahan udah berada dalam perut bas GoKL yang berwarna pink. Penuh dengan penumpang pasal free agaknya. Bas bergerak  menuju Bukit Bintang melalui Jalan Ampang dan beluk ke Jalan Sultan Ismail. Bas berhenti di hadapan StarHill kemudian berhenti pula di hadapan Seven-E kat Jalan Bukit Bintang. Alamak! Bas tak pergi ke Berjaya Time Squarelah, bisik si Azahan sambil keluar dari perut bas.

E-ya!
Jalan banyak kena tutup pasal pembinaan station MRT bawah tanah yang terletak betul-betul dihadapan Bukit BintangPlaza. Kami menapak perlahan-lahan melalui lorong-lorong sempit siar kaki disebelah Sungai WangPlaza. Sebelum kami memanjat jejambat yang menghubungkan Berjaya TimeSquare, Azahan minta take five kerana kepenatan.


Selesai
urusan di Berjaya TimeSquare, kami mengatur langkah demi langkah menyusuri lorong dan masuk ke dalam kompleks Sungai WangPlaza. Orang ramai mundar-mandir dan ada yang sedang memenuhi cafe dan restoran makanan segera. Aku melintas dihadapan outlet Mc'D dan disebelahnya outlet KFC. Tercium aroma ruti dan ayam goreng. Aku ajak Azahan layan burger diMc'D. Satu set burger termasuk kentang goreng dan air berkarbonat udah cukup buat kami meneruskan perjalanan.

Kami
melangkah menuju bus stop dihadapan Seven-E, Jalan Bukit Bintang. Waktu camne memang ramai orang kerana kebanyakannya keluar pejabat untuk makan tengahari. Tidak lama menunggu, bas GoKL tiba. Sebaik bas berhenti orang ramai berpusu-pusu dihadapan pintu bas. Dalam perut bas penuh dengan penumpang. Berhimpit-himpit macam sardin cap ayam. Free! Siapa yang tak mahu naik kalau perkhidmatan percuma Bai!


Akhirnya
perjalanan bas yang kami tumpangi berakhir di bus station Central Market. Kami menapak ikut short-cut Pasar Budaya dan melalui clock tower atau dolu dikenali sebagai jam mati. Clock Tower ini dibina sebagai art deco pada tahun 1937. Di kiri kanan clock tower tersebut terdapat deretan rumah kedai yang sebahagiannya di reka pada tahun 1906 oleh A.K Moosden.

Jika gerak kehadapan sedikit kita akan dapat melihat pertemuan dua sungai iaitu Sungai Kelang dan Sungai Gombak. Pertemuan dua sungai ini menghasilkan warna air seperti warna teh tarik mamak di Selangor Mansion. Terdapat sebuah poster gergasi dihadapan LRT Station Masjid Jamek yang menceritakan betapa indahnya nanti apabila selesai dinaik taraf. Landscape yang cantik dan menarik itu mungkin sama seperti taman-taman di Jepun dan di Korea ataupun setidak-tidaknya boleh menyamai KLCC Park. - Wallahuaklam!





13 June 2015

RAMADHAN YANG DI NANTI!


Hari ini Sabtu, 13 Jun 2015 adalah bersamaan dengan 26 Sya'ban 1436H. Sedar tak sedar hanya tinggal empat hari sahaja lagi kita akan bertemu awal Ramadhan pada Khamis, 18 Jun 2015. Ramadhan yang dinanti oleh umat Islam  itu juga di tunggu-tunggu oleh peniaga pusat beli-belah, pasar raya, hotel, restoran serta peniaga pasar Ramadhan.

Jika di hotel, peniaga-peniaga akan mengambil kesempatan dengan iklan serta promosi tentang  menu buffet dan meletakan sekali istilah 'halal' bagi menjemput orang ramai berbuka puasa. Begitu juga  di gedung membeli belah, masing-masing memasang sepanduk, menghias lobi dengan pondok beratap rumbia, pelita, kuali dan buluh lemang.

