24 June 2015

KHIANAT, PAKATAN & DUNIA ARAB



Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh!


"Perbuatan jahat yang [bertujuan] menganiayai atau mendatangkan kecelakaan pada orang lain, tipu daya, perbuatan belot atau tidak setia [kepada negara, bangsa dll]: orang yang berbuat sedemikian itu adalah orang yang sangat hina".


I- Khianat Orang Kapal!

Istilah pengkhianat atau ayat lain 'ada orang dalam' kemungkinan berlaku, apabila kapal MT Orkim Harmony dirampas lanun pada 11 Jun lalu dan lanun tersebut telah berjaya diberkas oleh pihak berkuasa Vietnam berhampiran Pulau Tho Chu.

Kapal yang membawa 6,000 tan metrik petrol [RON95] bernilai RM21 juta tersebut dilaporkan hilang pada 08.57 malam pada Khamis lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang. Diberitakan, kapal tersebut membawa 22 anak kapal terdiri 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang rakyat Myanmar.

Yang buat aku sedikit muskil ialah apabila lanun-lanun tersebut dapat meloloskan diri daripada pengawasan pihak berkuasa dimana khabarnya dalam operasi mencari dan menyelamat tersebut, aset yang terlibat ialah empat buah kapal TLDM, empat buah kapal dari Maritim Malaysia, tiga bot laju, empat pesawat dan 1,200 anggota penyelamat.

- Apapun, kita ucapkan tahniah kepada TLDM atas kejayaan dalam misi menyelamat kapal tangki tersebut tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. Kita tunggu keputusan soal siasat nanti Bai!


II- Khianat Orang Sempadan.


Cerita pasal sikap khianat segelintir anggota penguatkuasa yang ditugaskan mengawal sempadan memang udah lama diketahui.  Seperti yang diberitakan dalam Laporan Khas UM [Isnin 22 Jun 2015] dimana amalan rasuah terus berlaku dengan hanya suapan serendah RM20, pintu masuk di sempadan dapat dibolosi.


Yang menariknya, Laporan Khas tersebut memberitahu iaitu dua cara kutipan wang rasuah dilakukan oleh penguatkuasa :

1] Kutipan Tol [by change]
Setiap kutipan mencecah RM200 hingga RM1,000 sehari. [Penguatkuasa yang terserempak dengan penyeludup akan meminta wang sebelum dilepaskan. Biasanya wang diberikan kepada setiap seorang penguatkuasa yang membuat pemeriksaan].

2] Kutipan Bulanan [bersekala besar]

Boleh mencecah belasan ribu ringgit sebulan yg diberikan oleh satu kumpulan penyeludup.
Diberikan di'entry poit' sempadan atau dikutip sendiri di satu lokasi yang ditetapkan.

Setiap wang yang diambil dikumpul dalam satu 'tabung' dan akan diagih-agihkan ketika cukup bulan. Biasanya akan diselia oleh ketua pengutkuasa dan wang diberikan bergantung pada ranking pangkat.


- Wah, diaorang menternak duit kat sempadan. Teringat aku akan sebuah filem HongKong yang aku tonton minggu lepas. Kisah anggota polis rasuah. Jawatannya hanyalah sarjan tetapi gaya hidupnya mewah sangat. Cara polis HongKong masatu kutip duit dari kepala-kepala gengstar pun lebih kurang sama sahaja macam anggota kat sempadan. Mungkin pengkinat sempadan belajar dari filem HongKong kot!


III-
Khianat Orang Politik!
Hari ini politik dianggap sebagai kerjaya. Mereka tidak berminat untuk memberi khidmat  kepada rakyat jika bayarannya tidak setimpal. Pemimpin hari ini  dibayar gaji dan elaun, serta mendapat pulak kemudahan istimewa, itu pasal yang berkuasa tidak mahu melepaskan kuasanya.

Jika orang disempadan menteranak duit dalam tabung berbeza pulak ternakan orang politik. Ada sikit [bukan segelintir] pemimpin menternak duit dibank luar negara. Pemimpin seperti ini memang sukar dihidu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah [SPRM] pasal gaya hidup diaorang ne macam biasa-biasa aja - tidak menunjuk-nunjuk gitu!

