Assalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh!
Doa aku kepada kenkawan yang sedang membaca blog Kakiconteng, semuga kenkawan semua berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Ketika ini aku sudah pun berada di sarang aku kat pinggir Kolompo dan sedang mengemaskini entri Bulan June [Sya'aban - Ramadhan].
Tik! Tok! Tik Tok! Bunyi jam dinding mengetuk takbir waktu. Dari pagi membawa ke malam dan malam bertemu siang. Siang terasa begitu cepat berlalu. Tidak banyak yang dapat kita lakukan sehinggalah hari berganti hari dan bulan beralih bulan. Semenjak Allah SWT menciptakan langit dan bumi, zaman itu berputar menggikut aturanNya. Satu tahun mengandungi duabelas bulan. Daripadanya empat bulan haram, tiga daripada empat bulan itu berturut-turut iaitu Zulqaedah, Zulhijjah dan Muharram serta satu bulan berasingan iaitu Rejab diantara Jamadi dan Sya'ban.[Di dinding rumah aku ada satu kalendar besar dan diatas meja pulak ada sebuah kalendar kecik pemberian Pusat Pungutan Zakat [PPZ]. Kedua-dua kalendar ini bukanlah kalendar Islam kerana dalam kalendar itu bulannya bermula dengan sebutan Januari. Jadinya, aku sering terlupa akan sebutan dalam kalendar Islam yang ada disebut bulan Rabiul Awal - Rabiul Akhir].
Bulan June. Kita sekarang berada dalam 18 Sya'aban dan akan bertemu pulak awal Ramadhan pada 18 June 2015. Ikut kalendar orang putih, bulan ne ada school holiday, perayaan hari Gawai Serawak, hari keputeraan DYMM SPB, awal Ramadhan dan father'day.
Disebabkan aku jarang menyebut Rejab dan Syaaban, jadinya aku pun terlupa bahawa Allah SWT telah memberikan keistimewaan dan kelebihan ganjaran pahala bagi umat Islam yang mengerjakan amal ibadat dalam bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadhan.
Meminjam kata-kata dari buku Kelebihan Amalan susunan Haji Johari Haji Alias ada disebutkan iaitu para ulama menafsirkan hadis Rasulullah SAW iaitu dalam bulan Rejab umat Islam seharusnya berusaha bercucuk tanam, dalam bulan Sya'ban pula hendaklah bekerja memberikan baja dan menyiram air pada tanaman itu. Manakala dalam bulan Ramadhan pula umat Islam menuai hasil tanaman mereka. [Tegasnya, banyakan ibadat dalam bulan Rejab, ditambah banyak lagi dalam bulan Sya,aban dan lebih banyak lagi dalam bulan Ramadhan].[Masane bebudak sekolah tengah bercuti atau ayat lain, school holiday gitu! Emak bapak tentulah melayani kehendak anak-anak mereka dengan membawa mereka bercuti. Yang lainnya mungkin membawa anak-anak bersiar siar kat sekitar klcc atau ada yang terjebak dalam jualan murah di Sogo misalnya].
Aku di mana? Aku pulak udah tidak berada di tanah kebun kerana aku ambik cuti selama sebulan sempena bulan Sya'aban - Ramadhan. Jika di kebun aku jarang membaca akhbar kerana sukar mendapatkannya tetapi ketika ini aku sedang berehat di sofa sambil membaca akbar semalam. Walaupun semalam aku udah membaca berita penting muka hadapan dan berita luar negara tetapi masih ada beberapa berita dan rencana yang belum aku baca.
Sejak kebelakangan ini kecok dengan cerita dan berita hutang pinjaman RM42 biliun oleh 1Malaysia Development Bhd [1MDB]. Kecok kerana syarikat tu syarikat kerajaan agaknya dan hutangnya pulak bukan rm42 ribu atau juta-juta tetapi berpuloh biliun. Duit sebanyak itu jika digunakan oleh kerajaan untuk pembangunan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 kan bagus!
Berita pasal isu pemerdagangan manusia pun panas gak, di mana baru-baru ini kita digemparkan dengan penemuan sebanyak 139 kubur macam-macam saiz dan 28 kem transit pendatang asing oleh PDRM dalam operasi di sepanjang 11 kilometer sempadan Malaysia-Thailand di Wang Kelian, Perlis.