Peniaga pasar Ramadhan pula udah siap sedia dengan menu, bahan mentah, tenaga kerja serta  strategi jualan-kira macam hendak menghadapi perang gamaknya. Peniaga pasar Ramadhan ini bukan sahaja mahu berperang untuk merebut pelanggan tetapi sebelum ini pun ada diberitakan dalam media sosial pasal beberapa orang peniaga bergaduh kerana merebut tapak perniagaan. Begitulah sedikit senario ketika umat Islam di Malaysia menanti bulan Ramadhan!



                    I - Apartmen!


Usai solat zohur aku sedang berkira-kira mahu memenuhi masa petang aku dengan mengemas kini laman blog atau membaca [bahagian 1] buku 'Terima Kasih Si Babi Hutan' dari buah tangan Ismail Ariffin @Lepat atau lagi, bermalas-malas sambil layan Panggung Sabtu 'Doli Saja Ke Rakhna' di Tv3.

Tanpa jawapan, aku melangkah ke dapur. Perut lapar dan otak sedang memikir apa barang yang hendak dijadikan santapan tengahari. Sama, tiada jawapan. Tangan kanan aku membuka peti sejuk dan mengambil satu peket sausage black paper jenama Ramly. Yes! Makan tengahari yang ringkas dengan 2 ketoi sausage, dua keping ruti Wholemeal Gardenia, sedikit hirisan timun, tomato, bawang dan daun salad.  Sedikit calitan planta dan mayonnaise kat ruti. Emmm! Sedap Bai!

Alhamdulillah,
perut kenyang. Kini, tanpa di suruh aku udah berada di hadapan screen komputer bersama secawan full crem milk keluaran Dutch Lady. Niat hati nak bersantai didepan kaca tv atau menyelak buku Ismail Ariffin kira tak jadilah. Kali ne aku nak post entri Ramadhan Yang Di Nanti!


Sesuai dengan kedatangan Ramadhan, ada baiknya kita sama-sama buat ulangkaji berhubung dengan muskil dan serabut pasal puasa. Ne-ha! Kat sebelah kanan aku udah tersedia buku rujukan antaranya 'Kelebihan Amalan' dari tulisan Haji Johari Haji Alias, risalah 'Kemuskilan-Kemuskilan Ibadah Puasa dan Zakat Fitrah' serta risalah 'Pedoman Puasa' dari Ustaz Yazid Ja'afar.

Yalah! Manalah tau kekadang kita mudah lupa, tupasal aku ajak korang buat ulangkaji. Sebelum kita sama-sama buat ulangkaji ada baiknya aku pinjam tulisan 'muqaddimah' dari buku Kelebihan Amalan iaitu:

Allah SWT telah memberikan keistimewaan dan kelebihan ganjaran pahala bagi umat Islam yang mengerjakan amal ibadat dalam bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadhan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud "Rejab adalah bulan Allah SWT, Sya'ban adalah bulanku [Rasulullah] dan Ramadhan adalah bulan umatku".

Para ulama menafsirkan hadis Rasulullah SAW itu sebagai berikut: Dalam bulan rejab umat Islam seharusnya berusaha bercucuk tanam, dalam bulan Sya'ban pula hendaklah bekerja memberikan baja dan menyiram air pada tanaman itu, manakala dalam bulan Ramadhan pula umat Islam menuai hasil tanaman mereka. Tegasnya, banyakan ibadat dalam bulan Rejab, ditambah banyak lagi dalam bulan Sya'ban dan lebih banyak lagi dalam bulan Ramadhan. Inilah projek pembinaan untuk pemilikan syurga di akhirat kelak". - Haji Johari Haji Alias


                      II- Insaf!

Air
susu Dutch Lady udah habis aku teguk. Tekak macam ada tak kena. Ohhh! Tekak aku ne patut dibasuh dengan manisan. Macam orang putih cakap, dessert gitu! Aku bangun dan membuka pintu peti sejuk. Di bahagian sejuk beku masih berbaki dua batang ais-crim potong durian jenama Sinwah. Aku berhenti ngadap screen komputer. Macam yang pernah aku sebut 'Nikmati hidup ini seperti kita menikmati ais-crim. Ya! Nikmatilah sebelum ais-crim cair'.