Tidak kira siapa yang menternak duit. Ikan bilis disempadan atau ikan jerung yang berkereta besar, sama sahaja. Jika aktiviti penyeludupan barang berterusan, negara mungkin [aku agak aja!] kehilangan berjuta-juta ringgit dalam setahun. Sebabnya, cukai tidak dapat dikutip dan mungkin barang yang diseludup itu adalah barang-barang yang sangat terlarang seperti  senjata api, dadah atau orang jual orang.

Ikan jerung pulak, khianatnya tidak jelas. Diaorang ne boleh melakukan khianat kepada negara melalui pembelian harta tanah, bangunan, tender, memberi maklumat rahsia kepada negara luar, tuntutan palsu malah dalam imej kerajaan serta parti itu sendiri tercalar akibat salah laku pemimpin serta pegawai-pegawai yang korup.

- Apa ada hal. Siapa yang khianat, sumbat aja kedalam penjara Bai! Jangan pilih bulu
, tak kiralah diatu ikan bilis ker, ikan buntal ker atau ikan jerung. Jangan dolah-dalih lagi! Kalau penjara tak cukup kita bina sabuah penjara lagi tapi biarlah tidak ada ketirisan ketika membuka tender Bai!


IV- Pakatan!


Pakat, sepakat atau pakatan maknanya lebih kurang sama sahaja iaitu sependirian, setuju, keselarasan dan akhirnya menuju kepada  persepakatan. Dari perundingan dan persetujuan maka lahirlah parti Perikatan dan kemudiannya di tukar kepada Barisan Nasional. Begitu juga dengan Pakatan Rakyat di mana  parti DAP, Pas dan PKR telah bergabung, bersatu hati dan berpakat untuk sama-sama berjuang bagi tujuan menang dalam pilihan raya dan sekaligus merampas kerusi empuk di PutraJaya.

Perjuangan dan cita-cita tidak sama Bai! Parti DAP
gurunya mendiang Tuan Lee dari Singapura yang tidak memakai songkok atau sarban. PKR pulak gurunya Anwar Ibrahim yang hanya bersongkok dan PAS gurunya tentulah arwah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sentiasa berserban. Perbezaan luaran [gaya hidup] udah memperihatkan betapa peliknya pakatan ini.

Akhirnya [sebenarnya belum berakhir] pada 16 Jun lalu DAP bagitau bahawa Pakatan Rakyat udah berakhir. Ini  perpuca kerana cakap tak serupa bikin. Perbezaan fahaman politik boleh dilihat ketika mula-mula lagi Pakatan Rakyat ditubuhkan. Biasanya DAPlah yang tidak setuju sangat pasal dasar perjuangan Pas. Kalau boleh biarlah Pas tanggalkan sarban dan hanya memakai songkok sahaja agar fahaman Islam konservatif bertukar kepada Islam yang lebih liberal.

-
Tupasal agaknya, beberapa Ustaz yang naik pangkat jadi menteri terpaksa tanggal songkok pasal mahu dilihat lebih liberal gitu!


V- Dunia Arab!


Kalau kita jenguk peta, dunia Arab ne [middle east] sangat luas. Ia merangkumi Turki, Syria, Lubnan, Iraq, Kuwait, Iran, Jordan, Saudi Arabia, Qatar, U.A.E, Oman, Yamen, Tunisia, Mesir, Semenanjung Sinai dan negara Palestin yang udah hilang dari peta dunia kerana diganyang oleh Yahudi.

Udah berkurun lamanya kita dengar kita lihat akan kerakusan dan pembunuhan yang dilakukan oleh Yahudi keatas rakyat Palestin. Bermula dengan tindakan provokasi Yahudi bagi mendapatkan sebuah negara, campur tangan dalam perang dunia pertama, konspirasi Balfour, perjanjian Versailles, kegawatan melampau ekonomi Amerika dan dunia, seterusnya mengheret seluruh dunia kekancah Perang Dunia Kedua. Itulah sedikit rentetan peristiwa yang dilakukan oleh Yahudi untuk menjadi kuasa unggul di dunia.

Bila Hiroshima dan Nagasaki ditelan bom atom maka Jepun menyerah kalah diikuti Jerman dan berakhirnya Perang Dunia Kedua. Polis dunia ketika itu yang diketuai oleh Amerika bersidang dan menubuhkan sebuah badan pemerhati serta mengawal keamanan sejagat. Badan itu dikenali sebagai Pertubuhan bangsa-Bangsa Bersatu [United Nations].