Begitu gak dengan isu mengenai Malaysia Airlines [MAS] pun boleh tahan gak. Dari kes kehilangan pesawat hinggalah cerita CEO baru Christoph Mueller, perancangan dan pemulihan serta berita sedih pasal [mungkin] seramai 6,000 orang kakitangan akan menerima surat pemberhentian kerja.
Yang menariknya Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani akan memperuntukan bantuan pinjaman sebanyak rm20 juta kepada staff MAS yang diberhentikan kerja. Itupun kalau staff tersebut ingin terlibat dalam bidang pertanian. Kata menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, di mana staff MAS boleh buat pinjaman melalui TEKUN Nasional dan Agrobank.
Berita lain yang menarik untuk aku baca dan juga peminat-peminat bolasepak ialah tentang cerita Mohd Nazmi Faiz Mansor yang digantung enam perlawanan dan dibelasah teruk oleh Vietnam [5-1] pada Sukan SEA [bawah 23 tahun] kat Stadium Bishan, Singapura. Kekalahan teruk itu membolehkan anak buah Datuk Ong Kim Swee angkat kaki lebih awal dari pulau Singapura. - cut!
II- Cerita Dongeng!
Dalam bulan Sya'aban-Ramadan ini tentunya lagi banyak berita dan cerita seperti cerita seribu satu malam gamaknya. Antaranya, cerita-cerita dongeng yang boleh didengar ialah ketika beratus-ratus orang pekerja dari negara asing berkumpul di restoran, di gerai-gerai, kaki lima atau lorong-lorong sekitar Jalan Silang, Kolompo ketika hujung minggu.[Jalan Silang. Kebanyakan warga asing yang berkumpul itu adalah terdiri warga Bangladesh, Sri Langka, Nepal, Myanmar dan juga warga Vietnam. Mereka kelihatan ceria bukan sahaja dapat berjumpa rakan sekampung dan senegara tetapi masatulah diaorang ambik kesempatan menghantar wang untuk ibu bapa mereka di kampung].
Jalan Silang. Kisahnya begini. Pagi itu ketika aku menyusuri kotaraya yang suasananya hiruk-piruk dengan bunyi kenderaan serta orang ramai di Jalan Silang, kedengaran seorang lelaki Bangladesh - Kawsar namanya sedang rancak berbual ditalipon. Kawsar memberitahu ibunya bahawa dia baharu sahaja menghantar wang sebanyak rm1,500.00 dan selepas ini dia akan membelikan sabuah laptop untuk adeknya yang sedang belajar di kolej. - cut!
Kathmandu. Masa yang sama Baim Bahadur seorang warga Nepal udah pun berada di kampung halaman. Bila ada peluang dapat bercuti balik ke kampung pasti rumahnya yang terletak di atas bukit pinggir bandar Kathmandu dipenuhi sanak saudara dan rakan taulan. Biasanya mereka ini mahu mendengar cerita seribu satu malam tentang Malaysia.
Asalnya dolu ketika Baim Bahadur mahu bekerja di Kolompo sebagai pengawal keselamatan, kebanyakan sanak saudaranya dan sahabat-sahabatnya cuba menghalang kerana bimbang Baim Bahadur mungkin di tipu oleh orang tengah atau sindeket orang jual orang.
Tetapi itu hanyalah dongeng belaka. Baim Bahadur udah tiga tahun bekerja di Malaysia dan udah tiga kali juga dia balik bercuti. Jika dia balik ke kampung ada sahaja barang-barang mewah yang dibawanya dari Kolompo. Dari sekecil - kecil barang seperti jam tangan, talipon, radio, pembakar ruti, periuk nasi dan kali ini pulak Baim Bahadur membawa balik sebuah peti tv paling nipis jenama Toshiba.
Fuhhh! Terbeliak bijik mata saudara mara dan rakan-rakan Baim Bahadur. Mereka pun percaya bahawa Kolompo yang terletak di Semenanjung Tanah Melayu itu mempunyai banyak peluang untuk menjadi orang senang. Mulalah sanak saudara dan rakan taulan Baim Bahadur berangan-rangan hendak berhijrah - memulakan hidup baru di Kuala Lumpur. - cut!
Abuja Nigeria.