Tadi aku ada cakap pasal bulan Ramadhan. Udah kita ketahui bahawa bulan Ramadhan mempunyai kelebihan yang tidak didapati pada bulan-bulan lain. Tupasal, bulan Ramadhan di panggil bulan yang suci, bulan mubarak, bulan rahmat, bulan keampunan, bulan ibadat dan lain-lain lagi. Istimewa sangat bulan Ramadhan ne Bai! Selain melakukan ibadat puasa, terdapat juga solat tarawih, lailatur qadar, syaitan dirantai, di buka semua pintu-pintu syurga dan di tutup pintu-pintu neraka.

Dalam bulan Ramadhan yang kita nantikan ini juga nanti apabila korang  berpuasa, kenalah menjaga dan memelihara pancaindra, yang zahir mahupun yang bathin. Pelihara mulut daripada berdusta, mengumpat iaitu menyebut keaiban orang lain. Di larang sama sekali mengadu domba, mengancam, bersumpah bohong atau mata melihat perempuan dengan keinginan melampau.

Ya! Sepatutnya kita berpuasa boleh menghalang keinginan nafsu, boleh merihatkan jentera perut, membiasakan diri menunaikan amanah, boleh baik dari penyakit, mendatangkan sifat-sifat terpuji dan boleh juga mendatangkan perasaan insaf, belas kasihan kepada orang miskin. Sepatutnya macam tulah!

Insaf. Bukan senang nak insaf Bai! Lihatlah suasana ketika diaorang membeli makanan di Pasar Ramadhan. Dari utara sampai ke selatan, habis dijelajahnya. Rasanya setiap gerai ada saja juadah yang hendak dibeli. Nampak itu nak, nampak ini pun nak! Penuh jari jemari dengan pelastik makanan. Akhirnya nanti ketika waktu berbuka hanya sedikit sahaja di jamahnya. Yang lain masuk tong sampah!

Cuba sesekali kita fikirkan tentang orang lain. Tentang ibu bapa atau adek beradik yang dalam kesusahan. Cuba jenguk jiran-jiran terdekat, adakah mereka mempunyai makanan untuk berbuka puasa? Bagaimana anak-anak yatim dan orang-orang tua di pusat jagaan. Begitu juga dengan rakyaat Palestine dan etnik Rohingya. Bagaimana agaknya mereka hendak meneruskan kehidupan pada bulan Ramadhan.


                III- Etnik Rohingya!         

    
Waktu melintas ke angka empat petang. Sementara menunggu waktu solat Asar, aku mencuri sedikit masa untuk menyelak akhbar UtusanMalaysia. Tajuk utama ialah Ahli Politik Jual Tender. Babitkan projek kecil hingga ratusan juta ringgit. Aku tak berminat untuk meneruskan bacaan kerana aku rasa berita macam ne udah basi. Bukannya kita tak tau, udah berpuloh tahun mungkin ahli politik terlibat menjual tender kerana mahu kaya cepat. Malah, Persatuan Kontraktor Melayu pun akui wujud kegitaan tersebut Bai!

Aku menyelak helaian demi helaian. Mata tertumpu pada tajuk Sudah masanya Myanmar iktraf Rohingya oleh Azman Ibrahim. Dalam tulisan beliau memberitahu bahawa Etnik Rohingya udah menetap di wilayah Arakan sejak abad ke-14 lagi dengan hampir kesemuanya beragama Islam.

Dolu, di wilayah Arakan Islam semakin berkembang dan menjadi pintu masuk kepada pelayar-pelayar, pedagang-pedagang Arab, Parsi, India, Bangladesh dan lain-lain lagi menyebabkan kerajaan Burma [Myanmar] pada masa itu bimbang dengan situasi itu. Malah, mereka lama kelamaan menganggap Islam sebagai ancaman kepada penganut agama Buddha, ujar Mohiyuddin Mohd. Sulaiman dari Institut Pengajian ASEAN dan Hal Ehwal Global Universiti Teknologi Mara.