Pertubuhan PBB diisytiharkan secara resmi pada 24 Oktober 1945 selepas piagamnya disahkan oleh lima anggota tetap Majlis Keselamatan iaitu Amerika, United Kingdom, Soviet Union, China dan Perancis. Ibu pejabat PBB dibina di bandar raya New York pada tahun 1949. Bangunan PBB terletak di pinggir East River, diatas tanah yang dibeli dengan harga US$8.5 juta. Bangunan ini didirikan secara percuma oleh John D. Rockefeller, seorang dermawan Yahudi. Reka bentuk bangunan direka oleh Oscar Niemeyar, juga seorang Yahudi.

Aku cerita sikit pasal Palestine, PBB dan Yahudi kerana ada kait-mengait dengan peristiwa dimana dunia Arab seakan berpeluk tubuh, sedangankan udah terang lagi bersuluh Yahudi itu mempergunakan PBB melakukan konspirasi yang membawa kepada kemusnahan dalam pelbagai hal terutama pada Palestin dan dunia Arab itu sendiri, demi survival bangsa mereka.

Dunia Arab hari ini tidak bersatu. Ini dapat dilihat dengan jelas beberapa negara udah tersungkur dalam kebangkitan rakyat yang di api-apikan oleh Barat dengan istilah demokrasi konon! Negara seperti Mesir, Syria, Tunisia, Iraq, Libya dan yang terbaru negara Yemen udah hilang sengat.

Kelemahan kepimpinan dalaman dan pertikaian antara fahaman Syiah dan Sunnah telah membuka pintu sempadan untuk Barat menjajah dunia Arab dengan melontarkan suara-suara lunak kononnya udah tiba masanya rakyat menuntut demokrasi. Masa tulah segelintir orang Arab kianat, berpakat dengan Amerika untuk menghuru-harakan negera mereka dengan tujuk perasaan dan akhirnya sebuah demi sebuah kerajaan Arab tumbang.

Dalangnya disebalik kebangkitan rakyat, rusuhan dan tunjuk perasaan itu tentulah Amerika. Secara sulit Amerika  membantu menghulurkan senjata untuk menggulingkan kerajaan. Malah, tidak keterlaluan jika Amerika dikatakan terbabit dalam pengganas Islamic State [IS] dimana Amerika sendiri menyalurkan bantuan peralatan tentera sebanyak 30,000 tan kepada pelampau Syria yang kemudiannya senjata tersebut dihantar kepada pengganas IS.

Walaupun dunia mengetahui dalang disebalik kekecohan dunia Arab tetapi PBB tidak mampu menghalangnya kerana Amerika adalah dikira ketua dalam PBB malah mempunyai kuasa pembatal [kuasa veto] yang boleh membatalkan sebarang ketetapan yang dipersetujui dalam sesuatu sidang atau bila difikirkan perlu.

- Kuasa veto ne saja direka oleh Yahudi dalam perancangannya untuk terus kekal bertapak di Palestin. Sejak tahun 1948, Amerika menggunakan kuasa veto ke atas ketetapan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan sebanyak 43 kali.


Nota Kaki
: Dolu, aku muskil, hairan bin ajaib kenapa negara-negara Arab yang kaya raya itu tidak membantu negara Islam seperti negara Palestin yang sering dibuli oleh kaum Yahudi. Kesian Palestin! Tanahnya sedikit demi sedikit diambil oleh orang Yahudi bertujuan untuk mendirikan sebuah kerajaan yang sah yang dinamakan Isreal.

Barulah aku tahu sikit bahawa negara-negara Arab ini hanya mementingkan periuk nasi mereka sendiri sahaja. Malah, mereka [negara Arab] disibukkan pulak dengan kebangkitan rakyat, tunjuk perasaan jalanan, rusuhan, peperangan sesama sendiri yang kononnya menuntut demokrasi. Adakah selama ini negara-negara Arab itu tidak mengamalkan sistem demokrasi?
[Banyak yang aku tahu, rupanya lebih banyak
yang aku tidak tahu!]. - Wallahuaklam!







 


























No comments:

Post a Comment