Kelihatan ramai lelaki mahupun pompuan yang berada di siber cafe itu sedang mencari maklumat di internet tentang kolej-kolej yang menawarkan harga patut di Kolompo. Kebanyakan mereka memilih Malaysia kerana disamping belajar mereka boleh dapat wang saku [side income] dengan menjual barang-barang kulit misalnya atau tidak pun yang jantanya dengan bermodalkan tubuh badan sasa serta manco berangan untuk berkawan dengan pompuan yang berduit.
Bukan cerita dongeng. Udah terbukti, ramai jantan-jantan Nigeria yang tinggal di Kolompo menjadi kaya raya dengan sekelip mata. Mampu tinggal di apartmen atau kondo di sekitar Kepong iaitu sebuah pekan baru di pinggir bandar Kolompo. Jantan-jantan ini selalunya kelihatan berpeleseran dengan pompuan warga tempatan yang tubuhnya sedikit gemuk [tak cukup cantik atau kesunyian] di pusat belibelah, di pasaraya atau di cafe-cafe yang diusahakan bersama [jv dengan rakyat tempatan] oleh warga Afrika gitu. - cut!
Kota Raya Kolompo. Aku bergerak ke arah shopping mall. Ketika mahu masuk melalui pintu hadapan, aku perhatikan ramai penjaja sedang berjualan dikaki lima mall tersebut. Kebanyakan yang berniga secara kecil-kecilan itu adalah pompuan warga Philippina. Mereka baru sahaja selesai berurusan disebuah gereja berhampiran dan sekarang berkumpul dihadapan mall, berbual sambil bertanya khabar.
Mereka ini bukan sahaja berniaga tanpa lesen di kaki lima mall tetapi juga udah menghalang laluan orang awam [siar kaki] serta menjual produk make-up yang tentunya didatangkan dari negara Philippina. Mereka-mereka ini langsung tidak takut dengan penguatkuasa DBKL sekiranya ada operasi. - Cut!
Chow Kit. Orang Kolompo semua udah tahu bahawa Chow Kit dan sekitar Kampung Baru adalah kawasan pertemuan warga Indonesia. Mereka ini lebih berminat buat 'port' disekitar Chow Kit kerana mudah untuk mendapatkan barang keperluan atau makanan seperti nasi padang, bakso serta rokok keretek misalnya.
Seperti Siswantoro contohnya. Dia bukan pemuda yang datang ke Malaysia se mata-mata mahu bekerja kemudian dapat duit dan hantar ke kampung. Dia punya cita-cita mahu membuka perniagaan menjual kain batik Indonesia secara sah di Kolompo. Sebelum ne, Siswantoro pernah mencuba nasib bekerja sebagai pemandu dan pelayan restoran di negara Brunei tetapi hajatnya untuk mengumpul wang tidak kesampaian kerana tersalah langkah.
Begitu juga dengan Ibu Yanti yang berasal dari Lombok. Ketika aku berkesempatan berbual dengan Ibu Yanti, beliau memberitahu bahawa beliau masuk ke Malaysia secara sah. Menyewa sebuah rumah yang mempunyai tiga bilik dengan kadar sewa rm1,200.00. Dua bilik tersebut disewakan pula dengan warga Bangladesh dan Pakistan sebanyak rm600.00 setiap satu bilik. Wah! Kira ibu Yanti tinggal percumalah!
Sambung Ibu Yanti lagi, beliau kini udah lima tahun tinggal di Malaysia. Bermacam-macam kerja yang pernah dilakukan oleh Ibu Yanti misalnya sebagai pencuci shoping mall, jaga tandas atau pembantu gerai makan di Chow Kit. Kini Ibu Yanti berasa lega kerana dapat menyewa sebuah gerai dengan kadar sewa rm250.00 sebulan, di pinggir Kolompo. Pendapatan Ibu Yanti dengan berjualan bakso, pisang goreng, keledek, tauhu serta tempe goreng lebih kurang rm200.00 sehari. - Kalau kita berjualan, jangan sombong dan sentiasa bersyukur walaupun ada harinya kekadang hanya mendapat rm20.00 kerana hujan, ujar Ibu Yanti ketika kami mengakhiri perbualan petang itu. - Cut!
|
No comments:
Post a Comment