Ikut sejarah, wilayah Arakan dipaksa masuk ke dalam Burma setelah penjajah Inggeris memberi kemerdekaan kepada Burma pada 1948. Malangnya pada 1982, Undang-Undang Kewarganegaraan Burma diwartakan namun masyarakat Rohingya tidak disenaraikan dalam kerayataan negara itu. Malah, Myanmar [Burma] menetapkan syarat kepada penduduk wilayah Arakan untuk membuktikan kewujudan keturunan etnik mereka sejak 1824 - perkara yang hampir mustahil dibuktikan secara hitam putih. - oleh Azman Ibrahim



Nota Lutut :
Pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan terhadap Rohingya di Myanmar adalah satu jenayah yang sepatutnya dunia tidak menutup sebelah mata. Etnik Rohingya dan wilayah Arakan tidak boleh dipertikaikan oleh Myanmar. Mereka bukan pendatang asing atau pelarian yang meminta perlindungan.

Jika benar Malaysia mahu membantu Rohingya, Malaysia serta anggota ASEAN kene ambil tindakan tegas dengan menghentikan pengambilan pekerja-pekerja dari Myanmar. Menolak kemasukkan pelacung dari negara tersebut dan membatalkan keahlian dalam kesatuan ASEAN. - Wallahuaklam!





05 June 2015

BULAN JUNE & CERITA DONGENG!


Assalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh!


Doa aku kepada kenkawan  yang sedang membaca blog Kakiconteng, semuga kenkawan semua berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Ketika ini aku sudah pun berada di sarang aku kat pinggir Kolompo dan sedang mengemaskini entri Bulan June [Sya'aban - Ramadhan].


Tik! Tok! Tik Tok!
Bunyi jam dinding mengetuk takbir waktu. Dari pagi membawa ke malam dan malam bertemu siang. Siang terasa begitu cepat berlalu. Tidak banyak yang dapat kita lakukan sehinggalah hari berganti hari dan bulan beralih bulan. Semenjak Allah SWT menciptakan langit dan bumi, zaman itu berputar menggikut aturanNya. Satu tahun mengandungi duabelas bulan. Daripadanya empat bulan haram, tiga daripada empat bulan itu berturut-turut iaitu Zulqaedah, Zulhijjah dan Muharram serta satu bulan berasingan iaitu Rejab diantara Jamadi dan Sya'ban.
[Di dinding rumah aku ada satu kalendar besar dan diatas meja pulak ada sebuah kalendar kecik pemberian Pusat Pungutan Zakat [PPZ]. Kedua-dua kalendar ini bukanlah kalendar Islam kerana dalam kalendar itu bulannya  bermula dengan sebutan Januari. Jadinya, aku sering terlupa akan sebutan dalam kalendar Islam yang  ada disebut bulan Rabiul Awal - Rabiul Akhir].


Bulan June.

K
ita sekarang berada dalam 18 Sya'aban  dan akan bertemu pulak  awal Ramadhan pada 18 June 2015. Ikut kalendar orang putih, bulan ne ada school holiday, perayaan hari Gawai Serawak, hari keputeraan DYMM SPB, awal Ramadhan dan father'day.

Disebabkan aku jarang menyebut Rejab dan Syaaban, jadinya aku pun terlupa
bahawa Allah SWT telah memberikan keistimewaan dan kelebihan ganjaran pahala bagi umat Islam yang mengerjakan amal ibadat dalam bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadhan.


Meminjam kata-kata dari buku Kelebihan Amalan susunan Haji Johari Haji Alias ada disebutkan iaitu para ulama menafsirkan hadis Rasulullah SAW iaitu dalam bulan Rejab umat Islam seharusnya berusaha bercucuk tanam, dalam bulan Sya'ban pula hendaklah bekerja memberikan baja dan menyiram air pada tanaman itu. Manakala dalam bulan Ramadhan pula umat Islam menuai hasil tanaman mereka. [Tegasnya, banyakan ibadat dalam bulan Rejab, ditambah banyak lagi dalam bulan Sya,aban dan lebih banyak lagi dalam bulan Ramadhan].
[Masane bebudak sekolah tengah bercuti atau ayat lain, school holiday gitu! Emak bapak tentulah melayani kehendak anak-anak mereka dengan membawa mereka bercuti. Yang lainnya mungkin membawa anak-anak bersiar siar kat sekitar klcc atau ada yang terjebak dalam jualan murah di Sogo misalnya].


