BULAN & MATAHARI
Petang itu baru shaja melintas angka lima setengah
Matahari menapak resah ke kaki langit mencari hujung.
Aku terpinga-pinga apabila melihat bulan melempar senyum.
Matahari yang setia itu mula gelabah.
Oh! Ohhhhhhhhhhh!
Bulan sudah lupa gilirannya malam - bukannya muncul di langit petang.
Aku mula bimbang melihat hukum alam.
Esuk lusa, mungkin kedengaran rajuk Sang Matahari,
Matahari menapak resah ke kaki langit mencari hujung.
Aku terpinga-pinga apabila melihat bulan melempar senyum.
Matahari yang setia itu mula gelabah.
Oh! Ohhhhhhhhhhh!
Bulan sudah lupa gilirannya malam - bukannya muncul di langit petang.
Aku mula bimbang melihat hukum alam.
Esuk lusa, mungkin kedengaran rajuk Sang Matahari,
Fajar pagi tidak bersinar lagi.
Ye ker! Angin dan ombak menjadi saksi
bilamana purnama hilang seri, awan kaku dan bulan retak seribu.
Mungkin juga matahari memilih laluan baru,
dari barat ke timur atau juga memilih laluan selatan ke utara.
Oh! Ohhhhhhhhhhh!
Rupanya hari semakin menipis !
[Sabtu 30 May 2015]
Ye ker! Angin dan ombak menjadi saksi
bilamana purnama hilang seri, awan kaku dan bulan retak seribu.
Mungkin juga matahari memilih laluan baru,
dari barat ke timur atau juga memilih laluan selatan ke utara.
Oh! Ohhhhhhhhhhh!
Rupanya hari semakin menipis !
[Sabtu 30 May 2015]
Petang Sabtu.
Ya, Petang Sabtu lepas aku berada di pondok kayu dua tingkat yang berkonsepkan ala-ala wakaf gitu. Aku sedang memerhatikan si Awai dan Tun membuat kerja-kerja pemasangan arus letrik termasuk gak memasang tujuh buah lampu [gaya kelasik] dan dua buah kipas yang disangkut bersebelahan tiang kayu dibahagian bawah pondok.
Sebenarnya si Awai ne masuk kebun petang semalam. Sebaik sampai mereka berdua terus sahaja bekerja sehingga pukul tiga pagi. Cadangnya mereka berdua akan menghabiskan tugasan malam nanti dan mahu balik ke Kelompo pada pagi Isnin. Itupun kalau kerja-kerja menanam kabel siap. Ujar si Awai ketika rehat makan di kabin tengahari tadi.
Di kabin ketika ini tidak ada sesiapa pun. Si Amat dan adek Ali sedang bercuti. Anak buah aku si Uwan pulak balik ke Kelompo malam semalam dengan membawa buah nangka. Katanya mahu dijualnya buah nangka tersebut di pasar tani. Hj Omar pula udah lama bercuti. Bercuti terus agaknya. Kira macam surrender gitu!
Yalah! Kata orang bukan senang nak senang, lagi-lagi ketika membuat keputusan untuk tinggal di kebun. Di kebun cuacanya panas. Panasnya kekadang boleh mencecah 36% Cilsus. Pulaktu, dalam seminggu air paip dicatu selama lima hari. Kalau dalam masa seminggu tu tidak turun hujan, kenelah menyiram benih-benih nangka menggunakan air paip dan juga air parit.
Petang baru sahaja melintas ke pukul lima setengah. Awai dan Tun masih bekerja di pondok wakaf sambil peti muzik handpon si Awai mendendangkan lagu 'Andai Dapat Ku Undur Masa'. Aku pula keluar dari pondok dan mendongak ke langit. Di dada langit yang tergantung itu kelihatan wajah bulan tersenyum. Senyumannya seolah-olah menyindir sang matahari yang masih terkial-kial merangkak ke hujung langit.
"Wah! Baru pukul 0530 petang bulan dah timbul". Aku menghampiri si Awai yang sedang berehat kepenatan.
"Apa ada hal. Aku dah nampak tadi, bulan tu udah terpacak kat langit pada pukul 0430 tadi"
"Ye ker! Belum sempat matahari nak habiskan tugas udah muncul bulan. Bagaimana agaknya kalau bulan tu timbul bersama bintang-bintang di siang hari. Kacau Bro!"
"Hanya Allah jua yang mengetahui".
Ujar si Awai pendek sambil bangun mencapai botol drinking water jenama Tesco. Aku pulak bersiap-siap untuk mengendong mesin rumput. Petang ne cadangnya aku nak mengetam rumput dan lalang dibahagian tengah tanah kebun. Lepas tu pukul 0630 kebiasaannya aku memberi makan anak-anak ikan. Malamnya pulak, selepas waktu Magrib nanti aku cadang nak masak nasi goreng ikan sardin buat santapan bersama si Awai dan rakannya si Tun.
Di dada langit malam, di celah-celah pekat awan kelihatan bulan dan bintang-bintang. Di bumi, kebanyakan manusia ketika ini sedang berselimut tebal, di ulit mimpi bersama bidadari. Sesekali sekawan anjing menyalak. Salakannya kekadang panjang dan mendayu-dayu. Manusia yang berselimut tebal, telinganya tidak mendengar.
Malah, ketika azan dilaungkan bagi menyeru manusia untuk mengerjakan solat subuh dan seterusnya iqamat dibacakan, orang-orang yang berselimut itu terus terasa badannya dingin lalu menarik selimut tebalnya menutup muka dan kakinya. Andainya telinga orang-orang itu tidak lagi mendengar, ruginya. Rugi kerana usia yang tinggal semakin menipis dan dunia semakin hampir ke-penghujung cerita. - Wallahuaklam. Harap kita jumpa lagi!
No comments:
Post a Comment