Aku di mana? Aku
pulak udah tidak berada di tanah kebun kerana aku ambik cuti selama sebulan sempena bulan Sya'aban - Ramadhan. Jika di kebun aku jarang membaca akhbar kerana sukar mendapatkannya tetapi ketika ini aku sedang berehat di sofa sambil membaca akbar semalam. Walaupun semalam  aku udah membaca berita penting muka hadapan dan berita luar negara tetapi masih ada beberapa berita dan rencana yang belum aku baca.

Sejak kebelakangan ini kecok dengan cerita dan berita hutang pinjaman RM42 biliun oleh 1Malaysia Development Bhd [1MDB]. Kecok kerana syarikat tu syarikat kerajaan agaknya dan hutangnya pulak bukan rm42 ribu atau juta-juta tetapi berpuloh biliun. Duit sebanyak itu jika digunakan oleh kerajaan untuk pembangunan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 kan bagus!

Berita pasal isu pemerdagangan manusia pun panas gak, di mana baru-baru ini kita digemparkan dengan penemuan sebanyak 139 kubur macam-macam saiz dan 28 kem transit pendatang asing oleh PDRM dalam operasi di sepanjang 11 kilometer sempadan Malaysia-Thailand di Wang Kelian, Perlis.

Begitu gak dengan isu mengenai Malaysia Airlines [MAS] pun boleh tahan gak. Dari kes kehilangan pesawat hinggalah cerita CEO baru
Christoph Mueller, perancangan dan pemulihan serta berita sedih pasal [mungkin] seramai 6,000 orang kakitangan akan menerima surat pemberhentian kerja.

Yang menariknya Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani akan memperuntukan bantuan pinjaman sebanyak rm20 juta kepada staff MAS yang diberhentikan kerja. Itupun kalau staff tersebut ingin terlibat dalam bidang pertanian. Kata menterinya,
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, di mana staff MAS boleh buat pinjaman melalui TEKUN Nasional dan Agrobank.

Berita lain yang menarik untuk aku baca dan juga peminat-peminat bolasepak ialah tentang cerita
Mohd Nazmi Faiz Mansor yang digantung enam perlawanan dan dibelasah teruk oleh Vietnam [5-1] pada Sukan SEA [bawah 23 tahun] kat Stadium Bishan, Singapura. Kekalahan teruk itu membolehkan anak buah Datuk Ong Kim Swee angkat kaki lebih awal dari pulau Singapura. - cut!
             

               II- Cerita Dongeng!

Dalam
bulan Sya'aban-Ramadan ini tentunya lagi banyak berita dan  cerita seperti cerita seribu satu malam gamaknya. Antaranya, cerita-cerita  dongeng yang boleh didengar ialah ketika beratus-ratus orang pekerja dari negara asing berkumpul di restoran, di gerai-gerai, kaki lima atau lorong-lorong sekitar Jalan Silang, Kolompo ketika hujung minggu.
[Jalan Silang. Kebanyakan warga asing yang berkumpul itu adalah terdiri warga Bangladesh, Sri Langka, Nepal, Myanmar dan juga warga Vietnam. Mereka kelihatan ceria bukan sahaja dapat berjumpa rakan sekampung dan senegara tetapi masatulah diaorang ambik kesempatan menghantar wang untuk ibu bapa mereka di kampung].


Jalan Silang.
Kisahnya begini. Pagi itu ketika aku menyusuri kotaraya yang  suasananya hiruk-piruk dengan bunyi kenderaan serta orang ramai di Jalan Silang, kedengaran s
eorang lelaki Bangladesh -
Kawsar namanya sedang rancak berbual ditalipon. Kawsar memberitahu ibunya bahawa dia baharu sahaja menghantar wang sebanyak rm1,500.00 dan selepas ini dia akan membelikan sabuah laptop untuk adeknya yang sedang belajar di kolej. - cut!

Kathmandu. Masa yang sama
Baim Bahadur seorang warga Nepal udah pun berada di kampung halaman. Bila ada peluang dapat bercuti balik ke kampung pasti rumahnya yang terletak di atas bukit pinggir bandar Kathmandu dipenuhi sanak saudara dan rakan taulan. Biasanya mereka ini mahu mendengar cerita seribu satu malam tentang Malaysia.

Asalnya dolu ketika
Baim Bahadur mahu bekerja di Kolompo sebagai pengawal keselamatan, kebanyakan sanak saudaranya dan sahabat-sahabatnya cuba menghalang kerana bimbang Baim Bahadur mungkin di tipu oleh orang tengah atau sindeket orang jual orang.

Tetapi itu hanyalah dongeng belaka.
Baim Bahadur udah tiga tahun bekerja di Malaysia dan udah tiga kali juga dia balik bercuti. Jika dia balik ke kampung ada sahaja barang-barang mewah yang dibawanya dari Kolompo. Dari sekecil - kecil barang seperti jam tangan, talipon, radio, pembakar ruti, periuk nasi dan kali ini pulak Baim Bahadur membawa balik sebuah peti tv paling nipis jenama Toshiba.

Fuhhh!
Terbeliak bijik mata saudara mara dan rakan-rakan Baim Bahadur. Mereka pun percaya bahawa Kolompo yang terletak di Semenanjung Tanah Melayu itu mempunyai banyak peluang untuk menjadi orang senang. Mulalah sanak saudara dan rakan taulan Baim Bahadur berangan-rangan hendak berhijrah - memulakan hidup baru di Kuala Lumpur. - cut!

Abuja Nigeria. 

Kelihatan ramai lelaki mahupun pompuan yang berada di siber cafe itu sedang mencari maklumat di internet tentang kolej-kolej yang menawarkan harga patut di Kolompo. Kebanyakan mereka memilih Malaysia kerana disamping belajar mereka boleh dapat wang saku [side income] dengan menjual barang-barang kulit misalnya atau tidak pun yang jantanya dengan bermodalkan tubuh badan sasa serta manco berangan untuk berkawan dengan pompuan yang berduit.

Bukan cerita dongeng. Udah terbukti, ramai jantan-jantan Nigeria yang tinggal di Kolompo menjadi kaya raya dengan sekelip mata. Mampu tinggal di apartmen atau kondo di sekitar Kepong iaitu sebuah pekan baru di pinggir bandar Kolompo. Jantan-jantan ini selalunya kelihatan berpeleseran dengan pompuan warga tempatan yang tubuhnya sedikit gemuk [tak cukup cantik atau kesunyian] di pusat belibelah, di pasaraya atau di cafe-cafe yang diusahakan bersama
[jv dengan rakyat tempatan] oleh warga Afrika gitu. - cut!

Kota Raya Kolompo. Aku bergerak ke arah shopping mall. Ketika mahu masuk melalui pintu hadapan, aku perhatikan ramai penjaja sedang berjualan dikaki lima mall tersebut. Kebanyakan yang berniga secara kecil-kecilan itu adalah pompuan warga Philippina. Mereka baru sahaja selesai berurusan disebuah gereja berhampiran dan sekarang berkumpul dihadapan mall, berbual sambil bertanya khabar.


Mereka ini bukan sahaja berniaga tanpa lesen di kaki lima mall tetapi juga udah menghalang laluan orang awam [siar kaki] serta menjual produk
make-up yang tentunya didatangkan dari negara Philippina. Mereka-mereka ini langsung tidak takut dengan penguatkuasa DBKL sekiranya ada operasi. - Cut!

Chow Kit. Orang Kolompo semua udah tahu bahawa Chow Kit dan sekitar Kampung Baru adalah kawasan pertemuan warga Indonesia. Mereka ini lebih berminat buat
'port' disekitar Chow Kit kerana mudah untuk mendapatkan barang keperluan atau makanan seperti nasi padang, bakso serta rokok keretek misalnya.


Seperti
Siswantoro contohnya. Dia bukan pemuda  yang datang ke Malaysia se mata-mata mahu bekerja kemudian dapat duit dan hantar ke kampung. Dia punya cita-cita mahu membuka perniagaan menjual kain batik Indonesia secara sah di Kolompo. Sebelum ne, Siswantoro pernah mencuba nasib bekerja sebagai pemandu dan pelayan restoran di negara Brunei tetapi hajatnya untuk mengumpul wang tidak kesampaian kerana tersalah langkah.

Begitu juga dengan
Ibu Yanti yang berasal dari Lombok. Ketika aku berkesempatan berbual dengan Ibu Yanti, beliau memberitahu bahawa beliau masuk ke Malaysia secara sah. Menyewa sebuah rumah yang mempunyai tiga bilik dengan kadar sewa rm1,200.00. Dua bilik tersebut disewakan pula dengan warga Bangladesh dan Pakistan sebanyak rm600.00 setiap satu bilik. Wah! Kira ibu Yanti tinggal percumalah!

Sambung
Ibu Yanti lagi, beliau kini udah lima tahun tinggal di Malaysia. Bermacam-macam kerja yang pernah dilakukan oleh Ibu Yanti misalnya sebagai pencuci shoping mall, jaga tandas atau pembantu gerai makan di Chow Kit. Kini Ibu Yanti berasa lega kerana dapat menyewa sebuah gerai dengan kadar sewa rm250.00 sebulan, di pinggir Kolompo. Pendapatan  Ibu Yanti dengan berjualan bakso, pisang goreng, keledek, tauhu serta tempe goreng
lebih kurang rm200.00 sehari. - Kalau kita berjualan, jangan sombong dan sentiasa bersyukur walaupun ada harinya kekadang hanya mendapat rm20.00 kerana hujan, ujar Ibu Yanti ketika kami mengakhiri perbualan petang itu. - Cut!



01 June 2015

HARI SEMAKIN MENIPIS!



BULAN & MATAHARI
Petang itu baru shaja melintas angka lima setengah
Matahari menapak resah ke kaki langit mencari hujung.
Aku terpinga-pinga apabila melihat bulan melempar senyum.
Matahari yang setia itu mula gelabah.
Oh! Ohhhhhhhhhhh!
Bulan sudah lupa  gilirannya malam - bukannya muncul di langit petang.
Aku mula bimbang melihat hukum alam.
Esuk lusa, mungkin kedengaran rajuk Sang Matahari,
Fajar pagi tidak bersinar lagi.
Ye ker! Angin dan ombak menjadi saksi
bilamana purnama hilang seri, awan kaku dan bulan retak seribu.
Mungkin juga matahari memilih laluan baru,
dari barat ke timur atau juga memilih laluan selatan ke utara.
Oh! Ohhhhhhhhhhh!
Rupanya hari semakin menipis !
[Sabtu 30 May 2015]



Petang Sabtu.

Ya, Petang Sabtu lepas aku  berada di pondok kayu dua tingkat yang berkonsepkan ala-ala wakaf  gitu. Aku sedang memerhatikan si Awai dan Tun membuat kerja-kerja pemasangan arus letrik termasuk gak memasang tujuh buah lampu [gaya kelasik] dan dua buah kipas yang disangkut bersebelahan tiang kayu dibahagian bawah pondok.


Sebenarnya si Awai ne masuk kebun petang semalam. Sebaik sampai mereka berdua terus sahaja bekerja sehingga pukul tiga pagi. Cadangnya mereka berdua akan menghabiskan tugasan malam nanti dan mahu balik ke Kelompo pada pagi Isnin. Itupun kalau kerja-kerja menanam kabel siap. Ujar si Awai ketika rehat makan di kabin tengahari tadi.


Di kabin
ketika ini tidak ada sesiapa pun. Si Amat dan adek Ali sedang bercuti. Anak buah aku si Uwan pulak balik ke Kelompo malam semalam dengan membawa buah nangka. Katanya mahu dijualnya buah nangka tersebut di pasar tani. Hj Omar pula udah lama bercuti. Bercuti terus agaknya. Kira macam surrender gitu!

Yalah! Kata orang bukan senang nak senang, lagi-lagi ketika membuat keputusan untuk tinggal di kebun. Di kebun cuacanya panas. Panasnya kekadang boleh mencecah 36% Cilsus. Pulaktu, dalam seminggu air paip dicatu selama lima hari. Kalau dalam masa seminggu tu tidak turun hujan, kenelah menyiram benih-benih nangka menggunakan air paip dan juga air parit.


Jika hujan turun di kebun, hati sedikit berbunga. Ketika itu kami sangat bersyukur ke hadrat Ilahhi, kerana sekurang-kurangnya kami tidak menyiram benih-benih nangka selama dua hari. Ah! Manusia memang tidak pernah rasa puas, pasal bila hujan lebat turun mulalah risau. Risau, takut pulak runtuh tembok penghadang parit dimana ada tersimpannya limabelas ribu anak-anak ikan patin dan talapia merah.

Ada hujan yang membawa kebaikan dan ada hujan yang membawa keburukan. Begitulah hukum alam. Semuanya udah di atur dengan Qudrat dan Iradat Ilahhi. Jika di kebun -  selepas hujan berhenti, malamnya ada sahaja benih-benih kelapa yang disondol binatang bernama babi.

Lepastu kumbang hitam, semut-semut dan juga anai-anai dibawah tanah mula keluar mencari cahaya. Semut-semut itu bermacam macam. Ada yang besar ada yang kecil. Ada juga yang berkepak, terbang menuju cahaya lampu yang terpasang. Kebanyakan anai-anai itu udah matang dan digelar kelekatu. Kelekatu itu terlalu banyak. Bila terkena cahaya lampu, jatuh dan terus kaku. Esuk pagi, bau bangkainya sangat-sangatlah busuk.

Sejak Hj Omar mengambil keputusan untuk balik ke Kelompo terasa macam ada kekurangan. Jika tidak, selepas solat Suboh selalunya Hj Omar akan menyiram benih-benih nangka. Lepastu akan masuk ka kabin semula, masak air dan kekadang buat cekodok atau masak pulut sambal tumis sebagai sarapan pagi.

Kekurangan atau kurang seorang di kabin juga buat aku udah lama tidak kayuh basikal. Bukan pasal tak ada masa tetapi hanya si Amat sahaja yang sudi menemani aku berkayuh. Bercakap pasal masa ne, ramai kaum kat luar tu bila diajak beriyadah mulalah cakap 'Tak Ada Masa' sedangkan kita ada masa  duapuloh empat jam. Masa itu sebenarnya kitalah yang mengaturnya.

Petang
baru sahaja melintas ke pukul lima setengah. Awai dan Tun masih bekerja di pondok wakaf sambil peti muzik handpon si Awai mendendangkan lagu 'Andai Dapat Ku Undur Masa'. Aku pula keluar dari pondok dan mendongak ke langit. Di dada langit yang tergantung itu kelihatan wajah bulan tersenyum. Senyumannya seolah-olah menyindir sang matahari yang masih terkial-kial merangkak ke hujung langit.

"Wah! Baru pukul 0530 petang bulan dah timbul". Aku menghampiri si Awai yang sedang berehat kepenatan.

"Apa ada hal. Aku dah nampak tadi, bulan tu udah terpacak kat langit pada pukul 0430 tadi"

"Ye ker! Belum sempat matahari nak habiskan tugas udah muncul bulan. Bagaimana agaknya kalau bulan tu timbul bersama bintang-bintang di siang hari. Kacau Bro!"

"Hanya Allah jua yang mengetahui".

Ujar si Awai pendek sambil bangun mencapai botol drinking water jenama Tesco. Aku pulak bersiap-siap untuk mengendong mesin rumput. Petang ne cadangnya aku nak mengetam rumput dan lalang dibahagian tengah tanah kebun. Lepas tu pukul 0630 kebiasaannya aku memberi makan anak-anak ikan. Malamnya pulak, selepas waktu Magrib nanti aku cadang nak masak nasi goreng ikan sardin buat santapan bersama  si Awai dan rakannya si Tun.

Di dada langit malam, di celah-celah pekat awan kelihatan bulan dan bintang-bintang. Di bumi, kebanyakan manusia ketika ini sedang berselimut tebal, di ulit mimpi bersama bidadari. Sesekali sekawan anjing menyalak. Salakannya kekadang panjang dan mendayu-dayu. Manusia yang berselimut tebal, telinganya tidak mendengar.

Malah, ketika azan dilaungkan bagi menyeru manusia untuk mengerjakan solat subuh dan seterusnya iqamat dibacakan, orang-orang yang berselimut itu terus terasa badannya dingin lalu menarik selimut tebalnya menutup muka dan kakinya. Andainya telinga orang-orang itu tidak lagi mendengar, ruginya. Rugi kerana usia yang tinggal semakin menipis dan dunia semakin hampir ke-penghujung cerita. - Wallahuaklam. Harap kita jumpa lagi!